Monday, October 10, 2011

Krew Bantuan MCP, dulu dan sekarang...

SEJAK pembukaan secara rasmi STUDIO UKM di DECTAR dalam tahun 1993, ramai krew bantuan rakaman 'Multiple camera Production' yang terlibat datang dan pergi silih berganti. Mereka semua membantu kami dalam tugas rakaman MCP yang sememangnya memerlukan krew yang ramai seperti jurukamera dan sebagainya....

...diantara krew yang otai, dari kiri Muhammad Bukhori, Ismahashimi & Zulhimi...
...sebahagian daripada krew lama yang sudah tidak
bersama krew MCP iaitu Zaidah, Firdaus & Hafiz Yusof...
melainkan sdr YUNUS(kiri sekali)..

Pada awalnya pemilihan krew untuk membantu kami adalah secara sukarela, sesiapa saja yang ingin menyertai kami amat kami alu-alukan. Begitu juga hari ini, sesiapa saja yang ingin
membantu akan kami terima bak kata 'tak cukup tapak tangan, studio ukm kami tadahkan...'
Kami juga akan mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai kami selepas
setiap kali selepas kami mengadakan bengkel video.

Satu ketika dulu, untuk memantapkan pengetahuan semua krew MCP, bengkel-bengkel kami adakan dengan dikendalikan oleh staf UAV serta penceramah yang didatangkan dari luar Penerbit UKM. Namun begitu, sekarang staf UAV sendiri yang mengendalikan bengkel video berkenaan.

...diantara krew yang 'otai' Jamaludin Saleh a.k.a CHEF...opst! maaf kepala ditutup kamera pulak...antara krew yg rajin kendalikan 'mobile camera'...

....krew yang ada sekarang...watie dan arenim...

Sejak dari dulu memang ramai krew yang menyertai kami dalam rakaman mcp segala
program yang dijalankan di DECTAR. Memang banyak program yang diadakan
di sini seperti program kendalian pelajar dan yang paling 'grand' ialah
majlis konvokesyen ukm yang diadakan setiap tahun....


Walau bagaimanapun penglibatan krew mcp bantuan yang menyertai kami adalah silih berganti. Ada yang masih bersama dengan kami, ada yang kehadiran mereka secara 'on and off' dan ada yang telah lama meninggalkan kami.

...salah seorang krew yang aktif sekarang ni...Azrul Khaidir atau Carlos....ekekeke...















....salah seorang krew yang 'on and off' dalam mcp sebab dia ada
tugas yang lebih utama, sdr. Firdaus Sharim..

Diantara krew yang otai-otai yang tidak lagi bersama kami ialah sdr. Dahalan Judin, Shohaimi, Hafiz Yusof, Zaidah, Ermy dan Awi. Sementara krew yang 'paling otai' yang masih setia
dengan kami ialah HAJI SULIMI, AHMAD YUNUS, JAMALUDIN SALEH(CHEF)
& ZULHIMI.

Krew yang paling otai yang sudah jarang bersama dengan kami tetapi masih 'involve' dengan rakaman MCP program yang 'grand' majlis konvokesyen pada setiap tahun ialah Shamsul Bahari, Zulhairi Midon, Jamaludin Sabran, Badrunizam dan Zaidi Endin....

...Muhamad Hata, krew yang bermusim, banyak membantu kami di masa yang lalu...
...4 bunga tu, krew yang aktif....si kumbang tu(JAMALUDIN SABRAN),
merupakan krew bermusim yg satu ketika dulu
rajin membantu kami...

Namun begitu 'patah tumbuh, hilang berganti', kami tidak pernah kehilangan 'sayap'
setiap krew yang pergi akan ada penggantinya. Ada saja krew baru yang
muncul membantu kami dalam tugas rakaman mcp ini.


Mereka datang membantu kami adalah secara sukarela kerana mereka berminat untuk menyertai kami dalam menjalankan tugas rakaman mcp. Bagi kami penyertaan mereka merupakan satu perkara yang dinantikan sebab tugas rakaman mcp memerlukan krew yang ramai...

....antara krew yang aktif dari kiri..HASNAH BASIRUM...yg kat tengah tu staf Penerbit UKM dan sdr FAIRUL SURIAN a.k.a 'FIRE'
....krew mcp yang masih aktif...SDR. NAZIRUDIN & YUNUS...

Krew mcp yang masih aktif sekarang ialah SDR. SULIMI(FSSK), YUNUS(F.KEJURUTERAAN), JAMALUDIN SALEH(CHEF)-FPI, ZULHIMI(FTSM), AZRUL KHAIDIR(PENERBIT), KHAIDIR(UNIT CETAK), HANIM(PENERBIT), WAFIY(UNIT CETAK),
SYANANA(FEP), YAN(PTM), MIMI(FEP), HASNAH(AUDIT DALAM),
KU WAI(FSSK), BUKHARI(ALAM BINA), WATIE(FEP),
YUSRI(UKMKL), SAIFULLAH(FSSK) & NAZIRUDDIN(ALUMNI),


Krew mcp kami yang aktif secara bermusim terutamanya rakaman mcp majlis konvokesyen ialah SHAMSUL BAHARI(FSSK), BADRUNIZAM(FST), JAMALUDIN SABRAN((FTSM), ZAIDI ENDIN(FPI), HATA(FTSM), ISMAHASHIMI(FTSM) & HAFIZ(FSSK).

...ini gak krew mcp kami...MIMI....
.....krew mcp kami yang masih aktif...la ni dia 'semangkin aktif'


Sebenarnya krew mcp kami mempunyaim latar belakang tugas yang berbeza dan datang dari jabatan-jabatan yang berbeza dalam UKM. Jadi penglibatan mereka dalam mcp memberikan mereka peluang mempelajari sesuatu perkara yang berbeza dengan tugas harian mereka....

...dari kiri sdr. SHAHRUL(STAF UAV), HANIM, KHAIDIR & WAFIY...krew mcp yang masih aktif...



....krew bantuan mcp yang 'paling otai', SDR. SULIMI...

semua krew mcp yang dipanggil untuk terlibat sama dalam tugas mcp adalah merupakan mereka yang dah ada pengalaman dalam bidang video. Mereka dipanggil melalui
surat rasmi yang dihantar seminggu sebelum program bermula...


Ada ketikanya kami panggil mereka bertugas dalam waktu pejabat. Memang sukar untuk mendapatkan krew untuk bertugas masa waktu pejabat, namun bagi mereka yang boleh sertai mereka akan datangf membantu kami terutama rakaman mcp majlis konvokesyen.

...krew mcp yang aktif, YAN, SYANANA & AHMAD YUNUS...
....SAIFULLAH...krew mcp yang baru aktif...

Tugas rakaman mcp kami ialah banyak dijalankan pada waktu pejabat terutama
waktu malam. Program tersebut kebanyakannya merupakan program yang
melibatkan pelajar dan PUSAT KEBUDAYAAN UKM. Biasanya program
berkenaan tamat jam 11.00 malam..


Sebenarnya bertugas secara berkumpulan dalam satu kumpulan yang agak besar walaupun taklah besar sangat, amat menarik. wujud kerjasama dalam menjalankan tugas tersebut.

...dua orang krew baru yg aktif sesangat...SAIFULLAH(FSSK) & YUSRI(UKMKL)...

Masing-masing dengan tugasnya yang tersendiri dengan arahan-arahan yang diterima daripada PENGARAH STUDIO. Tugas yang penuh dengan senda gurau, namun bukanlah bermakna perhatian kepada tugas diabaikan. tugas yang sentiasa dalam keadaan ceria akan meringankan fikiran, kerja yang lama akan terasa singkat masanya. Itulah menariknya dan seronoknya bertugas dalam rakaman mcp ini...anda bila pulak nak sertai kami?
Kepada krew bantuan mcp kami, terima kasih bebanyak di atas segala bantuan kalian semua...'tanpa anda semua, siapalah kami..."

daudmontakzakaria

Saturday, October 8, 2011

ASEAN universities arts festival...

MALAM tadi, 7 Oktober 2011; kami membuat rakaman 'Multiple Camera Production'
ASEAN UNIVERSITIES ARTS FESTIVAL.

Program berkenaan berlangsung di DECTAR. Malam ini merupakan malam kedua program tersebut berlangsung.

....bilik kawalan video....
....bilik kawalan video...

Persiapan teknikal bermula daripada jam 6.00 petang. Persiapan awal amat perlu
bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Malam ini krew bantuan ramai yang hadir untuk membantu kami dalam melaksanakan tugas tersebut hingga akhir.

....laaaa....salah seorang krew mengalami demam selsema....tapi masih mampu berada di kamera...
.....bilik kawalan audio...

Program malam ini bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan seperti biasa
krew jurukamera telah bersedia di kamera sebelum program bermula.


Tetamu VIP malam ini ialah DATO' ISMAIL HUTSON. Universiti yang mempersembahkan persembahan mereka malam ini ialah Universiti Sains Islam Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan ASWARA.

...krew dalam bilik kawalan video...
...krew yang menunggu giliran untuk bertugas...

Kami juga mempunyai seorang krew baru yang ingin mengalami cara bekerja dalam
rakaman video MCP iaitu sdr. Fairul Surian a.k.a FIRE.
Termasuk malam ni, dah dua malam dia membantu kami.


Krew bantuan kami yang lain ialah sdr. SULIMI, YUNUS, YUSRI dari UKMKL, KHAIDIR, AZRUL, ARENIM, WATIE, SYANANA, SAIFUL, HASNAH, JAMALUDIN SALEH(CHEF), ermmmm....ada nama yang aku tertinggal ker...? maaf kalau tertinggal....

...sempat 'posing' walaupun sedang bertugas....
....penonton dalam dewan....

Permulaan program, aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO....sebelum diambil alih
oleh sdr. KAMARUL BAHARIN... Semasa aku bertindak sebagai Pengarah Studio
agak sukar aku hendak beraksi sebagai PAPARAZZI. Bila sdr.
KAMARUL ambil alih, aku ligat merakam
apa yang aku fikir patut
dirakam...


Apa yang kami rakamkan akan terus dirakam ke pita dan juga ditayangkan terus ke layar besar dalam dewan.... Oleh itu jangan berlaku kesilapan kerana segalanya akan di tonton di layar tayangan....

...keadaan dalam dewan besar semasa program di jalankan.....
....persembahan di pentas....

Persembahan akhir akan berlangsung pada 9 Oktober nanti. Semua krew sudah diberitahu
terlebih dahulu supaya mereka sentiasa ingat dan kami tidak menhadapi kekurangan
krew untuk mengendalikan kamera video.


Sayang sekali setiap kali blog ini ditulis, jurukamera sentiasa tertinggal foto mereka bukan sebab apa tetapi takde sape2 yang secara sukarela untuk merakam foto tersebut.
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang telah bertugas dengan sempurna dan harapnya bantuan mereka akan berterusan. TERIMA KASIH BAYAK-BANYAK....








daudmontakzakaria

Thursday, October 6, 2011

Recording sound

HAMPIR semua kemera video dilengkapi dengan mikrofon. namun begitu mikrofon tersebut mungkin tidak berkemampuan memberikan rakaman bunyi yang kita kehendaki. Kemampuan mikrofon berkenaan adalah terhad serta sukar untuk mengelakkan bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki berhampiran, terakam sama. Oleh sebab itulah sebuah 'external microphone' diperlukan dan menjadi pilihan jika kita hendak memperoleh rakaman bunyi yang baik dan sempurna.
Untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam, sila layari web ini.
daudmontakzakaria

Monday, October 3, 2011

International inter-varsity criket


HARI ini 3 oktober 2011;
Kami bergerak ke Bayu Emas Kelang untuk membuat rakaman video yang dimohon oleh Pusat Sukan UKM. Rupanya diam tak diam sudah setahun masa berlalu. Tahun lepas pun aku tiba di sini untuk membuat rakaman program yang sama untuk tahun 2010, kali ini untuk tahun 2011 pula.

...bayu emas kelang....


....sdr. Kamarul baharin Supaat sedang membuat rakaman....

Kami iaitu aku, sdr. kamarul dan Siti Suraya bergerak jam 9.45 pagi.
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang satu jam.


Sebaik tiba sdr. Kamarul terus membuat rakaman perlawanan kriket yang sedang berlangsung di tengah padang.

....Siti Suraya sedang membuat rakaman video...






...setelah selesai perlawanan...

Di padang tersebut merupakan perlawanan di antara Universiti Kebangsaan Malaysia
bertemu Shanghai Medical Instrumentation College China.
Ini merupakan peringkat awal.
Untuk melepaskan gian, aku juga mengambil peluang merakamkan beberapa
shot perlawanan yang sedang berlangsung di tengah padang berkenaan.


Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama kejohanan kriket ini. Dalam perlawanan di Bayu Emas ini pemain UKM telah memenangi perlawanan dengan mata 39 - 37.
Selesai perlawanan lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan seterusnya kami bergerak kembali ke UKM Bangi. Tiba di UKM lebih kurang jam 1.00 petang.

...perlawanan sedang berlangsung....



daudmontakzakaria

Sunday, October 2, 2011

Malam Manifestasi Seni UKM 2011

....ketika sedang bertugas...

MALAM tadi 1 Oktober 2011, kami telah membuat rakaman video 'Malam Manifestasi Seni UKM 2011'. Program tersebut merupakan program penutup bulan mesra pelajar baru UKM.
Perkara yang paling aku bimbang dalam rakaman mcp ni ialah kekurangan
krew maklumlah hujung minggu ni masing2 ada komitmen
sendiri. Ada juga krew mcp kami yang sedang menjadi
pengantin baru 1 Oktober ni iaitu
sdr. Rosli Robai atau
nama dalam fb, Junior mastermind............
tentu mustahil dia datang untuk menjadi krew malam tu kan....dia ada tugas
yang lebih mencabar di sana...ekekekekeke...



Seperti biasa persiapan peralatan rakaman MCP kami bermula dari awal. Se awal jam hampir 6 petang persiapan teknikal perlu disiapkan semuanya sebelum bermula persembahan.





....bilik audio....
....Haji Sulimi dan Azrul Khaidir....

Aku sampai ke dewan DECTAR lebih kurang jam 6.00 petang. Sdr. Shahrul Fadli yang tiba awal telah memasang kabel-kabel kamera dan sebagainya. Dia lebih awal datang ke studio ukm
lebih awal daripada aku.......


Kemudian selepas itu ialah sdr. Siti Suraya dan Jasril Amri telah tiba di studio ukm. Begitu juga dengan sdr. Kamarul Baharin Supaat.

....sebelum masing-masing mula bertugas.....
.....keletihan setelah berdiri di kamera selama lebih kurang 2 jam...

Setelah semuanya disiapkan dan visual sudah kelihatan di screen-screen dalam bilik kawalan video, maka seperti biasa kewajipan kepada pencipta perlu ditunaikan.
Sdr. Shahrul Fadli terpaksa pulang ke rumah kerana terdapat sesuatu hal yang lebih
utama yang memerlukan kehadiran dia di rumahnya...


Beberapa ketika kemudian krew mcp bantuan kami pun tiba seperti Arenim, Yan, Yunus Misdi, Azrul Khaidir, Yusri, Jamaluddin Saleh dan sebagainya....

...persembahan pelajar...
....persembahan pelajar....

Persembahan tersebut bermula lebih kurang 8.45 malam yang dimulai dengan
ucapan Timbalan Naib Canselor UKM...


VIP yang hadir pada persembahan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor HEPA, En. Musa, Dr. Kadderi, Datuk Ismail Hudson, Presiden PMUKM dan beberapa orang lagi yang aku lupa nama mereka...


....persembahan pelajar....
......persembahan pelajar...

Pelbagai persembahan seni dipersembahkan oleh para pelajar baru pada malam tersebut.
Antaranya ialah boria, dikir barat, tarian gamelan, silat dan sebagainya. Aku merupakan
peminat seni yang agak tidak ekstrem, oleh yang demikian aku tidak mampu menilai persembahan seni mereka. Pada aku ada yang menghiburkan dan ada juga yang
kureng. Ada yang cuba menimbulkan suasana lucu tapi bagi aku ada yang
gagal menyebabkan aku ketawa. Apa-apa pun aku faham mereka cuma berlatih dalam masa
yang singkat dan tentu sukar mencari idea yang lebih mantap dan mampu mencipta
kelucuan yang mampu membuatkan aku kalau tidak ketawa
tersengeh pun cukuplah.....
Walau bagaimanapun para juri yang telah dilantik telah menilai persembahan mereka dengan lebih adil dan memberi markah mengikut apa yang mereka fikirkan berkualiti dari segi persembahan dan sebagainya.....


Krew kami nampaknya bertugas dengan tekun dan sedia memberi shot-shot yang diminta oleh Pengarah Studio. Jurukamera merupakan krew yang penting kerana mereka terpaksa berdiri lama di kamera untuk memberi shot-shot terbaik yang secara terus dirakam dan ditayang dilayar besar dalam dectar. Tidak hairanlah mereka berasa keletihan setelah lebih lama berdiri di kamera.

....persembahan pelajar....

Malam ini nampaknya krew kurang berjenaka, mungkin sebab kekurangan krew yang datang atau mood cuti hujung minggu yang masih ada sisanya difikiran... Aku juga kehilangan 2 orang krew iaitu sdr. Izad yang menunaikan Haji ke Mekah dan sdr. Ramli Adnan yang bercuti diluar kawasan....

.....peserta dan penonton yang hadir pada malam berkenaan....


Program berkenaan tamat atau melabuhkan tirainya hampir jam 12.00 malam. Seperti biasa setelah minum semua krew membantu mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan.

....ketika dalam bilik kawalan audio sebelum haji sulimi tiba di studio ukm....

Kemudian masing-masing meninggalkan studio ukm untuk pulang ke rumah masing-masing. Namun entah apa malangnya, kereta aku tidak mahu hidup enjinnya. Setelah agak lama, kereta tersebut masih gagal dihidupkan enjinnya, maka aku minta sdr. Kamarul menghantar aku balik ke rumah. Nasib baik sdr. Kamarul keluar studio sebelum aku. Kalau tidak, aku pun tak tahu nak buat apa2, mana mungkin tidur dalam studio ukm yang terletak dalam dewan besar DECTAR yang penuh dengan jin tu....kan gitu...

Apa-apa pun terpaksalah kereta tersebut ditinggalkan di ukm....Selain ucapan terima kasih bebanyak kepada krew bantuan mcp yang lain, iaitu YUNUS MISDI, AZRUL KHAIDIR, YUSRI, ARENIM, SURAYA, HANAMICHI, SHAHRUL, JAMALUDIN SALEH(CHEF), HJ SULIMI, dan YAN, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sdr. KAMARUL BAHARIN yang telah menumpangkan aku untuk balik ke rumah....kalau tidak tentu sukar jugak aku nak balik.... Terima Kasih kerana membaca...
daudmontakzakaria

Wednesday, September 28, 2011

Oh! Konvo 39

AKHIRNYA, 27 September 2011, selesai rakaman 'multiple camera production' atau MCP, majlis Konvokesyen Ke 39. Banyak asam garam, pahit getir ketika melaksanakan tugas berkenaan. Walau bagaimanapun masih tersisip hal-hal yang agak manis walaupun tidak terlalu manis.

...sebelum konvo....

Tugas melaksanakan rakaman mcp yang resmi dan penting ini amat mencabar jasmani dan rohani kami. Tugas ini bertitik tolak daripada masa persiapan peralatan rakaman sehinggalah acara tersebut tamat. Ketika persiapan, segala peralatan yang tidak mencukupi perlu dicari sampai dapat, tak kira dengan apa cara sekalipun asalkan tidak mencuri. Keperluan peralatan tambahan seperti lampu-lampu video, kamera video tambahan dan sebagainya perlu dicari dan jika tiada dalam simpanan, maka perlulah disewa....

....ketika rakaman sedang berjalan.....

Dalam tugas persiapan teknikal, perlu ada kerjasama dikalangan krew bertugas. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kalau sikap kerjasama ini tidak berlaku atau wujud maka
beban tersebut akan terpaksa digalas atau ditanggung oleh orang lain dikalangan
krew yang bertugas.
Ini tentu akan mewujudkan suatu kezaliman terhadap
orang lain. Perlu diingat doa orang yang dizalimi tidak akan dihijab yang
bermaksud doa mereka yang dizalimi mudah untuk
diqabulkan oleh ALLAH S.W.T
Kita tak tau bila doa tersebut akan berlaku, mungkin esok, lusa, minggu, bulan,
tahun dan seterusnya dan....mungkin juga saat bila kita dah hampir
dicabut nyawa, sape tau kan...kan...kan...Perlu diingat, habis
tinggi usia manusia sekarang ialah 80 tahun jer.....

Rakaman video MCP perlu 'perfect'. Kalau tidak mampu mencapai ketahap itu, maka
hampir 'perfect' pun masih boleh diterima.....


Dalam majlis konvokesyen ini, perkara yang paling aku bimbang ialah berlaku kerosakan kepada peralatan teknikal rakaman mcp seperti projektor tidak berfungsi, plasma tv tidak ada visual, cctv di luar dewan terdapat masalah dan peralatan dalam studio ukm mengalami kerosakan sama ada kecil atau besar contohnya seperti 'black out'.

....juru audio kami.....

Perkara ini tentu akan menimbulkan masalah besar jika tidak boleh diatasi dengan cepat atau tidak dapat diatasi langsung. Sememangnya semua mata hadirin dalam dewan yang mungkin jumlahnya lebih 2 atau 3 ribu itu, bertumpu kepada setiap layar tayangan dalam dewan. Kalau layar tersebut tiada visual tentu sekali mengelabah kami dibuatnya......Umpamanya jika studio ukm 'black out', semua screen besar atau kecil tentu tidak ada visual langsung. Itulah masalah kami yang tidak ramai menyedarinya. Jika berlaku tentu 'komplen' akan datang mencurah-curah dengan pantas dan bertimbun-timbun. Harap jangan berlaku sampai bila-bila...INSYAALLAH...

....salah seorang krew kami yang 'macho'...

Acara yang paling aku bimbang dalam majlis konvo ni ialah ketika ucapan CANSELOR dan
NAIB CANSELOR. Maklumlah dalam ucapan-ucapan berkenaan terdapat
tempat-tempat yang perlu di isi dengan gambar dari power point dan
juga gambar secara 'live' dari dalam dewan besar tempat majlis
berlangsung. Biasanya hal ini diminta oleh orang atasan.
Mujurlah bos kami ada untuk menentukan dimana
semuanya harus diletakkan.
Ketika ini krew kami yang terlibat sama ada dalam bilik kawalan dan juga krew dalam
dewan besar perlu bertindak dengan cekap dan pantas tanpa sebarang kesilapan
dan sentiasa siap sedia selalu sepanjang acara tersebut berjalan.
Jika berlaku kesilapan tentu sukar untuk diterima akibatnya seperti jika tersilap
nama VVIP yang dipaparkan di layar tayangan, tentu aib, kan gitu...???


Dalam hal berkerjasama diantara krew, aku tidak layak untuk minta krew yang bertugas sama ada krew UAV atau krew bantuan, dengan menggunakan perkataan yang boleh menyinggung. Dalam keadaan genting sebegini, perasaan masing-masing perlu dijaga..................Terutama krew bantuan yang dijemput untuk membantu dengan 'sukarela'...

...seronok ketika menikmati 'rezeki belanja' bos kami ketika sebahagian krew berehat....

Mereka datang membantu dengan hati yang sukarela, oleh itu tidak logik untuk menginggung perasaan mereka. Ada krew yang sanggup datang dari UKMKL semata-mata untuk membantu kami, fikirlah, jika tiada rasa sukarela tentu dia takkan datang membantu selama 4 hari tersebut. Tak perlulah kita menyinggung perasaan mereka dan tak perlu kita menunjukkan kehebatan kita kepada sesape pun kat kulit dunia ni....tahtah esok kita tak jumpa pun mereka buat selama-lamanya, sape tau kan...ekekeke.... Pada individu yang tersinggung, mungkin mereka akan 'hang'kan bacaan FATIHAH untuk kita...kan...kan...kan... Tidak rugi kita 'BERBAHASA' dengan mereka semua....

....beri tumpuan sepenuhnya ketika bertugas.....

Pandangan aku, keseluruhan aktiviti rakaman MCP majlis konvo tu, hampir keseluruhannya telah berjalan dengan baik dan hampir sangat dengan sempurna. Cuma terdapat sedikit
kesilapan teknik yang menyebabkan beberapa orang graduan
dalam SIDANG 4 tidak terakam dalam pita.
Kerjasama diantara krew JURUKAMERA juga amat baik pada pemerhatian aku, walaupun kami menghadapi kekurangan jurukamera hampir kesemua kamera yang perlu dikendalikan.
Semua krew jurukamera di semua kelima-lima kamera telah bertugas dengan baik. Kerja kamera yang telah mereka lakukan, bolehlah dianggap agak sempurna, walaupun terdapat sedikit kekurangan di sana sini. Pada aku tugas mereka semua sudah 'terbahek'. Kita tidaklah boleh membandingkan jurukamera kita dengan jurukamera 'production house' atau ASTRO atau RTM atau TV3 dan sebagainya. Mereka disana sentiasa ada 'job' yang menjadikan mereka lebih mahir dan 'perfect'. Tak adil menyamakan 'kita' dengan 'mereka'. Pada aku 'berkata-kata adalah lebih mudah daripada melakukannya'. Janganlah pula, kita disamakan dengan burung tiong yang bijak berkata-kata' atau 'ketam yang bijak mengajar anak berjalan'.....


Pandangan aku jugak krew dalam BILIK KAWALAN VIDEO juga telah bertugas dengan cemerlang, bermula daripada Pengarah Studio, switcher, grafik dan sebagainya termasuk PENGARAH STUDIO UTAMA(bos kita).

....serius jugak ketika bertugas.....

Krew BILIK KAWALAN AUDIO juga terbahek, tanpa audio rakaman akan menjadi tidak BERGUNA atau hampeh......... Merekalah yang bertanggung jawab dalam menyelesaikan isu berkaitan masalah audio semasa acara berlangsung.

Hubungan di antara krew juga amat baik, sama ada ketika bertugas dan ketika berehat, ada saja senda gurau dan sebagainya. Suasana bekerja begini tentu mampu mengurangkan 'tension' dan rasa seronok untuk bekerja. Bukan mudah bertugas selama 4 hari, masuk jam 8.00 pagi, keluar dewan jam 6.00 petang. Dalam jangka masa tersebut cahaya matahari tidak kelihatan pun. Walaupun penuh dengan gurauan, tetapi tugas tidak diabaikan....sentiasa diberi keutamaan. Contohnyer, krew grafik sentiasa berlari dari luar Bilik Kawalan Video, bila graduan penerima ijazah bertukar dari satu fakulti ke fakulti yang lain....

Sepanjang majlis berkenaan berlangsung, aku rasa janggal dengan cara bekerja grup lain yang agak formal, melainkan 5 atau 6 orang yang aku kenal. Yang lainnya macam penuh protokol. Aku pulak yang rasa macam terkena 'culture shock'. ( * Masa atau ketika atau hari yang berikutnya, aku terlihat 'seseorang' yang masuk ke dalam studio ukm seorang diri untuk mengambil sesuatu yang tertinggal tanpa sepatah perkataan pun...siapakah gerangan 'anak raja' tersebut....tentu tinggi darjatnya hingga tak perlu bertegur sapa bila masuk ke tempat manusia lain...)

Begitu juga setelah majlis konvo tersebut berakhir, semua krew bekerjasama mengemaskan semua peralatan rakaman mcp. Mengemas kabel, televisyen, extention cable dan sebagainya.....Tiada sebarang rungutan, semua sedia bantu membantu. Semangat 'KERJASAMA' juga merupakan satu kuasa yang mampu menyempurnakan semua tugas dengan baik. Dalam keadaan begini kita tentu tidak boleh menganggap diri kita lebih baik daripada mereka, sama2 bertugas tanpa mengira kita siapa, bimbang nanti timbul rasa RIYAK, yang menyukarkan kita untuk mencium apatah lagi untuk masuk ke syurga...
Sewajarnya diingatkan sekali lagi, tanpa semangat 'kerjasama' kita tidak akan ke mana melainkan jika kita bekerja ' sorang-sorang' tetapi, tentu rimas jika bekerja seorang berpuluh tahun, bukan begitu...?

Apa-apa pun semuanya telah selesai dengan sempurna. Bagi aku jika tidak timbul sebarang 'komplen', maka bolehlah dikatakan tugas kita tersebut boleh dianggap cemerlang. Oleh itu aku ingin mengucapkan terima kasih terlalu banyak kepada krew BANTUAN yang telah sudi membantu kami dalam rakaman MCP tersebut iaitu; SDR. YUNUS MISDI(kejut), KHAIDIR(penerbit), AZRUL KHAIDIR(penerbit), WAFIY(penerbit), HANIM(penerbit), HAZWANI(penerbit), ZULHIMI(ftsm), HATA(ftsm), JAMALUDIN SALEH(fpi), JAMALUDIN SABRAN(ftsm), BADRU NIZAM(fst), SULIMI(fssk), ROSLI ROBAI(fssk), KU WAI(fssk), SHAMSUL BAHARI(fssk), BUKHORI KAMMARSUDDIN(kejut), ZULHAIRI(atma), HASNAH(audit), NORWATI(fep), SITI NORSYARINA(fep), YAN(ptm), YUSRI(ukmkl), SAIFULLAH(fssk), INSYIRAH(penerbit) dan mereka yang tidak ingat nama untuk ditulis di sini. Kalau nak berkenalan dengan mereka semua yang BAIK HATI ni, pi ler ke FB aku....'add' lah mereka......
Terima kasih kerana membaca.
daudmontakzakaria

Sunday, September 25, 2011

Hari kedua atau Sidang 4 Konvo 39...

Hari ini merupakan hari kedua kami berkampung di dectar untuk rakaman video mcp majlis konvokesyen. Rasanya macam dah bertahun kami kat dalam dectar tu...ekekeke...









....ketika berfikir sesuatu dan masa yang sama mendengar apa yang dibualkan bersama rakan...
....dalam dectar pada awal pagi....

Sebenarnya aku dah krew video dahpun berkampung sebelum majlis konvo berlangsung lagi.
Kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman dan tayangan dalam dectar.
Tugas ini memang perlu dilaksanakan dengan sempurna.


Persiapan yang sempurna akan mengurangkan risiko atau masalah apabila tugas rakaman dilakukan. Sebenarnya sidang yang paling aku bimbangkan ialah sidang yang dihadiri oleh Canselor UKM.




....kamera yang rasanya menyamai harga sebuah kereta mewah yang diimport...tak cayer...?
....dalam dectar semasa persiapan...

Hari pertama majlis konvokesyen ialah pada 24 september, iaitu Sidang Satu dimana Canselor UKM akan menganugerahkan ijazah kepada pelajar serta ijazah-ijazah kehormat.


Sidang Pertama ini, sdr. Shahrul Fadli Abdul Rahim menjadi Pengarah Studio yang memberi arahan kepada krew rakaman dari dalam studio.



....dalam dectar...
....sdr. Shahrul Fadli sedang memberi arahan...

Biasalah, dalam sidang pertama akan berlaku kesilapan, namun kalau boleh biarlah kesilapan tersebut merupakan kesilapan yang minima. Sidang ini dapat dirakam dengan sempurna dan semua krew memberi kerjasama yang baik. Namun terdapat juga krew yang tidak dapat
bersama dengan kami kerana masalah lain lebih memerlukan mereka.


Sidang Kedua pula sdr. Kamarul pula menjadi Pengarah Studio. Sidang tersebut merupakan sidang dimana Pro Canselor yang menganugerahkan ijazah kepada penerima.


...sempat berehat sementara menunggu sidang berikutnya....
.....wah! posing....

Hari kedua kami berkampung di dectar agak lama jugak. Hal ini berlaku kerana beberapa masalah yang timbul.... Sidang hari ini juga merupakan sidang yang agak mencabar
sedikit jer.... Dalam Sidang Ketiga dan Keempat hari ini, sdr. Kamarul menjadi
Pengarah Studio. Aku cuma mengambil alih sebagai Pengarah
Studio dihujung-hujung Sidang Keempat.


Dalam Sidang Keempat, plasma tv yang diletakkan di atas pentas tidak berfungsi. Tentu sekali kami tidak mampu melakukan apa2 tindakan kerana ia membabitkan soal teknikal yang tidak mudah untuk diatasi.
Selesai Sidang Keempat kami mengemaskan perlatan serta menutup suis peralatan di luar dan dalam studio. Kemudian kami mencari kesilapan teknikal yang menyebabkan plasma di atas pentas tidak berfungsi. Agak lama juga kami mencari kesilapan tersebut. Akhirnya kami jumpa jugak kerosakan tersebut. Salah satu 'alat power supply' untuk 'distributor' telah terbakar. Sukar juga untuk mencari pengganti dalam masa yang singkat. Akhirnya keputusan dibuat, iaitu kami alihkan sebuah alat 'power supply' daripada alat yang lain untuk menggantikan alat yang telah rosak. Akhirnya perkara tersebut dapat diatasi. InsyaALLAH diharap sesangat dalam Sidang Lima yang dihadiri Canselor dan sidang-sidang seterusnya, peralatan berkenaan tidak 'buat hal' lagi.... Selesai tugas berkenaan, kami mengemas kabel kamera 26 pin di depan dectar yang dah lama tidak dikemas setelah digunakan dalam rakaman perbarisan semasa Canselor membalas tabik hormat dan melawat perbarisan Palapes semasa hari pertama majlis konvokesyen. Sudahnya kami balik ke rumah masing2 jam 9.00 malam setelah masuk ke dewan tersebut se awal jam 6.45 pagi.... Terima kasih kepada semua krew rakaman mcp majlis konvokesyen. Terima kasih banyak2 kepada sdr. Shahrul fadli, Kamarul, Ramli dan Yusri yang membantu aku menyelesaikan kerosakan yang berlaku.... Kepada pelajar yang ingin memiliki dvd konvo sidang masing2, sila berhubung dengan Penerbit UKM selepas majlis konvo.....setiap salinan dikenakan sedikit 'charge'.....Terima kasih juga kepada pembaca yang membaca tulisan yang tak berapa nak bagus niiiiii....
daudmontakzakaria.