DAY ONE
HARI ini, SABTU, hari pertama KONVO UKM KE - 43....Majlis ini akan berlangsung
HARI ini, SABTU, hari pertama KONVO UKM KE - 43....Majlis ini akan berlangsung
selama 4 hari dari 31 okt. hingga 3 November 2015. Hari pertama, biasalah
dalam rakaman MCP, tentu ada jer yang kurang..........
namun masih boleh diatasi....syukur....
Aku jadi Pengarah Studio pada SIDANG PERTAMA sementara sdr. KAMARUL
pada SIDANG KEDUA.....esok aku, SIDANG KETIGA.........
Terima kasih kepada semua krew yang bertugas hari ini dan hari2 yang
seterusnya. Sama2 kita berdoa dan solat hajat supaya tugas kita dapat dijalankan
tanpa sebarang masalah...tentu ada doa dikalangan kita yang mudah
dikabulkan PENCIPTA...apa2 pon diharap semua doa
kita DIA kabulkan...........................
Hari pertama ini juga terdapat dikalangan krew yang mengadu
mereka sukar mendapatkan parking yang hampir dengan dectar walaupun dah
tunjukkan pelekat petugas....kenapa...? Setiap tahun hampir
sama....ada jer rungutan....mana silapnya.......????
Waktu balik amatlah sukar, jem teruk dalam ukm...lebih setengah jam sangkut
dalam ukm sebelum berjaya melepasi traffic light........
apa2 pon syukur kepada PENCIPTA kerana
kami masih boleh sampai di rumah....
Harap hari-hari seterusnya akan bertambah baik hasil doa kita semua.....
Di bawah adalah antara foto2 yang dapat aku paparkan, foto
rakaman rakan2 dan rakaman sendiri..........
...BELAKANG TABIR.... |
WAK....KREW JJ... |
SIDANG KE DUA.... |
NAK BALIK, JEM HAMPIR SEJAM...... |
Terima kasih kerana sudi membaca...jumpa esok.....
DAY TWO
HARI ini, Ahad, hari kedua kami berkampung di DECTAR untuk membuat
rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke 43. Hari ini rakaman
dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang
gangguan, harap hingga ke akhir
hari tiada perkara
yang menyusahkan
akan berlaku...sama2 lah kita yakni
semua krew berdoa tiada apa2 yang buruk akan berlaku,
kita berlindung kepada PENCIPTA agar semuanya
berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela...
aminnn...InsyaALLAH......
Hari ini juga tiada sebarang rungutan dari
krew berkaitan parkir....mungkin mereka mendapat kerjasama
pihak keselamatan UKM....terima kasih yang tidak
terhingga kepada pihak keselamatan...
Esok merupakan hari ketiga...dan harap tiada timbul
sebarang masalah....takutnya jika jadi apa2
dalam keadaan peralatan yang
boleh mendatangkan
masalah.....tolonglah kami Ya Allah......hindarkan kami dari
sebarang masalah semasa kami menjalankan tugas
rakaman Majlis Konvo UKM.........
Terima kasih sekali lagi kepada semua krew yang telah bertugas dengan
cemerlang....esok kita akan bertemu lagi....tunjukkan
kecemerlangan anda lagi.....tQ.
Lihatlah foto2 yang telah aku paparkan yang merupakan foto para krew
dan juga foto rakaman aku sendiri..................
persiapan kamera awal pagi |
sibuk dalam bilik kawalan utama.... |
hilangkan 'tension' |
rehat... |
sibuk lagi... |
bekerjasama mencapai tujuan... |
jurukamera kami....salah seorang... |
ini lagi jurukamera kami.... |
DAY 3
Isnin, day 3 Majlis Konvo UKM Ke 43 di DECTAR. Kerja kami semakin mantap
tiada apa2 pon yang timbul, Alhamdulillah, syukur, semuanya
berjalan dengan baik. Masing2 gigih menjalankan
tugas masing-masing. Hari ini agak
lega dan santai dalam menjalankan tugas
walaupon terdapat sedikit kerisauan. Moga Allah menjadikan tugas
kami lebih licin dan lebih mudah hingga selesai majlis
konvokesyen ini. Waktu petang iaitu
pada SIDANG KE 6 Datuk Naib Canselor melawat
studio kami semasa majlis konvokesyen sedang berjalan. Harap lawatan
beliau akan mendatangkan manfaat kepada semua. Aku ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua krew yang bertugas......
Datuk Naib Canselor melawat studio kami....... |
#foto2 rakaman sendiri dan rakaman rakan-rakan krew MCP...
DAY FOUR
Hari ni, Selasa, iaitu hari terakhir Majlis Konvo UKM Ke 43 di DECTAR, UKM.
Hari ini masing2 memang telah yakin dengan tugas masing2
termasuk aku, walaupun dalam hati ada rasa kerisauan
kerana ini merupakan majlis yang besar.
Jika berlaku apa2 masalah
teknikal
bukan mudah untuk
diselesaikan dalam waktu yang singkat. Apa kata
kalau berlaku kerosakan alat, tentu semua skrin akan menjadi gelap
dan tentu sekali touch card tidak akan berfungsi serta pelajar tentu akan 'freeze'
kerana nama tidak ada di skrin dan tidak disebut............................
kalau terjadi tentu akan berpeluh di seluruh badan,
luar dan dalam...opst!
Apa2 pon bersyukur kepada ALLAH kerana
menghindarkan kami daripada masalah tersebut hingga majlis
konvo tersebut selesai dengan jayanya pada hari ini. Bersyukur sesangat aku
kepada PENCIPTA........................................
Aku ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua krew yang membantu
dalam rakaman mcp selama empat hari tersebut tanpa merasa
jemu dan merungut ketika menjalankan tugas
masing-masing..............................
terima kasih banyak2 dan
berjumpa lagi di KONVO KE 44 tahun hadapan........................................
Terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment