...video tanpa skrip...yang berskrip akan
disiapkan dan di upload kemudian...
TANGGAL 18 & 19 April 2015 iaitu Sabtu dan Ahad, kami iaitu aku dan sdr. KAMARUL
berada di GUA MUSANG KELANTAN kerana membuat rakaman
video PENYERAHAN BANTUAN UKM kepada
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU
KASTURI di GUA MUSANG dan juga kepada
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SUNGAI DI GUA MUSANG
KELANTAN.....
dari KL ke GUA MUSANG KELANTAN.. |
dari PEKAN GUA MUSANG ke SEK.KEB. LIMAU KASTURI |
SEBENARNYA program ini dijangka dijalankan lebih kurang sebulan yang lalu.
Namun ia ditunda hingga ke tarikh sekarang kerana sebab yang
tertentu. Bagaimana pun, pada kali ini, mulanya kami tidak terlibat
dalam rakaman video tersebut seperti yang terdapat dalam email. Entah macam
mana...tiba2 timbul unit kami yg telah diminta untuk membuat
rakaman video program berkenaan. Oleh yang demikian aku
terpaksalah mencari seorang krew lagi untuk sertai aku dalam tugas
membuat rakaman video berkenaan...
rakaman video program berkenaan. Oleh yang demikian aku
terpaksalah mencari seorang krew lagi untuk sertai aku dalam tugas
membuat rakaman video berkenaan...
SEK. KEB. LIMAU KASTURI |
SEK. KEB. LIMAU KASTURI |
SEK. KEB. KUALA SUNGAI dari jalan utama |
BERKENAAN kedua-dua sekolah tersebut...sebenarnya sukarelawan dari UKM pernah
memberi bantuan dari segi bantuan membersihkan sekolah tersebut dari
lumpur selepas banjir. Beberapa misi telah dibentuk dan dihantar
untuk kerja2 pembersihan sekolah tersebut bersama sukalewanan yang
untuk kerja2 pembersihan sekolah tersebut bersama sukalewanan yang
lain yang datang dari seluruh negara. Pihak UKM telah diminta untuk membuat
kerja-kerja pembersihan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan....
Ini bermakna UKM telah dikenali sebelumnya oleh pihak sekolah2 berkenaan....
SEK. KEB. KUALA SUNGAI |
SEK. KEB. KUALA SUNGAI |
SEK. KEB. KUALA SUNGAI |
SEK. KEB. KUALA SUNGAI |
PERJALANAN kami ke GUA MUSANG dengan bas bermula dari DATARAN PANGGUNG
SENI lebih kurang jam 12.00 tengah malam.....Dalam perjalanan ke sana
kami sempat singgah untuk makan dan minum di lokasi
lokasi yang aku tak pasti.....Kami makan dan minum jam 4.00 pagi lebih
kurang. Terasa macam BERSAHUR pulak...
lokasi untuk makan dan minum... |
bas singgah di R & R... |
R & R |
R & R |
KAMI tiba di R&R GUA MUSANG lebih kurang jam 6.00 pagi. Masing-masing
pi toilet, sape2 yang nak pi ler....serta kerjakan solat SUBUH di R & R tersebut. Selesai solat dan makan kami terus di bawa ke SEKOLAH KEBANGSAAN
LIMAU KASTURI.
Di sini, tanpa mandi..ooopst! (kali terakhir mandi ialah sebelum bergerak dari UKM) semuanya terus mula membuat kerja dgn penuh tanggung jawab tanpa
rungutan. Sementara kami mula membuat rakaman video dan jugak
foto oleh sdr. RAAI. Semua yang ada dalam rombongan telah
membuat kerja masing2 seperti memasang meja, rak buku,
korek lubang untuk tanam pokok dan sebagainya...
Di sini, tanpa mandi..ooopst! (kali terakhir mandi ialah sebelum bergerak dari UKM) semuanya terus mula membuat kerja dgn penuh tanggung jawab tanpa
rungutan. Sementara kami mula membuat rakaman video dan jugak
foto oleh sdr. RAAI. Semua yang ada dalam rombongan telah
membuat kerja masing2 seperti memasang meja, rak buku,
korek lubang untuk tanam pokok dan sebagainya...
Semuanya perlu disiapkan untuk perasmian pagi esok (Ahad).
Semua kerja2 dilakukan oleh sukarelawan dari JPP dan diketuai oleh Pegawai Tadbir UCTC En. Aku dan sdr. Kamarul membuat rakaman secara bergilir-gilir.....
Semua kerja2 dilakukan oleh sukarelawan dari JPP dan diketuai oleh Pegawai Tadbir UCTC En. Aku dan sdr. Kamarul membuat rakaman secara bergilir-gilir.....
Barang2 dan buku adalah sumbangan UKM dan juga pihak-pihak korporat
yang lain................................................................
pusat sumber dan makmal komputer... |
MASING-MASING menjalankan tugas tanpa sebarang masalah..semuanya berjalan lancar
dan licin. Bilik sumber ini perlu disiapkan dan disediakan untuk upacara
PERASMIAN esok iaitu hari AHAD. Jadi semuaya perlu sempurna
sebelum menjelang hari esok.....................
hotel tempat menginap... |
posing sebelum naik bas.... |
MENJELANG tengah hari kami semua bergerak ke PEKAN GUA MUSANG untuk
check in di hotel yang telah ditempah. Kami perlu makan tengah hari
dan perlu mandi dan berehat sebelum menyambung kembali tugas di
sekolah tersebut.
sekolah tersebut.
SETELAH mandi, makan dan berehat, kami bergerak kembali ke SEK. KEB.
LIMAU KASTURI pada jam 2.15 petang. Perjalanan makan masa
lebih kurang 45 minit.......................................
pilih buku untuk diletakkan di rak |
....ini jer sumbangan yang mampu kami berikan iaitu................................ rakaman video dan rakaman foto.... |
MENJELANG jam hampir 7.00 malam, semua tugas telah selesai dan telah sempurna
sepenuhnya serta bersedia untuk upacara esok pagi.......
LEBIH kurang jam tujuh pagi kami bergerak ke SEK. KEB. LIMAU KASTURI untuk
upacara PENYERAHAN PUSAT SUMBER kepada pihak sekolah
oleh UKM. Tiba di sekolah tersebut lebih kurang jam lapan
pagi. Tak lama kemudian PROF. DATIN NOOR AZIAH iaitu Timbalan Naib
oleh UKM. Tiba di sekolah tersebut lebih kurang jam lapan
pagi. Tak lama kemudian PROF. DATIN NOOR AZIAH iaitu Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni tiba di sekolah tersebut untuk upacara perasmian.
Beliau disambut dengan paluan kompang oleh pelajar dan juga pertunjukan silat...
menuggu VVIP... |
suasana dewan.... |
suasana dewan... |
gendang silat |
pertunjukan silat... |
kadang2 rasa kesian bila lihat muka budak2 ni...kecik2 lagi sudah mengalami musibah banjir.....entah berapa pasang baju sekolah yang mereka ada...tentu semuanya da dihanyutkan air bah....gamaknya.... |
dewan... |
dewan... |
datin noor aziah bergambar dengan guru besar dan pelajar antarabangsa phd di bilik makmal komputer.... |
bergambar beramai-ramai... |
UPACARA Perasmian dimulakan dengan NEGARA KU, LAGU NEGERI KELANTAN
dan LAGU SEKOLAH. Terdapat dalam senikata lagu yang membuatkan
hati rasa sebak....aku tak pasti sama ada LAGU NEGERI
KELANTAN atau LAGU SEKOLAH...
Kemudian DOA, UCAPAN GURU BESAR dan juga UCAPAN PERASMIAN...
UCAPAN PEGAWAI PPD tiada, kerana beliau tidak hadir...aku
pun tak pasti kenapa beliau tidak hadir.....
Program di dewan kemudiannya diikuti oleh lawatan Prof. Datin Noor Aziah
ke PUSAT SUMBER dan MAKMAL KOMPUTER serta upacara
menanam pokok mangga.....
Akhir sekali sesi bergambar secara beramai-ramai........................................
Dan yang paling akhir ialah MAKAN TENGAH HARI..............
bersedia untuk menjamu selera.... |
mula dgn BISMILLAH... |
EN. FAIZI .....yang kiri tuuuu.... |
SELEPAS makan tengah hari kami diminta untuk mengikuti rombongan ke SEKOLAH
KEBANGSAAN KUALA SUNGAI pulak untuk menyampaikan sumbangan
KOMPUTER dan BUKU pada sekolah tersebut......Rombongan
diketuai oleh PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN..
KAMI bergerak dari SEK. KEB. LIMAU KASTURI lebih kurang jam 12.00
tengah hari. Bergerak dengan 2 buah 4WD dan sebuah lori yang membawa barang
untuk di dermakan kepada sekolah berkenaan. Dari Sek. Limau Kasturi ke jalan masuk Kuala Sungai jaraknya lebih kurang 70 kilometer. Tiba di jalan masuk terpaksa
pulak melalui jalan tanah sejauh 25 KILOMETER...jalan tanah bukan jalan
tar. Ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba di sana....
diketuai oleh PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN..
KAMI bergerak dari SEK. KEB. LIMAU KASTURI lebih kurang jam 12.00
tengah hari. Bergerak dengan 2 buah 4WD dan sebuah lori yang membawa barang
untuk di dermakan kepada sekolah berkenaan. Dari Sek. Limau Kasturi ke jalan masuk Kuala Sungai jaraknya lebih kurang 70 kilometer. Tiba di jalan masuk terpaksa
pulak melalui jalan tanah sejauh 25 KILOMETER...jalan tanah bukan jalan
tar. Ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba di sana....
jalan masuk ke sekolah...jalan tanah 25 kilometer.... |
kelapa sawit... |
jalan tanah dan sunyi...kiri kanan kelapa sawit....kalau malam2 ni pasti takkan lalu sini... |
JALAN TANAH yang dilalui adalah merupakan jalan tanah dalam ladang kelapa
sawit....sunyi...yang ada cuma lori hantu yang membawa kelapa sawit. Jalan tersebut berdebu. Kalau kita melalui jalan ini dengan motosikal tentu akan menjadi
tua bila sampai kat sekolah tu nanti....apa tidaknya, sampai di sekolah
rambut akan menjadi putih kerana debu yang tebal.......
tua bila sampai kat sekolah tu nanti....apa tidaknya, sampai di sekolah
rambut akan menjadi putih kerana debu yang tebal.......
Jalan tersebut juga sukar untuk berselisih, masing2 mesti ada sifat mengalah
. Jalannya teruk sangat...kalau melaluinya kita rasa duduk atas mesin urut yang perlu diservis...
Jika kita bawa kereta dari jalan besar, mungkin tiba di sekolah tersebut, semuanya
. Jalannya teruk sangat...kalau melaluinya kita rasa duduk atas mesin urut yang perlu diservis...
Jika kita bawa kereta dari jalan besar, mungkin tiba di sekolah tersebut, semuanya
longgar atau paling teruk pun tinggal kerusi pemandu dan stering jer...
ooopst!....gurauan jer..................................
Tapi memang jalan tanah tersebut penuh debu, rasanya kereta
yang sesuai melalui jalan berkenaan 4WD jer kot.... Fikirlah dengan keadaan jalan
sedemikian yang perlu di tempoh sejauh 25 kilometer.....Kalau waktu malam tentu tak
kan lalu kat situ sebab tiada rumah pon sepanjang laluan, kalau ada pon jarang
sangat. Jalannya bengkang bengkuk dan sering mendaki bukit yang
di bawahnya terdapat jeram yang dalam...............Kalau
kereta tergelincir dan masuk ke jeram...kalau tak arwah...sekurang-kurangnya
mungkin dua tiga bulan makan dan minum melalui tiub...nauzubillahi
minzaliq......
sekolah... |
asrama... |
posing sat...hp aku aku punyer pasal ler...ooopst! |
SETELAH lebih kurang satu jam kami pun sampailah di SEK.
KEB. KUALA SUNGAI tersebut....Sekolahnya agak cantik dan besar jugak...
bangunan moden siap ada asrama lagi. Di Kuala Sungai tersebut barulah kami jumpa
jalan tar. Masih terdapat kesan bencana banjir di sini. EN. MOHD FAUZI Pegawai Tadbir
UCTC yang jadi ketua berhubung dengan guru2 berkenaan..Rombongan kami selain drpd En. Fauzi dan Dr. Roslee ialah PKK tiga orang, pemandu kenderaan 3 atau 4 orang
termasuk yang membawa kami iaitu aku dan sdr. Kamarul. Pemandu yang bawa kami
tu baik orangnya....En. Rahman....sebaya aku.....masing2 da nak pencen daa......
sdr. RAAI dan SDR. NAZIRUDDIN, jurufoto..........ermmmm...
rasa itu jer kot.....lupa.... Sebaik sampai kami dipelawa
minum dan makan nasik ayam dan sup......ermmm...
nasik ayam memang ada sup kan........
kesan bencana banjir... |
masih ada kesan bencana banjir... |
sek. keb. kuala sungai, gua musang... |
kami diberi jamuan makan... |
SELEPAS makan barulah program bermula....aku tak pasti sama ada dewan
atau bilik kelas....masih ada kesan lumpur kat dinding bilik berkenaan. Acara bermula dengan negara ku, lagu negeri dan lagu sekolah. Di sini jugak hati rasa macam sebak bila
dengar senikata lagu berkenaan...mungkin lagu negeri kot....tak pasti...
Bila tengok muka kanak2 sekolah tu jugak macam rasa sebak jugak...kesian sesangat..
Kalau aku miliki dunia dan seluruh isinya (fadhilat solat sunnat subuh) tentu aku akan bantu mereka seluruhnya hingga mereka boleh hidup sendiri...ooopst! keterlaluan ker aku....?
Kesian bila tatap muka sedih mereka.....wajah yang menyimpan
sejuta kesedihan...mungkin apa yang dipakai, itu jer yang mereka ada...sape tau kan....
...moga mereka semua berjaya dalam kehidupan dunia hingga ke syurga.....
husin (pelajar phd Arab) berikan gula2 kat semua murid2... |
muka murid2 yangmembuatkan hati rasa kesian... |
ucapan PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN....di SEK. KEB. KUALA SUNGAI, GUA MUSANG... |
ACARA bermula dengan bacaan doa, slide show masa banjir....masa banjir
dikatakan air naik hingga paras dua. Kemudian ucapan guru besar dan seterusnya ucapan
perasmian oleh PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN, Pengarah Pusat Perkembangan Mahasiswa dan Hubungan Alumni......................................... Selesai ucapan,
dilakukan pula simbolik penyampaian sumbangan oleh UKM.
Aku sempat bertanya pengawal sekolah, 'sekolah rendah pun ada asrama,
kenapa?' Dia kata budak duduk jauh dari sekolah dan rumah mereka di pendakian2 dan
sukar untuk pergi ke sekolah. Jadi asrama merupakan satu jalan supaya mereka
tak perlu menapak ke sekolah. Aktiviti pembelajaran pon teratur...
Ada yang berpandangan, patutlah orang2 Kelantan bijak2
sebab awal lagi mereka dah didedahkan dengan
cara pembelajaran yang teratur...gamaknya....itu mungkin salah satu faktor kejayaan mereka...
penyerahan bantuan secara simbolik... |
foto beramai-ramai bersama guru2 dan murid2.... |
sek. keb. kuala sungai, gua musang kelantan... |
keluarkan komputer dan buku untuk SEK. KEB. KUALA SUNGAI, GUA MUSANG... |
DARI sana kami terus pulang ke BANGI setelah berada di sekolah berkenaan untuk beberapa jam.......................dan nak keluar dari
KUALA SUNGAI sudah tentulah melalui jalan bengkang bengkuk yang berdebu...
Dalam perjalanan balik ke UKM, kami sempat singgah minum dan
makan di gerai2 dan sempat jugak menjamak solat di masjid
yang sempat kami singgah....................................
dalam perjalanan balik...ni da masuk pahang kut.... |
Minum di R & R Sungai Besi..... |
TIBA di UKM jam hampir menunjukkan nombor 12.00 tengah
dan bila log out nama dan tarikh hari sudah bertukar....terpaksalah log in dan out.......................................apa2 pon terima kasih PENCIPTA
kerana kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna
dan selamat pergi dan balik serta ketika berada di sana....................................
......................................................................................................
......................................................................
SEKIAN dan terima kasih kerana sudi membaca.....
dan bila log out nama dan tarikh hari sudah bertukar....terpaksalah log in dan out.......................................apa2 pon terima kasih PENCIPTA
kerana kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna
dan selamat pergi dan balik serta ketika berada di sana....................................
......................................................................................................
......................................................................
SEKIAN dan terima kasih kerana sudi membaca.....
....dan kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan ke sekolah-sekolah tersebut silalah
hubungi sekolah berkenaan iaitu..........
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU MANIS GUA MUSANG.....
dan
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SUNGAI GUA MUSANG......
013-911 6740
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment