Hari ini, 1 Mac 2010, hari Isnin
kami mempunyai dua tugas untuk diselesaikan. Pertama ialah rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM dan yang kedua mengendalikan latihan MCP Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi.
Sdr. Shahrul, Hasnah dan Hazni Hanim ketika rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul
Sdr. Shahrul bertindak sebagai
Pengarah Studio
Persiapan teknikal untuk rakaman Sambutan Maulidur rasul telah dilakukan
sejak jam 7.30 pagi.
Pemasangan kabel kamera, tripod, kamera dan peralatan dalam Bilik Kawalan telah dibuat. Semua peralatan telah disiapkan dan diperiksa dengan sempurna.
Pengisian majlis tersebut ialahNasyid, Bacaan Ayat Suci, Berzanji, Forum dan penyampaian hadiah serta cenderamata.....
Siti Suraya, Hanim dan Hasnah membantu sdr. Shahrul sebagai Pengarah Studio.
Bilik Kawalan Studio UKM
Krew yang terlibat dalam rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul ini ialah
sdr. Ramli, Kamarul, Ruhaizad, Shahrul, Suraya, Jasril Amry, Hasnah, Hanim, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Waty, Mimi, dan aku sendiri......
Disebelah malam pula iaitu dari jam 8.00 malam - 11.00 malam kami bertugas mengendalikan latihan Penerbitan MCP Pelajar Tahun 2, Pusat Peng. Media dan Komunikasi dalam Studio UKM.
Pelajar yang bertindak sebagai Pengarah Studio dengan diperhatikan oleh sdr. Shahrul dan Kamarul..
sdr. Shahrul dan Jasril sedang menunjukkan
sesuatu di Bilik Kawalan
Mereka memulakan latihan dengan tunjuk ajar daripada kami selama lebih kurang satu jam setengah untuk setiap kumpulan.
Kumpulan malam ini merupakan kali pertama mereka mula mengendalikan peralatan tersebut dengan sendiri dengan diperhatikan oleh krew UAV.
Siti Suraya sedang menjelaskan cara menyediakan grafik...
Pada mulanya agak sukar juga untuk menjelaskan cara penerbitan MCP kepada mereka yang belum pernah melakukannya sebelum ini.
Sdr. Jaril Amry sedang menjelaskan sesuatu kepada juruaudio..
Seorang juruaudio sedang bertugas, macam relax jer...
Namun begitu setelah diberi sedikit penjelasan, kelihatan mereka telah mula memahami
secara kasar cara bagaimana mengendalikan semua peralatan untuk
rakaman MCP berkenaan.
Pengacara sedang beraksi di hadapan kamera.
Para pelajar ketika melakukan latihan MCP di Studio UKM.
Semasa latihan MCP
Apa yang kami harapkan ialah semasa latihan yang akan datang mereka dapat melakukan latihan dengan lebih sempurna dan licin tanpa sebarang kesilapan yang besar.
Krew yang turun bagi membantu dalam latihan MCP malam ini ialah sdr. Shahrul, Kamarul, Ramli, Jasril, Suraya, Ruhaizad(selepas buat rakaman Panggung Bodhi...) dan aku sendiri.
Malam esok juga kami akan melakukan tugas yang sama tetapi kumpulan yang berbeza....
sdr. Kamarul membantu dalam latihan dengan bertindak sebagai 'tetamu'....
daud montak zakaria...
2Mac. 2010; 1.30pm
No comments:
Post a Comment