MALAM tadi, SABTU, 23 November 2013, kami membuat rakaman multiple
camera production atau MCP, program ASEAN JAZZ FESTIVAL di
DECTAR anjuran PUSAT KEBUDAYAAN UKM.
persiapan dan raptai.... |
persiapan teknikal |
Persiapan awal iaitu pemasangan kamera-kamera dibuat seawal jam 6.00 petang
bersama krew-krew yang lain. Kami gunakan 3 buah kamera.
Krew jabatan lain yang datang membantu
ialah sdr. SHOHAIMI, ROSLI,
YUNUS, YAN, SULIMI
dan HIDAYAH...
mula rakaman... |
program berlangsung.. |
Malam ni, sdr SHOHAIMI dari PUSAT PENGAJIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI,
FSSK bertindak sebagai PENGARAH STUDIO. YAN sebagai SWITCHER,
AMRY sebagai GRAFIK dan RAMLI serta SULIMI sebagai
JURU AUDIO sementara yang lain sebagai
JURUKAMERA....
MALAM tu aku sempat menjadi jurukamera
menggantikan HIDAYAH....Whaaaaa.....da lama tak pegang kamera,
terasa kekok pulak....Macam mana pon aku mampu kendalikan kamera selama
SATU JAM SETENGAH....o.k gak tu.....Bukan setakat lama
tak pegang kamera tapi dengan intercom tak
boleh dengar arahan, aku mampu
jugak buat shot secara by hearth...............bunyi persembahan
dalam dewan yang kuat bergema menyebabkan arahan pengarah studio
terus tenggelam........................
persembahan vietnam... |
persembahan.. |
Rakaman kami berakhir lebih kurang jam sebelas setengah malam.
Selesai berkemas jam hampir menunjukkan jam 12.00
tengah malam. Tiba rumah da jam lebih 12.00
tengah malam..................
Tulah...pegi keje masih ada cahaya matahari, balik rumah da muncul cahaya bulan....
Jadi..................jika ganjaran 'tak diluluskan' tak taulah.......harus
diingat 'bayarlah upah sebelum keringatnya kering....'
Aku nak ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua krew terutama
mereka yang datang membantu kami menyelesaikan tugas tersebut
dengan baik dan seterusnya mengelakkan jabatan terhindar
daripada 'complain'.................................
Aku akan edit video ni dan seterusnya tentu di upload ke YouTube.......tungguuuu....
....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.
No comments:
Post a Comment