Tuesday, February 6, 2018

Rakaman Acara SUKIPT 2018 hari niii...

Hari ni Selasa, 6 Februari 2018, aku buat shooting acara sukan SUKIPT 2018.
Sebenarnya semalam lagi aku da ada tugas iaitu shooting acara
taekwando tapi aku lewat sampai ke dewan DTAMS
...sampai je sana, acara da abisss....aku
pi dgn sdr. ramli.......

gelanggang bola jaring di GMI
aku...sdr. ramli...en. matnor & sdr izwan...kami dari PKK UKM


Jadi pagi ni aku turun
ke gelanggang Bola Jaring di GMI pulak.
Aku pi dengan sdr. Ramli. Tiba di GMI terus tanya
pengawal di pintu masuk, kat mana lokasi gelanggang bola jaring. Kami
terus pi dewan tersebut setelah mendapat arah daripada pengawal.
Aku parking kete dan terus masuk dewan. Tiba dalam
dewan kelihatan pemain sedang berentap.
Kami tiba, UKM sedang berentap
dengan UPM...itu pun da ujung ujung je...tak sempat
pun nak rakam walau sekejap...apa boleh buat laaaaaaaaa...............

gelanggang bola jaring GMI


Selepas tu kami dapat rakam pasukan universiti lain. Dalam gelanggang
tu penuh ngan pompuan je...maklumlah bola jaring. Sempatlah
kami rakam beberapa pasukan u yang lain. Banyak juga
rakaman yang dibuat. Lebih kurang sejam
jugak kami berada dalam dewan GMI
tu....dan banyak aksi
yang kami rakam.....
Kami perlu rakam untuk disunting
selama lebih kurang dua minit untuk di upload ke ukm tube.
Siap je rakaman maka kami pun balik ke opis....terus aku digitise dan sunting.
Siap je terus aku upload ke ukm tube. Anda boleh 
tonton di ukm tube....pi la tonton...jangan malu2..........................

stadium ukm
aku...sdr. ramli & Yan...


Sebelah petang kami pi
ke stadium ukm pulak untuk shooting olahraga
yang di adakan di sana. Parking kete dekat bangunan pusat kembangan.
Kemudian kami turun ke stadium dan cari acara yang akan dipertandingkan.
Kami terus pi ke bangunan di stadium tu...jumpa beberapa pegawai
dan tanya mereka berkaitan acara di sini. Kami juga
jumpa YAN yang bertugas sebagai
sukarelawan...sempat amik gambo bersama.
Bila acara bermula, kami pun pi rakam acara lempar peluru dahulu.
Selesai rakaman lempar peluru, kami rakam lompat jauh wanita pulak.
Kemudian kami rakam lompat tinggi pulak. Selesai rakam
lompat tinggi kami pi rakam acara lari. Banyak jugak
acara lari yang kami rakamkan......

olahraga
sdr. ramli....sdr. ikhwan...en. madnor ...sdr shiddane & aku..kami dari PKK UKM.


Kemudian akhir sekali kami
shoot penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara akhir.
Selesai rakaman kami balik ke opis, itu pun dah jam hampir enam petang.
Footage ni aku akan edit esok pagi dan kalau sempat aku akan
upload ke ukm tube. Kalau sempat ....sebab jam 10.00 pagi
ada shooting acara hoki pulak.......final maaaa....

Terima kasih kepada sdr. ramli kerana sama sama buat rakaman
dengan aku hari ini.......tq

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Monday, February 5, 2018

Perasmian sukan SUKIPT 2018

Hari ni, Ahad, 4 Februari 2018, aku dengan sdr. kamarul membuat rakaman video
Perasmian Sukan SUKIPT 2018 di Stadium UKM. Perogram bermula
jam 8.30 malam selepas ketibaan Menteri KPT.
Namun kami da ada dalam UKM
sebelum jam 7.00 petang.
Di bawah ni aku letakkan
beberapa buah foto yang sempat aku
rakam dengan handphone aku.....aku biarkan foto foto tersebut bercerita eaaa....





aku & cik wan...

aku...cik wan...sdr. raai...

aku & sdr. kamarul
herman puskeb...sdr. kamarul...aku...
...aku teringin pulak nak cite gak sikit eaaaa....
Kakitangan PKK yang pertama aku jumpa kat ukm ialah sdr. kamarul dan En. Mat Nor
di bangunan penerbit...kemudian sdr Shiddane di Penerbit gak. Kemudian staf
ukm iaitu pengawal di bangunan pusat kembangan masa nak parking
kete...Kemudian terjumpa YAN semasa cross padang
stadium....Kemudian lagi jumpa staff
pkk encik Wan di 
lokasi bahagian media. Siap salam tu..
Sempat amik gambar dengan dia. Kemudian
nampak staff pkk yang lain dari jauh sebab mereka tengah sibuk
bertugas. Kemudian aku amik kamera daripada sdr. kamarul sebab nak rakam menteri
kpt tiba. Masa menuju ke depan dengar suara wanita panggil...dongak ke
atas...oooo...rupanya puan JULI...hai...kemudian teruskan
langkah ke depan. Di depan sana jumpa sdr. RAAI
...salam rasanya...kemudian tunggu
menteri kpt tiba...
Masa Menteri KPT tiba sempat aku
rakam semasa disambut oleh Tan Sri Naib Canselor. Kemudian aku
masuk balik ke stadium. Sempat rakam sikit hadirin yang datang. Kemudian bagi
kamera kat sdr. kamarul. Sdr. Kamarul rakam perbarisan masuk
kontijen kontijen. Kemudian aku amik kamera
kat sdr. kamarul dan aku buat rakaman
sedikit perbarisan masuk
peserta kontijen dari tepi padang. Selesai je aku rakam sikit
kemudian beri kembali kamera kpd sdr. kamarul untuk meneruskan 
rakaman perbarisan, ucapan perasmian dan sebagainya hingga tamat majlis 
perasmian berkenaan.................................................
Ramai jugak staf PKK yang aku jumpa tapi kebanyakannya
dalam applikasi whatsapp je laaa.....huhuhu....
Ada sorang staff pkk yang duk aku cari..
sampai balik rumah tak jumpa...huhuhuhuhuhuhu...

Aku nak ucapkan terima kasih banyak kepada sdr kamarul kerana
kami bekerjasama dalam keje rakaman malam ni...tq...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Friday, December 22, 2017

Cuti dan Keje

Hari ini, JUMAAT, 22 Disember 2017, merupakan hari kelima aku bercuti.
Hari ini jugak ada rakaman MCP. Sambutan Maulidur Rasul 
Peringkat UKM. Jadi aku datang keje hari
ni semata mata untuk involve
dalam rakaman MCP
berkenaan. MCP perlu krew yang ramai, sementelah aku ada
dan takde pape......jadi aku pi la untuk sama2 buat keja.....huhuhu...




Tiba di studio
ukm dectar lebih kurang jam
lapan pagi. Masuk studio. Kelihatan SHAHRUL
da ada dalam studio. Aku dan dia pasang tripod dalam dectar. Tak lama
kemudian ramli, jasril dan kamarul tiba di studio. Kami
pasang semua peralatan mcp dan tunggu event
yang akan berlangsung dalam pukul
sembilan pagi.

shahrul....pinjam foto JI...
jasril...pinjam foto JI ye...
kamarul...pinjam jugak foto JI..



Hari ini kami buat keje dengan krew yang cukup cukup je. Aku dalam control room,
ramli bilik audio dan jurukamera ialah SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL dan AJI.
Krew grafik takde hari ni...dia sibuk ngan tugas unit dia.... Krew jabatan
 lain semua ada tugas mereka sendiri di jabatan
memasing dan ada yang involve
dalam perarakan...




mantan pengarah kami prof. datin dr. norizan..
sorang je kat control room...


Acara bermula dengan bacaan al quran oleh qari dan qariah. Kemudian selawat,
nasyid, bicara tuntas dan sebagainya. Jurukamera terpaksa berdiri 
lebih dua jam...huhuhu.....
Apa boleh buat laaaaaaaaaaaaaa.....


Tan Sri NC menahan hiba...foto aizat...amik ye...

Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM

hadiah...


Ucapan Tan Sri Naib Canselor mengambil tempat. Dalam ucapan beliau
pelbagai perkara telah di sentuh. Semasa membaca
hadis beliau kerlihatan hiba dan menangis.
Sebelum ini ramai yang aku
dengar terutamanya para ustaz yang menangis 
bila membaca hadis dan bila kisah Rasulullah saw dibaca dan
dikisahkan. Bukan mudah nak menangis macam ni tambahan kaum lelaki
yang keras. Tidak akan menangis juga kalau kita keras hati, jadi carilah
perkara yang boleh melembutkan hati kita..... Ramai dikalangan
hadirin juga kelihatan sedih dan suram terutama
wanita........





Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian dana siswi, penyampaian hadiah
dan penyampaian cenderamata dan sebagainya. Doa
penutup dibaca setelah majlis sampai
di penghujung majlis.

Aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua krew
iaitu ramli, shahrul, jasril dan ruhaizad serta dihujung hujung acara
aizat bantu sebagai switcher.......
Lepas majlis tu aku balik...aku sambung cuti yeee......

SEKIAN

Saturday, December 16, 2017

MCP Gema Cinta Rasul

Hari ini, AHAD, 16 Dis. 2017, kami, unit AUDIO VIDEO PKK ditugaskan untuk
membuat rakaman MCP Malam Gema Cinta Rasul di DECTAR.
Program tersebut merupakan satu program hiburan
altenatif untuk mereka yang meminati
lagu lagu nasyid.

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
selesai persiapan teknikal...


Aku tiba di studio
lebih kurang jam 6.00 petang.
Sdr. Shahrul dah ada di studio, begitu juga
dengan sdr. ramli. Aku dan shahrul terus pasang kabel kamera
serta tripod. Dalam dewan kelihatan satu sesi raptai sedang dijalankan untuk
persembahan nanti.

tunggu event bermula...
audio...
berselfie ngan artis...huhu...
Kemudian tiba sdr. kamarul dan lebih kurang jam 7.00 malam kami pasang kamera.
Sdr. Jasril tiba studio tidak lama kemudian. Aku, ramli dan kamarul pi
makan apabila aku dapat call daripada staf pusat kebudayaan.
Shahrul tiba di tempat makan ketika kami sedang hampir
nak selesai makan.

foto ikhwan...pinjam arr....
jasril.....foto JI...pinjam arr...
shahrul....pinjam foto JI...


Selesai makan masuk
studio dan tunggu event bermula.
Suraya tiba studio untuk membantu dalam keje keje grafik.
Hampir jam 9.00 malam program bermula. VVIP yang hadir malam ini ialah
prof. dato' dr. riza atiq, timbalan naib canselor hal ehwal ehwal
akademik dan antarabangsa.




Persembahan malam ni dimulakan dengan nasyid firasat inzal. Ada persembahan Qasidah
Bacaan Al Quran serta Tazkirah, sebelum pentas diambil alih oleh persembahan
 kumpulan Hijjaz dan Mirwana. Penonton pada awalnya tak ramai...
namun lama kelamaam dewan macam penuh je dengan
penonton. Dapat infor drpd krew
jurukamera....Kami kat dalam tak nampak pape pun melainkan
skrin monitor dari tiga buah kamera dalam dewan besar tu je.........................




Kumpulan nasyid hijjaz dan
mirwana merupakan kumpulan nasyid popular yang membuat persembahan
malam ni. Sementara itu ada juga demontrasi tulisan khat serta
hebahan penjualan tulisan khat berkenaan. Beribu juga
harganya. 




Malam ni kami bekerja
dengan krew yang minima. Ramli bilik audio,
aku dan suraya bilik konti, kamarul, shah dan jasril sebagai jurukamera.
Ermmm...jurukamera terpaksa berdiri tiga jam sepanjang persembahan tersebut.
....apa boleh buat laaaaa.....





Malam gema cinta rasul tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam
Terima kasih banyak kepada semua krew yang bertugas iaitu
sdr. ramli, kamarul, shahrul, jasril dan suraya.......


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria