Tuesday, July 2, 2013

VO pertama pelajar LI Politeknik..

....sila tonton video...

sedia untuk vo...
HARI ini, 2 Julai 2013, kami membuat 'voice over' untuk program video 'BENGKEL
KESENIAN UKM 2013'. FOOTAGE berkenaan telah kami rakam
pada hari SABTU lalu iaitu 29 Jun 2013.
Sdr. Kamarul Baharin, Siti Suraya, dan pelajar LI Politeknik
iaitu Najwa dan Aisyah serta aku telah membuat rakaman footage program
tersebut pada Sabtu lepas iaitu 29 Jun lalu....

sifu...

aisyah...
Aku dah edit video tu sejak semalam, hari ini aku atur footage berkenaan buat kali yang 
terakhir sebelum dibuat suntingan akhir selepas rakaman vo, mengikut skrip
yang telah aku tulis. Bukan bagus pon skrip tuuu...tapi o.k lah daripada
tak buat langsung...kan...kan........Kerja mengatur footage
 ni aku da siapkan lebih awal sebelum
 membuat 'voice over'....

rehearsal....
cuba sampai bole....
Ini merupakan kali pertama aku gunakan suara pelajar Latihan Industri dari POLITEKNIK
ARAU, PERLIS ni,  iaitu SITI AISYAH. Sdr. Shahrul mengajarnya
macam mana cara dan teknik untuk membaca
VO serta menjaga intonasi suara
dan sebagainya......
Biasalah, bila pertama kali membaca 'vo' untuk program video, memanglah
ada kekurangan, namun pada aku ia boleh diatasi, bila
da biasa dengan perkara tersebut....
Kalau nak dengar suaranya, silalah tonton video kat atas tuuuu...

....rakam....
semak skrip...
Agak lama jugak kami berada di STUDIO UKM tu untuk siapkan voice over
berkenaan, maklumlah bukan mudah untuk dapatkan hasil
yang memuaskan. Mesti buat berkali-kali hingga
berjaya. Namun vo hari ini kami buat
dua kali jer, ekekekeke.......harap vo yang
aku pilih tu merupakan yang terbaik..................................
Apa yang aku harapkan ialah moga mereka (LI students) tu mendapat
pengalaman bagaimana kerja-kerja voice over dibuat, walau
pon alat yang kami gunakan taklah canggih mana
 pon, namun  konsep rakaman vo masih ada.......
Harap mereka berdua mendapat manfaat dan video yang da aku siapkan tu
mampu menarik perhatian penonton semua....tonton 
arrrrrrrr.................
Aku gak  nak ucapkan
terima kasih bebanyak kepada setiap individu yang terlibat
dalam pembikinan video ini. Tanpa kerjasama tentu
semuanya mustahil akan berjaya
dilaksanakan...setiap individu mempunyai sumbangannya
yang tersendiri, walau sekecil mana sekali pon,
ia tetap jugak sumbangan yang bermakna
serta amat bernilai..........
terima kasih sekali lagi.............................................
..........sekian....

....terima kasih kerana sudi membaca........
DAUD.montak.zakaria

Saturday, June 29, 2013

benGkel kesENian uKm '13


video bengkel kesenian ukm 2013..

HARI ini, 29 June 2013, hari SABTU....
Tiba UKM lebih kurang jam 8.30 pagi, janji...eh, yer ker janji...
janjinya jam 8.00 pagi....maaf....moga ia tidak menjadikan
aku insan munafik...Sampai jer di UKM mereka
semua da ada  pon di pejabat.......

bengkel....
perasmian...
setianya NAJWA dan AISYAH...jaga kamera supaya tak jatuh...ekekeke...

Hari ini kami membuat rakaman BENGKEL KESENIAN UKM 2013  di DECTAR. Yang aku
maksudkan kami ialah KAMARUL BAHARIN, SITI SURAYA dan dua orang
pelatih dari POLITEKNIK ARAU iaitu NAJWA dan AISYAH serta AKU lerrr........
Aku bercadang untuk membuat program video
berkaitan PERASMIAN BENGKEL KESENIAN ini. Selain dari itu tujuan
aku ialah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu
yang kami miliki dengan PELAJAR LI berkenaan.....
kami bukanlah pandai sangat pon
....tapi boleh lerrr....setakat nak kongsi sedikit ilmu yang kami ada...
Harap akan kesampaian...
temubual cik ZAITON...
rakaman di bengkel senitari..
 Tiba di DECTAR kami menunggu untuk majlis bermula. Mana yang belum
sarapan, di sana disediakan sarapan. Sebelum tu kami membuat
rakaman sesi pendaftaran....
Sebaik saja program bermula, kami terus membuat rakaman majlis
perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua
Pusat Kebudayaan UKM.
tonton kembali temubual
istana di taman pantun..

Selesai Majlis Perasmian, setiap kumpulan bergerak ke lokasi bengkel
yang mereka ikuti iaitu BENGKEL SENI TARI, BENGKEL TEATER
dan BENGKEL FOTO
Kami membuat temubual dengan peserta Bengkel Seni Foto
serta penyampaian teori oleh pengajar bengkel
berkenaan. Kami juga membuat rakaman
amali bengkel foto di taman pantun ukm. Peserta ditunjuk ajar
teknik merakam pasangan pengantin di sana....
taman pantun
 Kami juga turut merakam temubual dengan penyelaras projek iaitu cik zaiton
berkaitan objektif bengkel. Kemudian kami membuat rakaman
temu bual dengan peserta bengkel tarian serta
pengajar bengkel berkenaan.....
Terdapat juga peserta keturunan Jepun yang berminat menjadi peserta bengkel
foto dan teater.....

ini bukan model untuk foto shoot tau...
Kami juga memberi peluang kepada PELAJAR LI untuk membuat rakaman
dengan harapan supaya mereka memperoleh pengalaman mengendalikan
kamera video serta berdepan dengan orang yang ingin
ditemu bual. Dalam keadaan ini, melihat orang
lain membuat rakaman adalah berbeza apabila diri sendiri yang membuat
tugas berkenaan..........melihat tidak semudah membuat......
dalam tugas penerbitan video, kerja secara berkumpulan amat diperlukan, 
kita jangan duk menyendiri dengan membiarkan orang lain
menyelesaikan tugas berkenaan.......
Jika kita kurang semangat untuk bekerjasama lebih baik
ceburi bidang lain....mungkin pemandu lori kut....ekeke..opst!

Aku berharap akan mampu menyiapkan penulisan skrip
video ini dan menyiapkan penerbitannya sebelum kami mempunyai tugas
lain iaitu untuk mengendalikan BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI
di MELAKA dari 4 - 8 Jun 2013 nanti.......jangan lupa tonton
video yang tak berapa nak menarik tu nanti
apabila aku 'upload' ke 'YOUTUBE' ...nantikan yerrr.........
Sebelum tu aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada sdr. 
KAMARUL BAHARIN, SITI SURAYA, AISYAH dan NAJWA
kerana membantu dalam tugas rakaman video berkenaan.....tQ.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, June 27, 2013

siAp dAaaa....


HARI ini, 27 Jun 2013, kami da dapat siapkan penyuntingan untuk
tiga buah video untuk tiga acara yang berbeza....


Pertama video SUKAN TAHUNAN
TUNAS PERMATA UKM 2013. Penyuntinganya
telah dilakukan oleh PELAJAR LATIHAN INDUSTRI yang masuk
minggu kedua mereka bersama kami. Penyuntingannya telah
dibuat oleh NAZWA dan AISYAH, Pelajar
LI dari Politeknik PERLIS. Terima kasih kepada mereka berdua.
Kerja mereka dipantau oleh
sdr. SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM.
Rakaman acara tersebut telah dirakam
oleh SITI SURAYA dan SHAHRUL FADLI pada 15 JUN 2013
yang lalu di STADIUM UKM..


Video kedua pula ialah KEJOHANAN KRIKET UNIVERSITI
ANTARABANGSA UKM 2013. Penyuntingannya telah
dibuat oleh SHAHRUL FADLI. Rakaman video
berkenaan telah dibuat oleh KAMARUL BAHARIN dan SHAHRUL
pada awal JUN. KEJOHANAN KRIKET PERINGKAT AKHIR
yang berlangsung di BAYUMAS KELANG telah dijuari
oleh UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA...


Sementara video yang ketiga pula ialah PERASMIAN BANGUNAN
dan GALERI TUN FATIMAH HASHIM UKM. Video ini telah 
dirakam oleh SITI SURAYA dan RAMLI ADNAN
pada 26 JUN 2013. Video ini telah aku edit sejak semalam dan
petang tadi telah disiapkan di 'upload' ke YOUTUBE.
Jadi, syukur ALHAMDULILLAH dapat jugak kami siapkan video tersebut...
silalah tontonnya.....

Selain daripada itu kami juga akan mengendalikan
BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI yang dianjurkan oleh BAHAGIAN
LATIHAN. Bengkel berkenaan bermula dari 4 hingga 8 Julai 2013.
Bengkel tersebut diadakan di BANDARAYA MELAKA....

terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, June 25, 2013

sELaMaT DaTaNg.....


video hiasan...

25 JUN 2013
Da seminggu mereka di sini baru nak buat entry....mereka masuk pon aku masih
bercuti kerana bercinta dengan penyakit mata......

selamat datang...(foto amik dari sdr. KAMARUL)
HARI ini, aku nak menulis lagi perkara yang bukan berkaitan tugas tapi 
berkaitan dengan unit ini. Seminggu yang lalu kami menerima
dua orang PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
dari POLITEKNIK di Perlis. 
Mereka akan mengikuti 
latihan industri di bahagian MULTIMEDIA
PENERBIT UKM. Mereka akan bersama kami hingga
hujung bulan NOVEMBER 2013. Kedua-dua mereka akan menimba
pelbagai pengalaman kerja bersama kami. Ini bermakna
apa yang kami buat, jugak akan mereka
rasai, sama ada rakaman
video SCP dan MCP serta
kerja-kerja teknikal yang lain yang sentiasa
kami jalankan. Mereka juga mungkin akan menyertai kami
dalam mengendalikan bengkel-bengkel video yang akan kami laksanakan.
Sebelum tu kami juga bercadang untuk memberikan
taklimat berkaitan penerbitan SCP dan MCP. Kami juga akan memberikan
mereka projek video untuk diselesaikan sama ada rakaman
serta kerja2 suntingan dan 'dubbing'. Semuanya
masih lagi dalam perancangan.
Ini akan kami jalankan 
selepas kami menerima lagi beberapa
orang lagi PELAJAR LATIHAN INDUSTRI tidak berapa
lama lagi. Setakat ini, iaitu setelah seminggu mereka di sini, kedua-duanya telah
turut serta dalam BENGKEL FOTO di PENERBIT UKM.
Diharapkan mereka memperoleh manfaat
daripada bengkel berkenaan...
Opst! lupa pulak aku nak
perkenalkan nama mereka........
kedua-dua mereka masing-masing punyai
nama iaitu NAJWA RASHIDI dan SITI AISYAH.....mereka
berdua dari POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS
dalam jurusan FILEM dan VIDEO..............................kut...
....apa-apa pon 'selamat datang' kepada mereka
dan harap mereka semua selesa
serta mampu memperoleh
manfaat di MULTI MEDIA PENERBIT UKM.....
*SCP: single camera production
*MCP: multiple camera production

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, June 22, 2013

FLOria '13 d' Putrajaya...



...video hiasan..

23 JUNE 2013

HARI ini 23 June, aku pegi lagi ke Floria Putrajaya untuk menemani 'kekasih hati'. Keadaan
agak berjerebu, lebih teruk daripada semalam. Agak lama jugak kat
sana, maklumlah 'pompuan dengan bunga, ibarat jarum dengan
benang'...eh! ada ker perumpaan macam tu...
Di bawah ni aku letakkan sebahagian foto-foto yang sempat aku rakamkan ketika di sana...

keindahan tersembunyi dalam jerebu...
...dalam ni merupakan gubahan antarabangsa..
landscape..
landscape
...antarabangsa...
Kali ini floria 2013 berlangsung ketika cuaca dalam keadaan berjerebu. Namun
mungkin keadaan berjerebu ini hanya sementara. Pengunjung yang 
berminat jangan lepaskan peluang kerana di sini
terdapat pelbagai spesis bunga dari
seluruh dunia di pamerkan. 
Bukan mudah untuk berpeluang melihat
spesis bungaan yang pelbagai terutama bunga Orkid yang cantik (pada pandangan
 peminat bungaan lerrr.....) serta beranika warna. Masuk adalah percuma tanpa 
dikenakan sebarang bayaran.
Pandangan aku, adalah lebih elok pergi berkunjung awal kerana
bunga-bunga akan layu di penghujung festival.







Putrajaya Floria 2013 diadakan di Putrajaya dari 22 - 30 Jun 2013. Ia telah dirasmikan
oleh SPB Yang DiPertuan Agong.  Ia merupakan
festival yang mensasarkan pengunjung melebihi satu juta. Festival ini telah
mendapat sambutan berdasarkan kepada festival yang lalu.
Di sini pengunjung
boleh melihat pelbagai spesis orkid yang melebihi 100 spesis
dari seluruh dunia. Terdapat juga landscape
yang menanti pengunjung untuk
melawat.......
Di sini juga terdapat booth yang menjual pelbagai
jenis bunga dengan harga yang berpatutan. Pengunjung juga boleh membeli
anak-anak pokok untuk tujuan ditanam termasuk anak pokok buahan 
dan juga bunga-bungaan. 

 22 JUNE 2013

BUNGA...siapa yang tak kenal bunga dan sape yang tak suka bunga, terutamanya
kaum wanita. Kalau ada kaum wanita yang tak suka bunga, rasanya
wanita tersebut jenis yang  'tak cukup rasa'........

...jerebu putrajaya...
parking kete yang sarat...
tapak floria....
cantek.....
Hari ini aku nak cite tentang floria kat putrajaya tu....bukan cite tentang keje aku sebagai videographer.......................................................Sebelum tu aku nak tulis sedikit
tentang bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga dengan pelbagai spesis.
Terdapat beberapa fungsi bunga di antaranya ialah  bunga
dijadikan alat untuk berkomunikasi. Ia dijadikan
simbol daalam dunia manusia....
contohnya, bunga dijadikan sebagai alat dalam pemujaan dan juga
digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional...





Selain dari itu bunga juga
sering digunakan oleh manusia untuk memberi penghargaan tertentu kepada manusia lain.
Antaranya terdapat pasangan kekasih yang menggunakan bunga untuk dihadiahkan
kepada kekasih sebagai tanda kasih sayangnya. Bagaimanapon aku tak 
galakkan kekasih berikan bunga kepada kekasih kerana mereka
bukan mempunyai sebarang ikatan yang sah pon sebagai orang ISLAM.
Ia mungkin akan menjana dosa jer, kan gitu. Tapi aku sokong jika pasangan suami isteri menjadikan bunga sebagai
hadiah kepada pasangannya, maksud aku si suami memberikannya sebagai
simbol kasih sayang kepada isterinya tapi bukan sebaliknya, 
melainkan jika suaminya tu golongan auwwwwwwww...





HARI ini aku nak cite yang aku telah pi ke FLORIA di PUTRAJAYA....aku ke sana
cuma ingin melihat bunga-bunga yang pelbagai spesis di sana..
Aku tak beli bunga pon, cuma buat survey jer..
kerana esok aku akan temankan
'kekasih' aku ke sana
mungkin untuk membeli beberapa spesis bunga yang dia minati........
maklumlah pompuan, biasalah.....aku cuma
jadi peneman jer....





SEBAGAI seorang lelaki aku tak terasa apa2 pon bila melihat pelbagai spesis bunga di sana.
Aku tak punyai sebarang rasa yang sentimental pon bila melihat bunga2 yang pelbagai
spesis dan pelbagai warna tu....langsung takde pon....





Aku pi sana cuma rakamkan saja pelbagai bunga tu dengan kamera handphone aku...
dengan kamera handphone jer pon....sebab tu jer yang ada......
tak lama pon aku kat sana, lebih kurang dalam
2 jam jer kot......Esok tak tau
lagi....mungkin lebih 2 jam kot sebab pompuan memang suka bunga...mana
ada pompuan yang tak suka bunga........jadi, esok pagi aku akan
turun lagi membawa 'kekasih' aku untuk melihat 
dan membeli bunga2 di sana....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, June 21, 2013

...maTa....

....VIDEO CUMA HIASAN...

hampir sembuh, insyaALLAH...,21 JUN 2013...
21 JUN 2013
HARI ini, Jumaat, 21 Jun 2013, aku masih cuti tapi amik cuti rehat sebab MC da takde...
....rasanya sakit mata aku hampir sembuh, harap minggu
depan boleh keje. Aku da boring dengan penyakit ni sebab
aku tak boleh nak pi keje....duduk rumah
jer agak bosan.........
Harap minggu depan boleh keje....
...video cuma hiasan..

sebahagian ubat selama lebih 2 minggu..
20 JUN 2013
HARI ini, KHAMIS, 20 Jun 2013, aku cuti MC lagi dan esok Jumaat mungkin
aku amik cuti rehat pula sebab cuti MC da takde. Aku perlu cuti
sebab mata aku masih kurang sihat atau belum
mencapai 100% sihat........
Foto di atas tu adalah sebahagian daripada
ubat2 mata yang aku miliki,  selama lebih 2 minggu aku sakit mata dan
setelah 4 kali aku jumpa doktor sepanjang fasa aku berubat tersebut. Rasanya
mungkin doktor pon da tak tau nak bagi ubat apa lagi da...macam
kelihatan semua jenis ubat da dia bagi kat aku....
Aku pulak tentu da rasa rimas dengan
penyakit yang berpanjangan
ni.....banyak keje tak boleh dilakukan sebab da berpenyakit.
Aku jugak dapat tau dua orang staf tempat kerja aku da dapat jugak
penyakit mata ni, mungkin menjangkit daripada aku kut....maaf noooo...itu
di luar kemampuan aku untuk membuatkan penyakit tu tidak menjangkit,
tapi tulah disebabkan aku kena penyakit tu, tentu aku jugak 
bertanggung jawab....sorry noooo...................

Hari ini juga ada pihak yang menalipon aku
untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman senam 1 malaysia
tapi aku balas dengan mesej bahawa aku sedang cuti sakit mata seminggu.
Aku minta dia talipon SU untuk bercakap dengan SHAHRUL,
sebab dia ada nombor SU dan takde nombor SHAH..
cerita selanjutnya aku tak pasti..........

Apa2 pon aku cuti esok dan aku dah hubungi PN AISYAH, bahawa
satu minggu ni aku cuti sakit mata sama ada cuti MC atau
cuti rehat.......

Cerita selanjutnya berkaitan rakaman
yang diminta oleh pusat sukan ialah sdr. SU dan RAMLI pegi membuat rakaman
pagi ni tapi sebelum tu mereka dikehendaki sama2 mendengar mesyuarat
terlebih dahulu......dengarnya wakil meeting multimedia takde
yang datang.......................nampaknya yang datang untuk membuat
rakaman, kena jugak menjawab dalam meeting....harap
dapat menjelaskannya dengan lancar...
apa2 pon terima kasih kepada sdr. SU dan RAMLI..........
kerana masih mampu memenuhi permintaan
LAST MINUTE.........tQ....

......sekian untuk hari ni dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria




19 JUN 2013
HARI ini, 19 Jun 2013, aku pi klinik lagi untuk cek mata yang sakit...opst!
kali ini juga aku buat 'entry' yang bukan berkaitan tugas harian
aku....apa2 pon kat atas tu aku letak sebuah
video penerbitan kami......ekeke....


HARI ini jugak aku amik cuti rehat sebab sakit mata ni lah. Bagaimana pon
setelah kali keempat aku jumpa doktor ni, penyakit ni da
beransur kurang, taklah bertambah teruk....
cuma...mata sebelah kanan ni agak lambat sangat untuk
kembali normal dan sihat macam selalu...


Aku tiba di klinik lebih kurang jam 10.00 pagi lebih sikit...pesakit nampaknya
taklah ramai sangat tapi kena tunggu 'turn' jugak...........
hari ini ada gak ibubapa yang bawak anak2
tapi yang nak buat rawatan nampaknya
si ibu dan si bapa dengan anak2
kecil yang comel2....ibubapa
muda nampaknya....anak2nya pon manja jer, mungkin bawah 3 tahun kut.....


Bila turn aku tiba,  terus masuk & ucap salam kat doktor perempuan yang memang
aku da biasa dengannya....dia pon da tau aku jumpa dengannya
untuk kali yang ke beberapa kali....Aku ceritalah yang aku da
bubuh ubat yang dulu mengikut apa yang da
dia beritau...aku jugak kata mata aku
masih melekat kelopak matanya
bila bangun tidor....Dia semak rekod ubat yang lalu iaitu 3 kali berjumpanya
sebelum ini....
Akhirnya dia beri aku ubat lain untuk 'apply' kat mata
dan jugak 'antibiotik' kerana kelopak mata
melekat selepas bangun tidor adalah
disebabkan oleh kehadiran bakteria......Doktor tu jugak bagi aku cuti esok, 20 Jun '13.
Dia nak bagi cuti dua hari termasuk hari ni tapi aku kata
hari ini aku da amik cuti rehat...jadi, esok aku cuti
lagi lah.....
AKU harap ini kali terakhir aku jumpa doktor tu yang bermakna aku mohon kepada
MAHA PENCIPTA supaya
sembuhkanlah penyakit mata aku ni...Insya ALLAH....
Kepada yang da....

........TERJANGKIT dengan sakit mata aku ni, aku mohon MAAF BEBANYAK...........
moga dia juga cepat sembuh.......
....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

...video ini cuma hiasan....

18 JUN 2013
HARI ini, 18 June 2013, aku rasa mata aku ni
macam lebih sakit dari semalam terutama mata sebelah kanan.
Walau pon mata aku sakit, malam ni aku cuba jugak untuk turun gelanggang
badminton dengan rakan se pejabat, bukan apa, sekadar untuk beriadah dgn. harapan
untuk sihatkan badan. Logik ler kan, badminton gunakan tangan dan kaki
iaitu anggota yang utama sementara 'editing' gunakan mata dan
tangan sebagai anggota utama....jadi rasanya tentu
aku boleh turun main badminton mlm ni,
dan esok mungkin aku cuti lagi kerana kerja video
perlu gunakan mata dan tangan sebagai anggota pertama dalam kerja 
tersebut....ekekekeke...........
rasanya esok kena jumpa doktorlah nampaknya......................

17 JUN 2013
HARI ini, 17 June 2013, aku pi klinik lagi untuk cek mata aku yang masih
belum cukup sembuh. Rasanya da masuk lebih dua minggu
sakit mata ni berlarutan.


Opst! sekali lagi hari ini
aku menulis perkara yang tiada kaitan
dengan kerja harian aku sebagai kakitangan videographer.................

Kalau ikutkan, aku memang
da rimas dengan penyakit mata ni, maklumlah
penyakit mata ni merimaskan, rasa macam tak selesa sangat
untuk melihat. Bila terdedah kepada cahaya matahari tentu sakit dan berair...
....cuma sikap redha sahaja yang masih menjadi peransang aku...

Pi klinik jam 9.30 pagi...mak aiiii....ramainya pesakit, tempat nak duduk pon
takde. Lepas daftar aku duk sebentar di luar klinik hingga lega
sedikit keadaan dalam klinik tuuu...Bila pesakit
da kurang barulah aku dapat duduk dalam
klinik tu....
Sementara menunggu tu, aku perhatikan
jer keadaan pesakit2 dalam klinik tu...perhatian aku tertumpu
kepada seorang ibu dengan 4 orang anaknya yang sedang menunggu
giliran untuk dipanggil jumpa doktor. Anak2nya kecil2 jer dan yang lelakinya
agak lasak. Sukar ibunya nak kawal. Anak yang sakit dipangku
sementara yang lain berkeliaran dan agak aktif.......


Kesian ibu tu terpaksa kawal anak2 yang
agak aktif. Mana mungkin dia mampu mengendalikan
anak yang agak lasak seorang diri. Hati aku kata, mana pegi bapa mereka,
nape biarkan isteri uruskan anak2 sorang kat klinik. Agak bising mulut ibunya
mengawal anak2 yang lasak tu. Kadang2 pelik aku dengan bapak2 ni...
buat anak rajin...apalah salahnya amik cuti dan sama2 uruskan
anak untuk rawatan di klinik, lainlah kalau 
anak2 tu jenis 'makan saman'..

apa2 pon aku respek kat ibu tu
dia sendiri uruskan anak-anak pi klinik untuk rawatan
dengan memandu kereta sendiri....kesian kepada bapaknya yang hanya tau
buat anak tapi tercicir tanggung jawab yang
dia perlu lunaskan........
opst! nampaknya aku da 'mengumpat' orang...tapi tujuan aku adalah
untuk pengajaran bagi kita kaum bapa, jangan lupa tanggung
jawab kita kepada anak2 dan isteri....kesian pada
anak2 kita dan kepada isteri atau ISTERI-ISTERI kita.............

Tiba giliran aku dipanggil, terus
masuk bilik rawatan. Seperti biasa aku ucap salam kat
doktor tu dengan harapan aku mendapat salamnya...mudah2an sakit mata
aku akan cepat sembuh dengan berkat sambutan salamnya itu...
Aku ceritakan masalah mata aku yang da lama tak
sembuh....aku tanyakan pelbagai perkara
kerana ini merupakan kali
ketiga aku berjumpa dengannya iaitu doktor yang sama sejak kali
pertama aku berjumpa berkaitan sakit mata aku ni...
Doktor tu kata mata aku beransur sembuh, bengkaknya da kurang
cuma tinggal bakteria saja yang menyebabkan mata aku
melekat kelopaknya setiap kali bangun tidor...

Sepanjang fasa aku nak sembuhkan penyakit mata
 ni ada beberapa perkara yang aku dapat daripada doktor2 ni..
maksud pengalaman daripada aku alami sakit mata sejak dulu...dulu pon
aku pernah sakit mata hingga hampir sebulan....lagi giler sakitnyer...
...daripada pengalaman2 tersebut aku dapati.....
.ada yang kata bubuh ubat 4 kali sehari...ada juga yg kata tak cukup, 
bubuh tiap2 3 jam sekali.
Ada yang beri dua jenis ubat yang sama untuk setiap biji mata
kiri dan kanan untuk mengelakkan jangkitaN tapi
pandangan doktor lain pulak dia kata
bukan macam itu............jadi kesimpulan aku, kita berubat jer ler mengikut
mana yang kita faham dan lojik untuk diikuti kerana yang
menyembuhkan bukan doktor dan ubat2 tapi
ALLAH SUBHANA WATAALA...
DIA yang menyembuhkan penyakit manusia dan semua makhluk yang DIA
CIPTA......................................

Akhirnya dia bagi aku ubat mata berantibiotik
serta ubat untuk cuci mata serta MC 2 HARI.........dia kata jika
tak sembuh sila jumpa dengannya LUSA....tapi hati
aku kata kalau boleh aku da malas nak jumpa doktor kat klinik lagi....aku
nak pi keje da....tapi kalau tak boleh pi keje lusa aku akan
tambah lagi dengan cuti sendiri..............

....sekian dan terimakasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria