Monday, November 21, 2011

Catatan Video di Taman Negara Pahang.

Dari 17 - 20 nov. 2011, kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM telah mengendalikan "bengkel pengendalian kamera video" di Taman Negara Pahang. Selesai sesi ceramah di Bilik Seminar Penerbit UKM dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, maka kami bergerak pula
ke Taman Negara Kuala Tahan dengan 2 buah bas.


Sekumpulan pelajar bos kami Prof K juga turut serta dengan perbelanjaan sendiri ke sana untuk mengkaji tentang suku kaum asli Batek di sana. Aku, sdr. Shahrul, Kamarul, Jasril Amry, Moritz Burn dan Hazrul telah menyampaikan ceramah kepada peserta yang berjumlah lebih kurang 40 orang.

Agak banyak juga peralatan yang kami bawa termasuk kamera video, komputer dan sebagainya. Itu belum lagi ditambah dengan berat beg pakaian yang kami bawa bersama. Malam yang gelap, duduk dalam bas lebih kurang 5 jam perjalanan, amat membosankan. Gelap gelita di luar, tak nampak apa2 pun.



Oleh itu di sepanjang jalan aku cuba lelapkan mata dengan harapan supaya perjalanan terasa singkat. Namun gagal berkali-kali. Aku hanya mampu tidur lebih kurang satu jam jer...itupun tidur-tidur ayam jer...eh! ayam tidor ker...?

Bas yang kami tumpang hanya berhenti sekali sahaja kalau tak silap aku, itupun dengan tujuan untuk membuang 'lebihan' yang terhasil dalam badan masing-masing, yang memang patut pun dibuang dengan segera...


Tiba di Rainforest Resort jam menunjukkan angka lebih kurang 4 pagi kut...kurang pasti aku. Agak lucu gak sebab 'check in' waktu sebelum subuh....ayam pun terkesat-kesat mata kerana ngantuk sakan lagi...ekekeke...

Selepas sarapan, program kami yang paling awal ialah bergerak ke Taman Negara untuk membuat perdaftaran kamera yang dibawa. Kemudian kami bergerak ke Canopy Walk dengan bot. Sampai di sini kami bergerak mengikut kumpulan dengan diketuai oleh fasilitator dan 'guide' dari taman negara. Eh! yer ker 'guide' tu taman negara punyer....



Sebenarnya masuk kali ini aku dah sampai ke taman negara ni sebanyak 4 kali kut dan yang pertama sekali ialah mengikuti bengkel foto penerbit ukm. Namun ini merupakan kali kedua aku berjalan atas jambatan gantung tu...Masa mula2 dulu agak 'gayat' gak aku tapi taklah sampai nak terbuang air. Hari ini aku tak gayat mana pun...kalau dibenarkan tentu rasa macam nak berlari jer kat atas titi gantung tu...ewah....ewah...ekekeke...

Setelah selesai di Canopy Walkway, kami bergerak dengan bot ke perkampungan orang asli dari suku Batek yang mendiami satu perkampungan di hulu sungai. Tak jauh mana pun dari Canopy walkway. Tiba di sana peserta bengkel merakam segala yang dijumpa macam jugak kat canopy walkway.

Macam-macam yang setiap kumpulan rakamkan seperti temubual, rumah orang asli, keadaan sekeliling dan sebagainya. Sebenarnya dalam bengkel ini peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diminta menghasilkan program video dibawah 10 minit berkaitan Taman Negara.


Ada ketikanya aku rasa kesian tengok kehidupan orang asli ni terutama anak2 mereka....kesian sesangat. Mereka dikatakan tidak dihantar ke sekolah pun. Kalau 'pelakon air mata' tentu mudah banjir matanya jika melihat keadaan mereka yang daif tu....Hidup suku batek ni simple sangat, mungkin kalau tiada pelawat tentu mereka tak berpakaian kut atau separuh berpakaian, sape tau kan...? Dulu pernah aku dengar kisah kaum ni ketika kami mula-mula sekali melawat ke penempatan kaum Batek ni. Dulu seorang 'guide' penah cerita kalau mak bapak orang asli ni nak 'making love' dia orang akan masuk ke hutan, tanpa gangguan, agaknya takde sape pun nak 'skodeng' kut...opst! maaf. Tak tau pulak aku sahih atau tak cerita ni......



Agak lama jugak kami berada di sini sebelum kami bergerak kembali ke Kuala Tahan. Dalam perjalanan pulang, bot-bot yang berjumlah hampir 10 buah tu, berlumba-lumba sambil membuat aktiviti yang dikenali sebagai 'rapid shooting'. Aktivi ni memang membasahkan badan semua yang ada dalam bot. Air disimbah kepada semua penumpang sama ada oleh yang mengendalikan bot atau oleh penumpang. Masing-masing cuba membasah kuyupkan pihak lawan dalam bot yang lain. Macam pesta air pulak nampaknya.
Sebelum ini memang telah dipesan supaya menyimpan semua peralatan yang tak kalis air. Sebenarnya peralatan kami memang kalis air sebab ia takkan cair jika kena air, cuma rosak jer kalau kena air tu jer...ekekeke..... Agak seronok juga, kalau tak tentu masing-masing akan bermasam muka. Nampaknya masing-masing seronok. Habis basah semua, sejuk sampai ke 'dalam' ekekekeke....


Tiba di Rainforest Resort, terus jer jamu selera tanpa sempat salin pakaian maklumlah kesejukkan menyebabkan perut menjadi lapar. Habis lantai tempat makan basah dek titisan air. Sempat jugak menjeling pekerja mengelap lantai dengan 'mop' setelah hampir selesai makan. Tentu hatinye rasa agak hot kut.....

Selepas berehat sebentar, semua peserta masuk ke dewan untuk siapkan skrip serta membuat penyuntingan video. Jam 8.00 malam pula kami bergerak ke Taman Negara untuk aktiviti 'nightwalk' pulak. Setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator serta seorang 'guide'. Banyak jugak serangga yang keluar waktu malam dijumpai masa aktiviti tersebut. Wah! 'guide' kami malam tu mempunyai 'slang' percakapan yang agak 'style'.


Di tempat memerhati haiwan liar di lokasi yang dikenali sebagai 'bumbun' dapat juga kami melihat beberapa ekor rusa yang menikmati air masih di kejauhan. Rusa tersebut kelihatan apabila disuluh dengan lampu suluh 'guide' dan juga lampu suluh peserta. Tiba semula di resort, peserta membuat penyuntingan video yang perlu mereka siapkan. Semua fasilitator ada bersama bagi memberi pandangan bila diperlukan.



Esok pagi 19 November 2011, kami bergerak pula ke Lata Berkoh di Sungai Tahan. Air sungai ini agak jernih jika dibandingkan dengan air di Sungai Tembeling. Singgah sebentar di satu lokasi kerana Prof K ingin merakamkan model foto di situ. Sebaik selesai kami bergerak ke Lata Berkuh pula. Di sini peserta bengkel merakamkan suasana di sini sementara Prof. K membuat rakaman foto.

...ni lah gamaknyer wajah sebenar bila di 'candid' ....ekekekeke...

Seketika kemudian semua peserta bergerak masuk trek untuk menuju ke Lata Berkuh yang jauhnya lebih kurang 1.2 kilometer. Sepanjang trek banyak jugak yang dirakam oleh peserta bengkel. Air sungai di sini agak jernih tetapi tidaklah sejernih yang pernah dilihat semasa aku tiba di sini satu masa dulu. Hujung trek ini terdapat satu jeram yang agak bahaya untuk mandi. Walaupun ada ingatan supaya jangan mandi kerana agak bahaya namun ada gak yang aku lihat mandi di situ.


Peserta bengkel kemudiannya mandi di satu kawasan yang agak landai dan kelihatan tidak bahaya keadaan arusnya. Dah tentulah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merasa kedinginan air jernih sungai berkenaan. Aku dah beberapa kali datang ke sini tapi semuanya aku tak turun untuk mandi, tah aku pun tak tau mengapa tiada rasa keinginan nak mandi pun...

Setelah puas mandi semua peserta bergerak dengan menaiki bot ke Santuari Kelah di Lubuk Cenor iaitu satu lokasi di Sungai Tahan yang merupakan zon perlindungan ikan Kelah. Ikan2 Kelah kat sini besar-besar belaka lebih besar seperti yang ada kat Santuari Kelah di Tasik Kenyir. Lebih kurang 10 buah bot yang membawa kami di sungai ini. Aku difahamkan lesen bot mereka merupakan lesen individu yang diletakkan dibawah persatuan. Di Santuari Kelah masing-masing mengambil peluang memberi dan melihat ikan2 kelah yang besar-besar menyambar makanan. Di sini peserta juga menikmati makan tengah hari dalam suasana terbuka. Setiap kumpulan tidak melepaskan peluang membuat rakaman video di sini.

Kembali di resort, peserta berehat sebentar dan menyambung kerja menulis skrip dan juga membuat penyuntingan. Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan penyuntingan
video mereka. Kami hanya mampu bertahan sehingga jam 3.00 pagi sebelum
masuk bilik untuk tidur. Ada diantara kumpulan yang 'stay'
hingga jam 6.00 pagi semata-mata untuk menyiapkan projek video mereka.


Esoknya hampir jam 1.00 petang, kami 'check out' dan bergerak ke Kuala Gandah untuk melihat pertunjukkan gajah di santuari gajah di Kuala Gandah yang biasanya bermula jam 2.00 petang. Walaupun agak lewat kami dapat jugak melihat gajah2 yang dah hampir masuk kandang...ekekeke.... Sebenarnya semua krew Audio Video terlibat dalam bengkel berkenaan iaitu aku, shahrul, kamarul, ramli, jasril amry dan siti suraya....
Seterusnya kami sambung perjalanan untuk bergerak ke UKM Bangi. Tiba di Bangi jam 8.00 malam lebih kurang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Moga ilmu yang kami kongsikan dengan peserta akan memberi manfaat kepada semua....sekian...
daudmontakzakaria

Monday, November 7, 2011

Ermmm...akhirnya...






Akhirnya 4 NOVEMBER 2011, siap jugak video Penerbit UKM atau UKM Press...alhamdulillah.... Senang hati penerbitan tersebut telah selesai walaupun menghadapi sedikit tekanan...sikit tekanan perasaan jer... Sebenarnya penerbitan ini bermula apabila Haji Mail bagitau, 9 November nanti ada lawatan dari Putrajaya. Dia kata kalau boleh, mungkin kami boleh tayangkan video penerbit ukm disamping video rumah peranginan Tasik Kenyir dan Cameron Highlands.

Aku bagi pandangan bahawa video penerbit yang lama adalah, yang baru takde. Maka fikir punyer fikir, aku pun ambil keputusan buat video penerbit yang baru. Maka akupun dengan segera buat 'storyline' video tersebut. Siap jer aku pun bawak 'storyline' tu untuk bincang dengan krew... Aku, KAMARUL & SHAHRUL FADLI. Berbincang dengan mereka apa-apa yang perlu dibuat. Aku memang perlukan sokongan semua krew UAV, amat perlu.....

Esoknya, kami terus buat rakaman, aku yang minta tolong krew setkan camera kepada '16 by 9' dan juga setkan kepada CINE. Selepas rakaman ditonton kembali, terdapat beberapa visual yang agak 'redup'...fikir punya fikir aku dapat jawapannya... Namun begitu bukan semua shot-shot yang telah dibuat berkeadaan 'redup'. Aku memang perlukan sokongan rakan2 'semasa' rakaman dilakukan........ Walaupun begitu, aku lebih suka gunakan cahaya yang 'natural' umpamanya cahaya daripada tingkap atau cahaya daripada monitor komputer yang digunakan...kelihatan lebih 'real'.......Namun begitu perlu diingat kerja penerbitan sesebuah video bukan tugas sorang-sorang, tapi tugas kumpulan. Itulah sebab aku bawak berbincang dengan ramai krew supaya melalui sesi 'brain storming' banyak idea boleh dijana dan banyak aspek teknikal boleh diketengahkan...... Dalam tugas penerbitan video, mesti ada pertemuan dengan krew sebelum rakaman...

Walaupun begitu setelah siap, video berkenaan agak memuaskan hati aku walaupun bukan 100%. Aku rasa puas dapat menyiapkan video ni dengan rakan2 yang sanggup membantu. Pada aku penerbitan tersebut sudah cukup berjaya walaupun terdapat sedikit kekurangan di sana-sini. Memanglah terdapat kekurangan-kekurangan dalam semua penerbitan yang kami telah terbitkan sebelum ini, yang kebanyakannya telah di'upload'kan ke YouTube. Namun perlu diingat, kita tidak akan mendapat KESEMPURNAAN jika kita tidak terus membuat dan terus mencuba. Kesempurnaan tidak akan dicapai jika kita tidak cuba membuat banyak penerbitan. Kita mesti berani menghadapi segala kata-kata negatif, kata2 negatif tak akan mampu menggoyahkan fikiran kita jika kita telah setkan fikiran kita kepada 'setting' SENTIASA POSITIF. Setakat ini, masih belum lagi mengalami kegagalan dalan menerbitkan apa-apa penerbitan yang telah difikirkan, walaupun mungkin ada yang menganggap penerbitan yang telah dibuat tu tidak perlu..... Tidak rugi jugak kita sentiasa membuat penerbitan video kerana ia akan menambahkan kemahiran kita serta 'skill' penerbitan yang kita ada tidak akan hilang jugak...Pandangan aku, kalau kita takut menggerakkan sesuatu tentu kita takkan dapat menghasilkan sesuatu, serta kita akan terus berada di takuk lama sepanjang hayat kita......

Berbalik kepada penerbitan video UKM Press ni..., aku telah membuat penyuntingan video sebaik saja selesai setiap rakaman yang telah dibuat. Setelah selesai penyuntingan, aku minta saudara SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM membuat 'effect' kotak-kotak yang memisahkan segmen-segmen iaitu BAHAGIAN PENTADBIRAN, BAH. EDITORIAL, BAH. PERCETAKAN dan BAHAGIAN MULTIMEDIA. Apabila siap aku lihat agak cantik jugak....kalau orang lain taknak puji biarlah aku sendiri yang puji. Sekurang-kurangnya aku dah berjaya merealisasikan sesuatu yang pada mulanya kelihatan agak mustahil. Akhirnya aku ingin ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada SEMUA KREW yang membantu dalam penerbitan berkenaan. Aku juga ucapkan terima kasih kepada kakitangan yang memberi kerjasama semasa penggambaran berkenaan. Terima kasih...terima kasih...terima kasih...

daudmontakzakaria.

Monday, October 31, 2011

FeStiVaL NaSyiD MaKuM 2011



30 OKTOBER 2011;
Kami membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk 'final' majlis FESTIVAL NASYID MAKUM 2011 di DECTAR.




...krew di bilik kawalan sedang bertugas...

....sebelum program bermula...

Walaupun kakitangan lain bercuti kerana hari AHAD kami datang untuk menjalankan
tanggung jawab yang telah diminta kami laksanakan. Agak cukup jugak
krew yang sudi datang membantu.


Biasalah kami sebagai kakitangan Unit Audio Visual Penerbit UKM atau UKM PRESS sejak jam 6.00 petang sudahpun berada di DECTAR untuk membuat persiapan teknikal.


...keadaan di pentas ketika program sedang berlangsung....







....Haji Sulimi di bilik audio, sdr. RAMLI tidak
kelihatan dalam 'frame'...

Program tersebut selesai hampir jam 11.30 malam. Macam biasalah, lepas program mestilah semua peralatan dikemas sebelum masing-masing pulang.

Kumpulan Nasyid telah menjuarai UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA telah menjuarai FESTIVAL NASYID MAKUM 2011. Tahniah kepada keumpulan nasyid UKM.

...TNC HEPA sedang menyampaikan hadiah kepada kumpulan nasyid...

TERIMA KASIH BANYAK2 diungkapkan kepada semua krew yang membantu dalam rakaman MCP berkenaan. Harapnya dimasa akan datang kita akan bekerjasama lagi dalam rakaman MCP yang lain. Terima kasih kepada krew yang membantu sdr. YUNUS MISDI, HJ. SULIMI, ROSLI, KHAIDIR, WAFIY, YUSRI, SYANANA, WATIE, FAIRUL SURIAN aka 'FIRE' dan ARENIM... bantuan kalian AMAT DIHARGAI....
daudmontakzakaria

Friday, October 28, 2011

Kenapa Cannes...?


Cannes Filem Festival;

Cannes Filem Festival, di Peranchis bermula sejak tahun 1930 an. Festival ini di asaskan oleh Jean Zay, Menteri Pendidikan Nasional Peranchis. Festival ini merupakan salah sebuah festival filem yang tertua di dunia. Pada peringkat awal festival ini diwujudkan untuk menyaingi Vernice Film Festival yang diadakan di Itali pada tahun 1932.
Dalam tahun 1939, Louis Lumiere telah dilantik sebagai presiden pertama Cannes Film Festival. Namun begitu festival berkenaan tidak dapat digerakkan kerana telah meletus perang dunia. Festival ini hanya berjaya diadakan pertama kalinya pada tahun 1946. Louis Lumiere yang ketika itu sudah berusia lebih 80 tahun telah dilantik sebagai anggota juri festival berkenaan.
Sejak dari itu Cannes Film Festival terus bergerak hingga menjadi sebuah festival filem yang terkemuka dan terkenal di dunia di hari ini. Setiap tahun lebih daripada 1500 buah filem daripada pelbagai 'gendre' termasuk dokumentari daripada lebih 100 buah negara telah dicalonkan untuk menerima anugerah di Cannes Film Festival yang berprestij dan terkemuka di dunia.

Sedikit Berkaitan Lumiere Bersaudara
Agusta dan Louis Lumiere atau Lumiere Bersaudara merupakan orang pertama yang menayangkan filem atau gambar bergerak kepada khalayak umum di Paris Peranchis pada tahun 1895. Mereka juga mencipta alat penayang filem yang dikenali sebagai CINEMATOGRAPH. Alat ini juga boleh berfungsi sebagai kamera. Mereka menayangkan lebih daripada 10 buah filem pendik yang mengambil masa selama 20 minit. Filem yang ditayangkan termasuklah filem pertama mereka yang berjudul "WORKERS LEAVING THE LUMIER FACTORY". Mereka merupakan tokoh yang sentiasa disebut dalam sejarah filem bergerak.


daudmontakzakaria

Tuesday, October 25, 2011

LeNsA FoTo & TaSiK KeNyiR







Akhirnya siap jugak video bengkel foto di Tasik Kenyir yang telah aku sunting. Agak makan masa yang lama untuk disiapkan maklumlah macam2 pulak yang berlaku semasa proses penyuntingan tersebut. Apa yang boleh aku ucapkan bila timbul masalah cuma ungkapan yang mampu dikatakan ialah 'inna lillahi wainna ilaihi roji'un' jer.... Penerbitan video ni aku bubuh tajuk 'LENSA FOTO & TASIK KENYIR' jer.... Hampir 2 minggu jugak baru siap....apa2 pun moga hasil video ini ada manfaatnya kepada sapa2 saja yang sempat menontonnyer....kalau ada komen, eloklah ditinggalkan supaya mudah aku nak 'refer' yang yang kesilapan yang telah dibuat dalam video ni....jangan lupa tinggalkan komen selepas menonton....terima kasih kerana menonton dan membaca......
daudmontakzakaria

Friday, October 21, 2011

Video Clip BeNgKeL FoTo d' TaSiK KeNyiR




....inilah sebahagian daripada peristiwa sepanjang bengkel foto
di Tasik Kenyir dari 12 - 15 Oktober 2011....

Sunday, October 16, 2011

Catatan Kenyir II

12 - 15 OKTOBER 2011;
Kami, iaitu aku, sdr. Kamarul dan Ramli bergerak dan berada di Tasik Kenyir untuk kali kedua kerana membuat dokumentari berkaitan Santuari Kelah yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Dalam masa yang sama jugak kami diminta untuk membuat rakaman BENGKEL FOTO di lokasi berkenaan. Kali pertama aku berkunjung ke sini ialah semasa kami mengendalikan BENGKEL VIDEO tahun lalu.

....diperkarangan Pusat Islam UKM, sebelum bergerak dengan bas ke Tasik Kenyir.....

....sudah tiba di negeri Terengganu, kami singgah
dan makan di sini......

Kami bergerak dari UKM Bangi jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Dalam Unit Video
aku, ramli dan kamarul turut sama dalam rakaman untuk dokumentari
yang akan di arahkan oleh Karyawan Tamu Penerbit UKM
Mr Morits Bunk. Namun yang akan naik bas
ialah aku dan ramli sahaja.


Kamarul pula pergi ke destinasi yang dituju dengan menaiki kereta bersama bos kami, mr moritz, dan sdr. raai. Oleh itu aku dan ramli sama menaiki bas yang juga membawa para peserta bengkel foto ke sana...Oh! lupa nak beritau disamping kami membuat rakaman dokumentari, kami juga diminta membuat rakaman video perjalanan bengkel foto.









....rumah peranginan persekutuan tasik kenyir menjadi lokasi penginapan kami....




....pemandangan sekitar rumah penginapan....

Perjalanan kami mungkinmengambil masa yang panjang tentu berjam-jam...alamatnya
kebaslah nampaknya yang ada kat badan. Bukan mudah duduk lama dalam
bas. Fikirlah kami bergerak jam 8.30 pagi dari UKM dan tiba
di Pengkalan Gawi Trengganu jam 5.30 petang.....
hah! fikirlah berapa jam tu...


Bas yang kami naiki pulak tu terlalulah....slow....bas tu banyak sangat guna 'effect' 'slow mo....' Letih sangat menunggu untuk tiba di destinasi, jemu sangat asyik tengok cermin tingkap bas tuuuu....


....jeti rumah peranginan persekutuan...





...Sungai Petang iaitu sungai di mana terletaknya Santuari
Kelah di Tasik Kenyir...

Kami beberapa kali singgah sama ada untuk cari 'toilet' atau untuk mengisi perut
yang lapar sangat. Rasanya cukup malas nak minum banyak dan makan
banyak.....bukan apa sebab malas nak pi 'toilet'. Perjalanan
yang panjang macam tu memang mengundang
ingatan nak pi 'toilet' jer....


Aku sebenarnya tak dapat mengagak berapa jauh dari ukm ke pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Tapi fikirlah tentu jauh bila ambil masa yang lam dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang baru sampai di Pengkalan Gawi Terengganu... 9 jam ooooooo............


....santuari kelah sungai petang di mana penggambaran dilakukan.....




....taman herba di pulau sah kecil....

Tiba di Pengkalan Gawi kami menunggu bot dari Rumah Peranginan Persekutuan
Tasik kenyir untuk mengambil kami di Pengkalan Gawi untuk dibawa
ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik kenyir Terengganu.
Di sini pun kami terpaksa tunggu lama gak.


Dalam masa menunggu tu sempat jugak aku merakam video sekitar pengkalan dengan 'handycam' yang aku bawa sebagai kamera kedua... semua yang aku fikir berguna akan ku rakam. nanti bolehlah pembaca semua menonton video tersebut apabila telah aku siapkan nanti. Sekarang ni penyuntingan sedang dilakukan....

....pokok tongkat ali yang terdapat di taman herba....



....jeti rumah peranginan persekutuan tasik kenyir....

Sempat jugak aku membuat rakaman cahaya matahari yang memancar daripada
celah awan yang gelap di langit...Subhannallah, cantik sangat...visual
tersebut akan aku masukkan dalam video yang sedang aku
sunting tu....sabar....tunggu ia aku siapkan...


Tak lama kemudian bot untuk kami pun sampai, ini merupakan trip kedua yang kami tunggu...hampir maghrib waktu tu...dah senja dan cantek nampaknya cahaya senja kelihatan dari atas bot. Itulah keindahan bagi kita yang jarang dapat melihat pandangan sebegitu.....


...kawasan penternakan ikan dalam sangkar di tasik kenyir. Ikan tersebut untuk keperluan eksport....



....ikan talapia yang diternak dalam sangkar. ia akan matang
dalam masa 8 bulan...

Tiba di Rumah Perangina tersebut hari dah agak gelap. Perjalanan bot berkenaan
mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Kami menginap dalan sebuah
rumah yang mempunyai 3 bilik. Teman-teman lain yang menginap
bersama kami ialah DR. HAMZAH(FSSK),
DR. AHMAD MAHIR(MATEMATIK),
HAJI SULIMI(PENG. MEDIA FSSK), IKHWAN(PENERBIT UKM),
AZRUL KHAIDIR(PENERBIT UKM) & RAMLI(PENERBIT UKM).


Semasa di tasik kenyir, kami terlibat dalam rakaman dokumentari yang di arahkan oleh Mr Moritz Bunk dan juga rakaman segala aktiviti bengkel foto yang berlangsung di sana.
Lokasi yang kami kunjungi semasa di sana ialah Santuari Kelah, kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar, taman herba.

....peserta bengkel foto sedang mendengar ceramah dalam dewan....

Letih juga perjalanan ke santuari kelah, perjalanan ke sana dengan bot dan dengan berjalan kaki. Lama jugak masa yang diambil iaitu lebih kurang 2 jam untuk pergi sahaja.
Sebelum tiba, kami mendaki bukit setelah turun dari bot. Lama jugak merentas hutan ni....banyak yang aku rakamkan dengan 'handycam'. Seronok jugak melalui hutan ini, bukan saja sejuk dan nyaman tetapi juga penuh dengan kehijauan. Aku amat suka melihat hutan sekali sekala macam ni tapi aku taknaklah menjadi 'orang hutan' pulak. Anak sungai kecil juga dijumpai, jerni....sejuk airnya. Sukar nak dikatakan, sukar nak diungkapkan.....
Tiba di santuari kelah, peserta bengkel dah pun berada di sana. Mereka melihat rakaman dokumentari yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Babak di sini ialah berenang bersama ikan. Pabila selesai, ramai peserta bengkel yang datang ke sini tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan ikan yang banyak di situ. Macam macam 'style' dia orang main ngan ikan tu...Lepas tengah hari kami bergerak kembali ke rumah peranginan.
Kami juga berkunjung ke Taman Herba yang terletak di pulau bersebelahan pulau rumah peranginan. Jalan menuju ke taman herba tu penuh ditanam dengan pokok tongkat ali. Taman Herba tak berapa jauh dari jambatan yang menghubungkan pulah sah besar dan pulau sah kecil. Taman herba terletak di pulau sah kecil. Banyak jugak pokok herba yang di tanam di situ seperti biasa tongkat ali lah, kacip fatimah dan pelbagai lagi yang jarang aku dengar. Yang aku rasa pelik ialah sebatang pokok tongkat ali yang agak besar diikat pada tiang bangsal yang terdapat di taman herba tu. Aku jugak diberi minum air tongkat ali oleh penjaga taman herba tersebut....ermmm...pahit rasanya air tersebut...terpaksa aku minum air kosong untuk menghilangkan pahit tu...Sebenarnya aku tak perlu rasanya air tongkat ali tu.....sebab aku sentiasa 'o.k' ...ekekeke...
Kami juga berkunjung ke kawasan ternakan ikan sangkar di Tasik Kenyir. Kawasan tersebut agak luas jugak. Ikan yang dipelihara di situ ialah ikan talapia. Barulah aku tau ikan tersebut bukan berasal dari negara kita. Menurut maklumat, benih ikan tersebut di import dari Taiwan. Ikan tersebut mengambil masa selama 8 bulan sebelum boleh dijual. Sebenarnya ikan di sini di eksport ke luar negara.
Bengkel foto tersebut berakhir dengan acara 'presentation' dan juga penyampaian sijil pada hari Sabtu 15 Oktober 2011. Selesai bengkel semua peserta berkemas untuk pulang dan kami bergerak ke UKM pada jam 2.00 petang dari Pengkalan Gawi Tasik Kenyir serta sampai di UKM hampir jam 11.00 malam.....begitulah ceritanya...terima kasih sebab membaca....

daudmontakzakaria

BAGAIMANA MENERBITKAN SEBUAH DOKUMENTARI


Bagaimana menerbitkan sebuah dokumentari;

Sebuah dokumentari ialah apa saja video atau filem yang memaparkan kepada penonton berkenaan sesuatu topik atau isu. Banayk filem-filem dokumentari menyediakan kita dengan informasi pendidikan. Terdapat juga dokumentari menceritakan tentang tokoh-tokoh tertentu. Ramai yang beranggapan atau berfikir bahawa menerbitkan sebuah dokumentari adalah mudah. Namun hakikat sebenar ialah menerbitkan sebuah dokumentari tidaklah semudah yang difikirkan.

Langkah-langkah:

- Lakukan Penyelidikan
Walaupun kita mengetahui topik tersebut dengan baik, namun perlu diingat bahawa penyelidikan juga perlu dilakukan. Kita boleh gunakan internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kita juga perlu berjumpa dengan individu-individu tertentu yang mengetahui tentang subjek yang kita pilih untuk dijadikan penerbitan dokumentari. Sebaik saja kita mempunyai sebuah tajuk yang umum yang kita minati untuk di dokumentarikan, cuba kita fokuskan kepada yang lebih khusus. Contoh jika kita berminat untuk mendokumentarikan topik berkaitan kereta, fokuskan kepada yang lebih khusus. Cari idea dengan cara 'brainstorming' dan catat sebanyak maklumat yang boleh diperoleh. Contoh ialah bila kita berminat untuk mendokumentarikan tajuk berkaitan kereta seterusnya kita khususkan kepada satu kumpulan pekerja yang ada hubungan dengan kereta antik. Kumpulkan maklumat untuk mengetengahkan kisah mereka. Beberapa perkara boleh kita masukkan dalam dokumentari berkenaan:

- Temubual
Rakaman peristiwa-peristiwa yang berlaku, gambar-gambar, lukisan-lukisan atau dokumen-dokumen (dapatkan kebenaran untuk memasukkan perkara berkenaan ke dalam dokumentari)

- Temubual orang ramai:
Dapatkan temubual orang-orang yang mempunyai pengetahuan atau yang berminat dengan tajuk yang kita ketengahkan. Lebih bagus jika kita dapat banyak temubual yang pelbagai dan menarik. Pastikan kita menulis nota-nota dan merakamkan temubual berkenaan. Katakan tajuk kita ialah 'SEJARAH KERETA'. Kita tentu ingin menemubual orang-orang tua yang mengetahui berkaitan kereta seperti bagaimana kereta direka dan sebagainya. Kemudian kita cari mereka yang mempunyai pengetahuan khusus tentang sejarah automobil dan kita temubual mereka. Tanyakan semua jenis soalan kepada mereka.

- Aturkan semua bahagian dalam keadaan yang menarik dan menyeronokkan tetapi ianya perlulah menasabah kepada penonton,
Dalam sejarah kereta contohnya, kita akan bermula dengan siapa yang mula-mula membina kereta yang pertama, bagaimana rupa kereta berkenaan, reaksi orang ramai terhadap kereta di masa itu. Kemudian kita akan bergerak kepda perubahan-perubahan kereta dan sikap orang ramai terhadap kereta dari dulu hingga ke hari ini.
Penutupnya mungkin sesuatu yang mengikat semua informasi berkenaan bersama dalam satu cara yang menarik atau mungkin satu komen daripada sebuah temubual. Harus diingat, cerita berkenaan dokumentari tersebut menceritakan perkara yang menarik, bukan penuh dengan tarikh-tarikh atau hal-hal yang terlalu mendalam.

- Tunjukkan dokumentari kita kepada rakan:
Pastikan kita mempertontonkan dokumentari kita kepada rakan untuk mendapatkan kritikan-kritikan. Berpandukan kepada maklumbalas mereka, sunting semula dokumentari tersebut dan baiki mana yang perlu, walaupun terpaksa membuat rakaman kembali atau menambahkan shot-shot atau babak baru. Selepas disunting semula, tonton semula dan jika maklumbalas diterima adalah positif, maka dokumentari tersebut bolehlah diedarkan kepada pelanggan.

Harus diingat terdapat penonton yang akan mencari dan membuat penyelidikan terhadap maklumat yang kita paparkan selepas mereka menonton dokumentari berkenaan.

-

daudmontakzakaria