...VIDEO2 lain ada di sini...
DUA kali pi Gua Musang Kelantan tahun ni...pertama AWAL JANUARI dan KEDUA
18 & 19 APRIL 2015. Kedua-duanya kerana mengikuti misi bantuan banjir
UKM. Kali pertama kami merakam sukarelawan membersihkan
sekolah daripada lumpur selepas banjir iaitu SEK. KEB.
LIMAU KASTURI GUA MUSANG.
Kali pertama aku pi dengan sdr.
Kamarul dan sdr. Ikhwan dan kali ini aku pi
dengan sdr. Kamarul dan foto pula sdr. Raai...kami dari Pusat
Komunikasi Korporat UKM. Kali ini kami pegi di dua sekolah iaitu SEKOLAH
KEBANGSAAN LIMAU KASTURI dan SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA SUNGAI GUA MUSANG KELANTAN.
Bila tengok muka2 budak sekolah tu, rasa
hiba dan sebab pulak. Terfikir dalam kepala
kecik2 lagi dia orang telah diuji PENCIPTA dengan musibah
yang rasanya aku sendiri pon mungkin akan terpukul...bertambah sebak dan hiba bila
mereka menyanyi lagu yang sedih yang membuatkan jiwa rasa sebak
sesangat...hanya mereka yang hadir di lokasi kejadian jer yang
faham apa yang aku cuba ceritakan. Dalam kepala
aku sentiasa jer berfikir mungkin apa yang dia orang pakai
mungkin itu jer yang dia orang ada...tidak seperti anak2 kita yang serba
cukup untuk pi sekolah dan juga untuk pi mana-mana....
Kesian tengok muka mereka dengan raut
yang pelbagai yang menyimpan seribu kesedihan mungkin......
Dalam hati senyap-senyap mendoakan semoga mereka diberikan kegembiraan
oleh Pencipta...moga mereka diberi keberkatan dunia hingga
ke syurga....Sukar nak digambarkan dengan kata-kata...
Moga mereka diberikan segala KENERKATAN oleh ALLAH SWT.....
bergambar dalam bilik sumber bersama sukarelawan.. |
bergambar bersama sukarelawan termasuk sukarelawan pelajar antarabangsa ukm dari IRAQ.. |
hampir senja setelah tugas disiapkan oleh sukarelawan...AKU, sdr. RAAI & sdr. KAMARUL.... |
majlis menanam pokok oleh VVIP sekitar BILIK SUMBER SEK. KEB. LIMAU KASTURI GUA MUSANG KELANTAN.... |
Sekian.....dan terima kasih kerana membaca......
@SEMUA FOTO-FOTO diambil dari FB sdr. KAMARUL dan HUSSAIN....dan juga foto
yang dirakam oleh sdr. RAAI...
sekian......
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment