HARI ini, Isnin, 19 Okt. 2015, aku dan sdr. Kamarul pergi ke IPOH untuk membuat
rakaman video Pangkor International Development Dialogue.
Program tersebut dijalankan di Casuarina Hotel.
Kami bergerak dari UKM jam 7.30
pagi waktu Malaysia.
Tiba di hotel berkenaan lebih kurang
jam 12 lebih tengah hari. Kami tidak jumpa sesiapa pun
melainkan pergi ke kaunter dan buat pendaftaran. Kami diberi beg tiap seorang
dengan maklumat program di dalamnya. Lama menunggu kami
pon masuk ke Main Hall yang ketika itu berlangsung
sebuah forum kalau tak silap.
Hampir jam 1.00 petang kami sama-sama
peserta makan tengah hari dan selepas solat kami masuk
ke dewan dan mendengar forum yang sedang berlangsung. Oleh kerana
kami tiada sebarang panduan yang mutlak, kami beranggapan
kehadiran kami diperlukan untuk merakam syarahan
YBHG Datuk Naib Canselor UKM
yang akan berlangsung pada jam 4.45 ptg. seperti dalam jadual.
Lebih kurang jam 5.00 petang Datuk NC naik pentas menyampaikan syarahannya.
Syarahan Datuk NC memakan masa lebih kurang 1 jam dan ia tamat
lebih kurang jam 6.00 petang. Kami hubungi pemandu, SDR.
RAIS dan seterusnya bergerak ke UKM.......
Tiba di UKM lebih kurang jam 10.00 malam............................................
tu jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............
Kamarul & Zabidi FST |
Terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment