Wednesday, May 21, 2014

UkM 44 TaHuN & KeRiS MaS

SEMALAM, ISNIN, 19 MEI 2014, Kami membuat rakaman MCP 'majlis pelancaran 
sambutan 44 tahun UKM' di Persada Canselor. Persiapan peralatan telah
disiapkan hari Ahad. Awal pagi kami telah berada di
Persada Canselor. Majlis bermula jam
9.00 pagi. Pelbagai acara
telah dijalankan termasuk SYARAHAN
NAIB CANSELOR UKM sendiri. Majlis tersebut
tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Aku akan upload video
ke UTUBE apabila telah selesai aku edit nanti. 









 Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam kerja-
kerja rakaman MCP berkenaan. Mereka ialah sdr. SHAHRUL FADLI,
JASRIL AMRY, RAMLI ADNAN, KAMARUL BAHARIN
SUPAAT, HJ. IZAD dan AHMAD YUNUS MISDI.



MALAM  tadi pula iaitu, SELASA, 20 MEI 2014, kami membuat rakaman DINNER
KOLEJ KERIS MAS di DECTAR, UKM. VVIP yang datang ialah
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARA
BANGSA dan TNC HEPA. Program formal
majlis tersebut tamat lebih kurang jam
11.00 malam.
Artis undangan ialah HABIBAH NOOR.











AKU nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang datang membantu
iaitu sdr. SHAHRUL FADLI, JASRIL AMRY, RAMLI ADNAN,
KAMARUL, HJ. IZAD, HATA, YUNUS, HJ. SULIMI.
Sabtu dan Ahad malam hujung minggu ini pun
ada rakaman MCP Dinner Kolej.

...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Sunday, May 18, 2014

persiapan rakaman 44 tahun ukm.

PETANG tadi kami buat persiapan untuk membuat rakaman MCP majlis sempena
44 tahun UKM di Bangunan Canselori. Persiapan kami buat bermula jam
2.00 lebih. Kami gunakan 3 buah kamera semasa rakaman
esok. Rakaman berkenaan juga akan di tonton
secara 'live' di bangunan berkenaan dan juga penonton
luar boleh menonton melalui internet kerana pihak PTM akan adakan
'streaming' yang akan amik output dari kami. Petang ni kami pasang perlatan secara
 bersama dengan PTM dan Pusat Kebudayaan yang sediakan  sistem audio.
Live streaming boleh di tonton di sini;http://live.ukm.my/







Terima kasih kepada semua krew yang benar2 bertugas iaitu sdr. SHAHRUL, JASRIL,
RAMLI, RUHAIZAD....dan terima kasih kepada EN. HAZRUL yang
turut datang memantau tugas kami. Tugas berkenaan
selesai jam 5.00 petang dan segalanya telah
diuji dan sedia untuk digunakan pagi esok, jam 9.00 pagi. Jangan lupa
dalam majlis tersebut ada SYARAHAN NAIB CANSELOR ramai ingin mengikutinya.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUD.montak.zakaria.

malam MANIFESTASI seni UKM 2014 (LaGu PuiSi)

SEMALAM, SABTU, jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video MCP 'PROGRAM
MANIFESTASI SENI UKM 2014, sempena sambutan 44 tahun UKM. Semalam 
merupakan malam kedua tapi dulu semalan ialah DEKLAMASI
PUISI, sementara semalam LAGU PUISI.
Program tersebut merupakan program pertandingan. Majlis tersebut
berlangsung selama lebih kurang dua jam. malam tu juga merupakan malam kedua aku
bertugas sensorang dalam bilik kawalan, dah nasib....
Apa2 pon kerja rakaman telah dapat dijalankan 
dengan baik tanpa masalah.............

persiapan..







MALAM semalam krew agak cukup2 jer dan terima kasih kepada semua yang datang
bertugas iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, HJ. SULIMI, HJ. IZAD, ISMA,
HATA, ROSLI, WAFIY dan AKU........................
Aku akan upload ke YOUTUBE bila
daselesai edit nanti....

....terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria

Saturday, May 17, 2014

malam MANIFESTASI seni UKM 2014.

MALAM tadi JUMAAT, 16 MEI 2014, kami membuat rakaman MCP 'MALAM
MANIFESTASI SENI UKM 2014. Program tersebut bermula jam 8.00 malam.
Malam tadi merupakan acara kumpulan pertama PERTANDINGAN
PUISI antara kolej2 kediaman pelajar. Malam ini, SABTU,
merupakan malam terakhir dan majlis penyampaian
hadiah kepada pemenang-pemenang...
Rakaman tersebut mengambil masa lebih kurang
dua jam......Program tersebut merupakan program sempena 44 tahun
Pusat Kebudayaan dan Universiti kebangsaan Malaysia.........................................

...aku sendiri lagi dalam bilik kawalan utama 'bersama jam dinding'...



...salah sebuah kamera kami bermasalah...terpaksa ditukar dgn yg lain...
...fungus memang musuh utama lens...
Aku nak ucap jutaan terima kasih kepada krew2 iaitu semua krew
AUDIO VISUAL serta krew bantuan, sdr. YUNUS, ISMA, HATA dan HJ. SULIMI.
Bantu kami lagi malam ini dan malam seterusnya...Minggu ini dan minggu depan,
hampir setiap malam kami ada rakaman MCP di DECTAR...

terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, May 11, 2014

konsert irama pantai timur



INI tugas kami semalam, SABTU 10 MEI 2014, iaitu rakaman MCP 'KONSERT IRAMA
PANTAI TIMUR yang menampilkan persembahan dari beberapa buah IPTA
di Malaysia. Antara persembahan tersebut ialah
MAKYONG, DIKIR BARAT, TARIAN RAKYAT dan sebagainya.
Persembahan berkenaan tamat pada jam 11.00 malam. VVIP yang hadir ialah TNC HEPA.











TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. AHMAD YUNUS, HATA, ISMA,
HAJI SULIMI, YAN, SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, KAMARUL dan HAJI IZAD.
Malam ni ada tugas lagi iaitu rakaman MCP Dinner Kolej di dectar.

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, May 10, 2014

dinNER UNDang2, hoTEL BANgi putraJAYA...

SEMALAM, JUMAAT, 9 APRIL 2014, kami membuat rakaman media MCP di 
Hotel Bangi - Putrajaya. Majlis yang dirakam tersebut ialah MAJLIS
MAKAN MALAM PELAJAR FAKULTI UNDANG-
UNDANG UKM...



JAS & SHAH









PERSIAPANperalatan MCP kami pasang jam 3.00 petang dan majlis bermula jam
8.00 malam. Majlis tersebut di hadiri oleh KETUA HAKIM MAHKAMAH
PERSEKUTUAN, kalau tak silap. Sementara TNC HEPA
mewakili pihak UKM.
MAJLIS tersebut selesai lebih kurang jam 11.00 malam.
Kemas peralatan dan terus balik ke UKM dengan kenderaan penuh dengan
peralatan rakaman. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada krew yang terlibat
iaitu sdr. SHAHRUL FADLI, JASRIL, RAMLI, KAMARUL, HAJI IZAD,
dan seorang krew yang sudi membantu kami pada malam itu.
ALHAMDULILLAH....keje selesai dengan baik dan MALAM INI,
SABTU dan MALAM ESOK, AHAD kami ada lagi rakaman MCP di DECTAR
pula. Aku harap krew bantuan akan datang membantu pada malam2
tersebut................................................................................................................

...terima kasih kerana sudi membaca.....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, May 8, 2014

keMPen kesEDAran veKTor



PAGI TADI, KHAMIS, 8 MEI 14, kami membuat liputan video program
KEMPEN KESEDARAN VEKTOR yang dianjurkan oleh MAHASISWA 
SARJANA SAINS ENTOMOLOGI, FST di SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR
RINCHING, SEMENYIH.







Program tersebut tamat pada jam lebih kurang satu petang sebelum kami
bergerak semula ke UKM yang mempunyai jarak pergi
dan balik sejauh lebih kurang 60 kilometer.
Terima kasih penganjur yang memberi kerjasama
dan terima kasih juga kepada krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL,
RAMLI dan JASRIL........................................

....sekian dan terima kasih kerana membaca dan aku akan cuba
siapkan video tersebut dalam masa yang terdekat....
DAUD.montak.zakaria