Wednesday, April 17, 2013

LAtihan kebaKARAN FAKULti peNGAjian isLAM...




...sila tonton video ni....toksah duk risau tiada adegan lucah...


...antara krew belakang tabir yang terlibat sama....

HARI ini, 17 April 2013, kami membuat rakaman LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN
yang dijalankan di FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

 FPI

sdr. shahrul bersedia merakam...
 Kami mendapat maklumat program tersebut akan dijalankan pada jam 9.00 pagi.
Oleh itu sebelum jam 9.00 pagi aku bersama krew telah bergerak ke FPI.
Kami merakamkan sekitar bangunan FPI sebelum program
bermula. Aku bercadang untuk membuat dokumentari
berkaitan program ini......

mangsa dimasukkan ke dalam ambulan...

latihan memadam kebakaran...
 Krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan ialah aku, shahrul, jasril amry, haji ruhaizad 
dan siti suraya.......Tiba di FPI kami dapat maklumat program berkenaan
akan bermula pada jam 10.00 pagi....Wah! ada masa
lebih kurang satu jam lagi....jadi......jom, 
minum dulu................

latihan padam kebakaran...

temubual pihak penganjur...

temu bual pegawai insiden...panjang lebor kata2nya...

SKIRIP CADANGAN UNTUK DOKUMENTARI NI...
....krew yang terlibat sila komen skrip ni....

SKRIP

Cahaya mentari pagi kelihatan indah menyirami bangunan Fakulti Pengajian islam Universiti kebangsaan Malaysia. Bangunan yang bercirikan senibina islam ini kelihatan lebih indah dengan kehijauan di sekitarnya.
Kelihatan para pelajar menjalankan aktiviti harian mereka di bangunan berkenaan. Aktiviti pembelajaran menghidupkan suasana sekitar gedung ilmu berkenaan.
Sementara kakitangan-kakitangan tekun menjalankan tugas mereka di dalam pejabat di bangunan tersebut. Kecekapan bekerja menjadi modal setiap kakitangan untuk melancarkan pentadbiran di fakulti terbabit.
Keceriaan suasana pagi tiba-tiba dikejutkan dengan deringan loceng kecemasan yang membingitkan cuping telingan penghuni bangunan tersebut. Kepulan asap kelihatan keluar dari salah satu sudut bangunan.
Kakitangan yang sedang bertugas dan pelajar yang menjalankan aktiviti pembelajaran mereka bergegas meninggalkan bangunan dalam bunyi deringan loceng yang tidak putus-putus berbunyi.
Kepulan asap terus keluar dari bangunan yang sedang terbakar. Seketika kemudian pihak bomba tiba diikuti oleh ambulan. Anggota-anggota bomba yang terlatih tanpa berlengah terus menyiapkan peralatan untuk memadam kebakaran.
Dalam masa yang sama beberapa anggota bomba bergegas masuk ke dalam bangunan yang sedang terbakar untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap dalam bangunan tersebut. Mereka memeriksa dengan pantas dari bilik ke bilik jika ada mangsa yang tidak sempat keluar dari bangunan.
Dalam masa yang sama anggota bomba di luar bangunan telah bersedia dengan alat untuk memadamkan api yang sedang marak. Mereka menghalakan muncung hos ke arah bangunan yang sedang terbakar.
Sementara itu anggota penyelamat dalam bangunan terus mencari mangsa di setiap sudut dalam bangunan tersebut Setiap aras diperiksa dengan teliti. Akhirnya seorang mangsa yang terperangkap telah berjaya dijumpai. Mangsa yang terselamat telah berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan. Mereka memerhatikan bangunan yang sedang terbakar. Mangsa yang telah dijumpai oleh anggota penyelamat seterusnya telah dibawa di atas pengusung keluar dari bangunan. Mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta ambulan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Sementara itu anggota bomba yang lain terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlku di banguna berkenaan......

Walau bagaimanapun adegan tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang telah dijalankan oleh Fakulti pengajian Islam. Latihan tersebut telah mendapat kerjasama jabatan bomba dan penyelamat, pasukan ambulan serta Jabatan Keselamatan Pekerjaan UKM. Ia merupakan satu acara yang menjadi pengisi program kempen minggu keselamatan Fakulti pengajian islam.....

.....temubual...

Pepatah Melayu mengatakan 'api masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'. Memang benar kejadian kebakaran yang berlaku telah banyak mendatangkan kemusnahan kepada harta benda malah bukan sedikit kehilangan nyawa. 
Menyedari tentang bahaya kebakaran ini pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkan bencana tersebut.

Dalam latihan memadam kebakaran ini kakitangan dan pelajar Fakulti Pengajian Islam juga telah ditun ajar cara yang betul untuk memadamkan kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api.

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api untuk bahan-bahan tertentu yang menjadi penyebab kepada kebakaran. Jika bahan yang terbakar ialah kertas, serbuk kayu dan kain maka alat pemadam api yang digunakan ialah serbuk kering, air atau buih.

Untuk bahan terbakar yang disebabkan oleh minyak, gasolin dan alkohol, maka bahan pemadam yang sesuai ialah dari jenis serbuk kering, buih, CO2 dan air semburan.

Bahan terbakar berupa acetylene, ammonia dan butane pula pemadam jenis serbuk kering, air semburan dan halon sesuai digunakan. Sementara bahan terbakar yang terdiri daripada aluminium, kalsium dan magnesium, maka bahan pemadam ialah serbuk kering.

Alat pemadam api yang digunakan adalah untuk memadamkan kebakaran yang kecil pada peringkat permulaan dan biasa digunakan ialah serbuk kering. Tabung pemadam ini bewarna biru muda. Jenis semburan air pula bewarna merah, Jenis buih bewarna kuning langsat. Jenis CO2 pula tin warna hitam dan jenis debu kering dalam tabung warna biru muda.

Latihan kebakaran tersebut memang perlu diadakan bagi menyediakan kakitangan dan pelajar dengan pengetahuan berkaitan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku sebarang kebakaran.

....temu bual pegawai insiden....

Rata-rata mereka yang terlibat berpuas hati dengan kempen berkenaan.

....temu bual.......

Oleh itu bertindaklah dengan sewajarnya sebelum kawan yang akrab menjadi lawan yang berbisa.....

*skrip ini telah diolah kembali, tontonlah video yang akan di 'upload' ke youtube nanti...video ini nanti dijamin tiada unsur2 lucah...ekeke...


.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Saturday, April 13, 2013

dengKUR BOleh memBUnuh...

.....sila tonton...

Sindrom tidur berapnea(berdengkur) merupakan satu keadaan dimana saluran penafasan
atas menyempit dan menutup semasa tidur. Bila penyempitan berlaku, dengkuran akan dihasilkan. Ini menyebabkan tidur terganggu. Ia tidak disedari oleh pesakit
yang menyangka dia tidur dengan normal. Tidak bertenaga,
 cepat marah, tidak dapat kekalkan konsentrasi ketika bertugas, merupakan simtom yang disebabkan tidur terganggu. Faktor penyebab utama ialah obesiti. Lemak
 dibahagian leher menyumbang kepada penyempitan saluran
 penafasan. Sindrom tidur berapnea juga berkaita rapat dengan penyakit lain
 seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung iskemik.
STB membunuh pesakit tanpa dikesan dan ia 
pembunuh licik. STB boleh memburukkan lagi penyakit darah tinggi, kencing manis
 dan lemah jantung sehingga boleh menyebabkan kematian.


jurukamera:
SHAHRUL FADLI ABDUL WAHID
SITI SURAYA SULAIMAN

suntingan video:
DAUD MONTAK ZAKARIA

terbitan:
PENERBIT UKM
Mac 2013.

Tuesday, April 9, 2013

...perJALAnan kaMI...




Sebenarnya kami tidaklah terlalu lama dalam keje-keje penerbitan video ni. Kami
terbitkan apa yang diminta oleh 'pelanggan' atau perkara kami rasa 
perlu diterbitkan.
Bukan mudah untuk menerbitkan video ni, banyak
jugak halangan-halangan yang perlu ditempoh.
Mungkin ada yang berpandangan
apa susahnyer?
Cuma ambil kamera video kemudian
pi shoot dan seterusnya buat suntingan, buat voice
over, masukkan muzik...celok jer muzik-muzik yang banyak
kat internet tu....tapi pernahkah kita terfikir macam mana nak dapatkan idea
untuk menulis skrip dan sebagainya...? Menonton video
yang telah siap serta membuat sebarang komen
memang amat mudah..............
Apa-apa pon kami tak kisah
pun apa orang nak kata, yang penting kami
dapat selesaikan video yang dihasilkan mengikut
apa yang dikehendaki oleh 'pelanggan'. Yang penting jugak
pelanggan puas hati dengan keje-keje yang telah kami selesaikan.
Jadi video di atas merupakan sebahagian daripada 
video-video yang telah kami hasilkan
sepanjang karier kami sebagai
videographer...........
Kalau berminat nak tonton silakanlah....dan terima kasih kerana
membaca dan menonton di blog aku ini.....
Oh! ya....bermula dari 2 MEI 2013
kami tidak lagi berada
di bawah PENERBIT UKM tetapi kami
akan diambil alih oleh pusat yang lain dalam Universiti Kebangsaan 
Malaysia...tunggu jer lah......
DAUD.montak.zakaria

Monday, April 8, 2013

keJE SUNTIngan buLAN Ni...


'surgeri kanser payudara: suatu evolusi'

Awal bulan ini dan bulan lepas, aku dapat siapkan suntingan video hasil rakaman
rakan-rakan. Jika video ini boleh memberi manfaat kepada anda
silah tonton.....

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara . Ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita di seluruh dunia. Di barat penyakit ini menyerang
 10% wanita semua peringkat umur. Walaupun pengesanan awal dan rawatan 
berkesan dijalankan namun sekitar 20% pasakit itu akan meninggal dunia. 
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira
 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling
 kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya
 membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka 
mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan 
klinikal apabila sudah parah.
Rawatan kanser payudara secara pembedahan di Pusat Perubatan UKM telah mengalami evolusi. Bermula dengan rawatan mastektomi, beberapa teknik baru pembedahan
 telah diperkenalkan untuk memberikan hasil kosmetik yang lebih baik dan juga
 membolehkan pesakit dibenarkan keluar lebih awal dari hospital. Antara
 teknik pembedahan baru yang diperkenalkan termasuklah 
pembedahan excision biopsy menggunakan
 wayer, prosedur skin-tacking, prosedur pembedahan menggunakan elektrokauter/diatermi, penggunaan satu tiub salur keluar dan pembedahan menggunakan harmonic 
scalpel. Teknik ini berjaya dibuktikan dan dapat membantu pakar
 bedah, terutama dalam mengurangkan masalah pembentukan 
seroma selepas pembedahan. Teknik pembedahan 
sentinel biopsi untuk kanser payudara peringkat awal yang baru diperkenalkan juga berjaya mengurangkan kompilasi pembedahan kelenjer ketiak disamping membolehkan 
pesakit dibenarkan keluar lebih awal dari hospital. Kesemua perubahan
 rawatan kanser payudara yang dilakukan di PPUKM banyak
 membantu jagaan pesakit dan setanding dengan kualiti
 perawatan yang diberikan di luar negara.


  'perasmian pembukaan tandak seirama'

'perasmian penutup tandak seirama'


Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan TANDAK SEIRAMA pada 28 dan 29 Mac 2013. Persembahan pelbagai genre tarian yang
dipersembahkan tanpa henti selama 24 jam ini bertujuan untuk 
disenaraikan dalam THE MALAYSIA'S 
BOOK OF RECORDS.
Kumpulan yang menyertai program ini ialah Artis Budaya Pusat Kebudayaan UKM, Aadyamaatra ARTISUKMA, Persatuan Mahasiswa Sabah UKM, Kumpulan 
Tarian Kolej Keris Mas UKM, Kumpulan Tarian Kolej Ungku Omar UKM, 
Kumpulan Tarian Kolej Aminuddin Baki UKM, dan Kumpulan Tarian
 Kolej Burhanuddin Helmi UKM. Seramai lebih kurang 71 orang
 peserta ini akan menarikan tarian untuk 100 buah lagu 
secara bergilir-gilir selama 24 JAM. Program ini telah bermula pada jam 10.00 malam
 serta dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan
 Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM. Manakala
 YAM Tengku Zain al-'Abidin Tuanku Mukhriz akan bertindak sebagai saksi
 pembentukan rekod baru itu.....
Tak secara langsung jugak kami mungkin boleh cipta rekod sendiri kut
iaitu rekod RAKAMAN VIDEO 24 JAM TANPA HENTI....
Video yang kami rakamkan itu akan menjadi
bahan bukti untuk persembahan
tarian yang berterusan selama 24 jam itu.......bahan video tersebut
akan diambil oleh pihak THE MALAYSIA'S BOOK
OF RECORDS.............................

...sekian dan terima kasih kerana membaca..

DAUD.montak.zakaria

Monday, April 1, 2013

haRI KOMUnikasi antARA AGama




HARI ini, 31 Mac 2013, kami membuat rakaman MCP 'PROGRAM HARI KOMUNIKASI
 ANTARA AGAMA' yang dilaksanakan di DECTAR. Program tersebut tidak
dihadiri oleh ramai hadirin, tak tahu kenapa, mungkin kurang
publisiti, mungkin ramai tak minat atau
semuanya serba mungkin..
Bukan setakat hadirin tidak ramai yang
datang malah krew MCP pun ramai jugak yang tidak dapat 
menghadirkan diri, mungkin hari Ahad, mungkin ramai yang tak tau atau
semuanya serba mungkin....Apa-apa pun ALHAMDULILLAH kami mampu menyempur
nakan tugas dengan licin dan lancar......
Aku tidak bercadang untuk menulis panjang kerana agak letih, cukuplah foto
-foto ini menjadi wakil aku sebagai tukang cerita....

persiapan...

aturcara

menunggu vvip dan ahli panel tiba...

TERIMA KASIH BEBANYAK kepada krew MCP yang dapat
hadir membantu kami dalam kerja rakaman imi....

inilah 'switcher' kami yang cun, yang bergilir-gilir bertugas...

aku amik foto ini dari hidayah, sorry hidayah...

switcher yang ceria...maaf paparazzi kembali kepada aktiviti lama...

ann wan seng sebagai moderator...

moderator

wakil daripada agama buddha...

Wakilo muslim...

pengerusi majlis...

Terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, March 30, 2013

oH! MALAsia boOK Of reCORDS...



MALAM ni, 29 Mac 2013, kami menyambung kerja rakaman tarian selama 24 jam
untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records. Aku dan 
beberapa rakan2 bertanggung jawab membuat rakaman
SCP penuh sepanjang program berlangsung sebagai
bukti program tersebut berjalan
secara berterusan...dari jam 10 malam, 28 Mac hingga
jam 10 malam 29 Mac....
Oleh aku tidak involve dalam rakaman
MCP program tersebut melainkan dalam persiapan teknikal.
Hari ini aku juga malas nak tulis panjang-panjang, cukuplah foto2 ini sebagai
media pencerita.....

...persembahan sedang berjalan...

rakaman MCP semasa malam akhir sebelum tamat program...
belakang jurukamera mcp tu(siti suraya) ialah krew
dari RTM sedang buat rakaman...

masa yang masih tinggal...

persembahan berlangsung...

mcp semasa program (junior mastermind kendali kamera mcp)

masih berlangsung...

krew mcp dan krew rtm..

hidayah halim sebagai jurukamera mcp...

sdr. ramli juga turut membantu dalam rakaman scp persembahan yg berlangsung..

sdr. yunus juga....

majlis penutup selepas sijil the malaysia book of record
disampaikan...foto ini ialah foto penyampaian sijil
kepada peserta yang ambil bahagian...
Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu 
YUNUS, YUSOF BUDIN, KAMARUL, RAMLI, HJ RUHAIZAD,
HANAMICHI, SITI SURAYA, JAMALUDIN JI, 
JAMALUDIN SALEH, HIDAYAH, WATIE,
MIMI, SITI SYARINA, HATA,
JUNIOR MASTERMIND,
dan nama2 lain yang mungkin aku da terlupa......

...akhirnya terima kasih kerana sudi baca blog ni...
DAUD.montak.zakaria

Friday, March 29, 2013

TANdak seiRAMA...

BERMULA malam ini, 28 Mac 2013, kami diminta untuk membuat rakaman
24 jam terian yang dianjurkan oleh PUSAT 
KEBUDAYAAN UKM..


Persiapan alatan MCP kami lakukan sejak awal lagi. Rakaman MCP kami cuma rakam
kan dari jam 9 malam hingga 12.oo malam. Ia akan disambung pada
jam 9.00 malam esok, 29 Mac 2013....


Sementara itu rakaman penuh video dilakukan secara single camera dari jam
9.00 malam ini 28 Mac hingga 9.00 malam esok, 29 Mac 2013.
Ini bermakna kami membuat rakaman selama 24 jam
dengan menggunakan pita satu jam. Diakhir
rakaman nanti tentu jumlah pita
tersebut sebanyak 24
pita semuanya..


Sebenarnya tujuan persembahan tarian selama 24 jam tersebut adalah
untuk tujuan disenaraikan dalam MALAYSIA BOOK 
OF RECORDs dan pita yang kami rakamkan 
menjadi bahan bukti persembahan
berkenaan............
Jadi malam esok merupakan malam
terakhir pada jam 9.00 malam. Jika berjaya mereka
akan dianugerahkan sijil oleh pihak MALAYSIA BOOK OF RECORDs.

JADI di sini aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua
krew yang telah dan akan membantu dalam rakaman ini 
selama 24 jam. Mereka yang terlibat ialah
YUNUS, WATIE, SITI SYARINA,
HIDAYAH, JAMALUDIN
IBRAHIM, JAMA
LUDIN SALEH, NUR FAZLIANA,
SITI SURAYA, JASRIL, RAMLI, KAMARUL,
HJ. RUHAIZAD, dan tak lupa kepada krew dari PUSAT KEBUDAYAAN, 
SDR. YUSOF kerana la ni dari jam 1.00 PAGI - 8.00
PAGI  merakam persembahan tersebut,
kami akan sambung semula dari jam
8.00 pagi esok..

...jadi terima kasih kepada semua, esok jumpa lagi....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, March 27, 2013

anuGERAH SUkan 2012..

MALAM ni, 26 Mac 2013, kami membuat rakaman MCP MAJLIS ANUGERAH
SUKAN UKM di DEWAN CANSELOR TUN
ABDUL RAZAK...
Malas nak menulis panjang malam ni, tapi ku biarkan foto-foto
ini melakar cerita.......................

masih kosong...


...persiapan...
acara berlangsung..
Apa yang aku nak katakan ialah ribuan terima kasih kepada semua krew yang turut
membantu iaitu YUNUS, HAFIZ, HATA, WATIE, MIMI, HIDAYAH,
SITI SYARINA dan ARENIM..................
Tak lupa jugak kepada semua krew Unit Audio Video
Penerbit UKM......

....terima kasih jugak kepada kalian para pembaca kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, March 26, 2013

Ulu Selangor...

HARI ini, 26 Mac 2013, dapat siapkan suntingan video Ulu Selangor
yang telah diusahakan sejak minggu lepas lagi......da aku 
masukkan ke YouTube jugak.....


SKRIP ULU SELANGOR;

Daerah Hulu Selangor mempunyai sempadan dengan Perak dan Pahang. Ia mempunyai keluasan 174,047 hektar. Jumlah penduduknya lebih daripada 100,000 ribu orang. Bandar utama daerah ini ialah Kuala Kubu Baru. Selain daripada pekan dan bandar yang dipenuhi hutan batu, Hulu Selangor juga kaya dengan keindahan alam semulajdi ciptaan Tuhan.

Di sekitar Hulu Selangor terdapat beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh mereka yang berminat dengan keindahan alam.

Dari Kuala Lumpur melalui Jalan Sungai Tua, sebelum masuk ke daerah Hulu Selangor, pengunjung akan temui sebuah empangan yang dikenali sebagai Empangan Batu. Empangan ini dikelilingi oleh bukit bukau. Pinggir empangan ini sering menjadi lokasi persinggahan mereka yang melalui Jalan Sungai Tua ini.

Empangan Batu yang dibina semasa zaman Inggeris ini, mempunyai keluasan 775 hektar. Ia menampung air dari Sungai Batu, Sungai Tua dan Sungai Bisol.

Pemandangan di sekitar empangan ini agak menarik, sesuai dijadikan lokasi bersiar-siar untuk melapangkan fikiran. Tempat rehat disediakan untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati permandangan indah di sini.

Empangan Batu ini telah menjadi lokasi peserta bengkel fotografi university kebangsaan Malaysia untuk menjana idea

 dan menggilap kepakaran masing-masing. Subjek-subjek di persekitaran menjadi tumpuan lensa kamera mereka.

Mereka tidak henti-henti mencari subjek serta menilik sudut-sudut indah di empangan ini.

Tidak terkecuali, pinggir empangan ini menjadi lokasi menarik untuk mengabadikan detik-detik indah yang mungkin tidak akan berulang kembali. Detik ini akan menjadi kenangan indah untuk ditatap kembali bersama mereka yang tersayang di masa yang mendatang.

Empangan ini juga menjadi tumpuan kaki pancing yang mencuba nasib dengan berbekalkan umpan sebagai habuan si ikan.

Tumbuhan menghijau di sekitar empangan batu, menyejukkan mata yang memandang. Bayang-bayang pinggir empangan yang terlakar di air, kelihatan indah.

Di sekitar Ulu Yam, Hulu Selangor juga terdapat lebih kurang empat buah lokasi air terjun. Salah sebuah lokasi air terjun tersebut ialah terletak di Hutan Lipur Sungai Sendat. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 70 kilometer dari Bandaraya Kuala lumpur.

Untuk masuk ke hutan lipur Sungai Sendat ini, pengunjung dikenakan bayaran. Pengunjung akan dikenakan bayaran tambahan jika membawa kamera. Air terjun Sugai sendat ini mempunyai tiga tingkat. Ketiga-tiga tingkat mempunyai keluasan dan kedalaman yang berbeza. Ketiga-tiga tingkat air terjun ini sesuai untuk mandi –manda. 

Air terjun tingkat yang kedua dan ketiga adalah tidak sesuai untuk kanak kerana untuk tiba di sana perlu mendaki laluan curan yang agak bahaya untuk kanak-kanak.
Air terjun hutan lipur ini sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung. Air terjun ini sering dikunjungi oleh pengunjung untuk berkelah dan mandi manda.

Air sungai yang mengalir sungguh jernih hingga menampakkan dasar sungai berkenaan. Deruan air terjun serta bunyi air yang mengalir di celah-celah batu yang besar ini seolah-olah seperti alunan melodi yang mendamaikan mendamaikan hati sesiapa saja yang berkunjung ke sini.

Dengan persekitaran yang menghijau serta aliran sungai yang dingin airnya tentu mampu melupakan seketika kekusutan fikiran.

Hutan lipur ini kelihatan indah dan cantik pada waktu pagi ketika cahaya mentari menerjah ke bumi melalui celahan pokok-pokok merimbun di hutan tersebut.

Hutan lipur Sungai Sendat ini juga kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Dikatakan wujud lebih daripada 2000 spesis pokok di hutan ini. Hutan ini juga dihuni oleh 200 spesis mamalia, 600 spesis burung dan pelbagai jenis serangga.
Dalam hutan lipur ini tumbuhan, haiwan serta serangga hidup dalam keadaan yang harmoni saling bergantung di antara satu dengan lain dalam ekosistem yang teratur.
Wakaf-wakaf juga turut dibina di sini untuk kemudahan para pengunjung yang tidak putus-putus berkunjung ke sini.
Kicauan unggas yang menjadi penghuni di sini melengkapkan keindahan hutan lipur berkenaan.

Sebuah lokasi lain yang tidak kurang menariknya ialah Hutan Lipur Sungai Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur ialah kira-kira 23 kilometer. Hutan Lipur ini boleh dimasuki melalui jalan Sungai Tua. Seperti Hutan Lipor Sungai Sendat, hutan lipur ini juga terdapat sebatang sungai yang merentasinya.

Memanglah sungai-sungai di hutan – hutan tidak dapat dipisahkan dengan batu-batu besar dan jeram-jeram yang terbentuk.

Kesibukan seharian dalam mengharungi kehidupan boleh dilupakan seketika apabila berada dalam suasana nyaman di hutan lipur ini. Hutan lipur ini disediakan dengan kemudahan untuk berkelah, berkhemah, trekking dan sebagainya.

Hutan Lipur sungai Tua ini juga kaya dengan pelbagai spesis pokok-pokok balak yang besar disamping tumbuhan rendah yang lain. Bunga-bunga liar juga turut mengindahkan lagi hutan ini.

Di pinggir Jalan Sungai Tua menuju ke Ulu Yam wujud sumber mata air yang kaya dengan mineral semula jadi. Penduduk setempat percaya air dari sumber mata air yang berasal dari bukit di sini dikatakan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu dengan izin Tuhan. Perkara ini juga telah dikatakan oleh mereka yang datang untuk mengambil air sini. Agak ramai juga yang datang ke sini dan dikatakan ada ketikanya sukar untuk menunggu giliran untuk mendapatkan air di lokasi berkenaan.

Bagi pengunjung yang datang ke Hulu Selangor, kemudahan tempat untuk menginap bukan satu masalah yang besar.Terdapat beberapa buah pengusaha resort mampu menawarkan kemudahan penginapan yang selesa mengikut citarasa pelanggan.

Salah sebuah lokasi penginapan tersebut ialah di Nur Laman Bestari Eco-Resort. Tempat penginapannya selesa dengan harga yang berpatutan. Keadaan sekitarnya amat menarik serta terdapat sebatang anak sungai mengalir melaluinya.Lokasi eko-resort ini adalah berhampiran dengan sebuah bukit.

Walaupun pembangunan terus bergerak ke hadapan, namun masih banyak lagi kawasan-kawasan yang masih kaya dengan alam semula jadi yang dipelihara dengan sebaik-baiknya di hutan-hutan simpan yang terdapat di seluruh negara. Moga ia terus kekal untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

DAUD.montak.zakaria

Sunday, March 24, 2013

maLAM IRAma peNYAyang 5...

HARI ini, 23 mac 2013, 8.00 pm, kami membuat rakaman MCP lagi....Malam
 ni agak kelam kabut, bila tugas lain mengganggu, memang akan menjadi
sedemikian.......apa2 pon pasrah jer lahhhh.....

raptai...
bilik kawalan
Agak letih jugak malam ni...mungkin sebab krew kurang kut...
Apa-apa pon terima jer lah.....yang penting kami
mampu selesaikan tugas dengan baik...

fairul surian @ fire....tQ

audio...
Persiapan peralatan hari ini agak lewat sikit kerana tumpu pada masalah
lain....apa nak buat terima jer lahhhh.....DIA maha mengetahui...

...takpe ler...aku candit tangan jer....terasa
macam aku da langgar tekad sendiri..

penuh perasaan..
Malam Irama Penyayang ini merupakan kali kelima diadakan di UKM. Ia 
merupakan konsert berbentuk amal yang dianjurkan oleh
mahasiswa India UKM. Program ini diadakan
setiap tahun dan telah wujud sejak
tahun 2009.
Tujuan program ini diadakan adalah
untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang
tidak mampu membiayai kos perubatan, umpamanya pembedahan jantung
dan sebagainya....................

tarian...
Program malam ini berlangsung selama lebih kurang tiga jam dan agak
letih jugak krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
Tambahan lagi krew yang hadir agak kurang.

hampir tamat
Apa-apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada krew
yang membantu iaitu HIDAYAH, NUR FAZLIANA,
MIMI, SITI NORSYARINA, HAFIZ TAIB,
YUNUS MISDI dan JUNIOR MASTERMIND......................
terima kasih gak kepada fairul @ fire, masih lagi
sudi datang dan sudi pegang kamera.....
esok mungkin encik ADO ni akan
kembali semula ke JOHOR....tQ sekali lagi......
TERIMA KASIH jugak kepada krew UAV, RAMLI ADNAN, KAMARUL,
SHAHRUL FADLI, HANAMICHI dan SITI SURAYA...


...tu jer ler....dan terima kasih kerana sudi membaca blog ni...
DAUD.montak.zakaria