ANTARA 23 - 26 Mei 2015, kami membuat rakaman CABARAN KAYUHAN AMAL
45 KM dalam negeri Selangor dan sebahagian negeri Perak. Kayuhan selama 4
hari tersebut mengandungi beberapa fasa iaitu UKM - TANJUNG
KARANG; TANJUNG KARANG - TELUK INTAN
TELUK INTAN - TANJUNG MALIM;
TANJUNG MALIM - RAWANG ; PUTRAJAYA - UKM.
Tengok jer ler foto di bawah, ku biarkan ia bercerita dengan menggunakan
bahasanya.....................................................................
teluk intan - tanjung malim |
tanjung karang - teluk intan |
ukm - tanjung karang |
tanjung malim - rawang |
putrajaya - ukm |
DRAFT SCRIPT
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menginjak usia 45 tahun pada 18 mei
2015 yang lalu. Dalam usia yang sedemikian banyak kejayaan telah dicapai oleh
UKM dalam bidang akademik dan penyelidikan. UKM juga berjaya menjadi dikalangan
100 buah university terbaik di dunia di bawah usia 50 tahun.
Sempena menyambut 45 tahun UKM, satu kayuhan amal telah diadakan.
Program ini telah dianjurkan oleh KELAB BERBASIKAL UKM. Program ini dikenali
sebagai Program Cabaran Kayuhan Amal 450 Kilometer sempenan 45 Tahun UKM.
-
Temubual Pengerusi Program
Menganjurkan sebuah program sama ada besar atau kecil bukanlah mudah, ia
memerlukan kesungguhan dan perancangan yang teratur.
-
Temubual Timbalan Pengerusi Program
Program kayuhan amal ini bermula dari dataran Panggung Seni, UKM.
Pelepasan peserta kayuhan amal ini telah disempurnakan oleh YBHG. Prof. dr.
Imran Ho Abdullah, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan
Masyarakat.
duk belakang hilux |
duk belakang hilux lagi |
UPSI |
duk belakang hilux lagi |
lagi duk belakang hilux |
Pekan yang dilalui oleh peserta kayuhan selepas Kelang ialah Kapar.
Peserta singgah di sini untuk makan tengah hari. Namun perut tidak boleh di isi
penuh kerana akan menganggu kayuhan peserta.
Kayuhan bersambung lagi. Berlaku sedikit kemalangan kepada salah seorang
peserta kayuhan. Inilah antara cabaran yang tidak diduga yang perlu dilalui
oleh para peserta adakalanya disebabkan oleh kesalahan orang lain.
Kayuhan ini diteruskan menuju Tanjung Karang melalui Jeram dan Kuala
Selangor. Kayuhan ini berakhir di Kampus UKM Tanjung Karang. Di sini semua
peserta menginap untuk menunggu memulakan kayuhan pagi esok.
Kampus UKM Tanjung Karang dibina dalam tahun ………………dan digunakan sebagai
pusat memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar oleh pelajar
perubatan UKM.
Kayuhan untuk fasa pertama ini mempunyai jarak sejauh 138 kilometer dan
mengambil masa lebih kurang 8 jam.
Ahad, 24 Mei 2015, peserta kayuhan amal telah siap sedia sejak awal pagi
untuk memulakan kayuhan. Fasa kedua ini ialah dari Tanjung Karang ke Teluk
Intan Perak.
Setelah semuanya siap sedia dan sesi fotografi telah selesai, kayuhan
pon bermula. Kayuhan ini akan melalui Sekincan, Sungai Besar dan Sabak Bernam
sebelum tiba di Teluk Intan. Jarak perjalanan lebih kurang 97 kilometer dan
dijangka selesai dalam masa 5 jam.
ni duk kat menara 'PISA' |
di serang elergic...kena injec 2 kali..... |
mana ada belakang hilux di situ ada kami.... |
tugas di mana pon boleh buat kalau nak... |
rehat |
Terdapat juga peserta yang mengambil sedikit masa member kata-kata
semangat kepada para pelajar. Sesi fotografi juga telah dirakam bersama
pelajar. Peserta kayuhan akhirnya meninggalkan sekolah berkenaan dengan diiringi
oleh lambaian tangan pelajar.
Cuaca agak mendung. Tiba di sabak Bernam, peserta kayuhan telah singgah
di sebuah rumah penduduk. Di sini Prof. dato’ Dr. Abdullah sani, pakar ENT
telah member khidmat perubatan kepada penghuni rumah terbabit. Semua peserta
kayuhan telah diberi jamuan di rumah berkenaan.
Selesai sesi fotografi, peserta kayuhan mula meninggalkan rumah tersebut
untuk menuju Bandar Teluk Intan Perak. Kayuhan bukan saja melalui jalan yang
lebar dan sesak malah jua melalui jalan yang di kiri dan kanan ditumbuhi pokok
yang menghijau.
Tiba di daerah Teluk Intan peserta kayuhan diiringi oleh anggota polis
lalulintas IPD Teluk Intan. Setiap anggota polis lalu lintas ini telah
menjalankan tugas mereka dengan amat baik. Peserta kayuhan tiba di Kampus UKM
Teluk Intan menjelang tengah hari. Peserta akan menginap di kampus ini.
Kampus UKM Teluk Intan ini merupakan kampus untuk pelajar tahun akhir
fakulti perubatan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kalangan penduduk
sekitar. Kampus ini siap dibina pada tahun 2013.
Menjelang jam 3.00 petang, anggota polis lalu lintas teluk Intan telah
mengiringi peserta kayuhan amal ke Balai polis Teluk Intan. Di sini mereka
telah bergabung dengan kelab basikal polis teluk Intan untuk mengadakan kayuhan
sekitar Bandar Teluk Intan.
Selesai sesi fotografi, mereka mula bergerak keluar dari perkarangan
Balai Polis Teluk Intan.
rehat |
singgah |
sebelum mula aktiviti |
masih belakang hilux |
Kumpulan kayuhan ini telah melawat kawasan Beting Beras Basah.
Sejarah beting beras basah
Mereka juga telah berkayuh menuju Menara Condong Teluk Intan yang telah
terkenal kepada pelancong dalam dan luar Negara.
Sejarah menara teluk intan.
Akhirnya kayuhan peserta telah singgah di Rumah Bakti
Pesrta telah disambut oleh penguasaha rumah berkenaan serta penghuninya.
Selepas selesai semua ucapan, pihak UKM yang diwakili oleh Prof. Dato’
dr. Abdullah Sani telah menyampaikan cek dan sumbangan yang lain kepada pihak
rumah bakti terbabit.
dalam lori pulak... |
UPSI |
UPSI |
canselori |
Hari Isnin, 25 Mei 2015, seperti biasa setiap peserta kayuhan akan
membuat persediaan untuk menyambung kembali kayuhan. Setelah segalanya selesai
dan setelah doa dipanjatkan kepada Ilahi, kumpulan ini memulakan kayuhan.
Mereka meninggalkan kjampus UKM Teluk Intan menuju Tanjung Malim. Fasa ketiga
ini mempunyai jarak perjalanan 98 kilometer dan dijangka mengambil masa selama
lebih kurang lima jam.
Peserta kayuhan akan melalui Bidor, Sungkai, Slim River sebelum tiba di
lokasi yang dijadualkan iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.
Peserta kayuhan singgah dibeberapa lokasi, mengumpulkan tenaga untuk
meneruskan cabaran.
Di Sungkai, peserta kayuhan singgah di MRSM. Pihak MRSM menyambut baik
kedatangan peserta kayuhan amal ini. Sesi bertukar tukar fikiran dijalankan
secara santai dengan Pengetua MRSM tersebut. Ini juga salah satu cara
mempromosikan UKM kepada pihak luar.
Kayuhan diteruskan lagi kerana lokasi akhir masih belum di jejaki serta
masih jauh lagi. Masing-masing kelihatan masih bertenaga untuk meneruskan
kayuhan. Kali ini kayuhan mereka disirami air hujan buat seketika.
Akhirnya setelah agak lama berkayuh maka menjelang tengah hari mereka
tiba di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.
-
Sejarah tanjung Malim dan UPSI
tamat daaaaa.... |
foto kenangan... |
Hari Selasa, 26 Mei 2015, seperti biasa setiap peserta kayuhan akan
membuat persediaan untuk menyambung kembali kayuhan. Setelah segalanya selesai
dan setelah doa dipanjatkan kepada Ilahi, kumpulan ini memulakan kayuhan. Mereka
mula meninggalkan kampus university Sultan Idris di Tanjung Malim menuju ke
Rawang.
Mereka meneruskan kayuhan dengan bertenaga sepanjang perjalanan menuju
Rawang. Tiba di Rawang jalanraya bertambah sesak. Kayuhan amal ini juga melalui
Kuala Kubu Bharu dan singgah sebentar di sini untuk mengumpul tenaga. Pasukan Perubatan
juga turut memberikan bantuan kepada para peserta yang mengalami masalah. Kayuhan
bersambung dan bila tiba di daerah Rawang jalanraya bertambah sesak. Para
peserta singgah di Hutan Lipur untuk berehat dan makan tengah hari.
Selesai berehat dan makan tengah hari semua peserta masuk kenderaan
untuk pergi ke Putrajaya. Basikal para peserta juga ada yang dimasukkan ke
dalam lori untuk dibawa ke sana. Keputusan ini diambil kerana keadaan jalanraya
yang sibuk dan sesak yang mungkin boleh membahayakan peserta kayuhan.
Di Putrajaya, peserta menyambung kembali kayuhan menuju Universiti
Kebangsaan Malaysia di Bangi. Mereka berkayuh dari Putrajaya menuju UKM
adakalanya dalam kumpulan dan ada ketikanya berjauhan antara satu dengan yang
lain.
Akhirnya peserta kayuhan amal ini tiba di UKM dan disambut oleh pegawai
UKM di Bangunan Canselori. Sesi bergambar juga telah diadakan.
Pada 27 Mei 2015, semua peserta kayuhan amal telah diberi penghargaan
dalam Majlis Pelancaran Sambutan 45 Tahun UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia......................
Sekian dan terima kasih sebab sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment