Wednesday, August 12, 2009

NCWO di Dewan Perdana Felda, K.L


Hari ini, 11 Ogos 2009, Unit Audio Video dikehendaki membuat rakaman video 'Multiple Camera Production' atau MCP untuk program Majlis Makan Malam NCWO di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Oleh sebab dua orang krew video iaitu sdr. Ramli dan Izad tidak dapat turut serta dalam rakaman berkenaan maka aku terpaksalah mencari altenatif yang lain. Tanpa berlengah aku terus hubungi sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan dan minta dia membantu. Sdr. Yunus terus menghubungi sdr. Bukhari drpd Jabatan Seni Bina untuk turut serta membantu.
Sdr. Kamarul sedang memberi arahan kpd jurukamera, aku pula sedang memerhatikan keadaan dan Siti Suraya sedang mengendalikan 'video switcher'.



Aku juga turut minta bantuan sdr. Amri dan Siti Suraya yang ketika ini sedang mengikuti orientasi staf baru selama 3 hari. Mereka berdua ni staf baru Unit Video. Aku tiada pilihan, terpaksa memanggil mereka turut membantu kerana rakaman video MCP memerlukan ramai krew. Aku juga turut minta bantuan sdr. Khaidir dari Unit Cetak Pusat Penerbitan. Dia juga bersetuju

Keadaan semasa majlis sedang berlangsung di dalam Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.






Hari ini, pagi2 lagi aku dan sdr. Kamarul mengumpulkan semua peralatan yang perlu dibawa ke dewan berkenaan. Jam 1.00 petang, kami bertolak ke Dewan Perda Felda. Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas menurunkan peralatan dari van kami terus membawa ke dalam dewan dan terus membuat pemasangan hingga selesai.
Kumpulan sdr. Yunus, Bukhari, Amry, Suraya dan Khaidir bertolak selepas waktu pejabat kerana tugas masing-masing.

Jam 6.00 petang semua peralatan diuji termasuk sistem audio dalam dewan oleh staf teknikal dewan berkenaan. Kami membuat rakaman dan punca audio kami dapati dari PA Sistem dewan tersebut. Terima kasih kepada staf teknikal dewan Felda. Mereka juga membantu menayangkan multimedia yang kami bawa. Video multimedia tersebut berkonsepkan '1 Malaysia'.




Majlis Makan malam berkenaan dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Turut hadir ialah Datuk Shahrizad. Ucapan malam ini didahului oleh Pengerusi NCWO iaitu Tan Sri Dato' Sharifah Hapsah Syed Shahbudin yang juga Naib Canselor UKM. Dikuti oleh ucapan Datuk Shahrizad. Ucapan Perasmian pula dilakukan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hmmm...apakah agaknya yang disembangkan oleh sdr. Kamarul dan Siti Suraya tu...????





Majlis Makan Malam NCWO tersebut tamat lebih kurang jam 11.00 malam. Tamat saja majlis, kami terus mengemas peralatan. Tiba-tiba, aku telah disapa atau ditegur oleh seseorang semasa sedang mengemas peralatan. Hmmm....rupa2nya sdri. DWEE iaitu pelajar yang aku kenali kerana dia 'involved' dalam program Silang Budaya anjuran UKM dan NCWO. Dia juga aku kenal kerana dia mengikuti program 'UKM-Global Students Mobility. Aktif jugak dia ni.. Dia juga terjumpa dengan blog aku ni. Bagus, ada juga pelajar yang mengenali aku, terima kasihlah DWEE.




Selepas berkemas, kami terus balik ke UKM. Dalam perjalanan balik, bising jugak dalam van dengan macam-macam cerita yang keluar dan terlintas diminda. Lebih kurang jam 12 lebih kami tiba di UKM dan terus memunggah peralatan daripada van dan dibawa masuk ke bangunan Pusat Penerbitan.

Apa yang menyebabkan geli hati tu...








Tamatlah tugas untuk hari ini dan terima kasih kepada Sdr. Kamarul, Yunus, Amri, Khaidir, Siti Suraya dan Muhammad Bukhari....tanpa anda semua, siapalah aku....

Terima kasih juga kepada sdr. Shohaimi Abdul Rahman dari Pusat Peng. Media & Komunikasi yang telah menyiapkan penyuntingan video multimedia....
















Kesian Sdr. Yunus, keletihan selepas mengendalikan kamera. Sdr. Kamarul terus memberi arahan kepada jurukamera dengan dibantu oleh Siti Suraya yang mengendalikan Video Switcher'.

Sunday, August 9, 2009

Mengenal Jantina Bunga Pakma



Semalam, 8 Ogos 2009, Sdr. Ramli sms kat aku, mengatakan Prof. Jumaat atau Prof. J meminta kami untuk membuat rakaman video 'single camera production' proses untuk mengenal jantina bunga Pakma.

Sdr. Ramli sedang membuat rakaman video semasa Prof. J membuat pembedahan Bunga Pakma.








Jam 8.00 pagi, hari ini 9 Ogos 2009, aku bersiap dan bergerak ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Dari maklumat melalui sms, sdr Ramli telah berada di Pusat Penerbitan, begitu juga dengan Siti Suraya.



Sdr. Ramli sedang membuat rakaman pelbagai sudut ketika Prof. J membuat pemotongan Bunga Pakma. Siti Suraya sedang memberi perhatian sementara Mona membuat rakaman foto.







Setiba di Pusat Penerbitan Sdr. Ramli, siti Suraya dan rakan Suraya sudah siap menunggu. Kami memasukkan semua peralatan ke dalam kereta iaitu kamera video, reflector, bateri kamera, pita video dan tripod.

Sdr. Ramli sedang membuat rakaman secara 'hand held'. Tugas seperti ini sememangnya memerlukan pengalaman, bukan mudah memegang kamera tanpa sebarang gegaran jika tidak menggunakan tripod.







Tiba di Bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, kami menunggu ketibaan Prof. J. Seketika kemudian pelajar pasca siswazah Prof. J iaitu Mona tiba dan 'parking' kereta di belakang kereta aku. Dia kata Prof. J lewat sedikit.

Perbincangan dibuat sebelum rakaman dilakukan dimana Cik Mona akan menjelaskan proses pemotongan bunga berkenaan.








Seterusnya kami dibawa oleh Mona masuk ke Bilik Prof. J. Sementara menunggu Prof. J, kami sempat melihat beberapa buah buku dalam bilik berkenaan termasuk buku 'Forestry of Sabah'.



Sdr. Ramli sedang membuat rakaman ketika Mona menjelaskan tugas tersebut.








Setelah beberapa minit menunggu, Ramli dan aku keluar dari bilik berkenaan dan lepak sebentar di depan bangunan Fakulti Sains dan Teknologi. Tidak lama kemudia Prof. J pun tiba bersama bunga Pakma yang dibawa bersama.




Prof. J dan Mona berbincang sebelum rakaman diteruskan lagi.








Kami kemudian masuk menuju ke bilik Prof. J. Sementara itu sdr. Ramli membantu membawa bunga berkenaan masuk. Keputusan kemudian dibuat untuk membuat proses rakaman tersebut di dalam makmal.

Seterusnya proses rakaman telah dibuat dalam makmal. Di sini baru kami menyedari 'tie clip mic' terlupa dibawa. Hmm...apa boleh buat, terpaksalah rakaman dibuat dalam keadaan yang agak bising dengan bunyi serombong 'air-cond' dalam makmal berkenaan.
Siti Suraya sedang mencuba untuk membuat rakaman.





Agak lama jugak kami membuat rakaman berkenaan. Pelbagai perkara perlu diambil kira seperti skrip, lokasi, sudut, keperluan cahaya dan sebagainya. Walau bagaimanapun akhirnya kami mampu juga menyiapkan rakaman video berkenaan.
Fakta Bunga Pakma tersebut; Berukuran 25 inci dan berat melebihi 3 Kg., Bunga pakma tersebut bunga jantan.

Siti Suraya dan Mona sedang melakukan sesuatu kepada alat penimbang yang akan digunakan untuk menimbang Bunga Pakma.

Saturday, August 8, 2009

TV Production-SWITCHER


Dalam penerbitan TV, video switcher merupakan salah satu daripada elemen yang penting. Jika tiada video switcher tentu penerbitan tv tidak akan berlaku.

Video switcher membantu dalam memilih punca-punca video seperti dari kamera video, video tape, grafik dan lain-lain kesan khas. Kita boleh memilih visual dari pelbagai punca dan mencantumkannya dengan pelbagai kesan khas dengan adanya Video Switcher yang membolehkan kita membuat penyuntingan spontan ketika program sedang berjalan.

Cara video switcher berfungsi ialah, semua punca video masuk ke switcher. Setiap punca video seperti kamera video mempunyai 'switcher input' nya sendiri. "Output' setiap punca ini akan di keudarakan atau dirakam dalam perakam video bila mana-mana punca video yang masuk dipilih(dengan cara menekan butang pada switcher).

Mana-mana 'video switcher' sama ada yang ringkas atau kompleks,mempunya 3 fungsi yang asas iaitu;

-Memilih mana-mana punca video daripada beberapa 'video input'

-Membina 'basic transtition' diantara dua punca video(seperti Kamera 1 dan Kamera 2)

-Terdapat 'video switcher' yang boleh 'start' dan 'stop' peralatan 'video recorder' secara kawalan automatik.

Pendaftaran Pelajar Pusat Kembangan Pendidikan, UKM


Hari ini, seawal jam 7.30 pagi aku dah ada kat Studio UKM di DECTAR untuk persiapan teknikal bagi Majlis Pendaftaran dan Ikrar Pelajar Baru Pelajar Pusat Kembangan Pendidikan Sesi 2009/ 10 di DECTAR.

Pemasangan kamera video dan persiapan grafik telah aku dan sdr. Jasryl Amry siapkan. Krew-krew yang tiba kemudian termasuklah sdr. Ramli, Kamarul, Zulhimi, Azrul khaidir, Siti Suraya, Hanim, Wafiy, Ismahashimi sementara sdr. Hasnah yang mendaftar sebagai pelajar hari ini pun turut membantu, terima kasih banyak2. Yunus telah sms kepada aku, dia tak dapat hadir sebab demam, hmmm...harap2 jangalah H1N1, tapi kalau tak silap aku dia baru kena virus C22!.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan YBHG. PROF. DATO' DR. MUHAMMAD BIN ABDUL RAZAK telah menyampaikan ucapan sebagai wakil TAN SERI DATO' NAIB CANSELOR. Program berkenaan tamat lebih kurang jam 1.00 petang. namun kami terpaksa menunggu hingga jam 2.00 petang untuk membuat pengemasan peralatan iaitu selepas sesi taklimat. Aku, Jasryl Amri, ramli dan Siti Suraya telah membuat pengemasan peralatan berkenaan.

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam rakaman video MCP program berkenaan. Tahniah aku ucapkan kepada Cik Hasnah Basirum iaitu salah seorang krew MCP kami yang telah turut mendaftar untuk mengikuti sama pengajian berkenaan.

Monday, August 3, 2009

JAM 2.00 PAGI.....


Hari ini, 3 Ogos 2009 jam 2.oo pagi;
Aku baru sampai kat rumah dari Lata Jarum, Hulu Dong, Raub, Pahang. Kami yakni aku, sdr Ramli dan Siti Suraya teleh membuat rakaman video single camera Bunga Pakma atau Rafflesia di sana.

Sebenarnya kami bergerak dari Pusat Penerbitan lebih kurang jam 7.30 pagi, menuju ke Bandar Baru Bangi iaitu kediaman Prof. J atau Jumaat Adam. Aku berjanji dengan Ali Imran iaitu pembantu Prof. J untuk menunggu mereka di sebuah kedai minum jam 8.00 pagi.
Sebelum masuk ketapak bunga Pakma atau Rafflesia.
Kami sedang menunggu En. Shokori mengambil
pelajar pasca siswazah yang juga akan turut
serta bersama kami.
Sementara menunggu Prof. J dan Ali Imran, kami minum pagi di kedai berkenaan. Tidak berapa lama kemudia Prof. J dan sdr. Ali Imran pun tiba dan kami minum pagi bersama. Selesai minum pagi kami pun terus bergerak menuju Lata Jarum, Raub, Pahang.

Tiba di Lata Jarum kelihatan ramai pelajar UKM bersama pensyarah-pensyarah mereka yang juga turut serta menjalankan program mereka di sana. Pensyarah yang aku kenal cuma PM Dr. Sahibin serta beberapa orang Pembantu Makmal yang aku cuma kenal muka sahaja sementara nama mereka aku pun lupa. Maaf yoooo...
Sdr Ramli sedang merakamkan sesuatu di
sebatang pokok pada permulaan kami
memasuki hutan Lata Jarum tersebut.

Sebelum mula masuk hutan Lata Jarum, kami pergi mengisi perut dengan makanan tengah hari di sebuah gerai makan di luar kawasan Hutan Lipur Lata Jarum. Nampaknya cahaya matahari hari ini tidak begitu cantik untuk tujuan rakaman video, kelihatan seperti mendung.

Selesai makan kami bersiap untuk masuk ke hutan dan setelah selesai bersiap, kami di bawa dengan Jeep 4WD oleh En. Shokori ke lokasi untuk mula meletakkan langkah kami di hutan tempat wujudnya bunga Pakma berkenaan.
Sdr. Ramli sedang membuat rakaman subjek semasa kami bergerak ke tapak bunga Pakma



Setelah semua sampai dilokasi tersebut, maka langkah pun dimulakan dengan diketuai oleh En. Shokori. Sepanjang jalan sebelum sampai ke tapak Pakma, sdr Ramli sempat merakamkan subjek-subjek yang menarik yang ditemui di tempat tersebut. Aku juga turut serta merakamkan beberapa shot sebelum kamera video diserahkan kepada sdr. Ramli.

Tumbuhan yang sempat aku rakamkan dengan kamera foto yang aku bawa...

Aku menyerahkan kamera video kepada Ramli untuk meneruskan rakaman kerana aku rasakan nafas aku tidak cukup, degupan jantung aku agak pantas. Aku terpaksa berehat sebentar sebelum meneruskan langkah. Hmmm....nampaknye ini kali kedua aku mengalami perkara tersebut di Lata Jarum ini. Sakitkah aku? Ewah! macam berdrama pulak dah aku ni...tapi dalam hati aku agak risau jugak sebab sebelum ini aku tidak mengalami apa2 masalah ketika mendaki di Lata Jarum ini...

Dalam hutan ini cuaca semangkin gelap dan tidak berapa lama kemudian hujan pun turun. Kami terpaksa menyimpan kamera video dalam plastik yang kami bawa supaya tidak terkena hujan.

Namun seketika kemudian hujan pun reda dan kami memulakan pula rakaman video yang telah dilakukan oleh sdr. Ramli.

Hanya ini saja bunga Pakma yang sempat kami rakamkan. Ia masih belum berkembang dan dijangka pada hari Rabu atau Khamis bunga ini akan berkembang.





Kami juga menemui sekumpulan ulat gonggok yang agak banyak juga dan sdr. Ramli menunjuk ajar krew baru kami dari Unit Audio video iaitu Siti Suraya untuk membuat rakaman video. Nampaknya ini merupakan tugasnya yang julung-julung kali di hutan Lipur Lata Jarum ini.


Hmmm...lihatlah Siti suraya sedang merakamkan subjek yang ditemui. Nampaknya dia hampir lulus untuk menjadi sebahagian daripada krew kami....


Ketika Siti Suraya ingin merakamkan sejenis bunga yang agak menarik di hutan berkenaan, kamera video yang kami bawa tidak berfungsi. Lama juga kami cuba mengatasi masalah berkenaan tetapi tidak juga berjaya. Setelah puas mencuba dan tidak berjaya, akhirnya rakaman video tidak dapat dilakukan dan diteruskan lagi...

Siti Suraya sedang membuat rakaman sekumpulan ulat gonggok yang agak banyak. Selepas rakaman ini, kamera video tersebut tidak lagi dapat berfungsi.



Apabila sampai di lokasi mula2 kami meletakkan tapak kaki sebelum memasuki hutan ini, kamera video yang aku bawa telah boleh berfungsi kembali selepas aku mencuba kali terakhir untuk menghidupkan kuasanya. Aku agak pelik jugak, macam mana hal ini boleh berlaku. Dalam minda, aku berpendapat, mungkin agaknye Putera Bunian tidak memberi kebenaran untuk merakamkan bunga tersebut. Mungkin bunga tersebut untuk dihadiahkan oleh Putera Bunian kepada Puteri Bunian, sape tau kan? Hmmm...mungkin ini salah sebuah hikayat karut marut aku gamaknye....
Inilah kumpulan ulat gonggok yang banyak
yang telah dijumpai.


Setelah kamera berkenaan berfungsi kembali, sdr. Ramli sempat merakamkan pelbagai lagi subjek yang diminta oleh Prof. J.







Siti Suraya sedang membuat rakaman....











Sejenis bunga yang sempat aku rakamkan dengan kamera foto yang dibawa bersama.














Sdr. Ramli sedang merakamkan subjek dalam perjalanan pulang.













Inilah sejenis buah yang telah dirakam oleh sdr. Ramli...













Siti Suraya dengan penuh minat sedang memerhatikan sdr. Ramli membuat rakaman dan dalam masa yang sama sdr. Ramli menunjuk ajar cara membuat rakaman video yang betul kepada Siti Suraya.












Sdr. Ramli sedang menumpukan perhatian kepada subjek yang sedang dirakamkan.













Inilah bunga atau buah? yang telah dirakamkan oleh sdr. ramli.
















Sdr. Ramli sedang membuat rakaman sementara siti Suraya sedang memberikan tumpuan...










Sdr. Ramli sedang membuat rakaman sementara diperhatikan oleh siti Suraya, hmmmm....En. Ali Imran sedang memerhatikan apa pulak? heh...heh...heh....












Akhir kalam, kami singgah di kebun En. Basri untuk makan buah durian dan duku. Hmmmmm....itulah penutup hikayat untuk ketika ini, bye...jumpa lagi....

Wednesday, July 29, 2009

Tugas hujung minggu

Hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan UKM akan membuat rakaman video MCP di DECTAR dan juga rakaman 'single camera production' di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Pada hari Sabtu kami akan membuat rakaman sebuah forum di DECTAR iaitu bertajuk Mengangkat Martabat Bangsa jam 8.00 pagi. Salah seorang ahli panelnya ialah Tun Mahathir Mohamed.

Aku telah menghantar surat ke jabatan-jabatan dalan UKM untuk meminta kerjasama krew dari jabatan lain untuk membantu dalam tugas rakaman tersebut dan diantaranya dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Islam, HEP, Fakulti Kejuruteraan dan lain-lain.





Pada hari Ahad pula iaitu 2 Ogos 2009, aku, sdr. Ramli dan mungkin juga Siti Suraya akan bergerak ke Lata Jarum, Raub, Pahang untuk membuat rakaman Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma yang telah beberapa kali kami kunjungi dan rakamkan. Ini merupakan permintaaan drp Prof. J sebelum ia menghantar surat rasmi ke Pusat Penerbitan. Jika kami benar2 pergi kesana, ini bermakna, ia merupakan kali yang keempat kami menjejak kaki di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Itupun jika tiada aral yang melintang.

Sementara satu grup krew video unit kami akan bertolak ke Langkawi pada 2 Ogos 2009 untuk membuat rakaman dan menyertai Bengkel Foto anjuran Pusat Penerbitan dan Percetakan yang akan berlangsung dari 2 hingga 5 Ogos 2009. Grup berkenaan terdiri daripada sdr. Kamarul, Ruhaizad dan Amry.


Selepas itu iaitu dari 15 hingga 19 Ogos, kami akan berkampung di DECTAR selama lima hari untuk membuat rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM ke 37. Hmmmm....nampaknye bulan Julai dan Ogos tahun ni amat padat dengan tugas-tugas rakaman video untuk kami. O.k jumpa lagi.....

Sunday, July 26, 2009

Konsert Di Raja UKM 2009


25 Julai 2009;
Malam ini kami dari Unit Video akan membuat rakaman MCP Konsert DiRaja UKM 2009. Persiapan teknikal telah bermula sejak jam 6.00 petang lagi. Pemasangan kabel-kabel kamera video, kamera video dan peralatan di Bilik Kawalan atau Konti telah dibuat oleh sdr. Kamarul dan Ruhaizad. Sementara pemasangan peralatan audio telah dibuat oleh sdr. Ramli Adnan. Kemudian kami telah menyediakan sebuah LCD TV di hadapan Tuanku Canselor selain 2 buah layar besar dikiri dan kanan dewan Canselor Tun Abdul Razak yang sememangnya telah sedia ada. Sementara kerja-kerja grafik telah dilakukan oleh sdr. Amry dengan dibantu oleh Siti Suraya. Persiapan teknikal ini telah disiapkan lebih kurang jam 7.30 malam sebelum masing-masing pergi untuk menjamu selera serta bersolat.

Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew rakaman tiba di Studio UKM iaitu sdr. Firdaus, Zulhimi, Khaidir, Wafiy, Naziruddin, Ismahashimi, Yunus, Jamaluddin Saleh atau 'Chef'' dan Hanim. Cik Hasnah tidak dapat hadir. Dia mesej kepada aku mengatakan dia balik Pahang kerana makan buahan tempatan, buahan luar tak suke ke???

Persembahan bermula jam 8.45 malam. Aturcara bermula dengan Tuanku Canselor masuk ke dewan, kemudian di ikuti dengan ucapan Tan Seri Naib Canselor seterusnya tarian dari Artisukma. Berikutnya bermulalah persembahan oleh Orkestra UKM. Konduktor orkestra ialah Dato' Johari Salleh dan sdr. Azam. Penyanyi pada malam ini yang aku ingat ialah Datuk Aznah Hamid, penyanyi lelaki aku lupa namanya, tapi dia memang ada nama la...maaf ye...

Persembahan tamat kira jam 11 malam. Kepada semua krew yang membantu dalam tugas rakaman MCP ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga datang lagi untuk menghulurkan bantuan dalam tugas-tugas yang akan datang...sekian dan jumpa lagi......

Saturday, July 25, 2009

KENANGAN UKM-GLOBAL STUDENT DI SARAWAK



Inilah diantara foto-foto yang sempat dirakamkan semasa berada di Sarawak selama 4 hari.




Pandangan dari tingkat 13 hotel penginapan kami ketika matahari hampir terbenam.












Ini pula dari sudut yang saedikit berbeza...


















Ditepi tasik semasa berada di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak.














Ini juga ketika berada di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak












Ini foto Rumah Melayu di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak.















Yang ini pula dalam Palm Garden semasa aku merayau-rayau di kawasan berkenaan iaitu di Semengoh, Sarawak.

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK 4


19 Julai 2009;
Hmmm...ini hari terakhir kami di Kucing Sarawak. Lepas 'breakfast' kami pergi ke Pasar Satok untuk merakamkan tinjauan dan pemerhatian para pelajar di pasar berkenaan. Kami sempat merakamkan aktiviti pelajar di pasar berkenaan.

Pasar ini agak besar jugak seperti pasar terbuka di semenanjung. macam2 yang dijual di sini seperti kueh mueh, buahan, sayuran, pakaian dan sebagainya.

Ini ialah bandaraya Kucing dari pandangan hotel kami.


Kami tidak lama berada di pasar Satok ini. Keletihan menyebabkan kami cepat beredar dari pasar berkenaan dengan menaiki teksi. Teksi telah menghantar kami hingga ke Merdeka Palace dengan tambang yang diminta sejumlah RM12. Kami sendiri pun tak tau sama ada tambang tersebut betul atau tidak kerana sebelum ini ada yang mengatakan tambang teksi RM5 sahaja. Hmmmm....mungkin aku silap pemahaman kut.....
Pandangan dari tingkat 13 hotel penginapan kami. Bandaraya yang akan tutup kedai-kedai dan pasaraya jam 8.00 malam.



Di hotel penginapan, kami berehat sebentar kemudian mandi dan bersiap untuk 'check out' jam 12.00 tengah hari. Selepas lunch kami hanya 'lepak' dilobby hotel menunggu bas untuk membawa kami ke Lapangan Terbang Kucing jam 4.00 petang. Ermmmm....lamanya lagi nampaknya kami 'lepak' kat lobby ni.


Lagi pandangan bandaraya Kucing




Lebih kurang jam 4.00 petang kami menaiki bas bersama para pelajar untuk pergi ke Lapangan Terbang Kucing. Tiba dilapangan terbang kami turun dan muatkan beg2 kami ke atas trolly. Seterusnya kami pergi ke kaunter untuk tiket penerbangan kami. Hmmmm...di sini juga kami terpaksa menunggu agak lama lagi kerana penerbangan kami akan bermula jam 8.000 malam.

Bangunan kedai berhampiran Pasar Satok



Tiba waktu penerbangan kami 'check in' kat kaunter. Kemudian kami terpaksa melalui pemeriksaan imegrasen. Pelik juga aku, kalau nak masuk Sarawak, kami mesti melalui pemeriksaan ini dan kami hanya boleh berada di Sarawak selama 90 hari(mengikut tulisan dalam slip imegresen yang kami terima). Adakah melebihi tarikh dan jangka masa tersebut kami akan dianggap pendatang haram????


Sdr. Ramli sebelum mula membuat rakaman
di Pasar satok.



Dalam perut kapal terbang MAS, seperti biasa aku duduk bukan sebelah tingkap pesawat. tetapi kalau disebelah tingkap pesawat sekalipun apa yang boleh nampak, hanya gelap gelita waktu malam di luar pesawat.
Bosan jugak lebih satu jam setengah dalam pesawat. Yang agak tidak bosan kerana pramugari MAS yang melayan kami comel-comel belaka(ewahhh...macam kucing pulak...comel-comel...). Aku rasalah, mereka semua ni, yakni pramugari ni, tentu duduk di bilik bersolek berjam-jam agaknye......

Inilah keadaan dalam Pasar Satok sama
seperti pasar-pasar yang seumpamanya
di semenanjung.



Tiba di KLIA lebih kurang jam 10 malam. Selepas mengambil beg-beg dan barang2 yang lain kami yakni aku dan Ramli menunggu puteri kepada sdr. Ramli untuk mengambil kami. Bila saja mereka sampai kami memuatkan barang dalam kereta dan terus meninggalkan KLIA jauh di belakang untuk pulang ke rumah......bye..



Sdr. Ismail dan Ramli ketika di Lapangan
Terbang Kucing, Sarawak.


Ini pula ialah aku ketika di Lapangan Terbang Kucing, Sarawak......assalammualaikum...Ermm, Mail ni, snap foto aku tak focus. Ni mesti tangan dah gigil ni. Maklumlah 12 hari tak balik rumah lagi....