Saturday, May 9, 2015

mcp minggu ni...4 - 10 mei 15


kolej ibu zain....


Bicara Kos Sara Hidup yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak UKM, 9 Mei 2015 Sabtu.
Dari pagi sampai petang kami membuat rakaman
MCP Bicara Kos Sara Hidup di dectar ukm.
Perkara yang penting dalam program ini ialah majlis
perasmian yang telah dilaksanakan oleh perdana menteri DS Najib.
Aku tidak bercadang untuk mengulas ucapan dia kerana aku sibuk dengan kerja
pengarahan yang tidak mungkin dapat tumpukan perhatian kepada
apa yang telah diucapkan oleh beliau. apa-apa pon
aku akan upload ucapan PM ke Youtube
nanti....jadi cubalah cari masa dan tonton serta hayatilah apa
yang diperkatakannya........................















Apa-apa pon aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew
yang setia terlibat dalam tugas ini hingga selesai....Bukan mudah untuk buat keje...
apatah lagi keje hari ni dibuat dalam waktu cuti. Bukan
semua krew dapat hadir dalam waktu cuti....malah ada yang balik
kampung tanpa sebarang pesan pon....dan ada jugak yg
tak muncul pada sesi petang..........ooopst!

............................................................................................................................

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Ibrahim Yaakon UKM di 
Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, 7 Mei 2015,
Khamis..

Minggu ni minggu sibuk dengan mcp anugerah kecemerlangan
pelajar di dectar ukm. Salah satunya yang dianjurkan oleh Kolej ibrahim Yaakob.
Kami keje macam biasa, pasang alat waktu petang kemudian tunggu
hingga program bermula. Itu rutin tugas kami di dectar, namun
ada yang seakan-akan tidak menghargai tugas kami...walaupon tugas tersebut
mungkin mampu memperlihatkan  reputasinya sentiasa bersih.........




foto oleh KHUSAIRI






foto oleh KHUSAIRI...
Program malam ni krew semua buat kerja dengan baik walaupon krew
tidak dipelawa makan seperti program malam sebelumnya. Bukan kami nak sangat pon
tapi sekurang-kurangnya itu mungkin menjadikan krew lebih semangat nak
kerja dengan sungguh2...gamaknya......Kalau tak dipelawa pon, ramai dikalangan krew
dah sedia penuhkan perut sebelum mula bertugas.......Apa-apa pon, terima
kasih kepada semua krew yang menjalankan kerja dengan baik walau
pon hidung masing-masing disiksa dengan bau makanan....

.........................................................................................................................................

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Ibu Zain, 6 Mei 2015
Rabu, di dewan Canselor Tun Abdul Razak Dectar...

Ini merupakan tugas pertama mcp kami yang melibatkan program anugerah 
kecemerlangan pelajar di dectar ukm. Krew agak cukup malam tu. Namun ada tugas
yang tidak dapat berfungsi kerana krew tiada. Apa-apa pon itu merupakan
tugas yang boleh diatasi masa proses pos produksi nanti.......

Krew diberi jamuan makan oleh pihak kolej sebelum bertugas....jadi dapat
jugak mereka mengalas perut sedikit. Aku sememangnya jarang makan masa mcp
di dectar...itu perkara biasa. Yang penting krew dapat mengalas perut
mereka. Aku suka dengan layanan kolej sebegini...bukan
bermakna krew berharap sangat dengan makanan
tu....tak kisah pon...tapi kalau ada lagi baik...alhamdulillah.....kalau tak dapat
makan pon ada jugak krew yang akan makan kat luar bila
tugas da tamat...............................................................................

















Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew yang bertugas pada malam tersebut
dan terima kasih pada kolej yang mempelawa krew menjamu selera....
dan yang paling tersentuh bila TNC Prof Imran tanya krew 'sudah makan...?' semasa
perarakan masuk tnc-tnc masa permulaan program......... Rasa tersentuh kerana
dia perihatin dengan krew yang bertugas dan jugak kerana
aku tak menyangka dia mengamalkan BUDAYA MELAYU yang sentiasa manis
di mulut, manis di hati...........

....sekian dan terima kasih kerana membaca.....

Sekian.....

DAUD.montak.zakaria

No comments: