Wednesday, May 23, 2012

PTPTN...oh...PTPTN...



.....video majlis berkenaan..........


...sebelum bermula....
 HARI ini 23 MEI 2012, kami membuat rakaman video PENYAMPAIAN PENDAHULUAN WANG PTPTN kepada bakal pelajat IPT di DECTAR.

...aturcara...

Sebelum penyampaian pendahuluan tersebut telah diadakan taklimat oleh pihak PTPTN dan juga ceramah daripada pihak BTN.

....bekalan minum pagi tuk kami....

Dalam rakaman ini kami agak kekurangan krew sebagai jurukamera, yang datang cuma seorang  krew bantuan dari FPI, Chef.....dan Haji Sulimi dari Komunikasi Media.
....doa...

Walaupun kami kekurangan krew namun tugas mesti dijalankan. Rakaman kami jalankan juga walaupun mungkin kamera lebih banyak dalam keadaan 'statik'.

....vvip di atas pentas....
 Perkara kekurangan crew dalam waktu bekerja adalah perkara biasa yang kami hadapi melainkan majlis konvokesyen. Dalam majlis konvokesyen ramai yang dapat 
menghadirkan diri kerana ia merupakan majlis utama di ukm.

....perasmi majlis....

...2 bkrew yang bertugas di kamera....

...ini krew bantuan kami dari FPI, terima kasih
kerana membantu...
...tekun bekerja, sdr. hanamichi....

Majlis penyampaian pendahuluan kepada pelajar...

AKU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew yang bertugas iaitu HAJI SULIMI, CHEF@ JAMALUDDIN FPI, RAMLI, SITI SURAYA, KAMARUL, JASRIL@HANAMICHI dan SHAHRUL. Aku tak dapat merakan semua foto2 krew kerana sibuk, terlupa nak rakam krew konti kami yang 'comey' dan aku tak dapat rakam foto krew jejaka-jejaka ganteng di bilik audio, maklumlah sibuk mengendalikan konti sebab tak cukup krew...apa2 pun ALHAMDULILLAH tugas dapat dijalankan dengan licin. Ucapan perasmian ini akan aku upload kan ke YOUTUBE tanpa sebarang suntingan sebab kami pengamal media kecilan yang telus...
...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Tuesday, May 22, 2012

...Kalau dah namanya keje, tentu tak habis-habis kan....

pict by google image....

MEI, JUN & JULAI ni aktiviti video kami agak banyak gak. Agak sukar gak untuk melayani permintaan pelanggan kami. Itulah betapa lakunya kami. Walaupun agak banyak tetapi itu tidak bermakna kami mengeluh cuma untuk melayan setiap pemintaan agak perlu sedikit masa untuk berfikir.
Tugas-tugas kami yang mendatang ini meliputi tugas rakaman penuh program dan juga rakaman MCP yang melibatkan banyak permintaan. Antara tugas kami ialah....
- 23 MEI 2012: rakaman MCP  Penyerahan Pendahuluan Wang PTPTN di DECTAR
- 25 MEI 2012: rakaman ENG Pameran Seni Tampak di DECTAR
- 25 MEI 2012: rakaman penuhSyarahan Umum Prof Adjung di Bilik Senat
- 26 MEI 2012: rakaman MCP Malam Pertandingan Tarian di Panggung Seni.
- 27 MEI 2012: rakaman MCP Persembahan Pentas Muzik dan Tarian
- 30 MEI 2012: rakaman MCP Karnival Keusahawanan dan Inovasi
- 31 MEI 2012: rakaman penuh Syarahan Perdana
- 31 MEI 2012: rakaman SCP TNEC di JPP
- 1 JUN 2012: rakaman penuh Syarahan Perdana Professor.
- 11 - 15 JUN 2012: Kendalikan Bengkel Penerbitan Dokumentari di Perak
- 12 - 15 JULY 2012: Pentauliahan Pegawai PALAPES di UUM.

-28 JUN '12 - 21 JULY '12: PROGRAM GLOBAL STUDENTS MOBILITY di

 GOMBAK, PULAU CAREY, TASIK CHINI, LANGKAWI, SABAH & SARAWAK.

...itulah antara tugas-tugas kami yang akan kami laksanakan...namun masih ada lagi

yang masih berlari-lari lagi di talian...

...moga kami mampu melaksanakan tugas2 berkenaan tanpa
sebarang masalah, INSYAALLAH....

sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Friday, May 18, 2012

PERASmian UKM CAreer exPO.





aku letakkan ucapan perasmian oleh TNC HEJIM jer
...ucapan yg lain tak....


HARI ini kami membuat rakaman video MCP UKM CAREER EXPO 2012 di Lobi Utama Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Perasmian dilaksanakan oleh TIMBALAN NAIB CANSELOR HEJIM (HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT UKM.

...persiapan kamera video sebelum
majlis bermula....Shahrul & Kamarul......

sedang 'setting' kamera...Shahrul...

...tugas mesti dilakukan dalam keadaan 'senang hati', supaya tugas tidak
terasa membosankan....

...malu konon....takde maknenye.....

Pentas perasmian....

....'booth' dalam dewan......

....dalam konti bilik studio ukm.....

KREW MCP yang datang membantu kami pagi tadi ialah JAMALUDDIN IBRAHIM, JAMALUDDIN SALLEH, AHMAD YUNUS MISDI. TERIMA KASIH
 PADA  SEMUA.
Sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUDmontakzakaria

Ucapan TAN SRI NAIB CANSELOR sempena ulangtahun KE-42 UKM.

UCAPAN YBhg. TAN SRI DATO' WIRA NAIB CANSELOR UKM sempena ulang tahun
 KE - 42 UKM pada 18 MEI. 2012


Wednesday, May 16, 2012

PENter..oh..penTER....




MALAM ini juga aku lelah untuk  mencoret  bicara. AKU biarkan imej-imej ini 
mengunkap makna....












Terima kasih kerana membaca dan memahami makna 
ungkapan imej-imej yang terpapar.....
DAUDmontakzakaria.

SELAmat MENYAMbut HAri CIKGU...



HARI ini aku sekali lagi menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang tugas aku...


"ustaz, kalau TUHAN itu adil mengapa DIA wujudkan orang ISLAM dan ORANG KAFIR? Orang Islam dimasukkan ke syurga sementara orang kafir dimasukkan ke neraka? 
aku tanya soalan ini kepada seorang ustaz yang mengajar kitab lama yang 
kertasnya bewarna kuning...Ustaz berkenaan senyap, mungkin berfikir...
kemudian baru dia beri jawapan..."Tuhan jadikan manusia dan jin 
semata-mata untuk menyembahNYA..." jawab ustaz pendek. 
Aku senyap.....Ustaz berkenaan menambah...'lagipun TUHAN MAHA 
BERKUASA, suka DIA lah apa yang nak dibuatNYA...' ...aku semangkin 
bungkam, tak mampu nak tanyakan soalan lagi...



EPISOD II


'ustaz, macam mana nak sembahyang supaya sentiasa kusyuk.....susah sangat 
nak kusyuk...' satu soalan aku lontarkan kepada ustaz yang sama. 
Ustaz yang dah agak berumur tersebut seperti biasa diam 
seketika, mungkin berfikir...mungkin juga mengatur ayat...
kemudian..'memang susah nak kusyuk dalam 
sembahyang, macam inilah, ibaratkan kita seperti berjalan di atas batas sawah, 
bila kita terjatuh kita naik kembali ke atas batas, bila jatuh kita naik kembali...
begitulah kita lakukan...jadi dalam sembahyang jika kita hilang kusyuk,
 kita kembali tumpukan kepada sembahyang kita, 
jangan bila dah hilang kusyuk kita terus 
ikutkan hingga selesai salam, macam itulah seterusnya...

Inilah dua episod yang aku ingat, yang pernah aku tanyakan kepada seorang 
ustaz yang mengajar kitab kertas kuning kat kampung dulu. Memang besar
 jasa dia kepada aku....kalau tiada insan seperti mereka, tentu kita akan
 terus berada dalam kejahilan yang berpanjangan dan mungkin akan
 tersesat di dunia dan jugak di akhirat...
Oleh itu aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para ustaz, para
 guru dan para pensyarah terutama yang pernah MEWARISKAN ILMU
 kepada aku, semoga KALIAN semua diberkati oleh ALLAH swt.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...


*pict. by google images.
DAUDmontakzakaria

Friday, May 11, 2012

Video Penerbitan Kamera Berbilang.





