Thursday, June 12, 2008

Rakaman MCP Forum Perdana







Hari ini 11 Jun 2008,
Membuat rakaman video Forum Perdana sempena Pentauliahan Pegawai Kadet IPTA Ke-27 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Program berkenaan berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 12.00 malam. Krew video yang hadir pada malam berkenaan cukup bilangannya untuk melaksanakan tugas berkenaan. Krew video dari jabatan lain ialah YUNUS, ZULHIMI, JAMALUDIN SABRAN, HAFIZ ISMAIL, WAFIY, KHAIDIR, BUKHARI & HASNAH serta AZIZ, KAMARUL, RAMLI dan SAYA sendiri.....Terima kasih diucapkan kepada semua krew dari jabatan -jabatan lain........



Sunday, May 25, 2008

Konvo Kolej Komuniti Zon Selangor


  • suasana dalam dewan DECTAR masih lagi terdapat pelajar dan ibu bapa merakam saat2 gembira mereka walaupun majlis sudah lama selesai...
25 Mei 2008;
Kami telah membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Selangor. Majlis berkenaan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di dewan DECTAR, UKM di Bangi. Seramai 12 orang staf telah terlibat selain staf Pusat Penerbitan dan Percetakan terdapat juga staf dari jabatan-jabatan lain dalam UKM yang turut membantu. Staf yang terlibat ialah DAUD MONTAK ZAKARIA, RAMLI ADNAN, ABD AZIZ AHMAD, RUHAIZAD ABD MAJID, KAMARUL BAHARIN SUPAAT, YUNUS MISDI, ZULHIMI HAMZAH, ZARIFI SALLEH, HAFIZ ISMAIL, HASNAH, KHAIDIR DAN WAFIY....

Tuesday, May 20, 2008

Bengkel Penerbitan Video

Hari ini 20 Mei 2008,
Kamarul Baharin mula mengikuti Bengkel Penerbitan Video di Cerating, Pahang. Dia mengikuti bengkel berkenaan mulai 20 - 24 Mei 2008. Semoga dia memperoleh ilmu yang bermanfaat untuknya dan Pusat Penerbitan dan Percetakan.

Friday, May 16, 2008

Penyuntingan video

Hari ini masih lagi meneruskan penyuntingan video PTSL. Masalah sering berlaku kerana editing machine sering mengalami ketidak sempurnaan dalam operasinya. Berulang kali syarikat pembekal datang untuk cuba menangani masalah berkenaan. Namun masih juga berulang masalah yang sama. Rasanya sudah tiba masa untuk mendapatkan sebuah lagi mesin penyuntingan baru. Ia bukan saja akan dapat mengatasi masalah mesin yang sedia ada tetapi akan membantu menyiapkan tugas penerbitan video yang mungkin akan bertambah dimasa akan datang.

Hari ini tiga tugas rakaman video dijalankan oleh Unit Audio Visual iaitu Forum Hadhari di Bilik Senat, Pelancaran Sambutan 38 Tahun UKM dan satu lagi tugas di Istana Hinggap di Seremban....

Thursday, May 8, 2008

BOS BARU

Bermula 1 Mei 2008,
kami memperoleh BOS BARU iaitu PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID. Beliau menggantikan YBhg. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH yang akan kembali semula ke Jabatan Sains Matematik, FST. Dalam ucapan sulung PROF. DR. KAMARUDDIN, beliau mempunyai wawasannya tersendiri untuk membawa Pusat Penerbitan dan Percetakan terus kehadapan, seiring dengan wawasan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepada PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID diucapkan SELAMAT BERTUGAS.....dan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak diucapkan terima kasih di atas segala jasa ketika mengetuai kami semua....

Thursday, May 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh kakitangan kerajaan umumnya dan krew video Studio UKM khususnya.

Thursday, April 24, 2008

Lawatan UMT

Hari ini 24 April 2008, Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM telah menerima kunjungan pelawat dari bahagian penerbitan Universiti Malaysia Trengganu. Kunjungan mereka telah disambut oleh kakitangan Pusat Penerbitan dan Percetakan yang diketuai oleh Ketua Pusat, YBHG. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH. Selepas ucapan, taklimat dan tayangan video mereka telah dibawa melawat semua bahagian di Pusat Penerbitan termasuk Unit Percetakan. Isnin depan juga Pusat Penerbitan akan menerima kunjungan Universiti Teknologi Malaysia.

Hari juga saya telah membuat penyuntingan video untuk Jabatan Bioteknologi dan Biosains, FST, UKM. Video berkenaan masih belum siap walaupun hampir seminggu telah disunting. Hal ini berlaku kerana sesuatu masalah teknikal.

Saturday, April 19, 2008

16 April 2008; Pentas Seni Alumni








Hari ini 16 April 2008; Krew penerbitan Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM telah membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) program Pentas Seni Alumni anjuran pelajar-pelajar Indonesia di Malaysia. Program tersebut telah dijalankan di DECTAR UKM. Program bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan tamat sekitar jam 12.00 malam. Tugas rakaman tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Begitulah tugas kami. Kami menganggap semua tugas yang diberikan adalah penting dan akan dilakukan dengan sesempurna yang mungkin. Pihak urus setia program telah berjanji untuk menyediakan sarapan untuk petugas rakaman video selepas tamat program bersama para AJK mereka. Jumlah krew video pada malam itu ialah lebih kurang 13 orang dan kebanyakan dari mereka dipelawa oleh Pusat Penerbitan dari fakulti dan jabatan lain dalam UKM untuk turut membantu dalam tugas rakaman berkenaan. Namun begitu janji tersebut tidak ditunaikan dan ada dikalangan krew video pulang dengan perut kosong kerana mereka masuk untuk bertugas tanpa mengambil sebarang makanan....kesianyaaaa........ Itulah dikatakan bukan rezeki, tetapi bagi yang kurang yakin dengan rezeki Allah tentu akan mengelabah...bukan begitu??
Demikianlah sebahagian daripada pelbagai perkara yang menjadi asam garam krew penerbitan kami.....

14 April 08; Rakaman Video Koperat PTSL




Hari ini 14 April 2008, krew audio video Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM membuat rakaman Single Camera Production (SCP) di Pusat Perubatan UKM di Cheras. Pusat Perubatan ini dahulu dikenali sebagai Hospital UKM. Kami membuat pengambaran di perpustakaan di pusat perubatan tersebut. Penggambaran berkenaan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah hari.

Saturday, April 12, 2008

Komposisi dalam video: Do & Don't

Komposisi dalam penggambaran video amat penting. Terdapat peraturan-peraturan tertentu yang PERLU dan TIDAK PERLU dilakukan ketika membuat penggambaran video.

DO:

- Ketika melakukan panning, pergerakan mestilah dalam keadaan yang stabil pada garisan horizontal. Begitu juga ketika melakukan tilting, pergerakan mestilah stabil dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas.

- Pastikan elemen-elemen penting yang hendak dirakam berada jauh dari sempadan2 bingkai atau frame.

- Sebelum membuat rakaman pastikan elemen-elemen yang tidak diperlukan termasuk ke dalam bingkai atau frame.

- Sebelum melakukan panning, tilting dan pergerakan-pergerakan lain, hendaklah terlebih dahulu buat latihan jika ada kesempatan.

- Sentiasa bersedia untuk melaraskan frame atau bingkai ketika merakam subjek yang sedang bergerak kerana subjek yang bergerak boleh berubah arah dengan secara tiba-tiba.

- Sentiasa pastikan terdapat ruang diantara kepala subjek yang dirakam dengan bingkai atau frame.

- Sentiasa ingat ruang 'looking room' dan 'walking room' ketika membuat rakaman video sebagai petunjuk arah pergerakan subjek.


DON'T

- Ketika membuat rakaman subjek manusia umpamanya, jangan sekali-kali potong di sendi-sendi seperti pergelangan kaki, leher, tangan dan sebagainya.

- Jangan sentiasa bergerak ketika merakam subjek yang bergerak. Rakaman yang kerap bergerak akan merimaskan penonton

- Jangan merakam subjek seperti manusia yang dibelakangnya terdapat objek seperti bunga yang keluar dari telinga atau daun keluar dari kepala dan sebagainya.

- Jangan merakam subjek yang mempunyai warna yang sama dengan background kerana ia akan menjadi kurang kelihatan.

- Jangan selalu meletakkan subjek yang dirakam ditengah-tengah tapi seimbangkan ia dengan elemen2 yang lain.

- Jangan sentiasa mengatur subjek yang dirakam dalam keadaan 'straight line' sepanjang 'screen', ia akan membosankan. Cuba rakam secara 'diagonal'.

- Jangan sentiasa mengikut peraturan, cuba analisis program2 yang ditayangkan di siaran2 tv dan lihatlah bagaimana jurukamera2 profesional melakukan kerja2 rakaman mereka.

Thursday, April 10, 2008

Hari Ketiga Penerbitan TV di Studio UKM



Hari ini, Khamis 10 April 08;
Merupakan hari yang ketiga dan terakhir Pelajar Tahun 3 Pusat Pengajian Media dan Komunikasi menjalankan penerbitan MCP (multiple camera production ) mereka di STUDIO UKM, DECTAR. Penerbitan para pelajar ini dinilai oleh pensyarah mereka PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI sepanjang penerbitan MCP berkenaan dilakukan di STUDIO UKM. Disamping itu kami sebagai krew penerbitan STUDIO UKM, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM dapat juga menilai sejauh mana tunjuk ajar yang kami berikan kepada para pelajar terutamanya dari aspek teknikal dan cara pengendalian penerbitan MCP, diaplikasikan oleh mereka semasa penerbitan akhir tersebut dilakukan. Banyak kenangan dapat diimbau kembali hasil dari pergaulan kami dengan para pelajar berkenaan sepanjang sesi latihan dan penerbitan akhir tersebut. Hilai tawa dan adakalanya disulami oleh derai air mata para pelajar mungkin boleh menjadi kenangan mereka selepas bergelar graduan nanti. Bagi kami ingatan tersebut akan menjadi bahan untuk renungan para pelajar berikutnya yang bakal memasuki STUDIO UKM, di DECTAR dalam semester- semester yang akan datang......

Penerbitan akhir MCP hari kedua.




Hari ini 9 April 2008;
Merupakan hari kedua pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK melaksanakan penerbitan MCP (multiple camera production) mereka di STUDIO UKM, di DECTAR. Masing-masing kumpulan telah melaksanakan penerbitan mereka dengan sebaik atau sesempurna yang mungkin bagi mencapai markah semaksima yang mampu diperoleh oleh mereka. Dalam aktiviti penerbitan ini, Pengarah memainkan peranan yang paling penting ibarat seorang nakhoda kepada sesebuah kapal yang sedang belayar. Tanpa nakhoda yang cekap mungkin kapal akan sesat atau hilang haluan di lautan nan luas. Begitulah pentingnya seorang Pengarah dalam sesebuah rancangan yang diterbitkan terutama rancangan yang di keudarakan secara langsung....

Tuesday, April 8, 2008

Penerbitan Akhir MCP di Studio UKM




Selasa, 8 April 2008;
Maka hari ini bermulalah penerbitan akhir MCP (multiple camera production) bagi pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM. Hari ini dua kumpulan telah menerbitkan rancangan mereka dengan diperhatikan dan dinilai oleh pensyarah mereka iaitu PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Penerbitan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini. Sejumlah 10 kumpulan pelajar yang terlibat. Setiap kumpulan telah menjalankan latihan sejumlah lebih kurang 4 kali sebelum mereka sampai ketahap ini. Apa-apa pun diharapkan mereka dapat menerbitkan rancangan mereka dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh pensyarah mereka.....

Rakaman Video Koperat PTSL, UKM





7 April 2008, hari Isnin:
Pusat Penerbitan dan Percetakan telah diberi tanggungjawab untuk menerbitkan sebuah video koperat berkaitan PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG. Oleh itu salah satu lokasi yang telah kami lakukan penggambaran ialah di Perpustakaan di Fakulti perubatan UKM di Kuala Lumpur. Kerja- kerja penggambaran telah dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tugas tersebut telah mendapat kerjasama dari setiap individu yang terlibat. Walaupun tugas tersebut meletihkan tapi ia agak mengembirakan. Bertolak ke Kuala Lumpur jam 8.00 pagi dan tiba kembali di UKM Bangi lebih kurang jam 2.00 petang.

Monday, April 7, 2008

Malam Anugerah Pelajar






Ahad 6 April 2008; Kolej Hussein Onn telah mengadakan Malam Anugerah Pelajar Ke-11. Majlis berkenaan telah dijalankan di DECTAR, UKM. Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membuat rakaman video MCP program berkenaan. Seramai lebih kurang 15 orang kakitangan telah turut terlibat dalam tugas rakaman tersebut yang bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Mereka yang terlibat adalah dari jabatan-jabatan lain dalam kampus UKM di Bangi.

Saturday, April 5, 2008

Latihan MCP Pelajar Media UKM; 5 April 08




Sabtu 5 April 2008, 2.00 pm - 5.00 pm;
Dua lagi kumpulan pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK telah mengadakan latihan penerbitan MCP tambahan sebelum mereka mula membuat penerbitan akhir pada 8, 9, dan 10 April 2008 nanti. Penerbitan akhir juga akan dilakukan di STUDIO UKM di DECTAR ini dengan diperhatikan oleh pensyarah mereka iaitu PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Beliau akan memberi markah kepada para pelajar yang mengambil kursus berkenaan.

Sunday, March 30, 2008

Sanggar Kerja PUSAT PENG. BIOSAINS


Chalet Tuk-Tuk di Janda Baik, Pahang. Seketika sebelum bas bertolak semula ke UKM.

Dari tarikh 29 - 30 Mac 2008, kami (DAUD & RAMLI) telah membuat rakaman video Sanggar Kerja Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, FST di Janda Baik, Pahang. Kami bertolak dengan menaiki bas dari UKM ke Janda Baik pada 29 Mac 08, jam 8.00 pagi. Rakaman tersebut telah dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Hasil rakaman ini akan disunting menjadi sebuah program video yang sempurna(mungkin dengan muzik tanpa skrip). Kami selamat kembali semula ke UKM pada 30 Mac 2008, jam 5.00 petang dalam cuaca mendung dengan hujan yang agak lebat.

Friday, March 28, 2008

Latihan MCP Pelajar Pengajian Media UKM




Dalam Semester Kedua 2008 ini, bermulalah latihan Multiple Camera Production(MCP) Pelajar Pusat Pengajian Media Universiti Kebangsaan Malaysia di Studio UKM. Semangnya pada setiap Semester Kedua pada setiap tahun pelajar yang mengambil kursus tersebut akan membuat penerbitan MCP untuk dinilai oleh pensyarah setelah beberapa kali mereka membuat latihan di Studio UKM. Kebanyakan penerbitan yang dihasilkan adalah berbentuk majalah. Setelah tamat latihan untuk beberapa kali, mereka akhirnya akan dinilai oleh pensyarah yang mengendalikan kursus tersebut iaitu PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI.

Saturday, March 22, 2008

Teater ARA HANTU


Pengarah Studio(Kamarul) bersama 2 orang Pelajar Pusat Pengajian Media, UKM
Teater ARA HANTU
Pengarah Studio(Kamarul) bersama 2 orang Pelajar Pusat Pengajian Media, UKM


22 Mac 2008, sebuah teater berjudul ARA HANTU telah dipersembahkan kepada para penonton di Panggung Seni, DECTAR. Studio UKM telah membuat rakaman video Multiple Camera Production persembahan teater berkenaan. Seramai 10 orang kakitangan telah terlibat dalam rakaman itu termasuk kakitangan dari jabatan lain dalam UKM yang telah diminta bersama membantu. Teater berkenaan telah dipersembahkan di hadapan para penonton termasuk YBhg. Prof. Dato' Dr. Wahid Shamsudin, Timbalan Naib Canselor, UKM. Selama satu jam setengah bermula dari jam 8.30 malam, para penonton telah terpaku ditempat duduk masing-masing dengan penuh minat menyaksikan persembahan teater berkenaan.

Komposisi dalam Video

Contoh LOOKING ROOM atau LOOKING SPACE


Contoh WALKING ROOM


Dalam penggambaran video komposisi merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Komposisi gambar adalah berkaitan dengan cara mengatur elemen-elemen satu-satu shot sebagai satu cara komunikasi dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama dapat mencapai satu imej yang seimbang dan menyelesakan. Komposisi yang baik dapat dicapai dengan cara latihan. Setiap kali kita ingin memulakan shot, elemen dalam bingkai perlu diteliti. Jadikan satu kebiasaan memerhatikan setiap elemen didalam frame yang hendak dirakam. Beri perhatian disetiap sudut viewfinder kamera supaya elemen yang tidak diperlukan tidak masuk dalam frame yang ingin dirakam, umpamanya separu tubuh manusia atau separuh daripada bangunan. Seringkali ingatkan diri kita, mengapa kita mengambil shot berkenaan, apa yang kita cuba untuk sampaikan dan apakah kesan yang diharap untuk dicapai. Keluarkan elemen-elemen yang tidak diperlukan dari bingkai atau frame. Contohnya ialah dua orang sahabat yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa dan apabila berjumpa mereka berpeluk dengan erat. Keadaan berpelukan itu hendaklah di shot dengan CLOSE UP atau EXTREME CLOSE UP yang menggambarkan keintiman mereka.


Merakamkan subjek yang sedang bergerak juga perlu berhati-hati kerana pergerakannya yang tidak dijangka akan menyebabkab subjek akan terkeluar daripada frame atau bingkai. Contohnya apabila merakam seorang pemain bola sedang membawa bola di kakinya, ruang dihadapan pemain hendaklah diluaskan. Ruang dihadapan ini dikenali sebagai WALKING ROOM sementara ruang dibelakang lebih kecil(BACK ROOM/ BACK SPACE).


Begitu juga bila merakamkan seseorang sedang memandang sesuatu, ruang dihadapan atau LOOKING ROOM atau juga LOOKING SPACE mestilah lebih luas dari bahagian belakang(BACK ROOM/ BACK SPACE).

Rakaman MCP oleh Studio UKM


Kakitangan produksi sedang bertugas dalam studio kawalan di STUDIO UKM
pada 2 Mac 2008 yang lalu.

Pada 2 Mac 2008, Studio UKM telah membuat rakaman video KONSERT AMAL SENI ISLAM di DECTAR, UKM. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Seramai 11 orang kakitangan telah terlibat dalam rakaman berkenaan dimana 5 orang berada dalam studio dan 6 orang secara bergilir-gilir mengendalikan 3 buah kamera video. Tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan ialah seorang bertindak sebagai Pengarah Studio, seorang memasukkan grafik, seorang mengendalikan 'switcher', seorang standby untuk sebarang masalah teknikal, seorang mengawal audio dan 6 orang mengendalikan kamera video. Sememangnya setiap rakaman video Multiple Camera Production(rakaman video kamera berbilang) dilaksanakan sekurang-kurangnya memerlukan 10 orang kakitangan. Kebanyakan kakitangan yang membantu tugas-tugas tersebut adalah dipelawa dari jabatan-jabatan lain dalam kampus UKM di Bangi. Tugas ini telah dilakukan sedemikian rupa sejak Studio UKM diwujudkan pada tahun 1993 yang lalu. Tenaga kerja yang lebih ramai diperlukan semasa rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM pada setiap tahun iaitu seramai lebih daripada 20 orang sepanjang satu minggu majlis berkenaan berlangsung.