Saturday, March 21, 2009

Majlis Kahwin





Inilah rakan den FIZA dan ISMAHISHAM, dia orang berdua
ni rakan sepengajian den yang masih bujang. Selamat menyambut
hari lahir ke ...dot...dot...dot..ISMAHISHAM(22 MAC ...dot....dot...dot...).
Bilo nak kawin ni...Ado sapo2 kah yang berminat ngan dia orang,
sila contact nombor 999, ops! silap nombor dahhh...??.



Sebelah ISMAHISHAM ialah SABAH berbangsa Arab Iraq, iaitu
rakan sepengajian MASTER Isma di UM sekarang ni...




Sekali lagi hari ini den ingin bercerita hal peribadi lagi. Hari ini den pergi majlis perkahwinan teman den iaitu RUSNANIZA BAHAROM di Melaka. RUSNANIZA ni teman sepengajian den di UKM sesi 1999/ 2000 di Jabatan Komunikasi, FSSK. Den dah janji dengan teman den iaitu ISMAHISHAM dan FIZA untuk pergi bersama ke Melaka. Isma dan Fiza juga teman sepengajian den bersama dengan Ros dalam sesi yang sama. Den keluar dari rumah jam 10.00 pagi. Masuk ke lebuhraya jam 10.10 minit lebih kurang menuju ke selatan. Den keluar di Tol Air Keroh. Den tunggu rakan den iaitu ISMA dn FIZA di Tol Air Keroh.


Tak lama kemudian ISMA tiba dan dia keluar dari kereta. Den pun turut keluar dan sama2 menuju ke arah satu sama lain. Kami berbincang tentang arah nak menuju ke rumah pengantin. Den bukan tahu sangat cuma bergantung kepada peta di kad jemputan yang telah diberi oleh ROS. Den meminta ISMA memandu di hadapan sebab den ni kalau berkaitan dengan arah2 di jalan raya ni agak kureng sedikit, bimbang akan sesat. Arah kek udara mungkin den mahir kut sebab den selalu lihat kapal terbang terbang di udara....heh...heh...


Semasa bersua dengan ISMA, kami sama-sama terlupa untuk bersalam. Agaknya kami rakan yang amat rapat(very close friends), yang menyebabkan kami lupo nak bersalam dan mengucapkan salam antara satu dengan lain. Betul ko kalau terlalu rapat akan menyebabkan lupo bersalam.....hmmmm...ontahlah.....Sebenarnya gelagat kami tak bersalam tu dilihat oleh rakan bangsa Arab ISMA yang ketika itu berada di dalam kereta bersama FIZA. Mungkin dikalangan bangsa Arab Muslim, bersalam dan mengucapkan salam merupakan satu hal yang mesti dilaksanakan dan merupakan sesuatu yang pelik jika tidak dilakukan. Fiza lah yang melaporkan perkara tu kepada kami(perkataan "melapor" tu satu drpd perkataan dalam media, jadi apa yang aku tulis kat blog ni tak lari dari tajuk 'media')


Kemudian kami terus memandu menuju ke rumah pengantin di Merlimau, Melaka. Tiba di taman perumahan pengantin kami terdengar paluan kompang. Bunyi paluan kompang itulah yang memandu kami ke rumah pengantin. Tiba di rumah pengantin kami terus masuk ke rumah untuk melihat ROS yang pada ketika itu sedang bersanding dengan suaminya(mestilah dengan suaminya, takkan suami orang pulak...kan...kan....) di atas pelamin. Aku terpegun dan tergamam seketika...... Hati ku berkata "Wah!! comey sungguh si Ros ni....hmmm...inilah kuasa tangan juru solek yang mahir...bisik hati den lagi.... Den sempat merkamkan foto dia orang bersanding dengan handphone den.... Maso tu kamera den tertinggal dalam kereta...heh...heh...heh....Daripada tiada, biarlah ada...kan...kan...


Sejurus selepas itu kami pun menuju ke khemah untuk makan maklumlah perut ni meronta-ronta meminta untuk di isi. Sempat jugo den merakamkan foto pengantin yang berada di bawah khemah. Sebelum balik kami sempat bersalam dengan ROS dan suaminya. Ros inilah teman den yang bertugas sebagai Penerbit Rancangan di RTM tu. Suaminya pun bertugas di RTM. Dalam perjalanan balik teman den si ISMA ajak den singgah di Hentian Air Keroh untuk solat. Selepas itu kami mengikut haluan masing-masing untuk pulang ke kediaman rasmi masing-masing..

Friday, March 20, 2009

Kumpulan Kimi

Kimi dan ahli kumpulannya...



Sekali lihat kumpulan ini mempunyai potensi untuk
menggerakkan industri media di masa depan
(sekali pandang lahh...kalau dua kali pandang, tak pasti lah....)


Hari ini walaupun den bercuti, den datang juga ke Studio UKM untuk membantu Kumpulan Kimi yang akan mengadakan latihan MCP dalam pukul 9.00 pagi. Den tiba di Studio UKM dan mendapati sdr. Kamarul Baharin telah menyediakan semua peralatan audio visual untuk latihan.

Kumpulan Kimi tiba di Studio UKM jam 9.15 pagi secara beransur-ansur. Sebaik saja semua ahli kumpulan telah tiba, latihan telah dimulakan. Kimi menjadi pengarah untuk kumpulan ini. Dari segi cara pengarahan Kimi kelihatan lebih yakin. Dia telah melakukan tugas pengarahan dengan baik cuma yang dibimbangkan ialah dari sudut countdown, kerjasama dengan Penolong Pengarah kerana penolong berkenaan tidak hadir semasa latihan ini. Selain dari itu den bimbangkan kemampuan krew-krewnya yang lain dalam memberi bantuan kepadanya nanti semasa penerbitan akhir. Latihan mereka pagi ini tanpa melibatkan host yang sebenarnya. Selain daripada itu kehadiran krew yang sedikit mendatangkan masalah.

Namun dapat dilihat semua krew Kimi kelihatan mempunyai keyakinan diri yang agak tinggi walaupun den bimbang dengan kemampuan mereka dalam penerbitan akhir nanti. Mungkin mereka akan dapat memperbaiki kelemahan di sana sini apabila datang lagi ke studio untuk membuat latihan. Kumpulan ini meminta untuk mengadakan sekali lagi latihan pada minggu depan.

Anggapan kami yang sudah berpengalaman lama mengendalikan pelajar latihan MCP ini ialah, kumpulan yang kerap membuat latihan tidak akan menghadapi kesulitan ketika penerbitan akhir nanti. Itu bukankah sudah lumrah alam, siapa yang rajin dia akan lebih berjaya. Jika berlaku sesuatu keajaiban pun, ia merupakan kes-kes yang terpinggir dan amat jarang berlaku....

Thursday, March 19, 2009

Latihan MCP Kump. 4






Hari ini(Khamis), den cuti, begitu juga dengan hari esok iaitu hari Jumaat. Malam ini, 19 Mac 2009 jam 8.00 malam dah tiba di studio UKM seperti juga malam sebelumnya. Semua peralatan audio video di Studio UKM telah disediakan oleh Sdr. Kamarul Baharin Supaat. Malam ini Sdr. Kamarul Baharin bertugas dalam DECTAR kerana ada Majlis Makan Malam Kolej.

Ketika berada dalam Bilik Kawalan atau Konti salah seorang pelajar yang membantu kumpulan 4 telah tiba. Kedengaran dia termengah-mengah. Bila ditanya katanya dia fikir dia telah terlambat tapi rupa-rupanya dia yang terawal tiba. Seketika kemudian tiba "the real host" Kumpulan 4. Beberapa ketika kemudian seorang lepas seorang pelajar latihan MCP tiba di studio. Dalam penerbitan yang sebenar di dunia luar ketepatan masa amat dititik beratkan dan amat perlu dalam bidang penyiaran.

Setelah semuanya tiba di studio, latihan pun dimulakan. Kali pertama terdapat sedikit kelemahan. Latihan kali kedua juga terdapat kelemahan namun dengan sedikit perbincangan telah dapat diperbaiki. Seterusnya kumpulan 4 telah menjalani beberapa kali lagi latihan tanpa kehadiran kami iaitu den dan Sdr. Ramli.

Sebelum balik, Ketua Kumpulan iaitu "The Iron Girl"(sengaja suntik semangat) telah meminta untuk mengadakan latihan lagi pada minggu depan iaitu hari Selasa 24 Mac; jam 4.00 ptg - 6.00 ptg. Pada keseluruhannya latihan Kumpulan 4 telah bertambah baik. Mungkin sekali lagi latihan, mereka mungkin tidak mengalami sebarang kesulitan dalam penerbitan akhir nanti, InsyaAllah.

Wednesday, March 18, 2009

Latihan MCP Kumpulan 4..

Inilah kumpulan 4, bagus, jangan sekali-kali
luntur semangat tu...

Itulah...bila den nak rakam foto, lari,
kan dah nampak tangan jo..


Tiada suatu pun yang mustahil, selagi kita
belum tahu ia ditakdirkan mustahil...


Malam ni tiba di DECTAR lebih kurang 5 minit lagi ke pukul 8.00 malam. Parking kereta di tempat biasa dan matikan enjen, buka pintu, "tup", bunyi pintu kereta ditutup, kemudian tittttttttttt...bunyi central lock di aktifkan sebaik saja punat di kunci, den tekan. Seterusnya den mengatur langkah menuju pintu dewan...ops! laaaa....berkunci rupanya pintu yang selalu menjadi laluan den. Hmmm...terpaksalah menapak menuju pintu utama DECTAR.


Depan pintu utama sedia menunggu beberapa orang siswi yang ingin menyambut ketibaan VIP...rupanya di DECTAR akan diadakan majlis makan malam kolej, tak tau den kolej mana. Terus berjalan masuk dewan dan seterusnya ke Studio UKM berhampiran dengan Panggung Seni. Pintu dibuka dan terus masuk lalu login kedatangan untuk bekerja malam ni. Sebaik selesai login, den menyediakan semua peralatan audio visual yang diperlukan di dalam studio.



Sebenarnya malam ni kumpulan 4 pelajar Pusat Pengajian Media akan mengadakan latihan penerbitan MCP. Kami akan mengendalikan latihan berkenaan. Kami yakni den, sdr. Kamarul dan Sdr. Ramli Adnan akan membantu kumpulan berkenaan cara pengendalian peralatan untuk penerbitan MCP. Seperti biasa kami akan membantu sepenuh hati tanpa sebarang niat tersembunyi yang terselit di sudut hati kami. Kali pertama latihan semua kesilapan yang wujud telah diperbetulkan sedikit demi sedikit hasil perbincangan kami dengan semua ahli kumpulan yang terlibat. Selepas pembetulan dilakukan, latihan diteruskan. Setelah semuanya agak o.k kami tinggalkan mereka menjalankan latihan dengan sendiri.



Walaupun kumpulan 4 tidak mempunyai krew yang cukup untuk latihan namun mereka masih jua mempunyai semangat untuk berlatih. Itulah yang amat penting bagi kami jika kerjasama kami diperlukan. Bagi kami semangat mereka untuk berlatih menyebabkan kami bersedia untuk membantu secara "all out". Apa yang den harapkan malam esok iaitu 19 Mac 2009 jam 8.00 malam segala kesilapan malam ini tidak akan berlaku dan dapat mereka atasi. Yang paling penting, semasa penerbitan akhir nanti mereka dapat melakukan tugas masing2 dengan sempurna dan mampu menghasilkan penerbitan yang cemerlang.....

Tuesday, March 17, 2009

Latihan MCP Kump. 1 & 2.

Kumpulan 1 dan 2 sedang melakukan latihan penerbitan mereka...





Malam ini kami yakni den dan Sdr. Kamarul Baharin berjalan dengan selambe memasuki Studio UKM yang dikatakan oleh beberapa individu sebagai gua. Kebetulan kami sama-sama sampai di tempat parking kereta sebentar tadi di sebelah DECTAR. Tugas kami malam ini kat studio UKM ialah mengendalikan latihan Multiple Camera Production(MCP) pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Seperti biasa setelah siap semua peralatan kami pasang, maka para pelajar berkenaan memulakan latihan mereka. Malam ini kami lebih banyak melihat sahaja apa yang mereka lakukan. Sebelum ini kami memang secara total akan menunjukkan kepada mereka cara melakukan tugas penerbitan program sama ada dari segi pengarahan dan juga kawalan peralatan dalam penerbitan program dengan menggunakan kamera berbilang atau Multiple Camera Production.

Dari pemerhatian kami masih terdapat beberapa kelemahan dalam latihan mereka. Pengarah kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Satu dan Dua masih tidak mendapat rentak mereka. Kawalan audio masih lagi terdapat kelemahan, begitu juga dengan arahan-arahan. Paparan grafik juga masih tidak lancar. Kawalan VTR dan switcher, nampak ok.

Di akhir latihan pengarah setiap kumpulan bertanyakan pandangan kami terhadap mereka semasa latihan dijalankan. Kami cuma memberi sedikit komen, hmmmmm...mungkin berguna untuk mereka nanti dalam penerbitan akhir. Kami tidak mau memberi komen yang banyak kerana kami tak mau mereka hilang semangat disebabkan oleh komen-komen kami. Walau bagaimana pun kami amat berharap mereka akan dapat mengatasi semua kelemahan berkenaan sebelum penerbitan akhir pada awal bulan April nanti. Den juga agak sangsi dengan kumpulan-kumpulan yang lain kerana latihan pelajar semester ini tidak sekerap latihan peljar dalam semester yang lalu.

Namun den tidak lupa, mungkin akan terjadi keajaiban semasa penerbitan akhir...siapa tahu...bukan begitu? Mungkin semua kumpulan akan dapat mengatasi semua kelemahan mereka dan dapat menghasilkan penerbitan yang lancar, cemerlang, dan menghasilkan markah yang penuh..siapa tahu??? Kami memang amat berharap mereka akan dapat mengatasi kelemahan yang wujud semasa latihan berkenaan.


Pada den, tiada suatu pun yang mustahil melainkan kita sendiri yang membuatkannya mustahil. Jika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu, namun tidak tercapai tujuannya, di situ barulah kita berkata....SUDAH TAKDIRNYA BEGITU. Lepas itu terpulanglah kepada individu, sama ada hendak menangis sepi ko, hendak meraung ko, hendak melolong ko ataupun kombinasi meraung, menghentak-hentak kaki, menarik-narik rambut serta berguling atas bumi...itu masing-masing yang menentukannya....

Tugas kami atau den sendiri ialah memberikan semua pengetahuan yang den ado kepada mereka. Tiada satu pun disembunyikan kerana den percayo kalau kita tidak lokek ilmu, kita akan memperoleh banyak lagi ilmu....jadi untuk apo lokek ilmu???

Pantun...oh...pantun...





Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh den bayar,
Hutang budi dibawa mati.

Inilah contoh pantun Melayu yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini. Pantun banyak digunakan dalam semua perkara di zaman Melayu lama dan diantaranya ialah dalam adat pinang meminang. Pantun telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak mereka masih lagi tidak pandai membaca dan menulis. Ia telah menjadi satu alat berkomunikasi dalam masyarakat Melayu.

Malam tadi bertarikh 16 Mac 2009, kira-kira jam 8.30 malam, telah diadakan Majlis perasmian penutup dan Penyampaian Hadiah, Pesta pantun UKM 2009 di Panggung Seni, DECTAR. Unit audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membuat rakaman MCP program berkenaan.

Malam ni ramai krew yang telah membantu. Mereka yang hadir membantu ialah MUHAMMAD WAFIY, MUHAMMAD KHAIDIR, AZRUL KHAIDIR, HANIM, MUHAMMAD BUKHARI, JAMALUDIN SABRAN, ISMAHASHIMI, SULIMI, KAMARUL BAHARN, RUHAIZAD, RAMLI ADNAN dan seorang krew baru yang den lupo namonyo...soly maaa...

Terima kasih kepada semua ang membantu....

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik den konang jua.

Sunday, March 15, 2009

Penolong Pengarah (Assistant Director)



Seseorang Pengarah memang amat sibuk semasa raptai dan produksi. Pengarah mesti membentuk dan memberi arahan berkaitan shot-shot kamera, meneliti 'framing' dan komposisi, memberi arahan kepada 'talent', mengikuti skrip, mendengar audio, melihat monitor-monitor, memberi arahan kepada krew-krew produksi, memberi arahan kepada audio, VTR, mengawasi masa program, dan sebagainya. Maka tidak hairanlah seorang pengarah memerlukan pembantu dalam melaksanakan tugasnya. Dalam hal ini seorang penolong pengarah atau Assistant Director amat diperlukan.

Dengan adanya Penolong Pengarah, tugas Pengarah menjadi mudah sedikit. Pengarah masih lagi bertanggung jawab kepada keseluruhan produksi. Dengan adanya Penolong Pengarah yang membantu dari segi penjagaan masa, persediaan arahan-arahan(ready cues) dan penyusunan awal shot-shot kamera akan membolehkan Pengarah menumpukan sepenuhnya kepada perkara yang berlaku sekarang tanpa merasa risau apa yang berlaku berikutnya.

Peranan Penolong Pengarah(AD) adalah bergantung kepada Pengarah sesebuah program yang diterbitkan. Terdapat Pengarah yang memberikan tanggung jawab yang besar kepada Penolong Pengarah(AD). Namun yang ideal, Pengarah dan Penolong Pengarah membentuk satu kumpulan yang rapat yang melengkap-melengkapi di antara satu dengan yang lain. Biasanya tugas Penolong Pengarah ialah menentukan masa produksi, menyediakan arahan berikutnya dan penyediaan awal shot-shot kamera.

Timing the show;
Masa amat penting dalam penerbitan. Masa yang tepat akan mengelakkan penerbitan melebihi atau mengurangkan dari masa yang telah ditetapkan. Penentuan masa yang tepat akan menjadikan penerbitan kelihatan lebih baik di skrin tv.

Readying cues
Penolong Pengarah boleh membantu pengarah dengan arahan persediaan untuk audio, lighting, VTR roll, pengacara dan 'talent'. Biasanya Penolong Pengarah memberi arahan persediaan kepada operasi, sementara Pengarah akan memberi arahan untuk beroperasi.

Presetting Camera Shots
Dalam program yang mempunyai skrip lengkap dimana shot-shot yang berurutan telah dirancang, Penolong Pengarah digunakan untuk mengatur shot kamera yang berikutnya. Oleh yang demikian Penolong Pengarah juga mesti mempunyai satu salinan skrip. Dalam produksi Penolong pengarah sewajarnya bersedia dengan satu shot di hadapan Pengarah. Dengan ini Pengarah akan tumpukan kepada kamera yang sedang ke udara dan masa perubahan video.

Penolong Pengarah: After this Cam One ready MCU of 'talent'...
Pengarah: Ready Cam One, take one...

Kolej Kris Mas...






Kris Mas merupakan kolej kediaman pelajar dalam kampus UKM yang mempunyai penghuni yang paling ramai. Kolej ini mula diduduki oleh pelajar pada tahun 1999. Malam ini dan malam esok (14 DAN 15 MAC 2009) Kolej Kris Mas mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di DECTAR. Perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Dr. Muhammad Abdul Razak. Seperti biasa kami diminta membuat rakaman video MCP untuk majlis berkenaan. Ia bermula kira-kira jam 8.45 malam waktu tempatan dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam...Ini baru balik dari DECTAR lah ni.....

Rakaman video MCP hanya kami lakukan bagi kolej-kolej yang membuat permohonan untuk perkhidmatan berkenaan. Malam ni ramai krew rakaman tidak dapat menghadirkan diri untuk membantu dalam melakukan rakaman MCP tersebut. Krew yang sempat hadir ialah,
Sdr. Yunus Misdi, Muhammad Wafiy, Azrul Khaidir, Zulhimi, Sulimi, Ramli, Ruhaizad, Kamarul dan saya sendiri....Ops! lupo lak, switcher kami yang cantik menawan....Sdri Hanim...

Letih memanglah letih, terutama jurukamera kerana mereka terpaksa berdiri di kamera selama 3 jam...whooo...lotih pinggang dibuek yo... Tapi apakan daya, janganlah mengeluh nanti ado yang kato kito ni TAK BERSYUKUR pulak...kan...kan...kan... Kalau mengeluh lagi, tentu ado yang kato nanti..."Ekau ni tak bersyukur, kalau gitu ekau tak payah kojo lah...biar kami yo yang kojo...kan..kan...kan..."


Esok ado laie iaitu sambungan Majlis Makan malam Tahunan Kolej Kris Mas, jam 8.00 malam...

Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul



Hari ini Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2009 dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Acara perbarisan yang dijangka akan diadakan waktu pagi telah tidak dapat direalisasikan kerana hujan turun dengan lebat tanpa henti. Oleh itu semua peserta perbarisan terus sahaja berkumpul di dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR). Bacaan selawat telah dilakukan dalam dewan berkenaan. Begitu juga bacaan Al Quran serta Forum yang juga turut diadakan.

HARI INI DEN SAKIT KEPALO. Hari ini kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan berasa sungguh letih kerana krew video untuk melakukan tugas amat sedikit sekali bilangannya. Dalam Bilik Kawalan cuma saya dan Sdr. Ruhaizad saje. Sdr. Ramli Adnan pula mengawal audio. Hanya terdapat dua orang jurukamera sahaja iaitu Sdr. Wafiy dari Unit Cetak dan Sdr. Azrul Khaidir dari pejabat pentadbiran PP&P. Itu saja kekuatan yang kami ada hari ini. Kesiannya jurukamera terpaksa bertugas tanpa pengganti selama 2 jam. Soory lah kawan....bukan disengajakan....

Minggu ini dan seterusnya minggu depan Unit Audio Video, PP&P amat sibuk sekali... Hari Sabtu dan Ahad, 14 dan 15 Mac 09, kami akan membuat rakaman MCP, Majlis Makan Malam Kolej Kris Mas di DECTAR. 16 Mac pula kami akan membuat rakaman MCP, Festival Pantun di Panggung Seni, DECTAR. Tak tau den berapa ramai krew yang boleh meluangkan masa untuk membantu kami....hmmmm...ontahlah, apakan daya.....Apa-apa pun kepada mereka yang sanggup datang membantu diucapkan ribuan terima kasih...kalau tak pun JUTAAN TERIMA KASIH....

Thursday, March 12, 2009

"Obama & the American Dream"







Petikan daripada kata-kata Ms. Cody C. Taylor dari Kedutaan Amerika, K.L
"Barack Obama mengetahui bagaimana cara bercakap dengan golongan tua, muda, orang kulit putih dan orang kulit hitam"


Petikan daripada kertas kerja Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
"Barack Obama merupakan African-American dan bi-racial American pertama menjawat jawatan Presiden Amerika yang ke-44. Ia merupakan satu fenomena politik yang amat besar bagi Amerika dan seluruh dunia"

Petikan daripada kertas kerja Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
"Statistik berdasarkan daripada CNN; Dibandingkan dengan Mc Cain, Barack Obama mendapat sokongan 89% drpd Party Democratic; 95% pengundi kulit hitam; 89% berideologi liberal; 56% golongan wanita; 78% beragama yahudi; 54% drpd pengundi tiada berlatar belakang ketenteraan; 58% postgraduate study; 66% berumur di antara 18 - 29 tahun; 59% dari daerah northeast; 65% golongan yang tidak menyimpan senjata api dan 67% golongan yang tidak menyukai Bush."

Hari ini Pusat Penerbitan dan Percetakan telah mengadakan Wacana PP&P di Bilik Seminar Pusat Penerbitan dan Percetakan. Ahli panel wacana tersebut ialah Ms. Cody C. Taylor dari Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan. Wacana tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarulnizam Abdullah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK.

Tugas Unit Audio Video ialah membuat rakaman wacana tersebut sepanjang ianya berlangsung. Rakaman video dilakikan oleh Sdr. RAMLI ADNAN. Selepas wacana satu salinan DVD wacana berkenaan telah diberikan kepada Ms. Cody C. Taylor. Wacana berkenaan bermula kira2 jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Wednesday, March 11, 2009

Kolej Tun Hussein Onn.....oh....KTHO..

Sdr. Hanim mengendali 'switcher'

T.Hj. Sulimi mengawal rakaman audio.




Ismahisham, rakan sepengajian den sessi 1999/2000 yang datang rumah den hari itu, hantar SMS kepada den, bertanyakan alamat blog den. Maso tu den sedang memberi arahan kepda krew rakaman dari Bilik Kawalan. Selepas den serahkan tugas pengarahan kepada Sdr. Kamarul Baharin satu jam selepas tu, den pun balaslah SMS kawan den Ismahisham tu. Catatan-catatan Sdr. Ismahisham tu terdapat dalam kotak shoutmix den tu...silolah baco kalau nak. Kalau taknak takpo...tak kisah pun den.... Sebenarnya malam ni, iaitu 10 Mac 2009 kami, krew audio video telah membuat rakaman MCP Majlis Malam Anugerah Pelajar Ke-12, Kolej Tun Hussein Onn. Majlis tu diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul razak atau DECTAR. Tema majlis berkenaan ialah merah, hitam dan putih. Sebelum majlis berlangsung sempatlah den menunjukkan gambar 'seseorang' yang memakai pakaian tema berkenaan ke layar besar dewan..huuuu....dio malu....Nasib baik den kenal sorang jo...kalau ramai tentu den lotakkan semuo gambar dio orang semuo kat layar besar dewan tu.... Krew video yang terlibat dalam rakaman video MCP tu ialah den sendiri, Sdr. Ramli, Sdr. Sulimi, Sdr. Ruhaizad, Sdr. Kamarul baharin, Sdr. Jamaludin Sabran, Sdr. Zulhimi, Sdr. Khaidir, Sdr. Wafiy, Sdr. Firdaus, Sdr. Ismahashimi, Sdr. Azrul, Sdri. Hanim dn Sdri. Hasnah. Pemasangan peralatan audio visual dalam studio UKM dan dalam DECTAR kami lakukan sejak jam 6.30 petang. Pemasangan 3 buah kamera video, sebuah plasma dan penyediaan grafik untuk program berkenaan. pemasangan peralatan audio juga dipastikan supaya level audio yang dikehendaki dicapai. Begitulah rutin tugas kami apabila sesebuah rakaman video MCP hendak dilakukan. Kami bertugas macam biasa. Kami menghidupkan suasana bekerja yang ceria tanpa sebarang perasaan negatif dikalangan kami semua.. hmmmmm...tu je....Timo kasih kepada semua krew yang membantu....

Monday, March 9, 2009

Pelancaran Buku 'The Malays"

Bilik Senat, lokasi majlis pelancaran buku..


Alat PA System di Bilik Senat..

Sdr. Ramli dari Pusat Penerbitan dan Sdr. Azhar dari Pejabat Pendaftar
sedang membuat pemeriksaan alat PA System di Bilik Senat..


Bilik Majlis lokasi Naib Canselor memberi taklimat
kepada DYTM Raja Nazrin


Petang tadi kira2 jam 4.30 petang kami yakni saya dan Sdr. Ramli Adnan telah membuat pemasangan alatan audio visual untuk pelancaran buku "The Malays" di Bilik Senat. Pelancaran buku berkenaan akan disempurnakan oleh DYTM Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak esok 10 Mac. 2009. Majlis pelancaran buku berkenaan akan berlangsung pada jam 9.30 pagi. Buku 'The Malays" ini telah ditulis oleh Prof. Anthony Milner.

Pencahayaan dan Set

Erh..hmmmm...kembali dari tajuk hiba..sekarang serius kembali....
pencahayaan dan set merupakan lokasi yang memperkenalkan persekitaran di mana 'performer' akan kelihatan. Biasanya set dan pencahayaan ini telah disediakan sebelum 'performer' memasuki studio. Ada ketikanya 'talent' diminta berdiri di set untuk membuat pelarasan akhir pencahayaan. Ada ketikanya saiz talent, warna kulit dan pakaian dan lain2 memerlukan sedikit pelarasan pencahayaan. Terdapat juga pengarah yang meletakkan pita pelekat sebagai panduan kepada 'talent' di mana dia perlu duduk atau berdiri untuk shot-shot kamera, pencahayaan dan juga audio. Namun tanda-tanda berkenaan hendaklah tidak ketara dalam shot-shot kamera.

Saturday, March 7, 2009

Erti Kawan (hal peribadi)

Dari kiri(berdiri); Den, Nurul Hawa, Niza dan Jamilah Maliki.
Dari kiri(duduk); Mat Rotu dan Mohd. Razif Zakaria.
Foto ini dirakam dalam tahun 2000, ketika itu kami sedang membuat
rakaman Sambutan Thaipusam di Batu Cave
untuk projek dokumentari kami.


Hari ini den nak cito perkara peribadi pulak yang ada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan tiada kaitan dengan mereka yang telah mati. Walaupun peribadi namun ia tidak lari daripada perkara berkaitan media...Kira-kira jam 11.30 pagi, den terima satu call dari seorang kawan yang dikenali sebagai Ros dan hingga sekarang pun masih dikenali sebagai Ros. Dia kata dia hendak datang ke rumah den. Ros ni merupakan salah seorang kawan den semasa belajar di Jabatan Komunikasi, FSSK, UKM sesi 1999/2000. Sekarang ni dia bertugas sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Den kato kek dio den akan berada di rumah selepas jam 2.00 petang kerana kebetulan den masa tu sedang berada di luar rumah iaitu di lokasi yang tak perlu den jelaskan di sini.

Jam 2.00 petang, Ros dan seorang rakannya dari RTM tiba di rumah den. Sebelum tu Nurul Hawa yang juga rakan sepengajian den sesi 1999/2000 sudah sampai di rumah den. Nurul Hawa sekarang ni bertugas di IKRAB sebagai Pegawai Penyelidik. Rupanya Ros dah talipon Nurul untuk berkumpul di rumah den. Den pun tak tau perkara ni, mereka berbincang di antara mereka je, kalau den tahu awal tentu den akan batalkan perkara di luar rumah tu.Tak lama kemudian tiba rakan sepengajian kami yang lain iaitu Fiza dan Ismahisham dan rakan Isma yang berbangsa Arab yang sama2 buat Master kat UM sekarang ni. Isma sebenarnya seorang guru Bahasa Inggeris sebelum buat Master kat UM sekarang ni. Den, Nurul Hawa, Ros, Fiza dan Ismahisham serta lain2 lagi merupakan rakan sepengajian yang sama2 belajar di Jabatan Komunikasi, UKM sesi 1999/2000. Kami semua boleh dikatakan rapat, biasanya student broadcasting UKM masa tu memang rapat antara satu dengan lain. Masa tu kami semua yakni student broadcasting tiada sebarang perasaan hasad dengki dan banyak tolong menolong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dalam pembikinan program-program video kami masa tu. Pensyarah berkaitan broadcasting kami yang masih den ingat ialah, PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI, PUAN ARFAH, PROF. MADYA RAJA AHMAD ALAUDIN, PUAN (PROF. MADYA) FUZIAH KARTINI, PROF.MADYA DR. RAHMAH, EN.(DR) YUSOF, PUAN(DR) NORMAH dan CIK MAT(lupa nama penuh). Semua mereka ini pernah mengajar den.

Berbalik kepada cerita asal, rupa-rupanya si Ros datang ke rumah den hanya untuk menyerahkan kad jemputan kahwin. Dia akan berkahwin pada hujung bulan Mac ini. Baguslah, seorang demi seorang rakan2 den mendirikan masjid....eh...eh..yo ko mendirikan masjid? ontahlah....Bila kami dah berkumpul hurm....macam2 cerita yang timbul. Seronok, gembira dan sebagainya kami rasakan bila berjumpa. Rumah den sejak masih student memang menjadi lokasi berkumpul termasuk dalam pembikinan drama kami semasa belajar. Banyak cerita yang keluar dari mulut masing2 hari ni. Cerita siapa dah kawin, sudah berapa orang anak dan sebagainya termasuklah gossip kut maklumlah kami semua student penyiaran, tentulah ada terselit gossip dalam perbualan...hurm...tapi taklah banyak, sikit je....gossip tu berdosa kan...kan...kan.... Kadangkala terfikir juga den, sudah hampir 10 tahun kami meninggalkan era student di UKM tetapi kami masih terus berhubung dan tidak kekok untuk bercakap, berbicara dan omong-omongan sesama kami, persis macam kami masih student dulu. Kini, Fiza berjawatan sebagai guru, Ismahisham tengah buat Master kat UM, Nurul Hawa seorang Pegawai Penyelidik di IKRAB, UKM dan Ros sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Dikalangan rakan2 yang berkumpul di rumah den tu, Ismahisham dan Fiza masih bujang lagi....Ado sapo2 nak jadi calon dia orang? Den takleh tolong...usho lah sendiri.....

Begitulah bila kawan lama bersua kembali tentu seronok, gembira dan seribu satu lagi perasaan yang tak dapek den jelaskan. Hal ini dapat kami kecapi kerana semasa kami belajar atau semasa kami masih student, kami mempunyai perasaan yang amat rapat di antara satu sama lain.Hal ini tidak akan dapat kami rasakan jika semasa masih student kami sibuk dengan bergaduh, berdengki dan seribu satu macam perkara negatif yang kami lakukan di antara satu dengan yang lain. Saudara Bakhtiar yang masih di Pusat Pengajian Media lebih banyak mengetahui berkaitan hubungan kami sesama rakan-rakan 'broadcasting'. Lain-lain rakan yang masih den ingat ialah Razif Zakaria(masih berhubung), bekerja di Kementerian Kesihatan dan den dengar nak sambung PhD, Ku Arafat, bertugas sbg. Penerbit Rancangan di RTM, Ghazali, pensyarah di KUIS, Felomena, Penerbit Rancangan di RTM, Mat Rotu, dengar cito jadi guru, Niza, Nuyu, Jamilah Maliki di UNIMAS, Sam, merupakan seorang businessman dan Ming Kok, sedang buat PhD di US. Rakan-rakan yang lain den tak berapa ingat. Ada maklumat berkaitan rakan-rakan ini den dapati melalui akan-rakan den juga...

Ada kenangan yang tak dapat den lupokan sampai sekarang bersama rakan-rakan dari broadcasting ialah semasa Malam Anugerah Seni, Festival Filem dan Penyiaran yang diadakan dalam tahun akhir pengajian kami. Anugerah tersebut merupakan anugerah tahunan yang disertai oleh IPT di Malaysia dimana semua hasil kerja video sepeti iklan, eksperimental, dokumentari dan drama dipertandingkan. Malam Anugerah Seni berkenaan merupakan malam kemuncak Festival Filem dan Penyiaran, di mana hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang. Den memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal untuk program Festival Filem dan Penyiaran. 'Broadcasting' UKM telah memenangi hadiah keseluruhan. Den terus balik ke rumah sebaik saja selesai majlis tersebut walaupun rakan-rakan den mungkin meraikan kemenangan tersebut. Den kecewa sebab peralatan PA System tidak berfungsi dengan baik. Banyak kesilapan berlaku semasa majlis tersebut berlangsung, malu sangat den maso tu. Ia adalah di bawah tanggung jawab den sebagai orang yang mengetuai bahagian teknikal, bersama seorang lagi kakitangan teknikal Pusat Kebudayaan UKM. Beberapa hari selepas tu wartawan sebuah akhbar (den lupo akhbar apa) telah membuat komen berkaitan sistem bunyi semasa majlis berkenaan sedang berlangsung. Keratan akhbar berkenaan telah lekatkan di dinding dalam Studio di Jabatan Komunikasi masa tu. Den pun tak tau untuk apo diletakkan di dinding studio...hmmm..supaya den baco kut...hmmm...ontah den tak tau sampai hari ni....tak boleh nak buat tuduhan...berdosa kan menuduh orang ni..Ketika itu Festival Filem dan Penyiaran merupakan majlis terbesar untuk pelajar komunikasi IPT. Den dengar cito pada malam selepas tamat majlis tersebut, dia orang cari den tapi tak jumpo. Mano nak jumpo den terus balik ke rumah dalam keadaan yang amat kecewa...hmmm....Oleh itu den tiada dalam perjumpaan antara pelajar dan pensyarah den selepas tamat majlis tu...Hal ini tak dapat den lupokan hingga ke hari ini kerana ada rahsia lain yang den simpan hingga kini..Den terlalu kecewa pun sebahagiannya disebabkan oleh rahsia ini....

Hmmm...tu jelah yang dapat den nukilkan di sini untuk renungan bersama...untuk Ros, selamat pengantin baru...untuk Fiza dan Ismahisham....jangan tunggu lama-lama....Mereka semua beredar dari rumah den hampir jam 6.00 petang...

Itulah ada ketikanya bila kita duduk sendirian, kita akan mengenang dan merindui saat-saat kita bersama rakan-rakan kita yang telah berlalu pergi. Ada ketikanya juga kita berasa ingin kembali ke masa lalu jika ianya penuh dengan kenangan manis bukan kenangan pahit....ewahhh...bye...


Friday, March 6, 2009

Audio..



Dalam penerbitan, bunyi yang bermutu sangat penting sepertimana visual. "Talent" boleh membantu 'sound engineer' mencapai tahap ini dengan memegang atau menggunakan mikrofon dengan cara yang betul yang mana akan memberikan 'sound level' yang betul. Apo kato kalau sesebuah penerbitan yang telah dijalankan mempunyai audio atau sound yang tak sempurna. Tentu ini akan mencacatkan penerbitan berkenaan. Melainkan dalam filem 'eksprimental', audio mungkin tidak diperlukan. Namun dalam penerbitan filem atau video 'senyap' itupun merupakan bunyi kerana ia diletakkan di kolum 'audio' dalam skrip. Oleh itu audio juga memainkan peranan yang sama pentingnya dengan visual dan jika sesebuah penerbitan tidak mempunyai audio, ia boleh diibaratkan seperti 'gulai tidak bergaram' tapi kalau terlebih garam pulak mudah mendapat penyakit darah tinggi...kan...kan...kan...

- Cara memegang mikrofon..
  • Mikrofon yang diklipkan kepada 'talent' jangan bergesel dengan baju atau hiasan yang akan mengeluarkan bunyi semasa penerbitan sedang berjalan.
  • 'Talent' hendaklah berada dalam ruang yang boleh di rakam oleh mikrofon berkenaan(pick up range).
  • Bagi 'talent' yang perlu bergerak, kabel mikrofon hendaklah dilekatkan di seluar 'talent' supaya mikrofon tidak mudah tertanggal.
  • Apabila terpaksa menggunakan mikrofon seperti 'boom mic' pastikan pergerakan ' talent' berada dalam 'pick up range' mikrofon berkenaan.
-Cara meletakkan mikrofon
  • Letakkan mikrofon di lokasi di mana ia boleh merakam bunyi yang boleh diterima.
  • Jangan letak mikrofon di props atau perabut kerana ia akan bergesel dan mengeluarkan bunyi geseran jika tersentuh oleh 'talent'
  • Sembunyikan kabel mirofon daripada kelihatan di kamera ketika rakaman. 'Tape'kan kabel supaya tidak tersepak oleh 'performer' ketika rakaman.
  • 'Off' kan mikrofon sehingga ia diperlukan untuk di 'on' kan semasa rakaman.

- Audio Level...


Setiap 'audio console' mempunyai VU(volume Unit) meter yang menunjukkan 'intensity of sound level'. Untuk memperoleh level audio biasanya ia dilakukan semasa latihan. Uji audio sebelum penerbitan program bermula. Uji semua mikrofon sebelum program bermula. kalau melibatkan penonton pastikan mikrofon untuk penonton berfungsi dangan baik dan mencapai 'sound level' yang dikehendaki.

Thursday, March 5, 2009

"performer'" & Peralatan Penerbitan MCP



Tidak kira bagaimana handalnya seseorang 'performer' namun ianya mestilah di rakam dan diterbitkan dengan sempurna oleh peralatan penerbitan supaya ditonton oleh penonton. Dengan lain perkataan jika tidak dirakam dan diterbitkan ianya adalah tidak bermakna dan "akan mengabihkan bogheh jo...eh...eh yo ko mengabihkan bogheh...ontahlah, jawab sendiri....". "Performer"(mereka yang berada di hadapan kamera semasa rakaman atau siaran langsung) yang bagus amat memahami kepentingan sesebuah penerbitan yang bermutu, dan akan akan sentiasa memberi kerjasama serta membantu pengarah dan krew sebaik mungkin dalam penerbitan program tersebut.....

  • Kamera video
Dalam kebanyakan keadaan, 'performer' bekerja dengan dua atau lebih kamera video yang boleh merakamkan subjek dalam sudut yang pelbagai. Untuk berkerja dengan kamera video setiap 'performer' mestilah memberi pertimbangan kepada 3 perkara;

1. Di mana kamera diletakkan.
2. Apakah yang dirakam oleh setiap kamera.
3. Kamera mana yang sedang ke udara
  • Kedudukan Kamera
Anda sebagai 'performer' mesti mengetahui di mana kamera diletakkan. Perkara ini akan membantu Pengarah untuk mendapatkan shot-shot yang terbaik dan mengelakkan masalah-masalah kepada kemera.
  • Shot-shot Kamera.
'Performer' sewajarnya mengetahui shot-shot asas setiap kamera namun tidaklah perlu macam seorang Pengarah. Umpamanya dengan mengetahui kamera mana yang merakamkan anda dan jenis-jenis 'shot' yang dirakam, akan memastikan anda akan sentiasa memberikan perhatian kepada kemera berkenaan ketika proses penerbitan sedang berjalan. Katakan kamera 1 merakam MCU 'performer' sementara kamera 2 pula merakam tangan yang sedang memegang buku yang sedang diperkatakan...Jika 'performer memahami hal ini beliau tentu tidak akan menggoyangkan tangannya yang sedang memegang buku, supaya mudah merakam CU buku berkenaan...(faham ko maksud den ni...takpolah gunolah bahaso yg korang faham sendiri...)
  • Kamera yang mana sedang ke udara
Bekerja dengan dua atau lebih kemera bermakna anda perlu mengetahui kamera yang mana keudara pada masa-masa tertentu. 'Tally light' pada kamera merupakan suatu pertunjuk namun anda juga patut mengetahui kamera mana pula akan di pilih selepasnya. Jika tiada mendapat 'cue' dari 'Floor Manager' seseorang 'performer' akan menghadapi masalah.

Tuesday, March 3, 2009

'On air....'









Pelajar Kumpulan 1, 2, 7 dan 8, yang membuat latihan MCP di Studio
UKM di DECTAR waktu petang dan malam...


Untuk 'opening of the program'
  • 30 seconds to on air..
  • Studio, silent please...
  • Graphic ready...
  • VT ready...
  • Switcher ready,,,
  • Lighting ready...
  • FM ready...
  • Cam One ready..
  • Cam Two ready...
  • Cam three ready..
  • Audio ready...
  • 15 seconds to on air...
  • VTR ready for recording...
  • Roll VT...
  • Ready VT for montage; sound on tape...
  • 10 seconds from now...
  • 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, roll VT
  • We'll come to studio in 15 seconds with Cam 2,
  • Ready Cam Two, give me establish shot....
  • 10 seconds to studio..9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
  • Take Cam Two, open mics, cue talent..
  • Ready cam One, CU on Lisa....
  • Ready Graphic..
  • Take One......
  • Superimpose graphic..
  • Graphic out..
  • Ready cam Three, MS on Mary...
  • Ready graphic...
  • Take Three...
  • Super graphic...
  • Graphic out...
  • Ready Cam One...., MS on Lisa...
  • We'll have a break in 30 seconds for advertisement...
  • 15 second, cue Lisa...
  • Ready to roll VT for advertisement..
  • 10 seconds from now...9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
  • Roll VT, Take VT...
  • We'll come to studio in 15 seconds on Cam two...
  • Ready Cam Two...give me establish shot...
  • 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1..
  • Take Two; open mics; cue Lisa...
Untuk 'closing of the program'
  • Thirty seconds. Give her/ him a wrap-up.
  • Fifteen seconds. C.G ready for closing credits.
  • Cam two zoom out a little (which is on a wide shot of the interview area).
  • Ready cam two, ready C.G to roll. Cut Lisa. Take cam two. Cut mics. Cue announcer. Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits.
  • Ready to key C.G (over cam two), key C.G. Key out.
  • Ready black - 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, fade to black. Hold.
  • Stop vtr. O.K, all clear. Good job everyone.

"COUNTDOWN"



"Countdown" semasa memulakan 'on air' atau mulakan produksi dan 'countdown' semasa hampir menamatkan produksi atau 'countdown' segmen-segmen membantu performers(semua yang terlibat dalam produksi) membuat peralihan yang licin dan lancar serta tepat masanya. Apabila semua mikrofon ditutup, Floor manager mesti menjerit dengan jelas "stand by" dan memberitahu setiap krew dan 'talent' yang berada di 'studio floor' masa yang masih tinggal sebelum diberi 'cue'. Sebagai contoh katakan iklan yang sedang ditayangkan akan tamat beberapa saat lagi dan akan kembali ke studio. Maka Floor Manager akan menjerit...
  • Stand by...
  • Coming back in fifteen seconds...
Ini akan mengingatkan talent dan krew serta mereka bersedia untuk 'cue'.. Bila sudah sampai 10 saat, Floor Manager menjerit..
  • Ready in 10 seconds
  • Coming up on Cam 2.
Mengarahkan 'talent' kepada kamera yang khusus membantu mengelakkan kemungkinan tersilap memberi 'cue' dan kekeliruan.. Countdown five..four...three...two...one ..dan sterusnya di beri secara senyap dan diberi 'cue' dengan jari tangan. Dalam jangka masa ini mikrofon di buka... "Hand countdown' biasanya diberi disebelah kamera yang sedang 'on air' dan dengan itu memudahkan 'talent' melihatnya disamping mengekalkan matanya melihat kamera dan penonton...