Tuesday, October 12, 2010

Bengkel Pengurusan Konflik...

Hari ini merupakan hari terakhir aku menghadiri BENGKEL PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN BERKESAN, di Puri Pujangga,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bengkel ini merupakan anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar UKM untuk kakitangan GRED 41 ke atas. Ia dikendalikan oleh G. K. Lim. Bengkel ini memakan masa selama 2 hari iaitu 11 - 12 Oktober 2010, dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm.

Ramai jugak kakitangan lain yang aku kenal, turut bersama dalam bengkel berkenaan
iaitu sdr. Bukhari dari Pusat Teknologi Maklumat, Anwar dari ATMA, Zaidah
dari Pejabat Bendahari, Najatulmuna dari Perhubungan
Antarabangsa, Hanafi, Pegawai
Sains bersama gang dia dari Fakulti Sains dan Teknologi.
Geng kelakar ni...Cahaya TerpeliharaFB)
mesti kenal dia orang ni....

Agak menarik jugak bengkel ini dan perkara yang paling aku ingat ialah kakitangan yang malas bekerja, bukan sebenar-benarnya mereka malas, tetapi, salah satu daripada faktornya ialah mereka berada dalam bidang tugas yang salah atau 'the wrong job'. Salah satu daripada cara mengatasi hal tersebut ialah gantikan mereka dengan kakitangan yang lain.....aku setuju dgn perkara ini, tapi leh ker di 'apply' kan kat UKM ni...?
Bengkel Pengurusan Konflik ini tamat lebih kurang jam 5.10 pm. Namun tugas
aku belum lagi selesai......

Lebih kurang jam 6.00 pm aku bergerak pula ke PWTC dengan menumpang kereta sdr. Kamarul untuk membuat persiapan teknikal rakaman video MCP di sana.

4 orang daripada kami kakitangan Unit Audio Video Penerbit UKM telah pergi
terlebih dahulu dengan membawa peralatan-peralatan
audio visual yang perlu dipasang.

Setibanya kami di sana(aku & kamarul) aku lihat semua barang telah dimasukkan kembali ke dalam kenderaan untuk dibawa kembali ke UKM. Aku bertanya sdr. Shah kenapa berlaku begitu. Shah kata pihak JPP yang menganjurkan Seminar berkenaan tidak perlukan rakaman MCP tetapi lebih berminat kepada rakaman SCP saja, salah satu sebabnya mungkin ketiadaan layar tambahan.
Semasa sarapan sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP minta kami buat jugak rakaman MCP dan mereka akan cuba dapatkan satu lagi layar tayangan tambahan, dan aku terus bersetuju. Namun ada pandangan yang mengatakan aku silap membuat keputusan untuk membuat tugas berkenaan. Pada aku keputusan aku betul sebab kami diberi gaji setiap bulan untuk membuat kerja yang diminta.
Kemudian kami terus memasang semua peralatan MCP berkenaan hingga selesai lebih kurang jam 10 malam. Namun kami masih tidak memperoleh layar yang lain untuk tayangan, dan hanya menggunakan salah sebuah layar yang sedia ada dalam dewan berkenaan. Bila siap pemasangan, kami terus kembali ke UKM, esok pagi kami akan bertolak dari UKM jam 7.00 am atau 7.15 am ke PWTC. Moga semua tugas berjalan lancar....INSYAALLAH....

*Dalam tugas video ni...ada ketikanya kami diumpamakan seperti 'bola'.........

daudmontakzakaria....

No comments: