Thursday, February 14, 2013

..oooo0000oooo... TAman panTUN...

....ni cuma promo jer...
....tugas yang digalas....
HARI ini, 14 Februari 2012, kami iaitu aku, shahrul, ramli dan suraya punyai
tugas membuat rakaman di Taman Pantun UKM untuk
dijadikan 'footage' bagi penerbitan
sebuah multimedia....

...ni bukan nak buat cerita seram...
...ramli & shahrul...
Tiba di taman berkenaan jam 9.40 pagi, kami terus membuat rakaman binaan
istana lama yang terdapat dalam taman pantun berkenaan.
Kami tidak dapat membuat rakaman keseluruhan
bangunan tersebut kerana masih
dalam 'renovation'.

...mencari sudut....

...teliti....
Kami merakam segala sudut yang dapat dirakam termasuk close up dinding
dan tingkap serta ukiran2 yang cantik di tingkap pintu dan dinding.
Agak menarik jugak dalam istana lama tu.....

...hati2...

...cari sudut berestetika...

...cantek kannnn...
Anggaran aku sebelum tiba di taman tu, macam takde apa2 yang boleh
di 'highlinght' kan, namun jangkaan aku tu meleset, rupanya
banyak juga yang dirakam dalam bangunan
lama tersebut...

...kerinduan....

...mencari sudut....

...triger...
Setelah agak lama kami membuat rakaman dalam istana lama tu, maka
seterusnya kami membuat rakaman di luar bangunan pulak.
Kami merakam segala pantun2 yang tercatat serta 
pokok2 yang menjadi bahan pantun
berkenaan....

...sape yang kena...

...tekun...

...nak...? sikit jer tauuuu...
Agak lama jugak kami merakam di sekitar taman berkenaan. Dalam masa membuat
rakaman, kami sempat jugak makan buah duku yang dah tinggal 'buah hujung'
jer tu.....Sempat juga suraya mengutip beberapa biji
untuk 'ole2' sape2 yang nak menikmati
buah tersebut......
Kami tinggalkan taman pantun lebih kurang jam 12.45 tengah hadi...Taman Pantun
terus sendiri lagiiiiii................
....terima kasih bebanyak kepada semua krew yang terlibat....

Terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

No comments: