Monday, February 4, 2013

jaTUH CINta denGAN PUsat kesiHATAN Ukm..


...layanan di kaunter yang baik...
AKU rasa aku da JATUH CINTA dengan PUSAT KESIHATAN UKM
ni, apa tidaknya sebab aku akan ada 'temujanji' lagi dengan
Pusat Kesihatan UKM lagi seminggu....
Ini bermakna aku dah berturut-turut datang ke PKUKM
selama 4 kali termasuk hari pertama 
buat 'appointment'...

nombor dan kad temujanji..
Pagi tadi lebih kurang jam 8.15 pagi aku pi ke Pusat Kesihatan UKM kerana 
ada temujanji yang dah dibuat 3 minggu yang lalu....
hari ini aku dijangka akan dicabut
gigi jugak seperti temujanji
tiga minggu lalu...

...informasi..
 Tiba di kaunter terus bagi kad dan tunggu masa untuk dipanggil ke bilik
rawatan. Sementara menunggu lihat dan baca segala informasi
yang terdapat di sekitar tempat menunggu...

tunggu nombor dipaparkan...
 Pesakit kelihatan tak ramai mungkin kerana pelajar sedang bercuti
sekarang ni....kalau tak silap sebulan mereka bercuti
selepas peperiksaan.....kalau tak silap...
kalau silap tolong betulkan, ada
ruang komen di bawah tu..

informasi yang sempat dicapai..
 Tak lama kemudian nombor aku dipanggil dan terus gerak ke bilik rawatan.
Tiba dalam bilik rawatan bagi nombor kepada doktor.
Doktor minta duduk di kerusi rawatan
seperti pertemuan sebelum
ini.............
Terdapat dua orang yang
membantu doktor dalam bilik rawatan. Aku duduk kat kerusi
rawatan. Kemudian kerusi rawatan direndahkan dan doktor minta
tarik nafas panjang-panjang kerana dia nak injek gusi untuk masukkan ubat pelali..

temujanji akan datang...
Masa dia cucuk ngan jarum tu sebanyak dua kali aku rasa sakit sesangat,
berair gak lah mata aku bila gusi dicucuk jarum..
....maklumlah aku memang ngeri dengan jarum 'injection'....
......formula dia lebih kurang macam ni la...
takut jarum+sakit = sakit sesangat.
Teringat aku penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria
seperti yang aku terbaca dalam FB. Mereka disiksa, ditembak, dibom dan
pelbagai siksaan yang lain. Mereka disiksa sebelum dibunuh.
Yang ngerinya kanak2 pun disiksa umpamanya
dicabut kuku hidup....kejamnya rejim
Syiah Basyar tu..........jenuhlah
nanti dia lamanya atau kekal duduk dalam NERAKA.......
Doakanlah untuk keselamatan umat ISLAM SUNNAH di sana yer.....
Sedangkan aku cuma kene dua kali 'injection' jer
dah rasa sakit, ngilu dan ngeri.......
Selesai 'injection' aku diminta untuk berkumur..
rehat seketika dikerusi rawatan, mungkin
dalam ......tak pasti... mungkin kurang daripada 5 minit kut..
Kemudian kerusi rawatan tersebut direndahkan dan doktor minta buka
mulut...Masa doktor cabut gigi tu tak terasa apa2 pun....
sekejap jer.......Setelah selesai doktor suruh buat 'temujanji' di kaunter
untuk buat tampalan kepada gigi2 yang dah haus....jadi nampaknya
akan bersua lagilah aku dengan PUSAT KESIHATAN UKM...
apa-apa pon......
terima kasih kepada layanan baik DOKTOR dan semua staff yang terlibat...

Oh yer...aku nak cite sikit berkaitan tugas rakaman video kami....
Kami akan ada rakaman MCP 'KONSERT DI RAJA UKM'
pada 28 atau 19 Februari 2013...tak pasti yang
mana satu tapi yang terakhir aku
dapat tau ialah 19
februari 2013..
Harap semua krew MCP dapat membantu
kami dalam kerja-kerja rakaman 
MCP tersebut........tQ.

...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

No comments: