Saturday, February 22, 2014

proGram eCo siNERgy




HARI ini, Sabtu, 22 Februari 2014, kami membuat liputan video di Ulu Yam. Tugas berkenaan kami peroleh semalam. Jadi terus buat keputusan untuk gerak pagi ini. Program berkenaan ialah Eco Sinergy yang akan bermula pada jam 8.30 pagi.



Sebenarnya program tersebut berlangsung dari 21 - 23 Februari 2014. Namun kami cuma diminta untuk membuat rakaman pada hari ini sahaja. Kami gerak dari UKM jam 6.30 pagi menuju Ulu Yam. Program tersebut berlangsung di Resort Nur Laman Bestari,Ulu Yam.




Sebenarnya aku pernah ke sini lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu kami membuat rakaman video Bengkel Foto yang ketika itu kami masih di bawah bumbung 
Penerbit UKM. Anda boleh bacanya di SINI




Walau pon aku pernah ke sini, aku tidak mahir pon dengan laluan ke sini. Oleh itu bantuan rakan2 yang turut sama amat aku hargai. Dari UKM kami gerak jam 6.30 pagi ke batu Cave dan seterusnya ke Nur laman Bestari. Tiba di resort tersebut lebih kurang jam 8.00 pagi.




Program terbabit bermula pada jam 8.30 pagi. Kami diminta untuk membuat rakaman aktiviti menanam pokok dan jungle tracking. Sebelum menanam pokok, telah diadakan majlis pelancaran ringkas.



Aktiviti menanam pokok diikuti pula oleh aktiviti jungle tracking sambil diberi penjelasan berkaitan spesis tumbuhan oleh PROF. DATO' DR. SHAHARUDDIN.
Rasa terubat rindu aku kepada kehijauan hutan yang dah agak lama aku tidak menatapnya. dah lama rasanya aku tak masuk hutan dan seronok sangat rasanya bila dah masuk hutan ni. Tengok hutan yang hijau dan air yang jernih mengalir menuruni bukit....



Agak banyak jugak maklumat yang aku dapat semasa jungle tracking tersebut. Aku akan cuba jalinkan dengan visual untuk menghasilkan sebuah video berskrip. aku akan upload ke YouTube bila dah siap nanti. Kerja-kerja rakaman telah dibuat oleh sdr. SHAHRUL dan RAMLI.








TUAN HAJI RAZAK,iaitu boss kami juga turut serta dalam jungle tracking berkenaan. aktiviti jungle tracking tersebut tamat pada jam 1.00 petang. Selepas makan tengah hari dan selesai kami membuat temu bual Prof. Dato' Dr. shaharuddin, kami bergerak kembali ke UKM.
Tiba UKM jam 5.00 petang kerana tersesat. Aku yang sesat kerana aku yang pegang stering kete....




sdr. SHAHRUL
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

No comments: