Sunday, September 22, 2013

Program memperkasa kemahiran ilmiah

HARI ini, Ahad, 22 september 2013, kami membuat rakaman MCP 'PROGRAM MEMPERKASA  KEMAHIRAN ILMIAH' di DECTAR. Kerja hari 
cuti dan waktu malam da menjadi perkara 
biasa bagi kami.....
Program berkenaan dihadiri oleh TNC HEA yang bakal menjadi NAIB CANSELOR
tahun depan..................

fire
hasnah, shahrul, aisyah
kamarul, hidayah
Ketika musim pelajar berada dalam kampus memang itu jer rutin kami. Tugas tanpa 
mengenal waktu....matahari dan bulan da tiada bezanya bagi kami.
Namun itu bukanlah sesuatu yang sukar
bagi kami jika tugas berkenaan
telah kami ketahui agak awal supaya tidak bertembung dengan
jadual keluarga atau jadual peribadi....

hasnah
fire, yunus
hidayah, hata....
Hari ini kami datang awal ke STUDIO UKM dan DECTAR untuk membuat persiapan
peralatan untuk rakaman MCP. Hari ini juga kami tak pasti
berapa ramai krew bantuan akan datang membantu kami.
Apa-apa pon kami tak kisah, asal saja
tugas dapat dijalankan dengan 
licin dan sempurna...




Program bermula jam lebih kurang dua petang. Aku sebenarnya tak tau apakah
pentingnya program ini pada para pelajar baru. Masa aku belajar dulu
benda ni rasanya macam takde......sekarang ni
program pelajar bermacam-macam
sukar da nak ikut....

tnc
tnc hea
Tugas hari ni dapat dijalankan dengan sempurna. ramai jugak krew yang
dapat hadir walaupun hari cuti...jadi aku nak ucapkan jutaan
terima kasih kepada semua krew iaitu sdr. YUNUS,
HATA, HAFIZ, ROSLI, HIDAYAH,
HASNAH, SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HJ IZAD,
JASRIL dan SITI AISYAH (PELAJAR LI) dan tak lupa kepada kakitangan
KERAJAAN NEGERI JOHOR yang RAJIN bantu kami
iaitu FIRE atau FAIRUL SURIAN......

....k....terima kasih kerana sudi membantu kami...
DAUD.montak.zakaria

Thursday, September 19, 2013

TPM ke UKM

PETANG tadi, Khamis, 19 September 2013, jam 3.00 petang kami membuat rakaman
MCP 'Majlis ramah Mesra TPM dengan Warga UKM'. Seperti biasa
persiapan peralatan MCP dibuat awal iaitu sebelum tengah hari.

sebelum program...
mimi, najwa & aisyah...
 Krew bantuan telah dipelawa untuk membantu melalui surat resmi. Dalam FB pon aku
dah warwarkan supaya mereka datang membantu. Bimbang juga
sebab respon dalam FB macam lengang jer....tulah
masalah kami bila kerja mcp waktu pejabat...

konti
ucapan
Walaupon aku dah banyak kali kendalikan MCP bersama-sama rakan2 tapi dalam hati
agak bimbang jugak. Maklumlah bila melibatkan orang besar-besar ni
tentu gundah tu wujud. Banyak yang aku bimbangkan
seperti studio 'blackout' dan arahan 'last minute' 
dan sebagainya...

soal jawab
ucapan
Intercom dan switcher yang bermasalah telah dapat di 'solve' kan buat masa ni...mujurlah...dan...
ALHAMDULILLAH. Tapi 'intercom headset' tu perlu dihantar untuk
dibaiki kerana da banyak yang rosak....mesti dibaiki sebelum
majlis konvokesyen pada 26 Oktober 2013.

soalan...
tpm jawab soalan..
TPM tiba jam 3.30 lebih kurang...acara dimulai dengan doa kemudian diikuti oleh ucapan
NC. Dalam konti aku terima permintaan supaya kamera fokus pada kelompok
tertentu semasa NC beri ucapan. Aku terima mesej dari Cam 3 iaitu
dari sdr. YUNUS. Tak lama kemudian EN RAZAK
masuk STUDIO UKM berikan teks
ucapan NC yang ditanda tempat yang perlu ditunjukkan di layar oleh
kamera. Perkara tersebut telah aku lakukan dengan bantuan cameraman dan juga 
krew alat 'video conferencing'. Sebenarnya program di DECTAR ni boleh diikuti secara 'live'
di cawangan  UKM di KL. Nasib baik semuanya berjalan lancar kalau tak 
lagi susah hati.....dengan kerjasama PTM. Kalau ada sapa2 nak 
tonton program tu, gitau ler. Kalau nak aku akan upload ke
YouTube, kalau tak, aku akan simpan dalam
arkib maklumlah kami ni semua krew yang buat koleksi arkib jerrrr...
Sebelum tu aku nak ucapkan JUTAAN TQ kepada semua krew sama ada krew MCP
 dan juga krew bantuan iaitu...sdr. YUNUS MISDI, CHEF, HATA, WATIE, MIMI, 
HJ. SULIMI, NAJWA RASHIDI, SITI AISYAH ADANAN, RAMLI, JASRIL, 
KAMARUL, SHAHRUL, ZULHIMI, HJ IZAD dan semua yang lain2
.............terima kasih...

...k....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

hari malaysia


ni ler video sambutan tu...

RABU, 18 SEPTEMBER 2013, sdr. RAMLI dan aku telah membuat rakaman ENG
SAMBUTAN HARI MALAYSIA di DATARAN GEMILANG
UKM di BANGI.
Sambutan Hari Malaysia ini telah dirasmikan
oleh Naib Canselor UKM. Antara pengisian aturcara sambutan ini ialah
pertandingan perbarisan serta persembahan lagu-lagu
patriotik dan juga tarian.................Juara pertandingan perbarisan antara
kolej-kolej telah dimenangi oleh KOLEJ TUN SYED NASIR.



Sebenarnya sambutan ini bertujuan untuk memperingati hari tertubuhnya Malaysia
pada 16 September 1963. Tanah Melayu merdeka dari penjajah
dalam tahun 1957. Kemudian Sabah atau Borneo, Sarawak
dan Singapura menyertai Tanah Melayu untuk
membentuk negara Malaysia.



Namun begitu Singapura telah menarik diri daripada Malaysia dalam tahun 1966.
Sementara negeri yang lain masih kekal dalam Malaysia.
Sambutan hari Malaysia sebagai cuti umum telah
mula di sambut dalam tahun 2010.
Sebelum itu hanya Sabah sahaja yang menyambut Hari Malaysia.
Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia mengambil masa yang panjang dan
tidak semudah yang kita bayangkan. Oleh demikian sewajarnya hari kemerdekaan
dan hari malaysia ini sewajarnya disambut. Antara tujuannya ialah supaya
kita sayang kemerdekaan yang telah kita kecapi ini serta 
untuk memupuk rasa kecintaan kepada MALAYSIA....
Sambutan tersebut tamat lebih kurang jam 11 malam. Aku akan cuba 
buatkan suntingan video berkenaan dan tentu sekali
akan aku 'upload' kan ke YouTube....tunggu yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................

....sekian, terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, September 13, 2013

sapa taknak anugerah kan....

Malam  ni, kami membuat rakaman MCP "Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2013 anjuran JPPel di DECTAR...
Macam biasalah...peralatan dipasang awal. Petang ni jem giler...aku tak boleh
tiba di UKM dalam masa 15 minit macam hari2 yang lain...
Adakah sebab kenderaan da banyak atau jalan
da sempit....mana mungkin jalan
mengecil bukan....?


ni ler student LI Politeknik yg banyak bantu kami....
tunggu giliran bertugas....
...ada masa terluang digunakan sepenuhnya...itulah tugas kami...

Siap jer pasang peralatan, ada yang pi makan dan ada yang solat maghrib................
malam ni ada jugak beberapa orang yang datang membantu......alhamdulillah...
mereka sanggup datang memalam buta ni semata-mata
nak bantu kami yang dalam kesukaran...
maklumlah...macam anak tiri...
....kan...kan...kan...

dectar....
selamat datang....
ucapan....
selingan....
penuh perasaan...
Alhamdulillah...malam ni tugas dapat diselesaikan dengan licin....cuma terdapat sedikit
masalah intercom.....tak tau bila masalah ini akan dapat diselesaikan...
Harap dalam masa terdekat dapat diatasi....kalau tak
macam ni jer ler.......


Apa-apa pon....aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
kerja rakaman MCP ini iaitu....SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, RAMLI ADNAN,
HJ SULIMI, HJ IZAD, JAMALUDIN IBRAHIM, HAFIZ TAIB, HIDAYAH,
WATIE, SITI AISYAH dan NAJWA...........
...sila datang lagi untuk krew bantuan yang sedia membantu...

.....terima kasih kerana sudimembaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, September 12, 2013

dUa miNGgu yANg aKu sUKa..


Dalam dua minggu terakhir ni aku rasa agak gembira sebab dapat menyiapkan
tiga suntingan video. Suntingan awal ialah untuk tayangan
sebelum majlis PENUTUP MOBILITI
PELAJAR pada 5 September 2013.
Video ni telah aku 'upload' ke YouTube...channel aku lerrr....


Video kedua CLOSING CEREMONY
UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS. Video tu da aku
siapkan suntingannya beberapa hari yang lalu dan telah jugak
aku upload ke YouTube. Beberapa hari yang terawal
tiada timbul masalah namun hari berikutnya
'audio' video tersebut telah dipadam
oleh YouTube kerana
masalah 'copyright' muzik yang terdapat dalam
video berkenaan.....salah sebuah muzik 'copyright' ialah muzik 'gangnam'...Aku takleh buat
apa-apa nampaknya........


...mobiliti pelajar di Belum, Taiping dan Kuala Sepetang...

Video ketiga sedang aku edit iaitu MOBILIT PELAJAR di BELUM, TAIPING
dan KUALA SEPETANG, PERAK. Video tersebut mempunyai skrip
dan da aku siapkan petang tadi. Mungkin esok aku akan
upload ke YouTube selepas final preview..
....tunggu arrr....dan tonton
nanti serta kalau boleh
sertakan komen yang sederhana, pedas tapi pedas sangat takyah ler....arrr....
*video berkenaan da siap da pon....kat atas tu lerrr....

....sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria

Friday, September 6, 2013

pertandingan pidato dan debat akhir inter kolej 2013.

HARI ini kami membuat rakaman MCP Pertandingan Akhir Pidato dan Debat Inter Kolej
sempenan Minggu Mesra Pelajar di Dectar UKM. Program
berkenaan berlangsung waktu pagi......
Seperti biasa waktu pejabat ramai krew bantuan yang tidak dapat hadir, mereka
mungkin ada komitmen lain di jabatan atau fakulti
masing-masing.........................

konti...
pidato....
peserta pidato...
Program dimulai dengan Pertandingan Pidato Akhir yang disertai oleh 6 orang peserta
dan kesemuanya adalah pelajar baru perempuan. Mana perginya kaum lelaki,
sudah pupuskah mereka dari perut menara gading...?
Tak mustahil masa akan datang untuk mencari lelaki di menara
gading umpama mencari 'syiling dalam tepung', muka putih penuh tepung barulah syiling
dijumpai, dan tak mustahil jugak akan datang, lelaki akan
dikenali di menara gading melalui model-model untuk pengajian anatomi jer kut...ekekeke...opst!

pidato...
debat inter kolej..

Program berkenaan dihadiri oleh TNC HEPA. Beliaulah yang menutup secara resmi
program tersebut serta menyampaikan hadiah kepada peserta.

peserta debat...
tnc hepa...
Apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
iaitu RAMLI ADNAN, SHAHRUL FADLI, JASRIL, KAMARUL, HAJI 
SULIMI, HAJI IZAD serta dua orang pelajar LI
dari POLITEKNIK ARAU, NAJWA
dan SITI AISYAH.....
...terima kasih kerana sudi membaca........
DAUD.montak.zakaria

miNGgu seSak naFas..


.....video Penutup Program Mobiliti...


...video yang telah diedit untuk tayangan sebelum program penutup
ukm - global student mobility & partnerships....

5 SEPTEMBER 2013; Kami mempunyai beberapa kerja yang perlu dilaksanakan.
Semuanya melibatkan kerja berkaitan pelajar.



Pada sebelah pagi krew audio video mempunyai tugas untuk membuat rakaman MCP
program Minggu Mesra Pelajar yang melibatkan rakaman
pertemuan Timbalan Menteri Kewangan dengan pelajar 
baru di DECTAR.



Rakaman MCP pagi tu aku tak dapat sertai kerana aku punyai tugas yang agak
penting jugak. Aku punyai tugas membuat suntingan video
untuk ditayangkan sebelum program penutup UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS bermula.
Sebelum program tu bermula, video berkenaan akan ditayangkan. Aku dapat
menyiapkan tugas berkenaan pada pukul hampir 1.00 petang
dan video tu digunakan pada jam 2.00 petang lebih
kurang...ALHAMDULILLAH....



Program Bersama Timbalan Menteri Kewangan tersebut agak sukar bagi
unit audio video untuk membuat rakaman. Ini disebabkan krew
agak sedikit. Jurukamera terpaksa berdiri lama
di kamera sementara dalam bilik
kawalan kekurangan krew. Krew bantuan pulak tiada, mungkin mereka
ada komitmen lain di jabatan masing2. Kami pun dalam keadaan
agak sukar, maklumlah kedudukan kami masih tiada hujung pangkalnya. Arahan kerja pon
agak tidak berapa jelas....bimbang hati kami....

mobiliti pelajar...
Sementara itu, rakaman MCP Penutup UKM - Global Student pada waktu petang pula
agak baik. Krew tak ramai tapi kerja mampu diselesaikan dengan licin...
Aku turut serta dalam rakaman MCP ini......
Krew terlibat cuma SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL, RAMLI serta dua
orang pelajar LI Politeknik iaitu SITI AISYAH dan NAJWA...
Terima kasih kepada semua.....


BERSAMA MENTERI KEWANGAN II


ni jer yang ada...
Waktu malam pula kami ada rakaman MCP Bersama Pemimpin. Menteri yang datang
bertemu pelajar baru malam ni ialah MENTERI KEWANGAN II.
Persiapan peralatan seperti kabel kamera telah kami
siapkan petang tadi selepas program
Penutup mobiliti.

belum tiba...
tanyalah...
Rakaman MCP malam tersebut agak lancar dan terdapat beberapa orang krew datang
membantu. Kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma ada sedikit masalah
iaitu kamera 2 yang menggunakan CCU 2 mengalami
masalah teknikal. Rasanya da perlu diganti
baru kut peralatan2 ni....

yb menteri
tamat...

Apa-apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada krew yang membantu iaitu
YUNUS MISDI, HIDAYAH dan ISMAHASHIMI. TAK LUPA jugak
kepada krew audio video sendiri iaitu SHAH, KAMARUL, RAMLI
JASRIL, AJI IZAD serta dua orang pelajar LI yang juga sanggup
datang malam2 iaitu NAJWA & SITI AISYAH............................................
yang mana aku menjadi penunjuk jalan melalui jalan UKM - Bangi Lama....ekeke...
Esok masih ada kerja Minggu Mesra Pelajar di DECTAR iaitu DEBAT.
Kami masih lagi setia dengan kerja kami walaupon dalam keadaan
kedudukan kami yang tak menentu ni...harap mendung cepat
berlalu...........................................

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca......
DAUD.montak.zakaria