AKHIRnya siap jugak penyuntingan atau pos-produksi video PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG. Terima kasih kepada sdr. JASRIL AMRY dan SHAHRUL FADLI
kerana membantu aku semasa  kerja-kerja pos-produksi. Sebenarnya 
segala 'footage' video terbabit telah dirakamkan oleh 
SDR. JASRIL AMRY(HANAMICHI), RAMLI ADNAN dan HAJI RUHAIZAD 
semasa BENGKEL PENERBITAN KAMERA BERBILANG yang 
berlangsung pada awal tahun ini iaitu 2012. Aku cuma bertindak sebagai penyunting 
dan penulis skrip sahaja. KREW yang terlibat dalam penerbitan video ini boleh penonton lihat semasa 'ending credit' VIDEO ini. Selamat menonton....

MALam ANUgerah KOLej HUSSien ONn











Malam ini jugak malas aku nak menulis panjang, lenguh jari jemari untuk
mengetuk huruf -huruf.... Cukup ku biarkan imej-imej
berbicara menempa makna....
DAUDmontakzakaria

Thursday, May 10, 2012

DINner KOLej ZAAba di DECtar...







MALAM ni malas nak tulis panjang-panjang, cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew
yang membantu dalam rakaman MCP Dinner Kolej Pendeta Zaaba di DECTAR
malam tadi iaitu 9 MEI 2012, 8.00pm - 12.30am
MEREKA yang terlibat ialah SDR. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, RAMLI ADNAN,
HAJI IZAD, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, YUNUS MISDI, HAJI SULIMI,
ARENIM, KHAIDIR, JAMALUDDIN JI, SHUKRI MAHAD,
YUSRI, SYANANA, WATIE, dan SAIFULLAH 
yang janji datang tapi takde....

....sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Sunday, May 6, 2012

PENERbitan VIdeo KESElamatan BANGUnan UKm.


HARI ini 6 MEI 2012, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video 
KESELAMATAN BANGUNAN untuk JABATAN KESELAMATAN & 
KESIHATAN PEKERJAAN UKM.


Dalam mesyuarat dengan jabatan berkenaan kami dilantik sebagai ahli jawatankuasa 
dalam bidang rakaman. Kami diminta untuk membuat rakaman semua 
bangunan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan.


Boleh dikatakan semua dewan dalam UKM akan kami rakamkan untuk penerbitan video
 terbabit. Bangunan tersebut termasuklah bangunan 
di kolej-kolej kediaman pelajar.


Hari ini kami telah 'cover' untuk rakaman di BILIK SENAT dan BILIK MAJLIS di PARAS 
5 BANGUNAN CANSELORI UKM. Rakaman bermula jam 9.00 pagi.


Krew rakaman yang terlibat ialah AKU, sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL
 & SITI SURAYA. Kami juga dibantu oleh EN. AZHAR yang telah membuka 
pintu kedua-dua bilik berkenaan.


Penyuntingan 'off-line' video tersebut akan aku lakukan pada hari Isnin nanti. Bila suara latar sudah dimasukkan, kami akan serahkan video berkenaan kepada pihak
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM yang 
akan membuat 'finishing' video tersebut.
Mungkin rakaman semua bangunan berkenaan akan dapat kami siapkan 
penerbitannyadalam pertengahan kedua
 tahun 2012...InstaALLAH...
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat termasuk EN. AZHAR
dari PEJABAT PENDAFTAR UKM.
...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Tuesday, May 1, 2012

MALAM tadi, Isnin, 30 APRIL 2012; Kami membuat rakaman video MCP Pertandingan Akhir Pesta Pantun UKM 2012, di PANGGUNG SENI DECTAR.


Persiapan teknikal kami lakukan pada jam 6.00 petang. Perlu persiapan awal
untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Malam ini krew agak mencukupi. Malah staf kerajaan Negeri Johor, FAIRUL SURIAN (FIRE)
juga turut membantu kami, terima kasih banyak2 kerana membantu kami
...ini bukan 'bodek' tauuu...kalau rasa nak hilangkan gian kendalikan 
kamera MCP...silalah datang lagi, kecil STUDIO UKM,
DECTAR kami tadahkan...ekekeke...


KREW lain yang datang membantu ialah WATIE, KHAIDIR, HAFIZ RAHIM, YUSRIE,
ARENIM, SHUKRI, JUNIOR, SAIFULLAH, SULIMI, YUNUS MISDI,
serta KREW UAV PENERBIT, SHAHRUL, RAMLI, SURAYA, 
HAJI IZAD, HANAMICHI...TERIMA KASIH BANYAK2
 untuk semua...


Malam ini juga kami mungkin memperoleh seorang krew wanita UKMKL, yang ingin
 join krew MCP kami,
dan kalau dia benar2 berminat kami akan panggil. Itupun jika dia
benar-benar berminat untuk sertai kami. Bak kata,
kecik STUDIO UKM, DECTAR 
kami tadahkan.
Keputusan pertandingan AKHIR Pesta Pantun UKM 2012 malam tadi ialah
KELAB BAHASA MELAYU telah mengatasi
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
untuk muncul sebagai juara serta memenangi
PIALA PUSINGAN...tahniah...


....sekian dan TERIMA KASIH kerana sudi membaca.....

DAUDmontakzakaria.

Friday, April 27, 2012

...penerbitan dulu-dulu....

INILAH antara penerbitan video yang telah kami terbitkan beberapa tahun yang lalu. Biasanya penerbitan video yang kami lakukan dimulai dengan perbincangan dengan mereka yang
 mahu menghasilkan video tersebut. Perbincangan amat perlu untuk 
menghasilkan sebuah penerbitan yang berjaya. Dalam penerbitan 
video semuanya perkara mesti ambilkira 
dengan teliti.







...video XPDC SAINTIFIK BUKIT FRASER ni tak sempat nak
masukkan suara latar....


.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria

skrip pusat penyelidikan ukm, langkawi...



19 - 22 APRIL yang lalu krew video iaitu SDR. KAMARUL BAHARIN dan JASRIL AMRY 
telah berada di LANGKAWI untuk membuat rakaman PUSAT PENYELIDIKAN UKM LANGKAWI. Kami diminta untuk membuat rakaman video pusat penyelidikan 
berkenaan dan juga aktiviti JABATAN BENDAHARI di sana. Kami diminta 
untuk membuat penerbitan video PUSAT PENYELIDIKAN UKM
 LANGKAWI. Video tersebut bertujuan untuk mempromosikan lokasi berkenaan kepada masyarakat luar. Jadi la ni aku dah siapkan draf skrip pusat penyelidikan 
tersebut. Dah siap pun skripnya dan kami akan membuat rakaman 
audio, skrip yang terbabit untuk dijadikan suara latar video 
Pusat Penyelidikan UKM Langkawi. 
Hari ISNIN nanti kami akan buat rakaman audio di STUDIO UKM di DECTAR dan 
SDR. JASRIL AMRY akan membuat suntingan video tersebut. 
Bila dah siap kami akan serahkan video berkenaan 
kepada pihak BENDAHARI untuk priview. Kami mungkin akan berkunjung
 lagi ke pusat penyelidikan berkenaan kerana masih terdapat ruang yang
 perlu di isi dalam video yang akan diterbitkan.
...sekian, terima kasih kerana membaca......
DAUDmontakzakaria

Wednesday, April 25, 2012

...akhirnya.....oh! kuala terengganu...



AKHIRNYA hari ini aku dapat siapkan penyuntingan video 'Indahnya Kuala Terengganu'.
Aku harap video ini di sukai oleh sesiapa saja yang menonton. Aku berharap ada
yang sudi untuk 'mengomen' video ini. Aku perlukan komen2 anda
untuk dijadikan panduan aku di masa akan datang. Video yang aku sunting ni taklah sebagus 
manapun...tu sebab aku perlukan komen anda semua. Sebenarnya aku
suka sangat dapat menghasilkan apa2 video berkaitan lokasi-lokasi
yang dilawati atau lokasi yang aku pernah berada di sana.
Sekarang ni aku kembali rindu untuk membuat video berkaitan hutan. Rasanya lama dah tak 
buat video macam tu....seronok kalau masuk hutan, suka perhatikan 
kehijauan di sekeliling.
Setelah selesai video Indahnya Kuala Terengganu ni, aku rasa ingin untuk
menyunting video baru pulak, ketagih rasa 
jari jemari ni untuk mengetuk keyboard komputer, menjalin video dengan audio
membatuk sebuah penerbitan baru. Harap aku akan bersua dengan 
program baru yang mampu menghasilkan rakaman untuk 
projek penerbitan video masa depan. Aku juga rindu dengan 'pengomen'
yang 'ikhlas' untuk membuat sebarang komen membina
yang boleh membantu aku menjadi lebih berbisa dengan hasil suntingan video
dimasa akan datang. Janganlah kedekut dengan komen-komen, aku
mampu menerima sebarang komen.

...sekian & terima kasih kerana sudi membaca dan menonton...
DAUDmontakzakaria.