Friday, May 18, 2012

PERASmian UKM CAreer exPO.





aku letakkan ucapan perasmian oleh TNC HEJIM jer
...ucapan yg lain tak....


HARI ini kami membuat rakaman video MCP UKM CAREER EXPO 2012 di Lobi Utama Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Perasmian dilaksanakan oleh TIMBALAN NAIB CANSELOR HEJIM (HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT UKM.

...persiapan kamera video sebelum
majlis bermula....Shahrul & Kamarul......

sedang 'setting' kamera...Shahrul...

...tugas mesti dilakukan dalam keadaan 'senang hati', supaya tugas tidak
terasa membosankan....

...malu konon....takde maknenye.....

Pentas perasmian....

....'booth' dalam dewan......

....dalam konti bilik studio ukm.....

KREW MCP yang datang membantu kami pagi tadi ialah JAMALUDDIN IBRAHIM, JAMALUDDIN SALLEH, AHMAD YUNUS MISDI. TERIMA KASIH
 PADA  SEMUA.
Sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUDmontakzakaria

Ucapan TAN SRI NAIB CANSELOR sempena ulangtahun KE-42 UKM.

UCAPAN YBhg. TAN SRI DATO' WIRA NAIB CANSELOR UKM sempena ulang tahun
 KE - 42 UKM pada 18 MEI. 2012


Wednesday, May 16, 2012

PENter..oh..penTER....




MALAM ini juga aku lelah untuk  mencoret  bicara. AKU biarkan imej-imej ini 
mengunkap makna....












Terima kasih kerana membaca dan memahami makna 
ungkapan imej-imej yang terpapar.....
DAUDmontakzakaria.

SELAmat MENYAMbut HAri CIKGU...



HARI ini aku sekali lagi menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang tugas aku...


"ustaz, kalau TUHAN itu adil mengapa DIA wujudkan orang ISLAM dan ORANG KAFIR? Orang Islam dimasukkan ke syurga sementara orang kafir dimasukkan ke neraka? 
aku tanya soalan ini kepada seorang ustaz yang mengajar kitab lama yang 
kertasnya bewarna kuning...Ustaz berkenaan senyap, mungkin berfikir...
kemudian baru dia beri jawapan..."Tuhan jadikan manusia dan jin 
semata-mata untuk menyembahNYA..." jawab ustaz pendek. 
Aku senyap.....Ustaz berkenaan menambah...'lagipun TUHAN MAHA 
BERKUASA, suka DIA lah apa yang nak dibuatNYA...' ...aku semangkin 
bungkam, tak mampu nak tanyakan soalan lagi...



EPISOD II


'ustaz, macam mana nak sembahyang supaya sentiasa kusyuk.....susah sangat 
nak kusyuk...' satu soalan aku lontarkan kepada ustaz yang sama. 
Ustaz yang dah agak berumur tersebut seperti biasa diam 
seketika, mungkin berfikir...mungkin juga mengatur ayat...
kemudian..'memang susah nak kusyuk dalam 
sembahyang, macam inilah, ibaratkan kita seperti berjalan di atas batas sawah, 
bila kita terjatuh kita naik kembali ke atas batas, bila jatuh kita naik kembali...
begitulah kita lakukan...jadi dalam sembahyang jika kita hilang kusyuk,
 kita kembali tumpukan kepada sembahyang kita, 
jangan bila dah hilang kusyuk kita terus 
ikutkan hingga selesai salam, macam itulah seterusnya...

Inilah dua episod yang aku ingat, yang pernah aku tanyakan kepada seorang 
ustaz yang mengajar kitab kertas kuning kat kampung dulu. Memang besar
 jasa dia kepada aku....kalau tiada insan seperti mereka, tentu kita akan
 terus berada dalam kejahilan yang berpanjangan dan mungkin akan
 tersesat di dunia dan jugak di akhirat...
Oleh itu aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para ustaz, para
 guru dan para pensyarah terutama yang pernah MEWARISKAN ILMU
 kepada aku, semoga KALIAN semua diberkati oleh ALLAH swt.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...


*pict. by google images.
DAUDmontakzakaria

Friday, May 11, 2012

Video Penerbitan Kamera Berbilang.





AKHIRnya siap jugak penyuntingan atau pos-produksi video PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG. Terima kasih kepada sdr. JASRIL AMRY dan SHAHRUL FADLI
kerana membantu aku semasa  kerja-kerja pos-produksi. Sebenarnya 
segala 'footage' video terbabit telah dirakamkan oleh 
SDR. JASRIL AMRY(HANAMICHI), RAMLI ADNAN dan HAJI RUHAIZAD 
semasa BENGKEL PENERBITAN KAMERA BERBILANG yang 
berlangsung pada awal tahun ini iaitu 2012. Aku cuma bertindak sebagai penyunting 
dan penulis skrip sahaja. KREW yang terlibat dalam penerbitan video ini boleh penonton lihat semasa 'ending credit' VIDEO ini. Selamat menonton....

MALam ANUgerah KOLej HUSSien ONn











Malam ini jugak malas aku nak menulis panjang, lenguh jari jemari untuk
mengetuk huruf -huruf.... Cukup ku biarkan imej-imej
berbicara menempa makna....
DAUDmontakzakaria

Thursday, May 10, 2012

DINner KOLej ZAAba di DECtar...







MALAM ni malas nak tulis panjang-panjang, cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew
yang membantu dalam rakaman MCP Dinner Kolej Pendeta Zaaba di DECTAR
malam tadi iaitu 9 MEI 2012, 8.00pm - 12.30am
MEREKA yang terlibat ialah SDR. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, RAMLI ADNAN,
HAJI IZAD, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, YUNUS MISDI, HAJI SULIMI,
ARENIM, KHAIDIR, JAMALUDDIN JI, SHUKRI MAHAD,
YUSRI, SYANANA, WATIE, dan SAIFULLAH 
yang janji datang tapi takde....

....sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Sunday, May 6, 2012

PENERbitan VIdeo KESElamatan BANGUnan UKm.


HARI ini 6 MEI 2012, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video 
KESELAMATAN BANGUNAN untuk JABATAN KESELAMATAN & 
KESIHATAN PEKERJAAN UKM.


Dalam mesyuarat dengan jabatan berkenaan kami dilantik sebagai ahli jawatankuasa 
dalam bidang rakaman. Kami diminta untuk membuat rakaman semua 
bangunan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan.


Boleh dikatakan semua dewan dalam UKM akan kami rakamkan untuk penerbitan video
 terbabit. Bangunan tersebut termasuklah bangunan 
di kolej-kolej kediaman pelajar.


Hari ini kami telah 'cover' untuk rakaman di BILIK SENAT dan BILIK MAJLIS di PARAS 
5 BANGUNAN CANSELORI UKM. Rakaman bermula jam 9.00 pagi.


Krew rakaman yang terlibat ialah AKU, sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL
 & SITI SURAYA. Kami juga dibantu oleh EN. AZHAR yang telah membuka 
pintu kedua-dua bilik berkenaan.


Penyuntingan 'off-line' video tersebut akan aku lakukan pada hari Isnin nanti. Bila suara latar sudah dimasukkan, kami akan serahkan video berkenaan kepada pihak
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM yang 
akan membuat 'finishing' video tersebut.
Mungkin rakaman semua bangunan berkenaan akan dapat kami siapkan 
penerbitannyadalam pertengahan kedua
 tahun 2012...InstaALLAH...
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat termasuk EN. AZHAR
dari PEJABAT PENDAFTAR UKM.
...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Tuesday, May 1, 2012

MALAM tadi, Isnin, 30 APRIL 2012; Kami membuat rakaman video MCP Pertandingan Akhir Pesta Pantun UKM 2012, di PANGGUNG SENI DECTAR.


Persiapan teknikal kami lakukan pada jam 6.00 petang. Perlu persiapan awal
untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Malam ini krew agak mencukupi. Malah staf kerajaan Negeri Johor, FAIRUL SURIAN (FIRE)
juga turut membantu kami, terima kasih banyak2 kerana membantu kami
...ini bukan 'bodek' tauuu...kalau rasa nak hilangkan gian kendalikan 
kamera MCP...silalah datang lagi, kecil STUDIO UKM,
DECTAR kami tadahkan...ekekeke...


KREW lain yang datang membantu ialah WATIE, KHAIDIR, HAFIZ RAHIM, YUSRIE,
ARENIM, SHUKRI, JUNIOR, SAIFULLAH, SULIMI, YUNUS MISDI,
serta KREW UAV PENERBIT, SHAHRUL, RAMLI, SURAYA, 
HAJI IZAD, HANAMICHI...TERIMA KASIH BANYAK2
 untuk semua...


Malam ini juga kami mungkin memperoleh seorang krew wanita UKMKL, yang ingin
 join krew MCP kami,
dan kalau dia benar2 berminat kami akan panggil. Itupun jika dia
benar-benar berminat untuk sertai kami. Bak kata,
kecik STUDIO UKM, DECTAR 
kami tadahkan.
Keputusan pertandingan AKHIR Pesta Pantun UKM 2012 malam tadi ialah
KELAB BAHASA MELAYU telah mengatasi
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
untuk muncul sebagai juara serta memenangi
PIALA PUSINGAN...tahniah...


....sekian dan TERIMA KASIH kerana sudi membaca.....

DAUDmontakzakaria.

Friday, April 27, 2012

...penerbitan dulu-dulu....

INILAH antara penerbitan video yang telah kami terbitkan beberapa tahun yang lalu. Biasanya penerbitan video yang kami lakukan dimulai dengan perbincangan dengan mereka yang
 mahu menghasilkan video tersebut. Perbincangan amat perlu untuk 
menghasilkan sebuah penerbitan yang berjaya. Dalam penerbitan 
video semuanya perkara mesti ambilkira 
dengan teliti.







...video XPDC SAINTIFIK BUKIT FRASER ni tak sempat nak
masukkan suara latar....


.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria

skrip pusat penyelidikan ukm, langkawi...



19 - 22 APRIL yang lalu krew video iaitu SDR. KAMARUL BAHARIN dan JASRIL AMRY 
telah berada di LANGKAWI untuk membuat rakaman PUSAT PENYELIDIKAN UKM LANGKAWI. Kami diminta untuk membuat rakaman video pusat penyelidikan 
berkenaan dan juga aktiviti JABATAN BENDAHARI di sana. Kami diminta 
untuk membuat penerbitan video PUSAT PENYELIDIKAN UKM
 LANGKAWI. Video tersebut bertujuan untuk mempromosikan lokasi berkenaan kepada masyarakat luar. Jadi la ni aku dah siapkan draf skrip pusat penyelidikan 
tersebut. Dah siap pun skripnya dan kami akan membuat rakaman 
audio, skrip yang terbabit untuk dijadikan suara latar video 
Pusat Penyelidikan UKM Langkawi. 
Hari ISNIN nanti kami akan buat rakaman audio di STUDIO UKM di DECTAR dan 
SDR. JASRIL AMRY akan membuat suntingan video tersebut. 
Bila dah siap kami akan serahkan video berkenaan 
kepada pihak BENDAHARI untuk priview. Kami mungkin akan berkunjung
 lagi ke pusat penyelidikan berkenaan kerana masih terdapat ruang yang
 perlu di isi dalam video yang akan diterbitkan.
...sekian, terima kasih kerana membaca......
DAUDmontakzakaria

Wednesday, April 25, 2012

...akhirnya.....oh! kuala terengganu...



AKHIRNYA hari ini aku dapat siapkan penyuntingan video 'Indahnya Kuala Terengganu'.
Aku harap video ini di sukai oleh sesiapa saja yang menonton. Aku berharap ada
yang sudi untuk 'mengomen' video ini. Aku perlukan komen2 anda
untuk dijadikan panduan aku di masa akan datang. Video yang aku sunting ni taklah sebagus 
manapun...tu sebab aku perlukan komen anda semua. Sebenarnya aku
suka sangat dapat menghasilkan apa2 video berkaitan lokasi-lokasi
yang dilawati atau lokasi yang aku pernah berada di sana.
Sekarang ni aku kembali rindu untuk membuat video berkaitan hutan. Rasanya lama dah tak 
buat video macam tu....seronok kalau masuk hutan, suka perhatikan 
kehijauan di sekeliling.
Setelah selesai video Indahnya Kuala Terengganu ni, aku rasa ingin untuk
menyunting video baru pulak, ketagih rasa 
jari jemari ni untuk mengetuk keyboard komputer, menjalin video dengan audio
membatuk sebuah penerbitan baru. Harap aku akan bersua dengan 
program baru yang mampu menghasilkan rakaman untuk 
projek penerbitan video masa depan. Aku juga rindu dengan 'pengomen'
yang 'ikhlas' untuk membuat sebarang komen membina
yang boleh membantu aku menjadi lebih berbisa dengan hasil suntingan video
dimasa akan datang. Janganlah kedekut dengan komen-komen, aku
mampu menerima sebarang komen.

...sekian & terima kasih kerana sudi membaca dan menonton...
DAUDmontakzakaria.

Sunday, April 22, 2012

.....rasa macam sibuk jer....

...dinner kolej kris mas...


Bulan Mac dan April ni kami agak sibuk sedikit. Selain membuat rakaman video yang biasa dilakukan, kami jugak membuat rakaman video bengkel foto dan bengkel
video dan sebagainya.
...skrip dinner kolej kris mas...


Kami jugak membuat rakaman MCP atau multiple camera production untuk semua acara resmi dan jugak acara kebudayaan serta jugak dinner kolej-kolej yang
memerlukan khidmat kami.
....masjid kristal kuala terengganu...


Bagi aku rakaman video yang paling aku suka ialah rakaman video kat luar seperti rakaman perjalanan bengkel foto serta bengkel video dokomentari. Bukan apa,
aku suka tugas sedemikian
kerana aku boleh tulis skrip berkaitan lokasi berkenaan. Aku boleh bercerita berkaitan
lokasi berkenaan, boleh berkongsi cerita dengan penonton video tu...Aku rasa puas
dapat kongsikan pengalaman aku kat lokasi berkenaan dengan
orang lain. Seronok berkongsi cerita melalui skrip dengan
 pembaca yang mempunyai citarasa yang sama dengan citarasa yang aku miliki ini. Itupun jika pembaca berkenaan suka dengan cerita aku tu...
....kuala terengganu....


Setakat ini aku rasa dah ada beberapa video yang telah aku tulis skripnya untuk
aku kongsikan dengan penonton video yang berminat. Aku tak kisah pun jika
cerita aku tu tak diminati, yang penting aku dah paparkan apa yang
orang lain belum lagi mengalami apa yang aku
 dah alami, bukan begitu....? Aku pun jarang mendapat komen sape2 yang dah melihat video yang dah aku upload kan ke YOUTUBE tu.....sama ada mereka suka atau tidak video tu...ermmm....takpe ler....yang penting aku dahpun berjaya kongsikan apa yang aku dah alami di sesebuah tempat yang telah aku kunjungi...Video YouTube ada kat SINI
....dialog pendidikan nasional di dectar....


Buat masa ini aku masih lagi membuat  penyuntingan video
 INDAHNYA KUALA TERENGGANU. Penyuntingannya belum siap tapi skrip sudah aku siapkan cuma tunggu 'narrator' yang akan membaca skrip berkenaan. Harap dapat siapkan penerbitan video ni dalam masa yang terdekat. Bila siap aku akan 'upload' kan ke YOUTUBE.......Akan datang  aku berharap dapat  menerbitkan
video berkaitan lokasi-lokasi lain pula..............


....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria