Saturday, April 11, 2009

Manifestasi Seni UKM 2009


Hmmm...lepas pasang kamera, sempat pulak main muzik,
entah lagu apo, hindustan gamaknye...
Sdr. Wafiy dan Firdaus..






Sdri. Hasnah dan Hanim...

Seperti biasa den memandu ke UKM, mestilah memandu kereta takkan nak berjalan kaki dari Bangi ke UKM yang jauhnya kira2 10 Km tu. Keluar rumah tepat jam 6.15 petang. Den dah janji dengan rakan-rakan untuk tiba jam 6.30 petang. Seperti biasa den memandu taklah laju sangat lebih kurang 90 Kmsj tapi walaupun tak laju lebih lajulah daripada kura-kura tu.


Tiba di UKM memang 'in time' taklah tepat sangat 6.30 petang, tapi o.k jugak tu. Janji tetap janji klau kito janji 6.30, mestilah kita tepati janji tu melainkan ada aral yang melintang. Den masuk studio, rakan-rakan den dah pun berado kek sanun. Sebenarnya de berjanji dengan dua orang rakan den tu untuk tiba di Studio UKM kira-kira jam 6.30 petang. Den minta dia orang bantu den memasang peralatan audio video di DECTAR untuk rakaman MCP malam ni. Persiapan peralatan kami siapkan dan diuji. Tugas tersebut selesai dalam masa satu jam.


Kemudian den menaip grafik untuk rakaman malam ni.
Krew yang lain tiba secara beransur ansur lebih kurang jam 8.00 malam. Sdr. Yunus tiba untuk membantu de menyiapkan grafik untuk dikeluarkan di skrin semasa rakaman di buat nanti. Lebih kurang hampir jam 8.30 malam Sdr. Asrof iaitu Pegawai Kebudayaan masuk studio dan minta kami sediakan satu lagi kamera video di lobby DECTAR untuk merakam persembahan seni di lokasi tersebut semasa VIP mula masuk ke DECTAR. Tapi sayang semasa rakaman tiada audio yang masuk. Kami terlupa memasang mikrofon di lobby untuk merakamkan audio. Apa nak buek, maka dia orang menari dan menyanyi tetapi tidak kedengaran suara dan juga muzik.


Semua aktiviti rakaman di dalam DECTAR telah dapat dilakukan dengan baik. Ramai krew bantuan yang telah datang membantu pada malam ni. en rasa gembira kerana masing-masing telah dapat menjalankan tugas dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara krew yang datang membantu malam ini ialah Sdr. Yunus, Zulhimi, Hata, Ismahashimi, Hafiz, Azrul, Khaidir, Firdaus, Wafiy, Bukhari, Sdri Hasnah dan Hanim. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK NTUK MEREKA SEMUO....

Cian studio kali kedua ditag...



Ini jawapan den hai Teho yang budiman.....

1. Jenis kenderaan kat atas sano....

2. Kelajuan yang den SELALU capai, 140Kmsj di selekoh, 100 Kmsj di jalan lurus...

3. Sebab den laju kerana jalan UKM ke Bangi Lama banyak hantu di kiri kanan terutama waktu malam. Semua hantu ado termasuk hantu rempit, tapi den tak tau 'speed' hantu tu bapo, yang den tau den dah laju dah tu...

4. Tak pernah di saman sebab kalau ado polis atau mato-mato golap kelajuan den cumo 20 Kmsj je...

5. Kawan2 yang den nak di tag tu ramai antaranya yang den senaraikan di Tinjau blog/ friendster...tu..


Friday, April 10, 2009

Masih ade lagi yang perlu dilakukan...



Den termenung memikirkan macam-macam namun den tak tau tajuk yang khusus ape yang den fikirkan. Tentang cuaca? Hmmmmm...bukan, biarlah difikirkan oleh ahli kaji cuaca...Tentang bumi? Bukan jugak, biarlah ia di kaji oleh ahli kaji bumi....Tentang bintang? itu cuma fenomena yang wujud bila hari menjelang malam, tapi bukankah ahli kaji bintang ada....Tentang hati? Hmmm....ontahlah, tak pasti pulak, hmmm...adakah ahli kaji hati?....Tentang tugas? Itu kemungkinan ada, tapi ia cumo sebahagian saja daripada apa yang berkecamuk dalam kepalo den...


Hmmmmm....malam esok(Sabtu malam) kami akan membuat rakaman video MCP berkaitan persembahan kesenian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kokurikulum kesenian di DECTAR. Den lupo tajuknya yang khusus, carilah sendiri... Biasanya bila ada tugas di studio, kami dah ada di Studio UKM se awal jam 6.30 petang untuk memmasang semua peralatan audio visual dan juga melakukan ujian ke atas peralatan tersebut. Diharapkan ramai krew bantuan yang akan datang untuk membantu. Den terlupo untuk menghubungi mereka melalui telefon siang tadi. (hmmmm...tak kan nak hubungi seseorang dengan burung merpati pulak kan.....)


Hari Isnin depan den dan sdr. Ramli akan bertolak pula ke Fraser Hill. Kami akan berada di sana dari 13 hingga 15 April 2009. Pihak FST minta unit kami untuk membuat rakaman Seminar Bioteknologi di Hotel Shahzan. Sebenarnya den tak berapa berminat dengan tugas-tugas kat hotel ni, kalau boleh tak nak pergi tapi tak bolehlah kerana sdr. Kamarul dan sdr. Ruhaizad telah pergi ke Labuan, tak kan mereka juga nak di hantar ke Fraser Hill pulak. Den lebih berminat dengan tugas-tugas membuat rakaman video dalam hutan. Program seperti itu lebih mencabar lagi daripada rakaman video dalam hotel. Walau macam manapun tugas tetap tugas, bukan semuanya boleh dipilih....Mungkin dalam seminar seperti ini den akan memperoleh ilmu yang bermanfaat, bukan gitu....

Thursday, April 9, 2009

Sistem asas televisyen



Sistem ialah satu koleksi elemen-elemen yang bekerja secara bersama untuk mencapai suatu maksud yang khusus. Setiap elemen adalah bergantung kepada kerjasama semua dan tiada sesuatu individu boleh melakukan tugas tersebut secara sendiri. Sistem televisyen mengandungi peralatan dan tenaga manusia yang mengendalikan peralatan untuk penerbitan sesebuah program. Sama ada program tersebut ringkas atau mudah atau kompleks, sistem tersebut bekerja di atas prinsip yang sama iaitu; kamera televisyen menukar apa yang dilihat kepada signal atau isyarat elektrik yang boleh disimpan sementara atau diubah secara terus kembali oleh peti televisyen kepada imej-imej visual di skrin tv. "Basic television system" menukarkan cahaya dan bunyi kepada isyarat elektrik video dan audio yang dipancarkan dan diubah kembali oleh televisyen kepada gambar dan bunyi di televisyen.


Mikrofon pula menukarkanapa saja yang ia dengar kepada bentuk isyarat elektrik yang boleh disimpan sementara atau ditukar secara terus kepada bnyi oleh speaker. Secara umumnya sistem televisyen yang asa menukarkan dari satu bentul tenaga ke bentuk tenaga yang lain. Isyarat gambar atau visual dikenali sebagai isyarat video dan bunyi pula sebagai isyarat audio.


The expanded system

Sistem televisyen yang asas akan dikembangkan apabila membuat penerbitan televisyen dalam studio atau di lapangan seperti siaran terus menerus acara sukan. Sistem yang dikembangkan itu memerlukan peralatan dan peraturan yang membenarkan untuk membuat pemilihan gambar-gambar dan sumber-sumber bunyi.


Dalam sistem televisyen yang telah dikembangkan termasuklah satu atau lebih kamera, unit kawalan kamera(ccu), monitor-monitor untuk preview, sebuah switcher, satu atau lebih video recorder, satu 'line out' untuk menghntar signal video ke ke video recorder atau terus ke transmitter. Selin dri itu video plyback, draphic machine, dan video tape editing.


Sementara bahagian audio pula mengandungi satu atau lebih mikrofon, audio mixer, speakers dan line out untuk menghantar isyarat audio kepada video tape recorder atau ke alat pemancar. Di mana-mana sekarng ini, komputer tidak boleh dielakkan dalam sistem televisyen.

Tuesday, April 7, 2009

Imbau Kembali Pengarahan MCP, jangan fobia dengan MCP...



ARAHAN PENGARAH UNTUK PENERBITAN MCP

SCRIPT ASSISTANT: 30 second to on air...

DIRECTOR: Ready graphic...
Ready VT...
Ready switcher...
Ready lighting...
Ready FM..
Ready Cam One
Ready cam Two
Ready Cam Three
Ready audio

SCRIPT ASSISTANT: 15 second to on air

DIRECTOR: Studio, silent please...
Ready VT for recording...roll VTR
Ready VT for montage. Sound on tape...


SCRIPT ASSISTANT
: We are ready to on air in 10 second from now....9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,


DIRECTOR: Roll VT....Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,
Ready
Cam Two for establish shot..

DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,

SCRIPT ASSISTANT: 10 second from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two, open mic, FM cue talent....
Ready music, fade in music...

Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, ready Cam 1...take One....






SCRIPT ASSISTANT
:
We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....

DIRECTOR: FM cue Lisa....
Ready to roll VT for advertisement...

SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Roll VT, Take VT...

SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Cam two...

DIRECTOR: Ready Cam Two...give me establish shot..

SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...

DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lisa..






SCRIPT ASSISTANT
:
Thirty seconds to close the program...

DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.

SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready cam two, ready C.G to roll.....
Cut to Lisa. Take cam two. Cut mics. Cue announcer..
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key C.G (over cam two), key C.G.
Key out.
Ready black....

SCRIPT ASSISTANT: 10 from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everyone.

Monday, April 6, 2009

Pakma oh.. Pakma



Aduhhhhh....letihnya pagi ni, rasa macam nak cuti je, tapi memikirkan tentang tugas tak jadi rasanya nak cuti. Hari ini tiba lewat di pejabat iaitu lebih kurang jam 7.30 pagi. Terus saja den meng 'on' kan mesin penyuntingan. Kemudian den mula membuat 'digitizing' semua 'footage' yang telah di rakam di Lata Jarum, Raub, Pahang tempoh hari. Selesai proses tersebut, terus den membuat penyuntingan 'off line'.


Setelah siap penyuntingan 'off line', terus den talipon Ali Imran supaya dia menghubungi Prof. Dr. Jumaat jika dia ada masa untuk datang ke Pusat Penerbitan untuk preview 'footage' yang telah den edit itu. Tidak lama kemudia mereka pun sampai dan menonton bahan yang telah den edit itu. Program yang den edit itu mempunyai durasi selama kira-kira 4 minit dan den beri tajuk 'Menjejaki Pakma di Lata Jarum, Raub, Pahang'. Kelihatan Prof. Dr. Jumaat bersetuju dengan bahan yang den edit itu. Mereka kemudian berlalu pergi. Video ini akan digunakan semasa majlis penutup seminar di Fraser Hill nanti bagi mendapatkan dana untuk satu ekspedisi saintifik. Den juga akan turut berada di Fraser Hill nanti sepanjang seminar iaitu dari 13 - 15 April 2009. Dengan itu dapatlah den melihat reaksi atau maklum balas penonton apabila mereka menonton video yang den sunting itu.


Seterusnya den menyambung tugas membuat penyuntingan 'online' pulak. Tugas ini selesai lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Kemudian den berhenti berehat. Den mesti berhenti untuk berehat kerana den bukan robot Jepun yang terpaksa kerja 24 jam dengan tiga 'shift' pekerja manusia tu. Den bercadang untuk memasukkan muzik latar belakang pada hari esok kerana petang ini ada tugas lain yng perlu diselesaikan.

Sunday, April 5, 2009

Menjejaki Pakma, bukan Pakwa....

Titi usang untuk masuk ke hutan...

Tunggu jeep tiba untuk keluar hutan...
Ali Imran, Ramli & Prof. Jumaat

Kulit riang-riang...




Pekan Raub...







Tak dapat rakam yang 'real' foto pun jadilah...


Ketika bulan muncul di Latar Jarum,
Ulu Dong, Raub, Pahang...

Sdr. Ramli sedang memancing...







Rama-rama...macam suara Ella pulak ai...










Sdr. Ramli dan Ali Imran...




Sdr. Ramli sedang merakam sesuatu di Latar Jarum...







Se awal jam 6.00 pagi, hari Sabtu bersamaan 4 April 2009, den sudah bangun. Selepas menunaikan kewajipan, den terus menyiapkan apa yang perlu untuk dibawa bersama ke Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Jam 7.30 pagi den membawa beg sandang yang berisi semua hal keperluan seorang lelaki kerana den seorang lelaki tulen, ewah menuju ke kereta...Jam 7.35 pagi den masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjinnya, menekan 'clutch', memasukkan 'gear' dan melepaskan 'clutch' untuk berundur keluar daripada pagar rumah. Seterusnya den tekan lagi 'clutch' dan masukkan 'gear' satu sambil melepaskan 'clutch' untuk menggerakkan kereta den ke hadapan sambil tangan den mengawal stering kereta den. Den menghala ke rumah rakan den iaitu Sdr. Ramli yang akan bersama den ke UKM dan seterusnya ke Raub. Tiba di rumah rakan den, jarum jam menunjukkan angka 7.40 pagi. Sdr. Ramli memasukkan barang ke dalam bonet kereta den dan seterusnya masuk serta duduk di sebelah den. Kemudian den menekan minyak bagi menegerakkan kereta den menuju ke UKM.


Tiba di bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan, den dan juga teman den masuk ke dalam bangunan untuk mengambil kamera video, tripod, lampu dan alat-alat lain yang diperlukan untuk membuat rakaman video nanti. Setelah selesai semuanya, den mengunci pintu kereta den supaya ia selamat ketika ditinggalkan di bangunan berkenaan. Kami menunggu Ali Imran(cantik nama ni, nama surah dalam al-Quran) mengambil kami untuk di bawa ke Latar Jarum. Tidak lama kemudian Ali Imran pun sampai dan kami memasukkan semua peralatan dan perkara berkaitan keperluan lelaki kedalam bonet kereta Ali Imran. Kami pun bergerak menuju ke rumah Prof. Dr. Jumaat Adam yang juga akan pergi bersama ke Lata Jarum. Selepas mengambil Profesor Dr. Jumaat, kami singgah di kedai minum(takkan singgah kat kedai basikal pulak kan....) untuk minum pagi. Selepas minum pagi kami bergerak bersama dengan sebuah lagi kereta yang dipenuhi oleh 4 orang pelajar pasca siswazah Prof. Dr. Jumaat menuju ke destinasi kami di Raub.


Dari UKM kami menuju ke K.L, Karak, Bentung, dan Raub. Sebelum ini bila tiba di Tol ermmmm...lupa tol mana, kereta Ali Imran berasap dan tanpa berlengah Ali Imran cepat2 memandu kereta ke tepi jalan raya. Hmm...mana ada orang pandu ke tengah jalan kalau kereta bermasalah kan gitu?. Apabila dibuka bonet depan, keluar asap berkepul-kepul.... tapi taklah macam asap dalam persembahan pentas kesenian tu...Rupa2nya kereta tersebut telah kering kontang airnya. Apabila air di isi dan di uji, hmmmmm...nasib baik rupanya nasib kami semua. Kereta tersebut tidak mengalami kerosakkan. Kalau rosak mungkin kami tak pergi ke Raub tu, dan sudah tentu si Pakma akan rindu kek kami nanti. Kami pun meneruskan perjalanan.


Di Raub, kami singgah untuk makan tengah hari dan juga membuang apa yang patut dibuang daripada dalam tubuh lelaki kami yang agak sasa ini...Selepas itu kami menyambung perjalanan ke Latar Jarum, Ulu Dong.
Tiba di Lata Jarum, jarum jam menunjukkan angka 2.00 lebih kurang.


Selepas sarapan dan melengkapkan apa yang patut, kira-kira jam 3.00 petang kami mula untuk memasuki hutan Lipur Lata Jarum untuk menjejak buah hati kami si Pakma tu. Grup pertama yang terdiri daripada pelajar pra siswazah telah masuk mengisi perut jeep dan seterusnya dibawa bergerak mendaki tanah tinggi untuk memasuki hutan. Ketua Renjer En. Mohd. Shokori Zainal Abidin memandu jeep berkenaan memasuki hutan yang berada di bawah bidang kuasanya. Pergerakan jeep memasuki hutan yang membawa para pelajar itu telah den rakamkan dengan kamera video yang den bawa, berjenama Panasonic(hmmm....ini iklan untuk Panasonic ni...).


Sementara menunggu jeep mengambil kami pula, kami berjalan perlahan-lahan mendaki tanah tinggi memasuki hutan. Dalam masa mengatur langkah itu den sempat merakamkan tumbuhan yang di minta oleh Prof. Dr. Jumaat di sepanjang laluan berkenaan. Den juga sempat merakamkan sebatang pohon Tualang yang amat tinggi, dimana pada dahan-dahannya terdapat lebih kurang 15 buah sarang lebah madu...wow...banyaknya....


Sebaik saja selesai merakam visual sarang lebah berkenaan, jeep yang akan membawa kami memasuki hutan pun tiba. Kami semua masuk ke perut jeep dan seterusnya di bawa mendaki tanah tinggi, memasuki hutan. Aw...aw...aw...(bunyi suara garau, kalau den seorang nyah tapi den bukan nyah tau.....) aduh, duduk dalam jeep mendaki permukaan yang tidak rata amat menyakitkan dan menyeksakan. Macam mana kita lihat rally kereta dalam hutan kat tv tu, macam itulah kami, di hentak dan dilambung oleh jeep tersebut. Mujurlah situasi berkenaan tidak lama kerana jeep berkenaan tiba dan berhenti di lokasi yang di tuju. Sempat juga den merakam ketika jeep tersebut melambung-lambung kami di dalamnya. Cantik kelihtannya semasa den preview visual berkenaan selepas keluar hutan.


Akhirnya jeep berkenaan berhenti di satu anak sungai yang mempunyai sebuah titi usang yang kecil. Di situ sudah siap menunggu para pelajar pra siswazah dan salah seorang dari mereka sempat merakam dengan handycam ketika jeep tiba di situ. Dari situ, kami mula melangkah kaki memasuki hutan melalui lorong yang sudah disediakan oleh pegawai renjer En. Shokori. Sepanjang perjalanan menuju destinasi Bunga Pakma, kami berjumpa beberapa buah air terjun kecil di sebatang anak sungai yang sentiasa mengalir airnya. Jernih airnya tapi malang den tak dapat melihat walau seekor pun anak ikan yang berenang...Den tiada melepaskan peluang merakam semua air terjun berkenaan. Letih jugak berjalan dalam hutan ni, kalau rakan den yang seorang lagi tu ikut, mungkin tombang keletihan kut, sapolah yang nak mendukungnye....heh...heh...heh...


Tiba di beberapa lokasi sepanjang perjalanan, den telah diminta merakamkan Bunga Pakma atau Rafflesia sambil di beri penerangan oleh Prof. Dr. Jumaat dan Ketua Unit Renjer En. Shokori. Den sempat merakamkan Bunga Pakma yang masih belum berkembang, hampir berkembang dan juga separuh berkembang. Kami tidak dapat merakam Bunga Pakma yang berkembang penuh. En. Mohd. Shokori mencadangkan kami datang lima atau enam hari lagi kerana terdapat bunga yang belum berkembang penuh akan berkembang dalam jangka masa tersebut. Hmmmm....tapi tak taulah sama ada kami akan datang lagi ke sini....


Apabila tiba di satu lokasi Bunga Pakma yang telah layu dan tergantung di akar yang memanjat sebuah pohon besar, den diminta untuk merakamkan bunga tersebut ketika Prof. Jumaat memberikan penerangan. Belum sempat habis rakaman tiba-tiba....ahhh...Sdr. Ramli yang sedang mengendalikan 'portable lighting' telah di sengat oleh berekor-ekor penyengat. Tanpa berlengah, den pun lari sambil membawa kamera begitu juga dengan sdr. Ramli. Hmmmm...Sdr. Ramli telah di sengat oleh penyengat tersebut di lengannya. Dua sengatan terdapat dilengannya. Sementara aku pula terselamat. Rupa-rupanya penyengat tersebut menyerang lampu yang sedang dipegang oleh Sdr. Ramli. Penyengat memang peka dengan cahaya rupanya. Pegawai renjer tersebut menyuruh Sdr. Ramli menyapu tanah di tempat sengatan untuk mengurangkan bisanya...hmmmm....mujarab juga nampaknya. Kami meneruskan juga bergerak menuju ke lokasi yang lain Bunga Pakma untuk dirakamkan ke dalam pita video. Walaupun hujan renyai-renyai turun, kami terus bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain bunga berkenaan. Versi pertama video ni akan disunting selama 2 minit untuk tayangkan semasa penutup seminar di Fraser Hill pada 13 April nanti, itu apa yang keluar daripada mulut Prof. Jumaat sendiri.
*** den telah siap sunting video ini selama 4 minit dan akan ditayangkan semasa majlis penutup seminar pada 15 April nanti, den jugo akan turut berada di sanun....

Untuk pengetahuan kita, Bunga Pakma merupakan bunga yang terbesar di dunia. Ia boleh mencecah sehingga selebar satu meter. Bila berkembang ia mengeluarkan bau busuk seperti daging busuk. Dari usia tunas, ia memakan masa selama 9 bulan untuk berkembang hmmmm...macam pompuan mengandung pulak. Ia berkembang selama 5 hingga 7 hari sahaja. Di Malaysia sejumlah 3 spesis terdapat di Semenanjung, 3 spesis di Sabah dan 3 spesis juga di Serawak. Kami mula keluar dari dalam hutan kira-kira jam hampir pukul 6.00 petang. Laaaaaaa.......baru den ingat, den langsung terlupa merakamkan foto dengan hphone den, Bunga Pakma tersebut....hmmmm....



Keesokan harinya iaitu hari ini iaitu Ahad, bersamaan 5 April 2009, kami sempat membuat rakaman video di persekitaran Latar Jarum seperti pengunjung-pengunjng mandi manda, berkelah, memancing dan sebagainya. Selepas makan tengah hari iaitu kira-kira jam 3.30 petang kami bergerak kembali menuju Bangi, Selangor. Di tepi jalan raya, yang masih dalam negeri Pahang, kami sempat singgah untuk menikmati rasa buah durian negeri Pahang. Alamak mahalnya buah durian tersebut, RM18 sekilo, hmmmm...penjual tu betul-betul macam lintah gunung(bukan lintah darat...kerana dia lebih ganas lagi..) mencekik darah betul....macam tak logik je harga macam tu.... Walaupun mahal, habis jugak kami makan dalam keadaan hujan yang baru lepas lebatnya, maklumlah Prof. Dr. Jumaat yang belanja...


Kami tiba di UKM kira-kira jam 6.30 petang...
Alhamdulillah kami semua selamat dan terima kasih kepada dua rakan den yang mengatakan mereka berdua doakan keselamatan den. Sebenarnya si Bunga Pakma tu tak jadi nak tolan den sebab dia pakai GIGI PALSU...kah...kah...kah...