Friday, November 16, 2007

NASIB MALANG DI HUKM..

foto: Bangunan Pusat Penerbitan & Percetakan di Kampus Bangi

15 November 2007(KHAMIS sebelum JUMAAT) mungkin merupakan hari yang menjanjikan keberkatan kepada kebanyakan manusia tetapi bukan bagi kami(Daud dan Kamarul). Kami telah menerima satu tugas untuk membuat rakaman video Lawatan Mr President of Uruguay ke HUKM. Kami menerima surat rasmi dari HUKM(En. Harun Bintang) yang minta Pusat Penerbitan, UKM Bangi untuk membuat rakaman tersebut. Kami bertolak ke HUKM kira2 jam 2.00 ptg dan saya memandu kereta dengan membawa sebuah kamera video dan sebuah tripod. Seperti biasa kami memakai vest jacket yang biasa kami pakai semasa bertugas dengan logo UKM yang besar di dada jacket berkenaan, orang yang buta sahaja yang tak nampak logo UKM tu. Atau mungkin jurukamera video UKM hanya melukut di tepi gantang, tidak seperti mereka dari media penyiaran perdana seperti RTM atau TV3. Dalam pemanduan ke HUKM, hujan turun agak lebat juga, dan terdapat air yang bertakung di sana sini di atas jalan raya, nasib agak baik kereta tidak sangkut di paras air yang agak tinggi, Alhamdulillah.....
Masuk ke dalam kawasan HUKM kami mencari tempat teduh untuk menurunkan alatan kamera supaya tidak terkena air hujan. Kami jumpa lorong masuk betul2 di hadapan Auditorium tempat dimana lokasi pertama yang akan disinggahi oleh Mr President Uruguay tu....Tanpa berfikir panjang saya terus membelok masuk melalui jalan yang tidak diletakkan kon penghalang masuk itu.........
Sebaik saja Sdr. Kamarul turun dari kereta yang saya pandu dia telah disambut dengan kata-kata kesat yang boleh didengar oleh mereka yang agak ramai di situ.... Antara kata-kata kesat (menurut kata Sdr. Kamarul) yang dilontarkan oleh Pegawai Keselamatan HUKM, ialah "bla...bla...bla....gunakan KEPALA OTAK....bla...bla...bla..." dan "bla...bla...bla....JILAT BALIK....bla...bla...bla..."( maksudnya air yang membasahi jalan raya depan Auditorium oleh kereta yang saya pandu...). Dah lebih 25 tahun kami bertugas sebagai pekerja UKM, inilah pertama kali kami diherdik sedemikian rupa.....nampaknya keberkatan hari Khamis sebelum Jumaat ini bukan untuk kami....
Walau bagaimanapun saya cuma dapat mendengar Sdr. Kamarul berkata "Maaf Tuan...maaf Tuan....". Saya tak dapat mendengar selain dari itu kerana sebagai pemandu kereta, saya mengambil masa untuk keluar dari kenderaan. Lepas mengeluarkan perlatan rakaman, saya menunggu Sdr. Kamarul mencari tempat letak kereta yang saya pandu tersebut. En. Harun Bintang turut membantu mengangkat kamera yang kami bawa. Sementara menunggu, saya sempat berbual dengan En. Harun Bintang yang sedang sibuk nampaknya...Diantara isi perbualan berkenaan ialah lokasi lawatan Mr President dan juga tempat Mr. President menanda tangani buku pelawat.
Walau bagaimana pun tugas rakaman telah dapat dilakukan dengan baik tetapi rakaman lawatan Mr President ke wad-wad tidak dapat dilakukan kerana lawatan ke wad wad telah dibatalkan.
Namun kami berdua amat kesal dengan kata kesat Pegawai Keselamatan HUKM tersebut. Kalau benarlah kami bersalah atau tersilap, tidakkah boleh digunakan kata-kata atau bahasa yang lebih bersopan untuk menegur kami, kerana adab sopan bukankah pakaian bangsa Melayu..????
Ada kalanya saya terfikir juga, adakah kami akan dilayan dengan kata-kata kesat begitu jika saya juga mamakai kad pekerja bewarna KUNING seperti yang dipakai oleh Pegawai Keselamatan itu..???, entahlahhhh....
*Hari ini, Jumaat 16 November 2007, perkara ini menjadi bualan dikalangan kami dalam Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM.

Sekian.....


No comments: