Hari ni Jumaat, 21 Disember 2018..aku pi keje. Ada keje yang perlu aku buat. Walaupun cuti aku pi keje jugak bukan sebab rajin tapi memang aku rajin pun..
ekekeke...ooopst! Sebenarnya aku ada tugas
untuk dibuat di opis tu.
aku keje di bangunan penerbit ukm ni...dalam tu ada opis cawangan PUSAT KOMUNIKASI UKM...
Sebab aku cuti sampai pencen
jadi aku gerak ke ukm jam 8.30 pagi. Sampai ukm
lebih kurang jam 9.00 pagi dan aku tak terus singgah opis...aku
terus singgah di pusat kesihatan ukm. Selepas selesai aje urusan di pusat kesihatan
terus pi opis. Jumpa sdr. ramli dan amik sd card yang ada footage video
tu untuk di edit. Aku datang ukm dan opis ni untuk tugas edit
video yang dah di rakam oleh sdr. ramli
semalam dan beberapa hari
yang lalu.......
video 3 minit lebih...
video penuh....
Aku mulakan tugas edit tu
serta merta. Setelah buat keje tu beberapa
jam dari jam 10 pagi lebih kurang dan siap lebih kurang jam 3.00 petang.
Siap aja keje tu aku upload ke ukm tube iaitu chanel video ukm di you tube.. Semua video kami yangtelah diedit ada di channel tu....cuba la pi ke channel tu manalah
tau kalau2 ada video yang bermanfaat untuk anda...tak gitu.....
....satu lagi video yang sempat aku edit hari ni...
Kalau anda nak tengok video video dalam ukm tube boleh la pi ke link ni...
..yang ini 'short version'... Hari ni, ISNIN, 3 Disember 2018...hari ni kami membuat rakaman MCP Majlis Syarahan Canselor UKM Ke 3 di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK atau
DECTAR. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan
setiap tahun dan dihadiri oleh
Canselor UKM DYMM Tuanku Muhriz.
Ini merupakan kali ketiga program ini diadakan di dewanberkenaan.... Ini link cerita syarahan canselor yang lalu....klik la DI SINI
persiapan pentas dan sebagainya...
persiapan pentas dan sebagainya...
Persiapan dewan dectar dijalankan pada hari Ahad iaitu sehari sebelum majlis berlangsung.
Persiapan pentas dan sebagainya disediakan dan dijalankan sejak pagi Ahad.
Sementara sebelah petang pula diadakan pula raptai pentadbiran.
Kami dari Unit Audio Video PKK bertanggung jawab dalam
persiapan teknikal rakaman video berbilang kamera. Kali ini kami gunakan
alat sewaan kerana alatan mcp lama kami sudah kurang berkemampuan untuk digunakan
sebab sudah terlalu lama dan bimbang berlaku masalah teknikal semasa
rakaman nanti.
persiapan...
persiapan teknikal oleh krew jelas juta...
keadaan dalam dectar
Hari Ahad aku, sdr. shahrul dan sdr. ramli datang ke dewan untuk tujuan persiapan alatan mcp tersebut. Kami tiba di dectar lebih kurang jam 9.30 pagi. Syarikat penyewaan
alatan tersebut tiba dalam jam 10.00 pagi. Sebaik tiba mereka terus
memunggah alatan masuk ke dalam studio ukm dan
mula melakukan pemasangan. Kami sewa
mcp dengan 3 buah kamera.
Walaupun 3 kamera sahaja tetapi alatan dalam
studio perlukan kawasan yang luas jugak seperti masa kami sewa alatan
untuk majlis konvokesyen yang lalu.
kali ni 'switcher' kecik aje...
pasang kamera
pasang kamera di bawah seliaan sdr. kamarul jpj dari jelas juta...
Krew syarikat jelas juta ambil masa beberapa jam untuk siapkan pemasangan peralatan mereka. Mereka pasang kabel kabel kamera serta lain lain alatan sama ada dalam
dewan serta dalam studio. Menjelang jam 2.00 petang mereka
telah siap pasang semua alatan yang perlu. Ujian visual dengan LED dewan tak dapat dibuat kerana krew pusat kebudayaan ukm ada tugas lain di lokasi yang lain....
Siap aje pasang krew jelas juta pun balik dan akan datang pada
pagi esok sebelum majlis bermula. Tugas pada hari esok tidaklah banyak
bagi mereka kerana untuk memasang kamera dan tripod serta membuat ujian semua
alatan serta disambungkan ke LED untuk paparan dalam dewan.
krew jelas juta
alat dalam studio
tunggu program bermula...dari kiri AMIRA, SANIY, AMIRA 2, YAN, FAKHRAN, YUNUS dan AKU...
Lebih kurang jam 2.00 petang tiba pulak team dari Pusat teknologi maklumat UKM untuk pasang alatan 'streaming' dia orang. Program hari esok akan ditayangkan
secara 'live' di internet. sebaik selesai pasang krew ptm keluar. Ujian streaming tak dapat dibuat sebab krew jelas juta dah takde..uji esok aje la.. Sebenarnya
majlis esok bukan saja kami
rakam tetapi juga dipaparkan di layar tayangan dalam
dewan untuk tontonan secara 'live' dalam dewan serta juga ditayangkan
secara 'live' di internet....dalam lain perkataan di ' live streaming' kan...ekekeke... betul ke ayat tu...huhuhu...
Selesai untuk cerita hari Ahad....2 disember 2018
dalam konti...dengan amira 1, amira 2 dari ukm kuala lumpur dua dua, fakulti pergigian ..
..bersama nur fazliana ramli dan jasril amry...dalam konti...
...sempat paparkan dua orang awek pusat komunikasi korporat ukm di layar tayangan dalam dectar..ekeke...
Cerita hari isnin...3 November 2018 pulak. Pagi Isnin aku tiba di dectar lebih kurang jam 7.15 pagi. Tak lama kemudian tiba sdr Shahrul, berikutannya sdr. ramli.
tak lama kemudian lebih kurang jam 8.00 pagi krew jelas juta pulak tiba di dectar dan mula on kan sistem serta mula pasang kamera dan sebagainya. Mereka pasang tripod dan kamera serta cek peralatan berkenaan dari segi rakaman dan tayangan di LED. Semuanya mereka selesaikan pagi itu sebelum program bermula jam 10.00 pagi. Tak lama kemudian sdr. Yunus pulak tiba. Dia bawak roti canai untuk sarapan krew yang aku minta dia tempah dan bawak ke studio. Kami dapat tau ada sarapan jugak pagi tu. Tak lama kemudian tiba pulak dua amira..kembar yang berbeza ibu bapak dari ukm kuala lumpur...fakulti pergigian. Dia datang dari kuala lumpur untuk bantu kami...terima kasih bebanyak kerana masih sudi bantu kami hari ni......
ketika program...foto aizat gamaknya....
untuk kenangan....
untuk kenangan...
Aku dan Yunus kemudian pi sarapan pagi di tingkat atas iaitu lokasi yang sama masa kami makan semasa majlis konvo ukm dulu tu. Selesai sarapan masuk kembali ke dalam studio dan tunggu program bermula. Ada krew yang datang bantu kami yang aku panggil melalui surat rasmi. Ada yang tak dapat hadir mungkin mereka punya tanggung jawab di fakulti memasing, apa apa pun terima kasih bebanyak kepada semua krew yang terlibat dengan kami pada hari ini... Semua krew mula 'standby' di posisi memasing 5 minit sebelum program bermula. Sebaik bermula kami pun seperti biasa jalankan tanggung jawab kami sebagaimana biasa. Aku bertindak sebagai Pengarah Studio yang bagi arahan kepada semua krew semasa rakaman dijalankan sehingga selesai..... Rakaman telah berjaya dibuat dengan baik...dan akan aku edit sebelum di upload ke ukm tube.......nanti... Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, YUNUS, JASRIL, YAN, AMIRA, NUR AMIRA, AIZAT, SANIY dan FAKHRAN....dan semua krew JELAS JUTA.... Akhirnya aku berfoto dengan semua krew jelas juta dan sebahagian krew kami kerana ini mungkin kali terakhir aku berkolaborasi bersama team tersebut sebab aku akan mula bersara 'option' pada 1 MAC 2019. Terima kasih kepada NUR FAZLIANA BINTI RAMLI kerana tolong rakamkan foto berkenaan..harap..krew semua akan dapat membantu krew selepas aku bersara sehingga bila bila selagi studio ukm masih ada dan masih berfungsi... ~ SEKIAN ~