Monday, October 9, 2017

Bengkel MCP, Day 3

Hari ini, Isnin, 9 Oktober 2017, kami sambung kembali Bengkel MCP
untuk hari ketiga. Dua hari berlalu di minggu yang lepas.
Hari ini sampai Studio UKM awal pagi,
terus on kan peralatan mcp
dalam studio ukm....kemudian tunggu
peserta masuk studio untuk latihan mcp. 
...peserta bengkel...
di studio floor...


 Hari ini latihan mcp tanpa hos dan tetamu yang betul. 
Kami gunakan tetamu dan hos yang bukan sebenar. Ia cuma untuk 
membiasakan semua krew dengan tugas memasing. Bila da beberapa kali 
raptai maka semua akan yakin dengan tugas memasing
masa rakaman yang sebenar esok pagi.
sebelum mula latihan...
relax dulu....
Esok merupakan hari terakhir bengkel dan rakaman 
sebenar akan dilakukan esok pagi. Selepas beberapa kali latihan 
nampaknya semua krew macam da bersedia untuk rakaman sebenar. Harap semuanya akan berjalan lancar. Set dan props telah siap dipasang 
oleh peserta bengkel....
saje jerr...

Hari latihan dapat dijalankan dengan lancar....
esok merupakan hariterakhir dan hos serta tetamu rasanya sudah bersedia,
kita tunggu je pagi esok yer...
Krew MCP
- PENGARAH STUDIO
- SKRIP ATAU PENOLONG PENERBIT
- FM ATAU FLOOR MANAGER
- CG ATAU GRAFIK
- VT OPERATOR
- SWITCHER
- JURUKAMERA
- JURU LAMPU
- JURU AUDIO

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Friday, October 6, 2017

Bengkel MCP Day Two.

Hari ini, Jumaat, 6 Oktober 2017, kami sambung kembali pengendalian Bengkel
Penerbitan MCP di Studio UKM di DECTAR. Awal pagi singgah opis PKK
di Bangunan Penerbit untuk mengambil 2 pita mini DV
untuk latihan amali Bengkel MCP di
Studio UKM.
Pita mini DV yang diambil aku catat
dibuku log untuk memudahkan staf yang menjaga masuk dan
keluar pita berkenaan. Kemudian terus pi studio selepas tinggalkan pesanan
kepada akak pencuci di opis PKK tu...

bincang skrip...
skrip
skrip..
Sampai di Studio UKM masih awal pagi. On kan sistem mcp dalam studio
dan pasang kamera. Sebenarnya semalam semua tripod dan kabel
aku dah pasang dengan SHARUL sebelum
sesi pengenalan kepada MCP disampaikan kepada peserta semalam.
Hari ini aku cuma on kan sistem dan tunggu peserta tiba. Tiba muncul pulak ALIA
yang membawa abang catering masuk ke studio. Aku tak tau abang catering tu da 
tunggu lebih sejam kat luar DECTAR kerana tak boleh masuk sebab pintu
DECTAR berkunci. Sib baik ALIA talipon firdaus
minta bukakkan kunci dectar. Haha ...sorry ALIA...sorry jugak abang 
CATERING. Sebenarnya pagi ni pintu utama je yang dibuka sementara
pintu yang lain2 berkunci....biasalah kan...kalau ada pintu 
mestilah dikunci....

tunggu nak latihan mcp ni...
tengah bincang lagi ni...
masih menunggu...

 Tak lama tunggu dalam studio sorang sorang peserta tiba di studio. Kami sarapan dulu
sebelum mulakan aktiviti. Selesai sarapan semua peserta berkumpul antara
mereka untuk berbincang bagi menyiapkan skrip mcp.
Mereka semuanya memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada tugas
tugas mereka.

masa latihan on air...
latihan..
hos gantian..CIK SURAYA...

Selesai saja skrip ditulis maka kami pun mulakan latihan amali penerbitan MCP
tersebut. Pada mulanya agak sukar namun bila da berlaku
beberapa kesilapan maka akhirnya dapat
disempurnakan dengan baik.
Sebenarnya yang kami amalikan hari ini merupakan bual
bicara berkaitan videographer. Talent atau tetamu ialah tetamu yang
sebenarnya sementara hos nya merupakan hos gantian. Hos gantian ialah CIK SURAYA
sementara hos sebenarnya ialah sdr. SHAHIDDAN (shidan jangan lupa pulak 
hari SELASA nanti...) yang akan muncul
pada rakaman sebenar pada hari SELASA nanti.
Jadi hari ISNIN kami akan beramali lagi....

Terima kasih kepada semua yan g terlibat. SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

Thursday, October 5, 2017

Bengkel MCP Day One..

Hari ini Khamis, 5 Oktober 2017, kami mengadakan TAKLIMAT RAKAMAN
MAJLIS KONVO dan juga BENGKEL MCP di Pusat Komunikasi
Korporat di Bangunan Penerbit UKM. Bengkel ini
dijangka menagmbil masa 4 hari.
Hari Pertama ini...kami cuma memberi taklimat dan teori
berkaitan MCP. Taklimat disampaikan oleh ENCIK HAZRUL sementara
teori PENERBITAN MCP dan SKRIP disampaikan oleh aku dan 
sdr. SHAHRUL FADLI.

TAKLIMAT oleh EN. HAZRUL...

TAKLIMAT

PENYAMPAIAN KERTAS KEJE SKRIP
Selepas Encik Hazrul selesaikan taklimat konvo, aku pula ambil alih untuk
menyampaikan kertas berkaitan PENERBITAN MCP
secara ringkas sahaja. Disamping penerbitan
MCP dalam studio aku juga
menyampaikan penerbitan mcp untuk majlis konvokesyen
pada hujung bulan OKTOBER ni..............................................................

TAKLIMAT DAN PENYAMPAIAN KERTAS KEJE



Kemudian sdr. SHAHRUL FADLI pula ambil giliran untuk sampaikan perkara berkaitan
skrip untuk MCP selepas aku sampaikan kertas selama lebih kurang sejam.
Setelah sdr. SHAHRUL maka para peserta yang telah
dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk
mencari idea untuk menerbitkan sebuah penerbitan
MCP yang kemudiannya diminta untuk menulis skrip berkenaan.

PERBINCANGAN SKRIP


CARA PENGENDALIAN KAMERA
Kerja kerja penulisan skrip ini disambung ke studio ukm selepas jam 2.00 petang.
Kumpulan berkenaan menyiapkan skrip tersebut di studio ukm.
Selesai sahaja penulisan skrip kami mengajar berkaitan
pengendalian kamera. Sdr. SAhahrul dan YUNUS mengajar kumpulan
berkenaan pengendalian kamera dalam studio floor...sdr JASIL grafik...aku pun
menunjukajar berkaitan PENGARAHAN dalam Bilik Kawalan Utama.
Kami habiskan pengajaran hari ini hingga hampir jam 5.00 petang.

sebahagian drpd peserta...dan FASILITATOR..
Dibawah ialah 'Link" Kertas Kerja Penerbitan Video
MCP atau Multipple Camera Production atau Penerbitan Video
Kamera Berbilang...

Akhir sekali terima kasih kepada semua peserta dan krew yang terlibat dalam 
BENGKEL PENERBITAN MCP ini...sabar je la untuk 
EMPAT hari ni...huhuhu...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 3, 2017

Rakaman Expert...Datin...

Pagi tadi, Selasa, 3 Oktober 2017, jam 9.00 am...kami iaitu aku, Sharul dan Jasril
membuat rakaman video Expert, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul
Razak di pejabat beliau di PUSAT KEPIMPINAN
WANITA, UKM.
Sebelum jam 9.00 am kami da gerak
ke PKW UKM. Tiba di sana belum lagi jam 9.00 pagi.
Masa parking kelihatan parking Datin masih kosong, maknanya Datin tiada
di pejabat lagi.

sedang buat persiapan ni....


Kami terus cari pejabat am PKW UKM. Masuk sana dan jumpa PUAN AMNAH.
Kami minta kebenaran untuk set alatan rakaman dalam
pejabat Datin Norizan. Dia benarkan.
Setelah siap kami pi cafetaria untuk minum...terima kasih bebanyak
kepada yang belanja........



Setelah selesai menghirup minuman di cafe, kelihatan Datin lalu di luar cafeteria.
Selesai je kami duk di cafe tu...terus kami naik ke atas
dan masuk ke dalam pejabat Datin. Kelihatan
dia sedang melayan tetamu....


rakaman sedang berbincang...
 Selepas berbincang dengan Datin, terus je buat rakaman. Pertama, buat rakaman
temubual. Selesai jer rakaman temubual, rakaman untuk 'insert'
pulak dilakukan. Kemudian buat rakaman
di pejabat am Datin........

PEJABAT AM PKW UKM
Setelah semuanya selesai, kami pun bersiap siap untuk kembali ke opis kami
di Bangunan Penerbit UKM wilayah PKK...huhuhu...
Kami sempat jugak sembang dengan Prof. Dr. DATIN NORIZAN
dan sempat jugak sembang dengan PUAN AMNAH.....
Jumlah staf PKW UKM lebih kurang sepuluh
orang je kut.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Saturday, September 30, 2017

MCP Pendaftaran Pelajar Baharu Pusat Kembangan UKM

Hari SABTU, 30 Sept. 2017, kami membuat rakaman MCP Pendaftaran Mahasiswa
Baharu yang diuruskan oleh Pusat Kembangan Pendidikan UKM
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak atau DECTAR.
Sampai Dectar terus masuk dewan
dan bantu sdr. JASRIL pasang kamera video, tripod dia 
dah bawa ke dalam dewan. Alat rakaman dalam konti telah di switch on
oleh Jasril. Kami pasang kamera dan cek visual serta intercom. Intercom ada sedikit
masalah dan tak tau bila dapat di atasi. Sementara sdr. RAMLI uruskan
pemasangan sistem audio untuk rakaman dalam studio di bilik audio...

kamera da sedia...
pintu masuk...
dalam dectar
Selepas siap pasang peralatan kami pun pi sarapan di tingkat atas. Sebenarnya
bukan semua event yang ada kat DECTAR ni akan menyediakan
sarapan. Event tertentu je. Jadi hari ni kami bernasib
baiklah sebab pihak penganjur menyediakan sarapan untuk kami.
Semalam aku terima whatsapp daripada penganjur mempelawa krew untuk
sama sama sarapan pagi ni untuk event tersebut...ALHAMDULILLAH..........

staf Pusat Kembangan Pendidikan
...selfie ketika sebelum mula bertugas..sembunyi perut sikit..huhuhu...
ramli - audio..
aku, shah, su & anim...
Masa aku, Jas dan Ramli dalam perjalanan menuju tempat sarapan, kami bersua 
dengan Anim yang baru nak masuk pintu lobby A. Kami pelawa sama untuk
pi sarapan. Tiba di atas masing2 ambil sarapan yang berupa nasi
lemak dan sebagainya.................................aku, jas dan
ramli pi makan di tempat tersorok sikit...sebab
ada meja..........selesa...............

event hampir bermula...
negara ku


Masa aku serta ramli dan jasril sarapan Suraya, Kamarul....tiba untuk sarapan sama. 
Aku lupa sama ada sdr. yunus da sampai atau tak masa ni....Siap je 
sarapan terus masuk studio ukm. Dapat call ada seseorang
da beberapa kali nak masuk studio tapi pintu berkunci..huhuhu.. Tak lama 
kemudian ...........su masuk studio untuk siapkan grafik.
Aku masuk dewan pi tanya urusetia berkaitan nama2 yang perlu di super
impose kan semasa video dirakamkan. Supaya kelihatan juga semasa live feed ke 
layar. Anim juga bantu dapatkan aturcara yang lebih detail. Itulah tugas
kami di PKK.... saling bantu membantu...terima kasih kpd semua
yang membantu............................

DATO' TNC HEAA


sesi fotografi
Bila tiba masa program berlangsung semua krew da ada di posisi masing masing.
Aku dalam konti bersama suraya dan anim. Di bilik audio ramli sementara
jurukamera ialah YUNUS, KAMARUL dan JASRIL sementara
SHAH tiba berikutnya...........................
Hari ini nampaknya jurukamera agak penat sikit sebab tiada pengganti....

....selepas tugas selesai...jarang dapat berswafoto reramai macam ni...nasib2 je..itulah realiti
keje mcp...mesti ada semangat kerjasama yang kuat...mcp merupakan keje berkumpulan..........
pi lunch reramai....
reramai pi lunch...
Acara bermula dengan perarakan masuk ahli akademik dan TNC. Lagu Negara ku, doa,
ucapan TNC, Ikrar, Penyerahan borang aku janji dan juga penyampaian
anugerah pelajar cemerlang. Selepas perarakan keluar taklimat,
PTSL dan Pusat Kembangan Pendidikan
dijalankan untuk pelajar baharu.
Lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami pi lunch.
Makan tengah hari jugak macam sedap je. Kami makan ramai ramai. Bukan selalu
 kami dapat makan ramai ramai macam ni...dalam setahun mungkin satu
atau dua kali je...tak gitu...rasanya la. Lebih sering
kalau ada event yang ada lunch memasing dengan klik klik yang dia
akrab je....aku tak kisah dengan sape je kalau sape
mau pi..pi je....lagi pun aku jarang pi makan
kalau ada apa2 event yang ada sediakan makan...nasib2 je aku tergerak jiwa 
nak pi makan...tah apa pulak sebabnya aku tergerak nak pi lunch
 tengah hari ni.....huhuhu...takdir TUHAN kan...
Satu lagi event yang biasa sediakan lunch ialah MAJLIS KONVO selama 4 hari
di DECTAR. Biasanya event ini pun aku jarang pi lunch....nasib2 
je kalau hati tergerak nak pi....tapi  biasanya lepas SIDANG AKHIR aku pi lunch...
sebab HATI DAH SENANG....huhu..

..bukan mudah nak lunch reramai macam ni...nasib je ni...setahun sekali pun payah...
tengah test kamera yang bermasalah dgn fitri chin dari JELAS JUTA...
kamera bermasalah...
Selesai lunch kami kemaskan tripod dan kabel kamera sebab selepas ni tiada lagi
 keje mcp dalam masa yang terdekat ni. Aku, shah dan jas serta yunus? 
selesaikan keje gulung kabel tu........Siap je shah dan las pi opis di 
bangunan penerbit. Su dan Anim da pi ke opis terlebih dulu... mungkin mereka
 tak sabar nak jumpa mak limah kut...ooopst!
Tinggal aku dan ramli kat studio. Aku menunggu Fitri Chin dari Jelas Juta
untuk test kamera dengan sistem mcp kami. Kamera tersebut ada masalah dan
kami telah minta jelas juta cuba tengok tengokkan. Fitri Chin tiba
terus kami test. Bila test kelihatan ok dan visual yang dirakam
kelihatan di monitor tv. Hermmm...rasanya ok kut, da onkan setengah jam
pun masih tiada sebarang masalah...rasanya ok. Walau bagaimanapun jika terjadi
masa majlis konvo nanti, kami perlu ada altenative untuk ganti
kamera tersebut dengan yang lain...penting...kerana
konvo perlukan banyak kamera.......
Selesai saja test kamera tu dan simpan semua kamera dalam kabinet simpanan ,
...kami pun bergerak keluar studio untuk balik...

Akhirnya aku nak ucapkan BEBANYAK TERIMA KASIH kepada semua
yang terlibat iaitu..RAMLI, KAMARUL, YUNUS, JASRIL, SURAYA,
SHAHRUL dan ANIM (tolong carikan aturcara lengkap).
Kita akan bekejesama dalam masa yang terdekat akan datang
terutama MAJLIS KONVOKESYEN....28 - 31 OKT. 17....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria