Wednesday, August 23, 2017

EXPERT untuk Datin

Hari ini kami membuat shooting untuk footage EXPERT untuk Pengarah
kami Prof. Datin Norizan. Kami membuat penggambaran/shooting 
berkenaan di tiga buah bangunan yang menjadi tempat
dia sebagai pensyarah, pengarah dan
bangunan baru tempat dia akan mula bertugas pada SATU SEPTEMBER
DUA RIBU TUJUH BELAS nanti......

bilik datin di Pusat Bahasa
setting...
Shooting kami bermula di Bangunan Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik.
Aku sendiri pun tak tau Datin berasal dari Pusat Bahasa.
Dia da nak berhijrah ke lain baru tau...punyala
lama dia berada kat PKK...hhaha...


masih mencari renrak
'roll tape....action...'
Selesai di Pusat Pengajian Bahasa, kami shoot pulak di PUSAT KEPIMPINAN
WANITA tempat beliau akan berkhidmat tidak berapa lama lagi.
Tak lama pun shooting kat sini........


mulanya di sini....
..akan berhijrah ke sini....

Akhir sekali kami shooting di bangunan Canselori iaitu dalam pejabat beliau
sendiri. Di sini berakhirnya shooting kami untuk video
EXPERT tersebut..........bahan bahan yang lain 
akan di shoot atau didapatkan kemudian untuk insert.........
Krew yang turun hari ini ialah aku, RAMLI, SHAHRUL dan JASRIL,
EN. HAZRUL hadir masa shooting di Pusat Bahasa...

SEKIAN
DAUD.montak.zakaria

Saturday, August 19, 2017

Sanggar Kerja di Langkawi 18 - 21 Ogos 2017

Daripada 18 - 21 Ogos 2017 kami, semua staff Pusat Komunikasi Korporat
Universiti kebangsaan Malaysia berada di Langkawi kerana
terlibat dalam Sanggar Kerja...................
Kami gerak dari UKM dengan bas
UKM ke Langkawi
jam lebih 12.00 tengah malam.

ukm
kuala perlis..
Tiba di jeti Kuala Perlis kul tujuh lebih kut. Di sini kami terus masuk ke Jeti KP. 
Ketua kumpualn uruskan tiket. Aku terima tiket 
daripada En. Anton. Naik feri jam 8.30 pagi kalau aku tak silap...... 

jeti kuala perlis..
jeti kuala perlis..
tiket...
dalam feri 



Langkawi

Tiba di Langkawi lebih kurang jam sepuluh pagi. Dari Jeti berkenaan kami menaiki bas
untuk membawa kami ke Pusat Penyelidikan UKM di Pulau Langkawi
tu.. Bas berkenaan diuruskan oleh urusetia Kelab PKK
yang diketuai oleh Encik Khalid. 

telaga tujuh...
aktiviti di telaga tujuh...
aktiviti di telaga tujuh...
Pada jam 3.00 petang kami bergerak pula ke TELAGA TUJUH
untuk mengambil bahagian dalam LATIH TUBI FIZIKAL di sana. Kami menaiki 
bas ke sana.

aktiviti di telaga tujuh...

aktiviti di telaga tujuh...



aktiviti di telaga tujuh...
Pekan Kuah...


Selesai makan malam kami naik bas menuju Pekan Kuah untuk aktiviti
bebas. Tiba di Kuah.... ada yang pi beli belah..ada 
yang pi pasar malam dan ada singgah di gerai makan2 dan minum2....


Pekan Kuah...

Pantai Batu Tengkorak
Esok pagi pulak. Awal pagi kami da  bangun. Menjelang lebih sikit jam 7.00 pgi kami bergerak pula ke Pantai Pasir Tengkorak
untuk mengambil bahagian dalam SESI JATI DIRI BERPASUKAN. 

Pantai Batu Tengkorak




 Tiba di pantai ni...semua peserta ambil bahagian dalam SENAMROBIK sebelum aktiviti
lain bermula. 


Pantai Batu Tengkorak

PPLangkawi
 Selesai sesi di Pantai Tengkorak kami bergerak semula ke PPL. Selepas makan tengah hari dan mendengar taklimat serta ucapan Pengarah kami Datin Dr. Norizan. 
Ini mungkin ucapan terakhirbeliau untuk kami.  Ucapan yang 
penuh dengan emosi....

Sebelah petang pula kami gerak ke GALERI PERDANA di Langkawi tu. Tiba 
di sana kami jalankan aktiviti termasuk sesi bergambar secara berkumpulan. 
Sesi Percambahan Ilmu di sini selesai dan kami teruskan bergerak ke 
Pekan Kuah. Di Kuah kami makan malam di Restoran Thai. Sambil 
makan sambil berbual dan macam-macam lagi acara di sini.

GALERI PERDANA

PEKAN KUAH

PEKAN KUAH
21 Ogos 2017, kami bersiap dan naik bas jam 7.00 pagi menuju ke Jeti untuk
balik ke Kuala Perlis. Sekali lagi duk dalam feri lebih kurang sejam
untuk tiba di Jeti Kuala Perlis.

JETI KAT LANGKAWI


JETI KAT LANGKAWI

JETI KUALA PERLIS


....nak balik ke UKM Bangi daaaa...

Lebih kurang jam 9.30 pagi feri bergerak. Sejam kemudian kami tiba di Jeti Kuala Perlis.
Bila bas tiba kami terus muatkan barang dan mula bergerak ke Bangi.
ALHAMDULILLAH...selamat sampai di UKM waktu Maghrib.
Moga retreat ni ada faedahnya kepada semua peserta...moga ikatan ukhwah
bertambah jitu...moga yang da lama sunyi sendiri tu, bertukar bertegur
sapalah...dan sebagainya...ekekeke...dan....TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA URUSETIA YANG DIKETUI
OLEH EN. KHALID....jasa anda
hanya ALLAH SWT yang membalasnya.......

SEKIAN.

DAUD.montak.zakaria

Friday, August 18, 2017

WAKON......???

JUMAAT, 18 Ogos 2017, kami membuat rakaman MCP program WAKON...
Nak tau apa itu WAKON...ia adalah singkatan kepada
Wacana dan Konsert. Program ini
adalah kerjasama diantara Pusat kebudayaan USIM
dan Pusat Kebudayaan UKM. Ia diadakan di Panggung Seni UKM.

...sebelah tu Farah, Pegawai Kebudayaan USIM

yang sebelah tu Krew MCP sdr. YUNUS dari FAKULTI KEJURUTERAAN...


Program ini merupakan program yang pertama yang diwujudkan oleh kedua-dua
Pusat Kebudayaan. Ia projek perintis yang cuba diketengahkan.
Sebagai wadah membincangkan perkara berkaitan
kebudayaan atau keseniaan.




Krew kami tidak ramai yang datang membantu maklumlah sebab hari bekerja iaitu
hari Jumaat petang. Krew mcp bantuan tentu mempunyai
komitmen mereka di jabatan memasing.
Hanya sdr. YUNUS yang muncul....terima kasih bebanyak YUNUS...




Dalam Bilik Kawalan aku dibantu oleh Pegawai Kebudayaan USIM iaitu
Farah yang membantu dalam banyak perkara termasuk memberitau kedudukan
mereka yang akan ditanya oleh moderator
program berkenaan....terima kasih jugak kepada FARAH.
Krew rakaman yang paling susah ialah Cameraman SATU dan TIGA..
JASRIL dan SHAHRUL kerana mereka terpaksa berdiri hampir TIGA JAM sebab
tiada pengganti kerana kurang KREW. Kamera DUA duduk ditempat
duduk belakang, jadi mereka boleh duduk di kerusi dewan
berkenaan. Kesian dengan jurukamera2 ni...
Apa2 pun TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua Krew yang terlibat...sdr. SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, YUNUS, KAMARUL dan FARAH (USIM)...
tanpa anda semua tentu sukar untuk membuat rakaman
mcp ini dengan sempurna...TERIMA KASIH...

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria