Tuesday, October 31, 2017

Konvo UKM Ke 45...hari terakhir...

Hari ini, hari SELASA, 31 Oktober 2017, merupakan hari terakhir majlis konvokesyen
ukm ke 45 di dectar. Bermakna hari ini hari terakhir kami berkampung
di dewan ini. Ia merupakan hari terakhir kami bersama
di sini. 
Kami yang merupakan krew mcp terdiri daripada staf yang
datang dari pelbagai fakulti, jabatan dan
sebagainya dalam ukm. Krew kami yang berjumlah lebih kurang 40
orang dengan pelbagai tugas dan peranan. Semuanya penting dalam melicinkan 
perjalanan majlis konvokesyen ini. Tiada sesiapa pun berhak mengatakan
dia lebih penting dalam berperanan sepanjang
majlis ini berlangsung...semuanya
penting ye...................

6.30 pagi
en. fauzi
dectar
cam 3
aizat..
syafawati...
dectar...
cam 5


 Pagi ni aku tiba di dectar
jam 6.30 pagi, masuk dectar dan log in.
Tiba tiba aku di sape oleh seseorang...oh....rupanya
en. fauzi yang merupakan mantan pegawai di uctc ukm. Kami kenal
ketika program pos gob gua musang kelantan pada tahun 2015 atau 2016 kalau tak
silap. Dia ucapkan salam. Sebab nak cepat aku tinggalkan dia
untuk teruskan tugas aku di studio ukm. Sekarang dia
kat pusat islam ukm....................
Masuk dectar jumpa hairi...aku jawab waalaikum
salam sebab dia bagi salam terlebih dahulu. Jawab jugak salam
pekerja siram bunga setelah dia terlebih dulu bagi salam. Masuk studio
dan terus on kan sistem mcp dalam studio. Setting semua peralatan mcp. Ambil
kamera tiga dan gerak masuk ke dalam dectar dan pasang kamera
tersebut di tripod. Kemudian muncul aizat ketika aku pasang
kamera berkenaan. Kami sama2 masuk studio untuk
ambil kamera lagi. Jumpa meor sony yang nak masuk studio
untuk uruskan alat live streaming dia yang juga ada dalam studio kami tu.
Aku dan aizat ambil kamera untuk dipasang di tripod satu dan lima. Siap pasang
terserempak dengan syafawati pkk...opst! aku pun pkk gak. Dia tengah buat tagging.
Ada yang kami bicarakan seketika cuma di lokasi tersebut. 
Ermmm.............................................

tengah bertugas...
sempat posing...
posing lagi...
ni tengah sibuk...
sibuk lagi...
ini part yg paling sibuk...huhuhu...
sesi dup...dap...dup...dap....


Seterusnya aku dan aizat masuk studio. Aku terus dengan
urusan aku...sementara aizat pi pasang kamera 4
dalam perjalanan dia untuk sarapan di tingkat atas. Dia juga yang
on kan kamera 2. Terserempak
kamarul yang baru masuk studio ukm. Dia akan mengendalikan team mcp
untuk sidang pagi ini sementara aku kendalikan sidang petang.
Aku perasan amira dan fazliana masuk studio...hermmm..
rajin mereka datang awal pagi.  Dalam studio
terlihat ungu sedang semak grafik yang akan dipaparkan
di screen nanti semasa rakaman mcp konvokesyen ukm tersebut. Tak lama
kemudian muncul asmahanim sambil beri salam dan salam sejahtera. Hermmm...nampak
CERIA pagi ni...memang elok pepagi wajah ceria...yang akan mengundang
banyak keberkatan. Moga sinar mentari kekal hingga ke petang...
maklumlah hari ini hari terakhir majlis konvo ukm ke 45.
Kesemua mereka yang aku paparkan nama di atas merupakan mereka
yang aku jumpa awal pagi.....

ramli & hj sulimi...
jamaluddin sabran & aizat..
dalam dectar...
chef , hazni hanim, aizat
belakang tu fm baru....lupa pulak namanya...
fm...
camerawoman...???
khaidir...cam 1
bilik audio...
sesi basahkan tekak...
rehat...


Sebelum jam 8.00 pagi semua
krew atau hampir semua krew mcp kami telah
tiba di studio ukm. Memasing pi sarapan. Jam 8.05 pagi semuanya
 telah standby di posisi memasing. Mereka semua kelihatan ceria...itu yang 
sepatutnya...letak jauh jauh rasa gundah di sudut hati yang paling 
jaauhhh dan tidak kelihatan..... 
8.15 graduan masuk dewan.  Pagi ini sdr. kamarul 
yang kendalikan team rakaman mcp sebagai pengarah studio. 
Sebelah petang aku pula
yang ambil tanggung jawab sebagai pengarah
studio untuk mengetuai rakaman mcp untuk sidang terakhir
iaitu sidang tujuh. 1.45 petang graduan masuk dewan. jam 2.30 perarakan
besar dan perarakan pro canselor masuk ke dewan. 


sidang 7 sidang akhir...
posing....
screen....
screen...
aku kalau rakam wefie mesti tak semua jadi...gigil tangan...tak tau sebabnya...mungkin da nak pencen kut...


Part yang paling sukar dalam majlis konvokesyen
ukm ini ialah part ucapan naib canselor.
Kesemua kami dalam konti dan jurukamera perlu
sentiasa alert dan sentiasa pantas. Masa ini aku memang perlukan
kerjasama 100% daripada cik asmahanim, kerana dia je yang boleh bantu
untuk menentukan lokasi mereka atau individu yang perlu di letakkan
di layar besar tayangan mengikut apa yang akan disebut
oleh tan sri naib canselor. Berpeluh lah jugak.
Begitu jugak en mohd noor yang mengetuai team grafik
yang akan memaparkan fakta fakta yang disebut oleh tan sri nc di layar
tayangan dalam dewan dan screen tv di luar dewan..... Apabila ucapan tan sri berakhir
maka kami semua di dalam konti dan para jurukamera  dalam dewan boleh
menarik nafas dengan penuh kelegaan. Sesi petang ini kami tersasar
seseorang individu yang perlu ditayangkan....hermmmmmm...
Alhamdulillah....aku dapat selesaikan
tanggung jawab aku petang tadi untuk sidang terakhir
iaitu sidang tujuh. Atas kerjasama semua pihak aku dapat merasakan
betapa kami semua dalam team mcp tidak kira siapa telah mampu bekerjasama
dengan erat, kemas, ketat antara satu dengan yang lain. Dengan
penuh ceria di wajah memasing kami dapat menjalankan
tugas kami dengan lancar dan licin hingga ke akhir sidang dari sidang
yang pertama. Bagi aku semua penting...bagi aku semua memainkan peranan
memasing dengan cemerlang. Dalam melakukan tugas sejak berpuluh
tahun dulu (dah involve dalam keje mcp sejak tahun 1994 lagi) kami
memang bekerja seperti ini, dalam keadaan yang ceria, gembira dan
penuh sinar di wajah memasing....itulah KAMI...



datang gelap, pi pun gelap....
Oleh itu aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada
mereka yang aku catatkan di bawah ini....
EN. HAZRUL, EN. MOHD NOOR, CIK ASMAHANIM, SDR. SHAHRUL, RAMLI,
JASRIL, KAMARUL, HJ IZAD, HJ. SULIMI, YUNUS, ZULHIM, HATA, ERY, CHEF,
JI, FAKHRAN, YUSRIE, ISMA, 2 ORANG JURUKAMERA BARU(SORRY LUPA NAMA),
SEORANG FM BARU,  WANIE, HAZNI HANIM, WAFIY, KHAIDIR, BADRU NIZAM,
SITI SURAYA, SITI SYARINA, WATIE, FAZLIANA, 2 MIRA (BETUL KE NII), AIZAT,
SU (FM), ROSLI, HASNAH dan mereka yang mungkin aku tertinggal nama...terima kasih
sekali lagi....jangan serik membantu kami di tahun hadapan.....

Bila semua berakhir, kami semuakemas peralatan dan masukkan ke dalam
studio ukm. Tunggu jelas juta kemas alatan mereka...aku dan jasril 
balik selepas maghrib di studio ukm.............datang gelap,
balik pun gelap.......................

Aku jugak nak mintak maaf jika ada kata2 atau perbuatan aku yang menyinggung
hati memasing ye....maafkan aku supaya aku tidak membawa beban dosa
terhadap anda semua....aku jugak da maafkan kalian semua.....

*harap maaf, banyak gak foto kengkawan yang aku pinjam untuk blog ni...
halalkan yeee....

Cerita Sidang Sidang Lain:
- Sidang Canselor           DI SINI
- Sidang Hari Kedua       DI SINI
- Sidang Hari Ketiga       DI SINI

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Monday, October 30, 2017

Konvo UKM 2017, Day Three...

Hari ni, Isnin, 30 Oktober 2017, merupakan hari ketiga konvokesyen ukm
ke 45. Macam biasalah aku tiba di dectar se awal jam 6.30
pagi waktu malaysia. Log in di foyer
dectar. Sempat terserempak
dengan Hairi dan bertegur sapa...

6.30 pagi

log in

dectar
pasang kamera


 Sebenarnya bukan 
aku jer yang sampai awal di dectar
tu...pekerja pembersihan lagi awal sampainya ke dectar
tersebut...tak perlu pun aku nak bangga sebab tiba awal di dectar tu.
Ramai lagi pihak2 lain yang datang awal dan balik lewat
tengah malam atau lewat pagi semasa majlis 
konvo selama empat hari ni...tak gitu....
Apa apa pun aku amat bersyukur sebab perjalanan
 aku  ke ukm masa konvo ni agak mudah. Pengawal ukm di tempat
parkir pun mudah memberikan aku ruang untuk
masuk ke parkir tu.....alhamdulillah...

sebelum mulakan tugas mesti dalam keadaan MOOD yang TERBAIK...
bentuk mood supaya berada dalam keadaan yang baik...
kita mesti cipta keceriaan....


Lepas log in terus masuk studio...on kan semua
peralatan dalam konti serta adjust setting peralatan berkenaan. Bila
selesai terus ambil kamera satu persatu iaitu
kamera 1, 3 dan 5 untuk dipasang
di tripod dalam dewan.
Seketika berada dalam
studio...amira iaitu krew mcp kami tiba
di studio...ermmm....awal jugak dia tiba di studio.
Baru hari ni aku tau dia menginap di KKM. Dia staf ukm kl iaitu pergigian.
Kemudian tiba pula fazliana di studio ukm...ceria nampaknya
dia orang pepagi buta ni walaupun terpaksa
datang awal pagi.............
Kemudian daripada itu
tiba pula aji...ramli dan shahrul serta yunus.
Selepas itu sorang sorang krew mcp kami tiba di dectar. Mereka
terus bersarapan..........
Hari ini sidang pagi aku bertindak sebagai Pengarah Studio sementara
sdr. kamarul ambil sesi petang. Esok dia pulak waktu pagi
sementara aku pula waktu petang..............
Itulah cara pembahagian tugas kami
supaya lebih adil.........

kamarul sebagai pengarah studio...
sedang bertugas ni...
ini masa GUNDAH GULANA....en. mohd noor & cik anim...
da bebas daripada GUNDAH GULANA...
PENGARAH KAMI...


Seperti hari hari sebelumnya
ramai pihak pihak lain yang sama2 bekerja
keras dalam melancarkan segala tugas rakaman mcp di dectar.
En. Mohd Nor dan Cik Anim yang sentiasa sibuk hingga ke saat akhir untuk
paparkan segala yang perlu semasa ucapan TAN SRI NC.
Begitu juga dengan krew kamera yang datang
dari pelbagai fakulti dan jabatan dalam ukm.
Begitu juga dengan krew audio
sdr. ramli dan haji sulimi...masing masing
menyumbang dalam pelbagai kemahiran mereka untuk
melancarkan rakaman mcp dan live feed setiap aktiviti dalam majlis
konvokesyen tersebut. 

DECTAR
CAM 2
HATA....CAM 5
krew baru dan fakhran...cam 3
hazni hanim, su, krew baru, chef & aizat...
jasril, shahrul & hazni hanim...& rf camera
hata & ery....cam 1
khaidir & wanie...fm


Di sini aku ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua, yang sama
sama bekerja secara berkumpulan dalam tugas rakaman MCP
MAJLIS KONVOKESYEN di DECTAR ini.

KREW konti, 
EN. MOHD NOOR, CIK HANIM, CIK SURAYA, CIK FAZLIANA,
2 AMIRA, HAZNI HANIM, HASNAH, KAMARUL....

KREW audio,
RAMLI ADNAN dan HJ SULIMI

KREW jurukamera
SHAHRUL, JASRIL, AIZAT, HATA,WAFIY, YUSRIE, ERY, FAKHRAN,
CHEF, JAMALUDIN SABRAN, KHAIDIR, 2 ORANG KREW BARU
kami, ZULHIMI dan BADRUNIZAM.....

KREW fm,
NURUL HAZWANI, SU dan sorang krew baru kami..........

TAN SERI NAIB CANSELOR LAWAT STUDIO
TAN SERI NC LAWAT STUDIO
DATO' DR. RIZA ATIQ, TNC HEAA UKM melawat konti..
PROF. DATO' DR. RIZA ATIQ melawat bilik audio
rehat...
...mengambil tahu, peduli dan mengenal....orang pasir mas...



syukur alhamdulillah...
datang gelap...balik pun gelap...



Hari ini juga TAN SERI NC telah melawat studio begitu juga dengan TNC HEAA
untuk kali kedua.....

Aku juga sempat berkenal lebih jauh sikit...jauh sikit je dengan salah
seorang staf jelas juta yang standby di studio. Kalau kita ingin kenal seseorang maka
 kita mesti mendekati mereka.................Kami menyewa
sebuah kamera lens tele serta sebuah kamera rf daripada jelas juta.......

Tamat majlis terus kemas alat...aku tunggu Yan update buku sidang majlis konvo
untuk esok....lepas selesai maghrib baru balik......datang gelap, balik 
pun gelap....huhuhu...
Akhirnya  selamat bertugas untuk sidang2 akhir akhir esok ye.....

*Psttt.....maaf ye...banyak foto2 korang aku pinjam....sorry....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria