Thursday, November 15, 2012

...wah! dah setahun berlalu video ni...

ermmmm...dah setahun...

Semalam hari Rabu 14 November 2012..... minggu ni ramai yang sambung cuti,
begitu gak dengan krew unit aku...masing2 sambung cuti...
tinggal aku dengan seorang krew serta
seorang pelajar Latihan
Industri.
Bekerja dalam
minggu yang penuh dengan cuti ni
agak bosan...ngantuk pun ada...semua ada..
Untuk menghilangkan kebosanan aku 'selongkar'
pita2 atas meja aku...terjumpalah sebuah pita yang dah
setahun atas meja aku...dulu pun memang berniat untuk buat suntingan
pita berkenaan tapi sebab banyak tugas lain yang menjelma
maka pita tersebut 'tersadai' atas meja aku tu.....
Dengan membuat suntingan pita tersebut
dapatlah aku menghilangkan
rasa bosan dalam
minggu yang penuh dengan
cuti-cuti ni.....
Biasalah.....bila dah siap disunting
hasil suntingan tersebut aku 'upload' kan ke
YOUTUBE...eh! adakah yang nak tonton video yang
dah setahun berlalu ni....apa2 pun tak kisahlah, pada aku tentu ada yang
akan menontonnya....sekurang-kurangnya untuk mengimbau
nostalgia yang telah berlalu pergi........
Jadi....terisilah rasa bosan aku
untuk hari tu tapi...
apakah bahan untuk mengisi kebosanan aku
lagi untuk minggu yang penuh dengan cuti ni esok......?

...terima kasih kerana sudi membaca coretan 'boring' niii....
DAUD.montak.zakaria

No comments: