Saturday, July 10, 2010

Kuala Tahan, Taman Negara

HARI ini, Sabtu, jam 1.30 pagi.
Hari ini aku nak menulis sedikit jer berkaitan kunjungan kami ke Taman Negara daripada 6 hingga 8 Julai 2010 yang lalu. Kami berkunjung ke sana bersama kumpulan pelajar yang mengikuti program Global Student Mobility. Kami bergerak ke Kuala Tahan dari Bangi bersama dengan Boss, Ismail Ibrahim, Ramli dan dua orang dari Perhubungan Antarabangsa UKM.

Sungai Tahan.



Sungai Kuala Tahan.
Tiba di Kuala Tahan kami menginap di Rainforest Resort. Setelah berehat seketika, kami bersama kumpulan pelajar program tersebut mudek Sungai Kuala Tahan
dengan lebih kurang 10 buah bot.


Sepanjang Sungai Kuala Tahan bot yang dinaiki singgah di dua atau tiga tempat kerana Boss kami ingin membuat rakaman foto dilokasi yang menarik. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam suasana permandangan yang cantik di sana.



Laluan menuju Lata Berkoh.



Lata Berkoh.
Tiba di satu kawasan pemeliharaan Ikan Kelah semua bot singgah untuk memberi
peluang kepada pelajar yang mengikuti program berkenaan melihat ikan-ikan
yang timbul dipermukaan air. Mereka juga berpeluang mandi
manda di tempat berkenaan.


Kami pulang ke resort hampir waktu senja. Selepas makan malam satu lagi aktiviti dijalankan di Taman Negara iaitu Night Walk. Dalam aktiviti tersebut kami semua dibawa berjalan melalui hutan untuk melihat serangga yang keluar waktu malam.


Lata Berkoh.





Titi Gantung
Dalam aktiviti Night Walk tersebut beberapa serangga yang keluar waktu malam
ditemui seperti labah-labah, kala jengkeng, belalang dan sebagainya.
Pemandu kami menjelaskan semua serangga yang ditemui
untuk kefahaman kami sendiri.


Dihujung perjalanan aktiviti Night Walk tersebut kami semua dibawa ke satu lokasi untuk melihat haiwan yang datang untuk menjelat air masin yang terdapat di tempat berkenaan. Sempat gak dua ekor rusa dijadikan bahan rakaman.
Esoknya kami melalui laluan yang sama waktu siang. Kali ini pemandu pelancong menjelaskan berkaitan tumbuhan yang ditemui seperti kacip fatimah, tongkat ali dan sebagainya.

Bukit Teresek.



Bukit Teresek
Kami juga dibawa mendaki Bukit Teresik. Agak penat juga mendaki bukit berkenaan.
Banyak kali jugak aku berhenti. Tiba2 kaki aku diserang kekejangan...ermmm...
sorang pulak tu... Selepas lama berehat sambung lagi pendakian hingga sampai
di puncak. Di puncak aku berehat sebentar sebelum membuat rakaman
kawasan sekita. Sempat juga merakan Gunung Tahan bersebelahan.
Tak dapat mendaki Gunung Tahan, rakam visual jadilah....mesti
daki satu hari nanti kalau ada peluang...


Seterusnya berjalan atas titian gantung(Kanopi). Masa ini sdr. Ramli berjalan atas titian dan membuat rakaman. Masa ni aku dah keletihan sangat, lagipun tahun lepas aku dah berjalan di titian gantung ini.
Waktu petang pula rombongan ini pergi ke perkampungan orang asli suku Batek. Aku tidak turut serta kerana kekejangan kaki aku menyerang kembali, hanya saudara Ramli yang membuat liputan berkenaan.

Daki Bukit Teresik.

Pada pagi hari terakhir iaitu hari ketiga kami kembali mudek Sungai Tahan untuk pergi ke Lata Berkoh. Di sini pelajar yang mengikuti program ini mandi manda di sana sementara kami membuat rakaman video serta foto berkaitan persekitaran indah di sana. Selepas 'lunch' kami semua kembali ke Bangi dan sampai di UKM jam 6.30 petang....tamatlah kisah Kuala Tahan serta bersambung pula ke Sabah, tetapi krew video pergi kesana ialah sdr. Jasril dan Kamarul...

daud montak zakaria...
10 Julai 2010; 2.00 pm

No comments: