Monday, December 7, 2015

Kongres Penyelidikan dan Inovasi 2015

Hari ini, ISNIN, 7 Dis. 2015, mood bercuti, mula bercuti hari ni, tapi pergi membantu rakan
- rakan lain di DECTAR untuk rakaman MCP 'Kongres Penyelidikan dan 
Inovasi' anjuran CRIM UKM. . Aku membantu kerana biasanya waktu 
bekerja sukar untuk  mendapatkan krew dari
 jabatan lain dalam UKM untuk
membantu dalam rakaman MCP di Dewan Canselor
Tun Abdul Razak. Mereka diperlukan oleh jabatan masing-masing
untuk menjalankan tugas di jabatan dan fakulti masing-masing. Rakaman berkenaan
bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat dalam pukul 5.30
petang lebih kurang. Sejumlah 4 unit
pita DVCAM digunakan iaitu satu 184 dan tiga 64. Aku bercadang
untuk membuat suntingan perasmian kongres tersebut
dan di upload ke YouTube....InsyaALLAH...






....tak nampak muka takpelah...sekurangnya masih ada untuk bantu aku dalam bilik kawalan rakaman....





break.....
majlis perasmian timbalan menteri inovasi...

Lat




Krew yang bertugas dalam rakaman MCP berkenaan ialah sdr. SHAHRUL, KAMARUL,
HAJI RUHAIZAD, RAMLI, JASRIL, AHMAD YUNUS (FKAB)
dan SITI SURAYA..........

Sekian.....

DAUD.montak.zakaria

No comments: