Friday, February 3, 2012

Minggu-minggu yang kaya dengan cuti...

Minggu ini nak katakan banyak keje mungkin boleh dikatakan banyak gak. Dahlah banyak keje banyak gak cuti, aku bukanlah tak suka cuti tapi suka gak jika keje tak banyak. Boleh dikatakan ada jer cuti panjang termasuk minggu ini yang akan bercuti pada hari ISNIN dan SELASA.

Sekarang ni aku sedang membuat penyuntingan video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN. Penyuntingan video ini mesti dipercepatkan kerana pelanggan mahu video tu siap sebelum 20 MAC. Oleh itu video ini mesti didahulukan. Video ini akan dibuat dalam dua bahasa iaitu MELAYU dan INGGERIS. Hari ISNIN nanti aku dan krew akan buat rakaman video LOJI PENDINGINAN sebab 'footage' masih belum cukup. Datang gak keje walaupun CUTI UMUM.

Dengan adanya tugas penyuntingan LOJI PENDINGINAN, penyuntingan aku untuk BENGKEL FOTO di MELAKA terpaksa di tunda. Sepatutnya aku sudah siapkan video bengkel tu dengan cepat jika tiada kerja penyuntingan yang lebih utama. Kedua-dua video tu nanti akan disertakan dengan suara latar. Kedua-dua skrip video berkenaan telah aku siapkan. Sebenarnya aku lebih suka membuat penyuntingan sendiri kerana aku tau apa yang aku nak sunting. Kerja-kerja rakaman aku perlukan krew lain terlibat sama sebab ia melibatkan tugas yang agak banyak.

Selain tugas penyuntingan terdapat jugak tugas rakaman video MCP iaitu SAMBUTAN MAULIDUR RASUL di DECTAR. Kami akan membuat rakaman MCP tersebut pada 9 FEB. 2012 nanti. Harap ramai krew bantuan yang akan hadir. Biasanya waktu kerja kami sukar mendapatkan bantuan krew jabatan lain.

Seterusnya kami akan mengendalikan BENGKEL VIDEO MCP di PENERBIT dan STUDIO UKM dari 14 - 17 FEB. 2012. Bengkel ini memang diadakan pada setiap tahun untuk kakitangan UKM. Bengkel ini anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM dgn kerjasama PENERBIT UKM. Kalau ada permintaan kami sedia membuka penyertaan kepada peserta luar . Anda boleh pi ke sini untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan bengkel MCP.

Walau apa sekalipun tugas tetap tugas, ia mesti diselesaikan dengan sempurna. Kita dah dibayar upah untuk menyiapkan semua tugas yang telah dipertanggung jawabkan kepada kita. Anggaplah tugas sebagai ibadat dimana upah yang kita dapat tu untuk menyara diri kita dan anggota keluarga kita. Harap semua tugas dapat disempurnakan dengan baik...InsyaALLAH...

Terima kasih kerana membaca....
daudmontakzakaria

No comments: