Friday, October 9, 2015

bEnGkEL McP

DAY ONE...






Bengkel MCP kami bermula hari ini. Bengkel tersebut akan berakhir pada hari Jumaat.
Hari pertama ini semuanya teori belaka yang disampaikan....
Bengkel dibuka dengan taklimat Pengarah kami
prof. Datin Dr. Norizan....
En. Hazrul sampaikan kertas 'Pengenalan kepada MCP'
Aku ' Cara kerja penerbitan MCP'
Kamarul ' Teknik Persembahan' sementara
Shahrul pula ialah 'Penghasilan Skrip Penerbitan MCP'



Ni kertas aku...
PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG
PROSES KERJA
MULTIPLE CAMERA PRODUCTION

Pengenalan;
Video merupakan salah satu elemen yang penting dalam bidang komunikasi. Di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan video seperti di srin-srin yang besar hingga skrin pada handphone. Kita juga boleh bersua dengan video di internet seperti web-web dan Youtube. Pendek kata tanpa video akan mewujudkan ruang dalam komunikasi.

Penerbitan video kamera berbilang(MCP)
Bila kita mendengar rakaman video maka secara automatik kita akan terbayangkan cara kerja rakaman dan penerbitan video dengan menggunakan sebuah kamera video. Jarang kita memikirkan selain daripada yang tersebut.
Penerbitan video Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio.

Jenis Penerbitan Kamera Berbilang
Terdapat dua jenis penerbitan kamerta berbilang iaitu penerbitan yang dirakam dan akan disunting kembali dalam pos produksi dan sebuah siaran langsung yang tidak mungkin dapat dibetulkan sebarang kesilapan jika berlaku.
Diantara program yang dirakamkan secara penerbitan kamera berbilang ialah Berita, Forum Perdana, Bolasepak, Sambutan Kemerdekaan dan lain-lain yang seumpamanya.

Lokasi-lokasi penerbitan.
Penerbitan Video Kamera Berbilang (MCP) boleh dilakukan dalam studio dan di luar studio. Dalam studio, tugas penerbitan ini dilakukan terutama di stesen-stesen televisyen seperti rancangan berita, bual bicara dan sebagainya. Tugas ini dilakukan dengan menggunakan peralatan-peralatan penerbitan yang lengkap dalam sesebuah studio.
Sementara penerbitan video kamera berbilang yang dilakukan di luar ialah seperti forum perdana dan sebagainya yang dijalankan di ruang-ruang terbuka atau dalam dewan-dewan tertentu. Dalam tugas ini peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan atau dengan menggunakan OB van (outside broadcast van) yang dilengkapi oleh peralatan untuk membuat penerbitan video kamera berbilang tersebut.


Penerbitan Kamera Berbilang.
Penerbitan Video Kamera Berbilang  bermula dengan idea, penulisan skrip, pemilihan krew, pemilihan hos dan pencarian talent, penyediaan VT, latihan skrip, latihan kamera, latihan ‘full dress’, penerbitan sebenar.
Idea.
Idea dicari dan dibincangkan bersama dalam kumpulan. Daripada beberapa idea, yang terbaik akan dipersetujui untuk dipilih. Banyak idea boleh difikirkan sama ada berbentuk hiburan, isu-isu semasa dan sebagainya.
Penulisan skrip:
Daripada idea yang telah terhasil maka skrip akan ditulis. Isi skrip boleh dibincangkan bersama dalam kumpulan.
Pemilihan krew:
Pemilihan krew juga dilakukan iaitu sebagai Pengarah Studio, FM atau Floor Manager, Grafik, VT atau Pengendali Pemain Pita Video, Jurukamera, Jurulampu, Juru audio dan Switcher.
Pemilihan Hos:
Hos mestilah dipilih dengan teliti. Dia mestilah petah berkata-kata. Mampu mengendalikan rancangan dengan baik.
Pemilihan Talent:
Talent hendaklah dipilih daripada kalangan mereka yang mahir dengan apa yang akan dibincangkan. Dia juga mesti petah berkata-kata.
Penyediaan Bahan Untuk VT
Penyediaan bahan untuk VT bergantung kepada topic yang dibincangkan seperti temubual orang ramai, temubual pakar-pakar yang berkaitan dan sebagainya. VT juga termasuk penyediaan iklan-iklan dan juga Pesanan Khidmat Awam. Penyediaan VT ini melibatkan krew membuat rakaman dan suntingan video sebelum penerbitan MCP bermula.


Penyediaan Props:
Penyediaan props juga dibuat dalam studio iaitu alat-alat atau hiasan dalam penerbita MCP berkenaan. Contohnya seperti meja, meja, kerusi,backdrop dan sebagainya.
Latihan:
Setelah semua di atas selesai, latihan pun dimulakan. Terdapat beberapa jenis latihan iaitu latihan skrip,latihan kamera dan latihan ‘full dress’. Latihan skrip melibatkan hos. Latihan kamera melibatkan pengendalian peralatan untuk penerbitan mcpdan dalam latihan ‘full dress’ pula semua terlibat sama seolah-olah penerbitan sebenar.

Penerbitan Sebenar:
Dalam penerbitan sebenar semua krew yang terlibat serta hos dan talent siap sedia dalam penerbitan mcp ini. Mereka mesti bersedia lebih awal supaya kerja-kerja rakaman berjalan lancar. Dalam Penerbitan MCP, masa mesti tepat terutama dalam rancangan ‘live’. Semua yang terlibat mesti bekerjasama dan menjalankan tugasnya dengan baik.

Kakitangan dan tugas-tugas mereka dalam Penerbitan Kamera Berbilang
Dalam penerbitan video kamera berbilang ramai kakitangan diperlukan untuk mengendalikan peralatan-peralatan tertentu. Mereka ini mestilah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan. Bayangkan apabila seorang Jurukamera tidak mengetahui saiz-saiz shot yang diminta oleh Pengarah Studio. Lebih buruk lagi jika penerbitan yang sedang dijalankan itu di keudarakan secara lintas langsung atau ‘live’. Diantara kakitangan yang terlibat dengan penerbitan video kamera berbilang ialah Pengarah Studio, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas atau Floor Manager, Grafik, VTR Operator, Jurulampu, Juru Audio dan Jurukamera atau Videographer.

Kakitangan berikut merupakan kakitangan atau crew yang telah dilatih sebagai crew penerbitan;

Tugas-tugas kakitangan penerbitan MCP
1. Pengarah Studio
Seorang Pengarah Studio bertanggung jawab dalam menyelaras dan member arahan kepada semua kakitangan dalam penerbitan kamera berbilang tersebut. Dia merupakan orang yang bertanggung jawab menukarkan skrip kepada bentuk visual yang kreatif dan sempurna. Dalam penerbitan kamera berbilang setiap arahannya mesti diikuti supaya tugas penerbitan akan dapat dilakukan dengan sempurna dan licin.

2. Penolong Pengarah atau pembantu Skrip
Penolong Pengarah bertugas membantu Pengarah Studio dalam penerbitan. Tugasnya akan ditentukan oleh Pengarah Studio. Diantara tugas Penolong Pengarah ialah membantu Pengarah dalam memberikan arahan kepada krew. Dia akan memberitahu arahan seterusnya selepas Pengarah memberikan arahannya kepada krew. Penolong Perngarah juga bertugas menjaga masa penerbita tersebut. Dia juga menyemak pita-pita untuk ‘insert’ untuk penerbitan dan jugas  grafik.
3. Pengurus Pentas atau Floor Manager (FM)
Pengurus Pentas atau lebih dikenali sebagai FM bertugas membantu Pengarah Studio dalam penerbitan MCP. Dia akan memastikan ketibaan ‘talent’ di studio. Dia juga bertanggung jawab menyampaikan setiap arahan Pengarah Studio kepada krew di ‘studio floor’. FM juga member arahan kepada ‘talent’ semasa tugas sedang berjalan. Ketika rakaman FM memberikan arahan kepada ‘talent’ dengan menggunakan bahasa isyarat. Semasa penerbitan berlangsung hanya suara ‘talent’ sahaja yang kedengaran kerana jika terdapat suara yang tidak diperlukan ia akan turut terakam atau di keudarakan. Pengurus Pentas atau FM menerima setiap arahan Pengarah Studio melalui intercom yang digunakan kerana bilik kawalan dan ‘studio floor’ dipisahkan oleh dinding cermin yang kedap.

4. Pereka Grafik.
Pereka Grafik bertugas menurut apa yang diarahkan oleh Pengarah Studio. Dia bertanggung jawab mereka grafik di set serta menaip garafik untuk digunakan dalam penerbitan tersebut.

5. Video Tape Operator (VT)
Operator ini bertugas mengendalikan pita-rakaman yang akan dimainkan semasa penerbitan berlangsung. Dia bertanggung jawab memeriksa pita tersebut termasuk durasinya. Dia juga bertanggung jawab membuat rakaman penerbitan tersebut ke pita.

6. Jurulampu
Jurulampu bertanggung jawab memberikan pencahayaan kepada penerbitan tersebut menurut yang dikehendaki oleh pengarah Studio. Dia akan mencipta pencahayaan biasa atau pencahayaan yang kreatif untuk penerbitan berkenaan.



7. Jurukamera atau Videographer
Jurukamera bertugas menurut arahan yang diberikan oleh Pengarah Studio. Pengarah Studio akan sentiasa memberikan arahan kepada Jurukamera sepanjang penerbitan tersebut berlangsung. Jurukamera mestilah mereka yang memahami tugas mereka dengan sempurna. Mereka mesti mahir dengan saiz-saiz shot, jenis shot-shot, gerakan seperti dolly, track dan sebagainya. Jika mereka kurang mahir ia akan memberikan kesan kepada Pengarah Studio. Pengarah Studio sudah tentu tidak dapat memberikan arahan dengan berkesan dan seterusnya penerbitan berkenaan akan mengalami kecacatan di sana-sini. Jurukamera akan sentiasa menerima arahan daripada Pengarah Studio melalui intercom yang terdapat pada headset yang digunakan.
8. Juruaudio atau Sound Supervisor
Juruaudio bertanggung jawab menentukan tempat-tempat untuk meletakkan mikrofon. Dia akan mengendalikan peralatan audio dan bertanggung jawab mendapatkan rakaman audio yang diperlukan oleh Pengarah Studio. Selain mengawal audio yang dirakam melalui mikrofon, dia juga bertanggung jawab memainkan audio muzik untuk menjadi ‘background’ kepada penerbitan tersebut atas arahan Pengarah Studio. Arahan diterima daripada Pengarah Studio melalui intercom yang terdapat pada headset.

Arahan-arahan Pengarah Studio kepada kakitangan penerbitan
Sebelum memulakan sebarang rakaman di studio atau di luar studio, perancangannya telah dibuat sebelum tarikhnya tiba. Skrip, menghubungi talent, membuat rakaman footage untuk dijadikan insert semasa penerbitan mcp dan sebagainya lagi. Bila semuanya sudah selesai dan saat untuk rakaman tiba, semua krew telah berkumpul di studio. Perbincangan dengan Pengarah Studio diadakan terlebih dahulu. 30 minit sebelum rakaman atau siaran langsung semua krew telahpun berada di tempat masing-masing. Bila semuanya telah sedia, masing-masing menunggu masa untuk rakaman atau siaran langsung.
Penerbitan Kamera Berbilang ini mempunyai seorang Pengarah yang mengarahkan krew bawahannya. Tugas pengarah ialah mengarah dan menyatukan elemen-elemen penerbitan yang berbeza secara serentak dari dalam bilik kawalan(control room). Dalam penerbitan ini pengarah cuba menerbitkan sebuah hasil penerbitan yang memerlukan penyuntingan pos produksi yang minima atau dalam penerbita secara langsung atau ‘live’ dia cuba menerbitkan sebuah penerbitan yang sempurna tanpa sebarang kesilapan.
Pengarahan dalam penerbitan kamera berbilang merangkumi kerjasama dalam operasi teknikal yang dikendalikan oleh krew dan juga aksi talent. Seorang Pengarah Studio akan mendapati bahawa mengarah talent serta kakitangan –kakitangan  kamera-kamera, audio, grafik dan sebagainya adalah merupakan satu tugas yang sangat mencabar.
Tugas mengarah dari dalam Bilik Kawalan
-          Seorang Pengarah mesti prihatin bukan saja dari segi visual(shot-shot) tetapi juga dengan urutan-urutan(sequences) pelbagai shot-shot.
-          Bilik Kawalan memang direka khusus untuk penerbitan kamera berbilang dan ia memerlukan kerjasama diantara kemudahan rakaman serta juga manusia.
-          Penerbitan kamera Berbilang memerlukan latihan yang sebanyak mungkin supaya ia akan berjalan lancar.
-          Latihan memberi peluang kepada Pengarah dan krew produksi apa yang akan dilakukan semasa penerbitan secara langsung dan menjadi lebih bersedia dengan apa juga kemungkinan.

Latihan dalam penerbitan Kamera Berbilang
-          Pembacaan Skrip
-          Latihan tanpa alatan
-          Latihan dengan menggunakan kamera
-          Latihan keseluruhan dengan kamera.



Contoh arahan Pengarah Studio:
SCRIPT ASSISTANT: 30 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,
Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....


TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....

DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...

SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Roll VT, Take VT...

SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Camtwo...

DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..

SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...

DIRECTORReady Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..


TO CLOSE PROGRAMME:

SCRIPT ASSISTANT: Thirty seconds to close the program...

DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.

SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Cut to Lin. Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...
Ready black....

SCRIPT ASSISTANT: 10 from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everybody. 




Peraturan Pengarahan MCP;
·                     Berikan semua arahan dengan jelas, tepat dan relaks tetapi sentiasa berhati-hati.
·                     Berikan arahan kepada 'talent' sebelum beri arahan kepada kamera.
·                     Arahan kepada 'talent' dengan menyebut nama.
·                     Jangan beri arahan 'ready' atau 'standby' terlalu jauh daripada apa yang perlu dibuat oleh pengendali alatan video kerana kemungkinan mereka akan lupa.
·                     Jangan berhenti di antara 'take' dan 'nombor kamera' seperti 'take (jarak masa) two' kerana seseorang 'switcher' atau 'technical director' akan menekan nombor kamera sebelum 'Pengarah' sebut nombor kamera.
·                     Ingat dalam minda nombor kamera yang sedang ke udara. Perhatikan 'priview monitors'.
·                     Jangan sebut 'ready' untuk sesebuah kamera dan 'take' untuk kamera yang lain.
·                     Bercakap dengan kamera-kamera dengan menyebut nombor bukan nama pengendali kamera berkenaan.
·                     Sebut nombor kamera dahulu sebelum beri arahan;
contoh; 'Cam two, give me a CU of Ron'
'Cam three, CU of Lisa'
·                     Jika buat kesilapan, betulkan semampu yang boleh dan teruskan persembahan. Beri sepenuh perhatian apa yang sedang berlaku.
·                     Jika terdapat sebarang masalah teknikal yang mesti diselesaikan dari Bilik Kawalan beritahu Floor Manager tentangnya melalui intercom.
·                     Semasa persembahan bercakap bila perlu. Jika bercakap banyak, krew akan berhenti mendengar dan akan ketinggalan arahan-arahan yang penting. Krew akan mencontohi Pengarah dan mula berkata-kata dalam intercom.
·                     Bersedia untuk arahan penutup. Beri arahan masa yang secukupnya kepada FM supaya FM sempat menyampaikan arahan kepada 'talent'.
·                     Bila persembahan telah ditamatkan (fade to black) arahkan VTR berhenti, ucapkan terima kasih kepada semua krew dan 'talent'. Jika terdapat sebarang kesilapan jangan komplen dalam studio. Ambil masa untuk bertenang dan bercakap dengan tenang kepada krew yang bertanggung jawab. Berhati-hati dalam mengkritk dan bantu mereka untuk mengelakkan kesilapan di masa akan datang.


Arahan Pengurus Pentas atau Floor Manager kepada kakitangan di ‘studio floor’ dan ‘talent’
Tugas Pengurus Studio ialah menyampaikan semua arahan Pengarah Studio kepada kakitangan penerbitan di ‘studio floor’ serta menyampaikan arahan Pengarah Studio kepada talent. Sebelum rakaman di buat atau di keudarakan, Pengurus Studio akan memberi arahan untuk bersedia kepada semua kakitangan penerbitan di Studio floor’.
Ketika 30 saat sebelum bermula dia akan meminta semua diam dan bersedia. Kemudian dia akan memberitahu semua kakitangan di ‘studio floor’ rakaman akan bermula 15 saat dari sekarang. Bila tiba ke saat 10 saat dia akan membuat ‘countdown’ 9, 8, 7, 6,…. Bila tiba di saat ke 5 dia Cuma ‘countdown’ tanpa suara tetapi dengan mengangkat jarinya. Pengurus Pentas atau FM akan mengikut ‘countdown’ yang dilakukan oleh Penolong Pengarah atau Pembantu Skrip dalam Bilik Kawalan.

Contoh arahan Floor Manager;
FM : 30 seconds to on air, please silent….
FM : 15 seconds to on air…
FM : 10, 9, 8, 7, 6, …….

…..5, 4, 3, 2, 1, (mengangkat jari)

FM : 10, 9, 8, 7, 6, …….
…..5, 4, 3, 2, 1, (mengangkat jari)

http://www.tpub.com/content/photography/14130/img/14130_301_1.jpg


Stand by. FM mengangkat tangan pada permulaan penerbitan atau selepas sesuatu keadaan kepada yang berikutnya.
Cue.  FM tunjuk tangan kepada ‘talent’ supaya ‘mulakan berkata-kata’.
Cut.  FM menggerakkan tangan melintasi leher yang bermakna ‘berhenti berkata-kata’ atau ‘berhenti bergerak’ kepada ‘talent’.
Stretch.  FM menarik tangannya menjauhi satu dengan yang lain bermakna masa masih banyak dan ‘slow down’, mendekatkan tangan2 yang membawa makna masa cuma tinggal sedikit lagi dan ‘cepat-cepat’.
Speed up. FM memusingkan tangannya di atas kepala membentuk bulatan secara ‘clockwise’ yang member makna ‘talk faster’. Kelajuan bulatan yang dilakukan adalah bermakna ‘masa telah suntuk’.
OK. FM membuat bulatan dengan jari telunjuk dan ibu jari yang member makna ‘everything is fine’.
30 seconds to go. FM membentuk huruf t dengan kedua-dua tangannya yang member makna tinggal 30 saat rakaman atau segmen tersebut sebelum berakhir.
15 seconds to go/wrap it up. FM menggenggam tangan ke atas yang member makna tinggal lagi 15 saat dan ‘talent’ menamatkan apa-apa sedang dia lakukan.
Speak more softly. FM mengangkat tapak tangannya atas mulut yang member makna ‘speak more softly’.
Speak up. FM  meletakkan tangannya di telinga yang memberi makna menyuruh bercakap atau mula bercakap (speak up).
Speak  or  look  at  this  camera.  FM menunjuk ke arah kamera yang sedang ‘on-air’ yang bermakna ‘bercakap atau lihat kamera’ ( speak or look at this camera). Gerakan melambai-lambai dari satu kamera ke satu kamera yang lain bertujuan mengingatkan ‘talent’ bahawa Pengarah Studio menukarkan kamera pertama kepada kamera yang satu lagi untuk ‘on-air’.


 Esok sambung lagi untuk.....

DAY 2

HARI ini, Rabu, bengkel MCP disambung dan hari ini setiap kumpulan menyiapkan penulisan skrip serta juga menyiapkan bahan-bahan untuk VT. Walau 
bagaimanapun tugas2 berkenaan masih belum selesai hingga
 waktu kerja berakhir. Tugas yang hampir
siap itu akan disambung esok...................................
Bile telah selesai, esok semua peserta bergerak ke STUDIO UKM
untuk menjalani latihan amali penerbitan MCP di sana hingga tamat waktu pejabat.....
















Esok bersambung lagi untuk hari yang ke...............................................
.............................................................................................
............................................................................

DAY 3.


HARI ini, Khamis dan merupakan hari ketiga BENGKEL MCP kami berlangsung
dan hari ini setiap kumpulan menyiapkan apa2 yang masih belum siap.
Bercadang hendak menggunakan blue screen...rupanya
ada masalah teknikal...oleh itu jika studio
di upgrade nanti jangan lupa
masukkan kemudahan untuk menggunakan
blue atau green screen, kalau tak akan menangis sampai kiamat untuk
mendapatkan cara menggunakan teknik berkenaan
dengan alat yang wujud sekarang..............
Ermmmmm....malas nak tulis lagi, tengok jer gambor-gambor
di bawah tuuuuuuuuuuuuuu.........





















DAY 4

Jumaat, 9 Okt. 2015, merupakan hari terakhir bengkel mcp di studio ukm.
Hari ini mereka membuat latihan penerbitan mcp serta juga
penerbitan akhir waktu pagi.....
Sebelah petang diadakan majlis penutup dengan dihadiri
oleh Pengarah PKK sendiri iaitu Prof. Datin
Dr. Norizan serta juga Datin Dr. Saadah yang menjadi juri bersama dengan
Pengarah PKK. Di akhir program sijil2 disampaikan kepada
para peserta oleh Datin Pengarah.................



















 


Terima kasih kerana sudi membaca..................dan terima kasih
jugak kepada semua krew dan peserta yang terlibat......................................


DAUD.montak.zakaria

No comments: