....peralatan antik ni....ada yg anda mungkin tak kenal pun...
HARI ini, Selasa, 6 November 2012, kami iaitu aku, sdr. ramli adnan dan siti
suraya, membuat perlupusan peralatan lama dan tidak digunakan
lagi. Kami membuat tugas ini bermula pada Ahad lepas
hingga hari ini. Banyak jugak peralatan lama
yang perlu dilupuskan....
....lorong sebelum masuk Studio
UKM...
Kami membuat perlupusan peralatan tersebut di dua buah tempat iaitu di
Penerbit UKM dan Studio UKM. Proses melupuskan
peralatan tersebut meliputi pemilihan peralatan
yang ingin dilupuskan, semak dalam
fail peralatan, merakam foto
alatan yang ingin dilupus,
serta mencatat
pada borang perlupusan.
Proses perlupusan peralatan
ini memakan masa jugak. Hari ini masih belum
siap membuat catatan di borang perlupusan. Kerja akan
disambung pada pagi Khamis nanti....
Ada peralatan yang dah agak lama malah lebih tua daripada sorang
staf tuuu.... iaitu yg sama2 membuat kerja pelupusan tu...dia belum lahir, alat
tu da ada da....tu sebab macam pelik jer bila dia tengok
'film projector' tu....siap tangkap gambar bagai...opst! maaf......
....peta ke semenyih.....
Sebelah malam pula aku join rakan2 dari Penerbit UKM main badminton di Semenyih.
Inilah pertama kali aku pergi ke situ. Dengan yakin melalui jalan bangi ke semenyih,
kemudian masuk lebuhraya LEKAS. Keluar di Kajang menghala
pekan Semenyih....Cissss.....aku sesat pulak, tak jumpa pun
dewan tempat main badminton tu....ermmm.....
ingatkan aku dah pandai sangat...
Tiba pekan Semenyih aku pusing kembali menuju Kajang. Hampir masuk Lebuhraya
LEKAS, aku singgah dan talipon Man, rakan aku kat Unit Cetak. Dia suh aku
tunggu kat Billion Semenyih. Aku tunggu kat Billion hingga dia datang.
Bila jumpa, dia terus mendahului aku bergerak menuju
arah Semenyih...Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
rupanya dewan tu dekat sangat
daripada susur keluar arah
Semenyih tu....
Aku dah lalu pun jalan tu...
geram pun ada nak gelak pun ada kat
diri aku sendiri.....tak kacau pun orang lain...
Jam 10.30 kami mula bermain...game pertama aku dengan Man
menentang Ipin ngan Azrul...ermmmm...masa
ni banyak bulu tangkis yang miss aku
pukul....aku tak dapat pukul
bulu tangkis yang dikembalikan
oleh pihak lawan...aku tak
pandai main atau
bulu tangkis tu yang tak baik
buatannya...ekekekeke..
Game tu kami kalah
dua..dua set...mungkin silap aku
kut....maklumlah itulah pertama kali aku
turun gelanggang badminton setelah berpuluh tahun
aku tak main game tu....cara bilang mata pun aku dah tak tau da...
.................alasan kan...pandai aku buat alasan
....ekekeke....
Game kedua aku dan Man menentang Kamarul dan regu dia,
menang dua-dua set...menang pun mungkin sebab
regu aku iaitu Man....aku setakat bagi mata
kat lawan jer.....ekekekek...lagi...
Aku cuma mampu main
setakat empat set jer......jam 12.30 tengah malam
aku bergerak balik dgn memandu seorang melalui lorong berhantu
jalan Bangi - Semenyih tu................................
Rasanya o.k gak sebab dapat keluarkan
peluh, itu lebih baik...kan....kan.......ewah, alasan
lagi kut........... sebab kalah...ekeke..
Staf Penerbit yang datang bermain ialah sdr. Azrul Khaidir, Man,
Ramli, Kamarul, Arif, Ariffin, kawan Ariffin dan
putera Kamarul..........
TQ, kerana sudi membaca, dan maaf, tulisan ni banyak yang
bukan berkaitan kerja harian aku.....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment