Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa Anak Johor Bersama Menteri Pengajian Tinggi


Hari ini, 12 September 2009, hari Sabtu, kami dari Unit Audio Video telah diminta untuk membuat rakaman video Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Pentas dimana majlis perasmian akan berlangsung.




Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal lebih awal iaitu jam 2.00 petang kerana kami menjangkakan majlis tersebut bermula jam 4.30 petang. Namun tidak lama kemudian AJK majlis tersebut berjumpa dan memberitahu yang majlis perasmian berkenaan ditunda lewat sedikit iaitu jam 6.00 petang, setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan sedang membuat pemasangan peralatan video dalam dewan besar.





Oleh itu setelah membuat persiapan teknikal, kami pun terpaksa menunggu agak lama sehingga ketibaan Menteri Pengajian Tinggi iaitu pada jam 6.00 petang.

Namun begitu sebelum ketibaan menteri tersebut, program berkenaan telah dijalankan terlebih dahulu dengan acara seperti nyanyian nasyid dan juga persembahan multimedia.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan.




Setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi, maka acara pun bermula dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa, ucapan ketua pengarah program, ucapan Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar UKM dan seterusnya ucapan Menteri Pengajian Tinggi dan dialog bersama dengan Pelajar IPTA anak-anak Johor.


Anak-anak johor membuat persiapan sebelum majlis berlangsung.




Ucapan dan dialog dengan pelajar berlangsung sehingga azan Maghrib menandakan waktu berbuka berkumandang di udara. Oleh kerana dialog berlangsung sehingga lepas masa azan maka semua krew audio visual terpaksa meninggalkan kamera untuk berbuka puasa. Apa nak buat, bukankah kita digalakkan berbuka dengan segera, bukan begitu....


Hadirin yang sedang mendengar ucapan.





Selepas berbuka, masing-masing bergegas mengerjakan solat Maghrib, ada yang bergegas ke Pusat Islam UKM yang berhampiran sementara itu ada juga yang bersolat di surau tingkat atas dewan dan ada juga yang bersolat dalam Studio UKM terutama krew video.





Timbalan Naib Canselor, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak, sedang menyampaikan ucapan.






Selesai solat di Pusat Islam UKM, semua hadirin kembali ke dewan besar untuk menikmati jamuan makan malam pula. Hadirin telah dihiburkan dengan alunan lagu nasyid oleh Kumpulan Firasat Inzal dan juga deklamasi puisi.

Acara majlis ditamatkan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan juga penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sedang menyampaikan ucapan.





Biasalah....selepas selesai rakaman semua peralatan dikemaskan dan disimpan kembali dalam Studio UKM sebelum masing-masing mengorak langkah untuk pulang ke rumah...

Maka tamatlah satu lagi tugas dalam bulan puasa ini. Lepas ini entah tugas apa pulak yang akan dilakukan, kami masih menunggu......

Cik Siti Suraya dan Jasryl Amri sedang mengendalikan peralatan grafik.





Krew yang terlibat dalam tugas malam ini ialah, Yunus Misdi, Hafiz, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Siti Suraya, Jasryl, Jamaludin Saleh, Kamarul Baharin, Ruhaizad, Ramli Adnan dan aku sendiri. Terima kasih banyak-banyak kepada semua krew yang terlibat dalam tugas malam ini.....

Sdr. Kamarul Baharin Supaat bertindak sebagai Pengarah Studio pada malam ini dan disebelahnya ialah sdri. Hanim yang bertindak sebagai pengendali 'switcher'.














Sdr. Kamarul dan sdri. Hazni Hanim....

Krew Teknikal Dalam Penerbitan Televisyen...


Kakitangan Teknikal dalam penerbitan televisyen mengandungi mereka yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pengendalian peralatan penerbitan. Mereka merupakan sebahagian daripada krew yang termasuk Jurukamera, kakitangan audio dan pencahayaan atau lampu, pengendali VTR, penyunting video dan pengendali grafik. Kakitangan teknikal bermakna mereka mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan peralatan berkenaan. Perlu juga diketahui bahawa tugas kakitangan teknikal dan bukan teknikal adakalanya akan 'overlap' atau bersilih ganti di antara dengan yang lain bergantung kepada saiz kumpulan penerbitan berkenaan. Contoh yang mudah, stesen penyiaran yang besar mempunyai modal yang besar untuk mengadakan kumpulan penerbitan yang besar.
Satu contoh lagi ialah dalam satu penerbitan seseorang itu boleh dilantik sebagai penerbit dan dalam sebuah penerbitan yang lain dia mungkin boleh dilantik sebagai Jurukamera.


Kakitangan berikut merupakan kakitangan atau crew yang telah dilatih sebagai crew penerbitan;

-Pengarah Teknikal(Technical Director); Bertindak sebagai ketua kakitangan teknikal dalam penerbitan.

-Jurukamera(Camera Operators); mengendali peralatan kamera, juga boleh mengendalikan lampu dalam penerbitan yang mudah. Dalam penerbitan di lapangan (ENG/EFP) mereka ini ada kalanya dikenali sebagai Videographers atau Shooters.

-Pengarah Pencahayaan(Lighting Director); Bertanggungjawab dalam pencahayaan dan didapati dalam penerbitan yang besar.

-Pengendali Video(Video Operator); Melaras atau 'adjusts' kawalan kamera untuk mendapatkan imej yang optima dan diterima dalam penerbitan terutama ketika 'Field Production'. Dia juga dikenali sebagai 'Shader'.

-Juruteknik Audfio(Audio Technician); Bertanggung jawab dalam semua operasi audio. Mengendali Audio Console semasa persembahan. Dia juga dikenali sebagai 'audio engineer'.

-Pengendali VTR(Videotape Operator); Mengendali mesin atau peralatan pita video.

-Pengandali Character Generator(Character Generator Operator); Menaip dan mengeluarkan dari komputer nama-nama dan lain-lain bahan grafik yang perlu di padukan dengan imej video.

-Penyunting video(Videotape Editor); Mengendalikan peralatan penyuntingan semasa pos produksi. Dia membantu dalam memberi cadangan-cadangan penyuntingan yang kreatif.


Above-The-Line and Below-The-Line:

Kakitangan Above-The-Line dan Below-The-Line sebenarnya tidak berapa jelas perbezaannya. Ini adalah kerana dalam penerbitan tertentu Production Assistant atau Technical Director di kelaskan sebagai Below-The-Line, namun dalam penerbitan yang lain mereka dikelaskan sebagai kakitangan atau crew Above-The-Line. Walau bagaimanapun semua mereka adalah penting dalam penerbita televisyen.


ABOVE-THE-LINE:

-Executive Producer
-Producer
-Associates and Production Assistants
-Production Manager
-Director
-Associate Director
-Art Director and Graphic Artist
-Sound Designer
-Talent
-Writer


BELOW-THE-LINE

-Studio Supervisor
-Technical Director
-Camera Operator
-Lighting Director
-Floor Manager
-Floor Persons
-Video Operator
-Audio Technician
-C.G Operator
-Videotape Operator
-Videotape Editor
-Makeup Artist
-Wardrobe People
-Scenery and Property Personnel
-Maintenance Engineer



Monday, September 7, 2009

Krew Bukan Teknikal dalam Penerbitan Televisyen


Penerbitan televisyen memerlukan tenaga kerja bukan teknikal yang mempunyai tugas-tugas yang tertentu. Tanpa kakitangan tersebut penerbitan tidak akan berlaku.

Terdapat tiga golongan kakitangan dalam penerbitan televisyen iaitu;

1. Kakitangan Penerbitan Bukan Teknikal yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan penerbitan dari peringkat idea sehingga ditayangkan.

2. Kakitangan atau krew teknikal, yang bertanggungjawab terhadap operasi peralatan penerbitan.

3. Kakitangan Penerbitan Berita, iaitu mereka yang khasnya berkaitan penerbitan berita dan peristiwa-peristiwa khusus.


Kakitangan Penerbitan Bukan Teknikal;

Pada umumnya mereka terlibat dalam tugas menterjemahkan skrip atau peristiwa kebentuk imej-imej yang berkesan di layar televisyen. Mereka juga dikenali sebagai 'above-the-line-personnel'. Mereka ini ialah;

Penerbit Eksekutif(Executive Producer); bertanggung jawab kepada sebuah atau beberapa siri program. Menguruskan belanjawan dan hubungan dengan pelanggan, agensi pengiklanan, talent dan sebagainya.

Penerbit( Producer); bertanggungjawab terhadap sesebuah penerbitan. Bertanggung jawab terhadap semua perkara berkaitan penerbitan berkenaan dan penyelarasan elemen-elemen penerbitan teknikal dan bukan teknikal.

Penerbit Bersekutu(Associate Producer); Membantu Penerbit dalam semua perkara dalam penerbitan. Biasa melakukan tugas penyelarasan seperti menghubungi talent dan penetapan jadual-jadual.

Field Producer; membantu Penerbit dalam tugas di luar studio.

Pengurus Produksi( Production Manager); Menjadualkan peralatan dan kakitangan untuk semua penerbitan dalam studio dan di luar studio.

Production Assistant(Pembantu Penerbitan); Membantu Penerbit dan Pengarah semasa penerbitan sebenar. Semasa latihan, mencatat cadangan Penerbit dan Pengarah untuk memperbaiki program yang diterbitkan.

Pengarah( Director); Bertanggung jawab dalam memberi arahan kepada talent dan juga operasi-operasi teknikal. Amat bertanggung jawab untuk menukarkan skrip kepada mesej-mesej video dan audio yang berkesan. Dalam stesen televisyen yang kecil dia biasanya juga seorang Penerbit.

Associate Director; Membantu Pengarah dalam kerja penerbitan sebenar. Dalam penerbitan studio, dia bertanggung jawab dalam tugas menjaga masa. Dalam penerbitan yang lebih komplikated, contohnya dia membantu dalam 'calling' shot-shot kamera dan sebagainya.

Talent; Merujuk kepada semua 'performer' dan pelakon-pelakon yang 'regularly' kelihatan di kaca televisyen.

Actor; seseorang yang melakonkan watak-watak tertentu.

Performer; seseorang yang kelihatan di kamera dalam aktiviti bukan drama. Mereka adalah diri mereka sendiri.

Announcer; membaca suara latar tetapi tidak kelihatan di televisyen.

Floor Manager; bertanggung jawab dalam semua aktiviti 'on studio floor'. Memberi arahan kepada talent, menyampaikan arahan Pengarah kepada talent dan menyelia tugas penyelarasan dalam studio rakaman. Dia juga dikenali sebagai Stage Manager.

Floor Person; bertanggung jawab berkaitan set, kad-kad 'cue', membantu dalam pencahayaan, mikrofon, membantu dalam menggerakkan 'dolly' kamera, menarik kabel-kabel kamera dan sebagainya. Di stesen televisyen yang kecil bertanggung jawab dalam 'wardrobe dan 'make-up'. Dia juga dikenali sebagai grips, stagehands dan 'utilities personnel'.

Writer; di stesen2 yang kecil, skrip-skrip biasanya ditulis oleh Pengarah atau Penerbit.

Art Director; bertanggung jawab dalam aspek rekabentuk kreatif penerbitan berkenaan.

Graphic Artist; menyediakan grafik komputer, titles, charts, dan sebagainya.

Makeup Artist; Menyolek semua talent.

Costume Designer; Mereka pakaian-pakaian untuk talent

Wardrop Person; bertanggung jawab dalam semua perkara berkaitan wardrop semasa penerbitan.

Property Manager; bertanggung jawab mengurus pelbagai set dan peralatan.

Sound Designer; membina dan melengkapkan 'sound track(dialog dan kesan bunyi) dalam pos produksi.




Sunday, September 6, 2009

Penyuntingan atau Pos Produksi


Pos produksi adalah amat diperlukan untuk sesetengah penerbitan. Proses penyuntingan dalam pos produksi mencantumkan semua bahan yang telah dirakam kebentuk yang baru dan berurutan. Proses penyuntingan dalam pos produksi merupakan satu proses yang ringkas atau mudah dimana kita memilih bahan-bahan yang telah dirakam sebelumnya kemudian mencantumkannya kebentuk yang baru mengikut urutan yang khusus.

Terdapat pelbagai perisian penyuntingan dalam pasaran dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Terdapat dua jenis sistem penyuntingan iaitu penyuntingan linear dan penyuntingan non-linear.

Dalam penyuntingan 'linear' biasanya memerlukan dua sumber VTR yang mengandungi bahan yang telah dirakam(original tape) dengan video kamera. Sebuah lagi ialah VTR untuk merekod yang akan menghasilkan bahan yang telah disunting yang akan dijadikan 'master'. Proses ini merupakan sistem penyuntingan yang 'conventional'.

Dalam penyuntingan 'non-linear' pula, kita akan menyalin atau 'digitize' semua bahan dalam pita yang mempunyai bahan rakaman ke dalam 'hard dics' komputer. Kemudian kita akan melakukan penyuntingan video tersebut dalam komputer berkenaan. Penyuntingan dengan menggunakan sistem non-linear ini lebih tepat dan mudah jika kita menguasai 'software' sistem penyuntingan berkenaan.

Thursday, September 3, 2009

Pelancaran Buku Raja Alias oleh PM


Foto sumbangan Haji Ismail Ibrahim.
Dari kiri: Ruhaizad, Siti Suraya, Hanim, Jasril, Khaidir, Kamarul, Rosly, Wafiy, Azrul Khaidir, Yunus, Ramli dan yang akhir sekali Aku lah...








Hari ini, 3 September 2009; kami dari Unit Audio Video telah diminta untuk membuat rakaman MCP Pelancaran Buku Raja Muhammad Alias 'The Architect of FELDA' di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Seperti biasa setelah semua peralatan dikumpulkan, kami bergerak ke Kuala Lumpur dengan 2 buah kenderaan kira2 jam 12.00 tengah hari. Kami terpaksa pergi agak awal kerana persiapan peralatan untuk rakaman MCP memakan masa agak lama.

Inilah suasana dalam dewan sebelum tiba para tetamu.




Tiba di dewan berkenaan lebih kurang satu jam kemudian. Semua peralatan yang dibawa dipunggah dari kenderaan UKM dan terus dibawa masuk ke dalam dewan. Tanpa berlengah kami terus membuat pemasangan peralatan. Peralatan yang dipasang ialah tiga buah kamera video dengan tiga buah tripod, sebuah video switcher, sebuah monitor, sebuah DVD recorder dan sebuah video distributor.

Inilah suasana dewan setelah para tetamu mula menjamu selera apabila masuk waktu berbuka.





Pemasangan siap denga agak cepat juga kerana kami bertugas secara berkumpulan tanpa sebarang masalah. Majlis pelancaran tersebut dijangka akan bermula pada jam 6.30 petang. Oleh itu kami terpaksa menunggu sehingga acara berlangsung. Hampir waktu pelancaran kumpulan video yang terdiri daripada kakitangan FELDA muncul untuk membuat rakaman MCP juga. Mereka mungkin agak 'profesional' kerana tiba ketika waktu hampir berlangsung acara berkenaan.







Ini merupakan cenderahati yang akan disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.






Sedikit sejarah berkenaan Raja Muhammad Alias ialah beliau telah berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1958 dan berkhidmat dengan FELDA dalam tahun 1966. Beliau menjadi Pengerusi FELDA bermula dari tahun 1979 hingga 2001.



Sempat juga aku merakamkan buku aturcara majlis ini.






Kami memulakan rakaman sebaik saja majlis bermula dengan ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jurukamera kami yang bertugas ialah sdr. Azrul Khaidir, Jasryl Amri, Muhammad Wafiy dan sdr. Yunus. Sementara sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah yang memberikan arahan kepada jurukamera dan sdri Siti Suraya sebagai pengendali 'switcher'.

Maaf foto tak jelas, namun...kesamaran mampu menceritakan seribu kisah...heh...heh...heh...





Agak sukar juga untuk merakamkan seseorang yang menjadi subjek utama dengan dikelilingi oleh 'bodyguard' dan dipagar oleh ramai jurufoto pelbagai media. Masing-masing ingin memperoleh shot-shot yang cantik dari sudut-sudut yang selesa. Tapi apa boleh buat rakam tetap rakam walau sudut yang wujud tidak menetapi kehendak....... Namun ada cerita disebalik cerita yang lebih memeritkan kami......... Hmmm...agaknya itulah asam garam bertugas dalam media....
Ermmm...sape kata jadi jurukamera tidak letih. Cuba lihat jurukamera kami ni, sdr. Wafiy, tanpa menoleh selera dijamu tika waktu berbuka...dan cuba lihat juga juadah di hadapannyee....




Acara bermula dengan doa, ucapan Tan Seri Datuk Naib Canselor UKM, Memperkenalkan buku Raja Muhammad Alias oleh Prof. Madya Dr. Nor Aini Hj. Idris, Ucapan Perdana Menteri dan Pelancaran Buku, Ucapan oleh YBhg. Raja Muhammad Alias dan selepas berbuka tayangan multimedia yang telah diusahakan oleh Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM.


Hmmm...ini ialah salah seorang drpd krew MCP kami iaitu sdri. Hanim, tetapi hari ini dia hadir atas jemputan. Oleh itu dia tidaklah bertugas dengan kami.





Semasa berbuka tentu semua hadirin menikmati juadah termasuklah krew video kami. Agak enak juga juadah berbuka bila ia melepasi tekak masing-masing dan bertepatan pulak dengan perut yang sudah agak lama dalam kekosongan.....

Selepas menunaikan solat Maghrib, masing-masing menjamah kembali juadah yang terhidang. Namakan apa saja juadah yang dibayangkan, semuanya ada terhidang di atas meja.

Sdr. Khaidir dan sdr. Rusly dari Unit Cetak Pusat Penerbitan dan Percetakan. Nampaknye kedua-dua mereka sudah dalam kekenyangan dan sedang mempamerkan ukurlilit pinggang masing-masing...













Inilah diantara juadah yang terhidang....silakanlah....













Ermmm...ini pula jurufoto dari PRO UKM, sdr. saliman Leman............ermmm...entah apa yang dibualkan dengan Sdr. Suraya krew MCP kami....













Ini pula salah seorang krew MCP kami, sdr. Yunus. Ermmm...dahaga nampaknya dia, maklumlah seharian tidak meneguk minuman...
Ada cerita di antara kami...hmmm...mintak maaf Yunus....












Ini pula jurufoto Pusat Penerbitan dan Percetakan sdr. Ismail, awas lensa yang dibawanya sentiasa mencari mangsa secara 'biasa' atau secara 'candid'....













Selesai bertugas, berbual panjang ketika menjamu selera, sdr. Ramli, dan sdr. Yunus sementara yang membelakangkan kamera aku tak pasti siapa...


















Sdr. Rusly, Ketua Unit Cetak, Pusat Penerbitan dan Percetakan. Tidak tahu apa yang melucukan dan tak tahu jugak 'siapa' ketawakan 'siapa'













Sdr. Kamarul dan Sdri. Suraya ketika sebelum acara bermula, mungkin memikirkan sudut-sudut rakaman kut...











Sdri. Suraya, sdr. Wafiy dan sdr. Azrul Khaidir, tak tau apa yang melucukan hati masing-masing. Ini ketika sebelum acara bermula...ermmm...perut kosong pun masih sempat ketawa...













Setelah tamat menjalankan tugas rakaman ketika waktu hampir pulang. Mungkin keletihan kerana lama berdiri di kamera. Sdr. Jasryl, salah seorang krew kami....














Hmmm...sdr. Jasryl dan sdri Suraya, senang hati nampaknye, mungkin tugas sudah selesai, keceriaan wajah sukar disembunyikan...











Ketika bergambar dipintu masuk Dewan Perdana. Sdr. Kamarul Arifin, Rusly, Zizan, Khaidir dan Wafiy. Kesemuanya kakitangan Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM. Ermmm...agak-agaknya 'saham' siapa yang paling tinggi...











Di luar dewan ketika hampir bergerak untuk pulang ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor. Tiba di bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan, jarum jam menunjukkan angka hampir 10.00 malam. O.K, selamat tinggal semua...


Hmmm....masih belum terlupa untuk mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada semua krew yang terlibat dalam tugas ini.....


Wednesday, September 2, 2009

Raptai Pelancaran Buku YM Raja Alias



Hari ini 2 September 2009; aku pergi ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk melihat raptai Majlis Pelancaran Buku Raja Muhammad Alias -The Architect of Felda. Kami, iaitu aku, sdr. Kamarul, Puan Faizah Ahmad(Timbalan Ketua, PP&P) dan Puan Aimy Johari bergerak dari UKM jam 8.00 pagi lebih kurang. Aku memandu kereta...seperti biasalah mestilah melalui jalanraya kan...

Ini foto Dewan Perdana Felda yang aku ambil dari sebuah laman web.




Aku bawak sdr. Kamarul bersama bukan sebab apa, cuma aku tak mahir dengan jalan-jalan dalam bandaraya tu, maklumlah jarang turun K.L. Lagipun bagi aku untuk apa turun K.L, bila semua yang kita hendak ada kat sekitar Bangi ni. Contohnya, kalau nak cari pakaian kita boleh pegi Alamanda, Kajang, Nilai, Semenyih dan sebagainya. Jadi apa yang kita bayangkan...semuanya ada kat Bangi yang tercinta ini...

Bos kami, Prof. K, Puan Faizah, En. Basir, Aimy dan kakitangan Felda sedang berbincang sesuatu.




Aku memandu taklah laju sangat, lebih sedikit je dari kelajuan kereta lembu, buat apa nak laju kan...lebuhraya bukannya tempat berlumba, kan...kan...kan, ewahhh.

Tak lama kemudian kami pun sampailah di Dewan Perdana Felda tu. Kami menunggu sebentar sebelum tiba pegawai yang berkenaan. Seketika kemudian bos kami Prof. K juga tiba di Dewan Perdana.

Di belakang sdr. Kamarul tu, Prof. K dan di depan sdr. Kamarul tu ialah En. Basir, pegawai drp PRO UKM.




Apabila semua pegawai tiba, satu perbincangan telah dijalankan di satu sudut dewan berhampiran pentas. Selepas perbincangan selesai, aku sempat mendapat maklumat tertentu daripada Prof. K untuk acara yang akan berlangsung esok.

Kemudian apabila En. Hazrul tiba di dewan berkenaan dari Bangi, kami membuat tayangan multimedia bersama dengan kakitangan dewan tersebut. Tayangan tersebut berjalan lancar yang memakan masa selama lebih kurang 5 minit. Terima kasih kepada kakitangan teknikal dewan berkenaan yang telah memberikan kerjasama...

Bila semuanya telah selesai, kami pun bergerak kembali menuju UKM. Seperti biasa akulah yang memandu. Seperti biasa aku tidaklah memandu laju sangat, tidaklah melebihi kelajuan sebuah kapal terbang pun...heh...heh...heh... Kami tiba di bangunan Pusat Penerbitan lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Laaa...kami lihat kereta bos dah ada di depan pintu masuk bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan, hmmmm....laju betul dia memandu atau adakah dia mengikut jalan raya yang lain yang lebih 'short cut'. Hmmmm....aku tidak mempunyai sebarang jawapan untuk itu......

Monday, August 31, 2009

Sambutan Ambang Merdeka...


Hari ini 30 Ogos 2009, jam 1.00 pagi, aku baru sampai ke rumah dari UKM. Kami membuat rakaman MCP untuk Sambutan Ambang Merdeka UKM2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Agak penat juga rasanya.

Sebenarnya persiapan teknikal untuk peralatan audio visual kami mulakan pada jam 4.00 petang. Aku, sdr. Jasryl dan sdr. Ramli telah memasang kabel-kabel video kamera dan audio serta membuat ujian ke atas peralatan tersebut. Sdr. Jasryl menyiapkan grafik untuk tugas rakaman malam ini.



Jam 6.00 petang kami pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga masing-masing. Selepas maghrib kami kembali semula ke UKM untuk menyambung kembali persiapan teknikal berkenaan.

Sebenarnya majlis sambutan tersebut bermula pada jam 10.00 malam setelah selesai solat Tarawih di Pusat Islam UKM yang terletak berhampiran Dewan Canselor.

Keadaan dalam bilik kawalan ketika majlis berlangsung.




Acara malam ini di isi dengan puisi berkaitan merdeka, forum merdeka, penyerahan bendera kepada Naib Canselor dan juga upacara menaikan bendera ketika lagu Negara Ku dinyanyikan. Bacaan doa dan lagu patriotik juga dinyanyikan pada malam sambutan.


Suasana ketika rakaman, sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio selepas aku.






Majlis berkenaan tamat kira-kira jam 12.30 malam. Selepas mengemaskan semua peralatan kami pulang ke rumah...


Krew yang terlibat malam ini ialah;

PENGARAH STUDIO: Aku dan Sdr. Kamarul

SWITCHER: Hasnah dan Hanim

GRAFIK: Jasryl Amri





MULTIMEDIA: Ruhaizad

AUDIO: Ramli

JURUKAMERA:

Zulhimi.
Yunus.
Suraya.
Wafiy.
Bukhori.
Jamaludin Sabran.
Azrul Khaidir.

Hmmm...apa yang disembangkan oleh Zulhimi dan Suraya ni, gossip ke????












Hmmm.....sibuknye mereka....sampai pening kepala nampak!















Menjeling pulak dia ni....hmmm....jangan lalai, switcher tu jaga.....nanti silap 'take' pulak...













Hmmmm....ini jurugrafik kami, sdr. Jasryl, mungkin dia berasal dari ESKIMO kut...















Inilah tempat kami bertugas, mungkin kelihatan tidak 'serious' tapi tanggung jawab kami sentiasa selesai dengan sempurna....
















Audio sentiasa diawasi supaya tidak berlaku sebarang kesilapan, ini sdr. Ramli...













Ini pula para hadirin yang menyanyikan lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai sebelum acara ditamatkan...













Tan Seri Dato' Dr. Sharifah Hapsah, Naib Canselor UKM turut serta menyanyikan lagu patriotik di atas pentas...













Bendera dikibarkan sebagai tanda kegembiraan di atas kemerdekaan negara yang telah mencapai 52 tahun....


AKHIR SEKALI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KREW YANG TERLIBAT DALAM RAKAMAN MCP INI...