Wednesday, December 4, 2013

da huJUng taHun pOn siBuk gAk...



HUJUNG bulan NOVEMBER ni, kerja macam banyak jer walaupon da berada 
di hujung tahun. Banyak tugas yang perlu di selesaikan sebelum
masuk tahun baru. Tak taulah bila nak amik cuti...

konsert koir makum.
raptai konsert
dalam bilik kawalan video
 30 November lalu kami membuat rakaman MCP,KONSERT KOIR MAKUM 2013.
Kami membuat rakaman MCP. Persiapan peralatan dibuat awal seperti
rakaman MCP yang lain. Perlu persediaan awal sebab
'in case' bila berlaku masalah teknikal
sempat untuk diatasi...
itu pon kalau boleh, kalau tak boleh, guna jer mana yang boleh....

peace...
konti
penyampaian hadiah..
KONSERT KOIR ini disertai oleh beberapa buah IPTA. Ia merupakan persembahan 
yang dipertandingkan. Aku sebenarnya da lupa sapa yang menang sebab
semasa bertugas sukar nak tumpukan perhatian kepada
persembahan, sibuk dengan tugas....
Malam tu aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO dan
juga ambil peluang mengendalikan kamera sementara sdr. KAMARUL mengganti aku
sebagai pemberi arahan dari dalam bilik kawalan....
syok jugak pegang kamera bila
da lama sangat duk
kat bilik kawalan...............................................


APA apa pon aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
termasuk krew bantuan dari jabatan lain dalam ukm. Mereka ialah SHAHRUL, 
KAMARUL, RAMLI, JASRIL, IZAD, YUNUS, HIDAYAH,
FAZLIANA dan SULIMI????..
tak ramai yang dapat datang membantu kami malam tuuu....




PADA 2 Disember 2013 pula, kami membuat rakaman MCP Program anjuran CESMED.
Tidak seperti KONSERT KOIR, program ini dijalankan pada waktu
pagi hingga tengah hari. Oleh itu bantuan daripada krew 
jabatan lain tidak dapat diperoleh. Tinggallah
kami sahaja yang membuat tugas tersebut tanpa bantuan.
Oleh itu lantaran krew tak cukup, ada kamera yang tiada 'operator', macam
pak pacak ler...letih jugak dia orang duk berdiri lama kat kamera. Apa nak buat dah tugas
,buat jer ler....Jangan ada lagi keje mcp macam ni waktu pejabat da ler...
kalau tak, mau pengsan berdiri kat kamera.



Dalam bulan Disember ni jugak nampaknya banyak keje MCP dan SCP yang masuk dan
bakal akan masuk. Antaranya, 12 Dis. 13 ada konsert nasyid, 18 Dis. 2013
ada mini konsert untuk majlis perpisahan untuk NC di Panggung
Seni, 19 Disember 2013, ada pelancaran buku NC
di DECTAR. Esok pulak ada rakaman
BicaraMuzium di
Puri pujangga. Aku pulak sibuk dengan kerja suntingan yang
tak abis-abis. Banyak program yang belum siap iaitu konvo sidang 6, 7 & 8. Video untuk
tayangan masa mini konsert perpisahan, kik (mungkin jasril take over...),
konsert koir jugak belum di edit dan ada beberapa program lagi..
cuma aku sempat siapkan ASEAN JAZZ FESTIVAL
dan da aku upload kan ke YouTube, silalah tonton jika nak...kalau xnak takper.....
Minggu ini jugak masalah OT krew da pon selesai,
pelulus da pon luluskan tuntutan ot tuk bulan
oktober mereka. Cuma yang belum lulus ialah tuntutan OT aku yang
digantikan dengan cuti...aku tak boleh claim wang ot, cuma boleh claim cuti jer....
tapi masih tak lulus lagi...tak tau ler bila akan lulus....cuti tu sebenarnya kena
habiskan taun ini jugak.....atau adakah aku tak layak
claim cuti walaupon aku datang bertugas
waktu malam.....?????

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...

*perkara berkaitan cuti tanpa rekod(ganti ot) telah lulus, terima kasih kepada pihak2
yang membantu dalam meluluskannya serta juga yg meluluskannya. Jadi aku akan bermula bercuti 17 nov 2013 hingga tahun baru 2014. Moga mereka yang membantu dirahmatiNYA. Namun aku akan tetap datang ukm untuk bertugas dalam program mcp yang penting serta yang kekurangan krew...sekian...

DAUD.montak.zakaria

No comments: