Sunday, November 10, 2013

fesTIval gaMELan daTAng LaGi...



HARI ini, Sabtu, 9 Oktober 2013, kami membuat rakaman 'FESTIVAL GAMELAN
MALAYSIA 2013' di PANGGUNG SENI UKM. Sebenarnya kami
memang setiap tahun membuat rakaman festival
gamelan ini......

scp  jer.....
pembukaan...
tnc diperkenalkan kepada universiti2...
Kebiasaannya kami membuat rakaman penuh festival gamelan ini dengan menggunakan
berbilang kamera atau MCP. Namun malam ini jam 8.30 lebih
kurang, kami cuma membuat rakaman penuh
dengan menggunakan sebuah kamera
sahaja..........



kisah gamelan...
HAL sedemikian berlaku kerana satu masalah yang tidak dapat kami elakkan, terpaksa
rakam program ini dengan SCP jer....apa nak buat.....
Namun begitu SCP yang kami jalankan
ini mungkin jugak mampu
menghiburkan bila aku telah siapkan proses
suntingannya dan juga bila aku 'upload' kan ke YouTube nanti....nantikan jer
video ini di YouTube tidak berapa lama lagi.....

universiti petronas....
penutup...
penutup...
Kami membuat rakaman tersebut lebih kurang 2 jam lebih. Dalam jangka masa tersebut
kami melekat jer kat kerusi di PANGGUNG SENI tu....nak kuar pon
tak boleh sebab di kiri dan kanan sesak dengan penonton...
ramai jugak penonton pada malam tu....tak sangka
ramai gak peminat gamelan ni...

sesi fotografi...
Sebenarnya semasa rakaman MCP, yang lepas-lepas, aku memang tidak berpeluang
 duk dalam dewan ni
sebab sibuk mengendalikan MCP dari dalam studio bersama
rakan-rakan...Malam ni aku berpeluang
duk bersama-sama penonton...
Persembahan malam ni agak menarik, disamping muzik gamelan
klassik terdapat juga alunan muzik gamelan yang moden dan rancak....aku suka 
dengan persembahan gamelan dari universiti petronas yang
rancak dan gamelan ukm yang tidak
kurang rancaknya
dengan pelbagai alat muzik selain daripada alat muzik gamelan....
nantikan videonya yang akan aku 'upload' ke
YouTube..........
Terima kasih bebanyak kepada sdr. SHAHRUL dan KAMARUL......

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Friday, November 8, 2013

suKum ke-38 LaGi...



HARI ini, Jumaat, 8 oktober 2013, kami membuat rakaman SUKUM 38.
Sebelah pagi kami membuat rakaman FINAL PING PONG
antara UKM dan UiTM di DEWAN
GEMILANG UKM





Kami berada di DEWAN GEMILANG tak lama ponnnnn......mungkin
lebih kurang sejam kut. Kami kemudia kembali ke pejabat.
Aku selesaikan tugas transfer KONVO UKM
SIDANG 2 ke pita untuk
arkib.....ada yang kata rakaman untuk arkib
tak penting sangat pon kerana tak menyumbang kepada pengantarabangsaan..
opst! betul ker ayat aku tuuuu.....



KEMUDIAN selepas solat Jumaat kami bergerak pula ke UPM iaitu DEWAN
SERBAGUNA, PUSAT SUKAN UPM untuk membuat rakaman
video FINAL TAKRAW ....UKM masuk
final..........................
Kami rakam hingga regu kedua sebelum kami
gerak kembali ke UKM... Tiba UKM jam hampir pukul lima............
Aku bercadang untuk gunakan 'footage' yang sedia ada pada kami ni untuk membuat
penerbitan video...mungkin tak menarik tapi ada jugak ler untuk
ditonton di YouTube nanti...............

....sekian kerana sudia membaca dan TERIMA KASIH BANYAK
kepada SDR. SHAHRUL & KAMARUL....esok, Sabtu
ada assignment lagi......

DAUD.momtak.zakaria

Wednesday, November 6, 2013

suKum 38



HARI ni, RABU, 6 OKT. 2013, kami membuat rakaman beberapa acara sukan
dalam kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia. Tak banyak pon
acara yang kami rakam........




Sebelah pagi kami membuat rakaman perlawanan Ping Pong di DEWAN GEMILANG.
Sebelum tu kami cuba membuat rakaman perlawanan bola sepak.
Namun disebabkan hujan turun, kami terus bergerak ke 
DEWAN GEMILANG.




Selepas membuat rakaman acara pingpong, kami bergerak kembali ke padang
A untuk membuat rakaman bola sepak. Dapatlah juga membuat sedikit
rakaman perlawanan bola sepak yang dah tinggal
beberapa minit jer lagi..



Sebelah petang kami membuat rakaman perlawanan acara tarik tali pula. acara
ini bermula pada jam 4.00 petang. Tak lama pon kami berada
di sini. Dalam acara ni UKM tewas kepada UM.
Malam ni sdr. SHAHRUL dan KAMARUL membuat rakaman
perasmian SUKUM KE - 38 di STADIUM UKM pula.................................
...esok kami akan turun lagi untuk membuat rakaman acara sukan berkenaan.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, November 1, 2013

haNya seCEBis kenANgan....

HARI ini, Jumaat, dua orang pelajar Latihan Industri di tempat kami telah
menamatkan latihan industri mereka...........Mereka merupakan
pelajar POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
ARAU PERLIS. Mereka menjalani LI
selama satu semester....

siti aisyah & nur najwa.
program fotografi pusat kebudayaan...
latihan mcp bersama pelajar LI FPI di Studio UKM
Banyak asam garam yang mereka lalui selama berada bersama kami. Macam2 tugas
yang mereka lakukan, mungkin tak mencabar namun ia mungkin
mampu memberi manfaat kepada mereka untuk
terus ke hadapan.....

latihan MCP
masa shooting Bakar Lemak Gaya UKM, bulan puasa ni...
lepas shooting 'tatacara pemakaian jubah PPS'
Kami cuma mampu memberi mana yang kami mampu berikan....sebagai manusia
 kami bukanlah 'perfect', banyak kurangnya....banyak lemahnya......
Apa-apa pon diharap di celah-celah kelemahan 
kami masih terselit sedikit manfaat
buat kalian.....

senam 1 malaysia 36 jam tanpa henti..
senam satu malaysia
mcp senam satu malaysia
Dalam masa mereka memperoleh sedikit manfaat daripada kami, mereka juga
banyak membantu kami dalam segala tugas yang kami jalankan
seperti rakaman video scp, mcp dan dalam tugas2
penyuntingan..............
Siang dan malam mereka membantu kami
tanpa jemu...............................................................................................

senam satu malaysia
waaaa....sama2 bersenam....
syarahan PTSL
Diharap jika ada terselit pelbagai kesilapan kami, harap semuanya dimaafkan. Mungkin
kami tidak sedar setiap kesilapan yang telah kami lakukan. Sebagai manusia biasa
tentu kesilapan seringkali tidak dilakukan dengan sengaja...maafkan
kami....maafkan kami..............

lupa program apa...
program pencak silat ker....?
jadi FM Majlis Konvo 41
Harap sepanjang mereka bersama kami....mampu menyenangkan hati mereka, mampu
menjadikan sanubari mereka ceria. Jika wujud sebarang kekurangan 
kami, harap dimaafkan jerrr.........

Konvo UKM Ke 41
Konvo UKM 41
Konvo UKM 
Namun begitu janganlah lupakan kami semua, dan jika ada kesempatan hubungi kami,
lawati kami, kunjungi kami dan jengah kami di sini sama
ada secara jasmani maupun melalui talian maya..

PENTER
kembali sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhh.....
 AKHIRNYA....kami harap kalian terus maju hingga ketahap yang mampu dicapai,
diharap jugak kalian berjaya di dunia ini dan di alam yang 
semua manusia akan sama-sama merasai nanti...
MAAFKAN atas segala-galanya.........................jumpa
lagi di masa akan datang walau di mana...

sekian....
DAUD.montak.zakaria

peNTer LaGi....



JAM 11.00 malam lebih tadi, baru tiba di rumah dari UKM. Sibuk pulak minggu ni...
Rasanya macam  UKM tu da jadi rumah kedua aku pulak...cuma
belum pernah lagi tidor kat pejabat tu.....

mimi, nur najwa & siti aisyah
pengacara...

Malam tadi Khamis, 31 Oktober, kami membuat rakaman MCP program PENTER
anjuran pusat kebudayaan ukm. Persiapan teknikal telah dibuat
oleh sdr. SHAHRUL, KAMARUL dan RAMLI...
Aku tiba jam 6.40 petang kelihatan
hampir semuanya da siap
dipasang....




Krew agak ada jugak yang membantu walaupon masing-masing da letih kerana melayan
majlis konvo itu hari....aku pon letih gak tapi tak boleh buat apa-apa...
tugas tetap tugas....mesti diselesaikan dengan
sebaik mungkin...


Rasanya aku da ketandusan modal dan idea untuk mencoret sesuatu yang panjang...
oleh itu rasanya cukuplah setakat ini jer kan......nanti aku akan edit
video yang da dirakam tu serta akan di upload ke
YouTube....jadi kalau ada masa
tontonlah yerrrr....
Dikesempatan
ini aku ingin mengucapkan
terima kasih bebanyak kepada semua krew yang
terlibat termasuk sdr. YUNUS MISDI, ISMA, ROSLI, SULIMI, WATIE, MIMI,
serta semua krew UAV dan tak lupa juga pelajar latihan Industri dari
POLITEKNIK ARAU iaitu SITI AISYAH dan NUR
NAJWA. INI merupakan MCP terakhir
buat mereka kerana esok, Jumaat
merupakan hari yang TERAKHIR untuk
mereka bersama kami....Latihan Industri mereka di tempat kami ni da berakhir....
Jadi lihatlah foto2 yang ada tu.......aku da takde idea nak
sambung catatan di muka blog ni.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria