Tuesday, September 27, 2016

pos GOB....oh!....pos GOB gua musang...

24 hingga 26 September 2016, aku dan sdr. KAMARUL ditugaskan untuk membuat rakaman Program Kembara Khidmat UKM - EPIC di Pos GOB,
Gua Musang Kelantan. Jadi dibawah ni merupakan
 catatan aku sepanjang berada di sana.
Program ini diketuai oleh Pengarah UCTC UKM, Prof. Datuk Dr. Rokiah.


DARI  24 hingga 26 Sept. 2016, pihak UCTC UKM bersama sebuah pertubuhan NGO iaitu EPIC 
telah mengadakan sebuah program Kembara Khidmat UKM - EPIC di 
perkampungan orang asal Termiar, Pos Gob, 
Gua Musang, Kelantan...
Semua kenderaan konvoi pacuan empat roda yang mengambil bahagian
telah berkumpul di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR
sebelum bergerak menuju destinasi. 
Semua keperluan dimuatkan ke dalam kenderaan berkenaan termasuklah
barang-barang sumbangan daripada penyumbang.


...video penuh berskrip...


Gua Musang...Kuala Betis....Pos Tohoi....Pos GOB....
UKM KL




Setelah semuanya siap sedia, kenderaan konvoi pacuan empat roda berkenaan mula bergerak. Kenderaan tersebut terdiri daripada kenderaan UKM dan juga EPIC. Lebih sepuluh buah kenderaan menyertai konvoi ini. Konvoi ini bergerak melalui
Bentung, Raub dan Merapuh untuk sampai di Gua
Musang...........................
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang 
lebih kurang 400 kilometer. Perjalanan ke Gua Musang tidaklah sukar kerana
hanya melalui jalan tar. Namun begitu perjalanan dari Gua Musang
ke Pos GOB adalah sebaliknya.......................


perjalanan menuju GOB...


Dari Gua Musang ke Pos GOB mempunyai jarak perjalanan lebih kurang 80 Kilometer. 
Perjalanan ke sana perlu melalui Kuala Betis. Selepas Kuala Betis 
perjalanan menjadi lebih mencabar kerana ia melalui
jalan tanah. Jalan ini biasanya digunakan untuk membawa balak ke luar dari hutan.
Kenderaan yang boleh melalui jalan ini ialah motosikal, kemderaan pacuan empat roda dan
lori-lori yang membawa balak sahaja....Kenderaan yang melalui jalan ini 
cuma boleh bergerak diantara 20 hingga 30 Kilometer sejam........................................................
Perjalanan ini dikatakan akan mengambil masa selama 5 jam jika tidak berlaku sebarang
perkara yang menghalang. 

bersama penduduk orang asal...
kampung tembaga

Diantara masalah yang mampu menghalang kelicinan perjalanan untuk menuju destinasi ialah hari hujan, bertembung dengan lori balak dan hari malam. Selain daripada itu
kerosakan kenderaan juga boleh menjadi penghalang.
Jika bertembung dengan lori balak tiada cara yang terbaik untuk menyelesaikannya
melainkan mengambil jalan untuk berkompromi.

sukaneka...
masa sukan...

Perjalanan dari Kuala Betis hingga ke Pos GOB memang kelihatan amat sukar terutama
kepada mereka yang belum biasa dengan keadaan sebegini. Perjalanan ini
meliputi keadaan mendaki bukit dan menuruni bukit, melalui lereng
lereng yang curam tebingnya serta pelbagai lagi
keadaan yang hanya mampu dirasai oleh mereka yang mengalaminya
sendiri...... Bagaimanapun keadaan sebegini bukanlah terlalu mencabar bagi mereka
yang telah terbiasa dengan keadaan yang lebih melampau terutama 
kepada kumpulan NGO EPIC yang sentiasa mencari
keadaan yang lebih mencabar lagi....




Pergerakan kenderaan konvoi diteruskan melalui keadaan permukaan jalan tanah yang
amat tidak rata. Perjalanan yang bermula dalam keadaan sekeliling yang
cerah bertukar menjadi gelap pada malam hari.
waktu malam perjalanan hanya dibantu oleh cahaya lampu dan pergerakan
menjadi bertambah perlahan untuk mengelak bahaya. Ada ketikanya perjalanan
terpaksa dihentikan sementara kerana sesuatu yang berlaku.......

snap akhir sebelum pulang...

ada yang dibincangkan sebelum masing2 berpisah....
Setelah beberapa lama dalam perjalanan yang agak lama dan mencabar, akhirnya semua
kenderaan konvoi tiba di POS GOB dengan selamat. Selepas makan makan satu 
taklimat telah diadakan untuk mengatur jadual aktiviti
selama berada di sana bersama komuniti
setempat............................

pengarah UCTC UKM...nak balik dah...

berkemas...
 POS GOB mempunyai penduduk lebih kurang 100 orang mereka masih perlu dibantu.
Oleh itu rombongan konvoi telah membawa bersama kumpulan
kakitangan perubatan untuk sesi tinjauan, pemeriksaan
dan rawatan kesihatan.............
Sambutan orang asal suku temiar di sini amat menggalakkan. Mereka datang
beramai ramai.......................................................

perjalanan balik

perjalanan balik
 Di kampung Tembaga yang berpenghuni lebih kurang 80 orang juga dikunjungi oleh 
rombongan konvoi. Di sini aktiviti yang sama juga telah dijalankan
oleh pegawai-pegawai perubatan dan penyelidik yang berkunjung ke sini.
Semua yang terlibat dalam aktiviti bantuan kepada orang asal di sini telah melaksanakan
tugas mereka dengan penuh dedikasi.........................


 Selain aktiviti yang telah disebutkan, acara sukaneka dan perlawanan  bola sepak juga turut diadakan dan sememangnya telah mendapat sambutan. Ahli rombongan
 juga telah dihiburkan dengan taria sewang oleh penduduk
Kampung Tembaga..............

Di Pos GOB kenduri makan dengan penduduk tempatan telah dijalankan.
Ia mendapat sambutan yang baik dan ramai penduduk
turun untuk turut serta.................
Selesai makan, satu pertunjukkan bunga api telah dijalankan dan mampu 
menggembirakan ahli masyarakat setempat pada malam berkenaan.

Hari terakhir, tapak perkhemahan dibersihkan dan segala barang-barang
dimuatkan ke dalam kenderaan. Acara terakhir di sini ialah
penyampaian sumbangan oleh Pengarah UCTC UKM
Prof. Datuk Dr. Rokiah kepada penduduk
Pos GOB. Akhirnya selesai saja acara berkenaan semua kenderaan
berbaris untuk mula bergerak kembali ke Gua Musang.

Apa yang diharapkan aktiviti-aktiviti yang telah dibawa oleh rombongan UCTC UKM
bersama NGO EPIC ini akan berterusan dan menjadi pemangkin
untuk masyarakat orang Termiar ini untuk hidup
seperti masyarakat di luar.........................................................................................

Aku dan sdr. KAMARUL tiba di UKM lebih kurang jam 12.00 tengah malam dan
tiba di rumah tentulah lebih jam 12.00 tengah malam.......

....................... ..............................selesai ...............................................................



Terima kasih kerana melawat blog ini........................................



DAUD.montak.zakaria
Hak Cipta Terpelihara
24 - 26 September 2016

Monday, September 19, 2016

...gua musang ... oh... gua musang...

SABTU ni, 24 September 2016, kami (aku & sdr. KAMARUL) dijangka akan ke Gua Musang Kelantan. Kami akan menyertai PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UKM - 
EPIC  di perkampungan orang asli POS GOB Gua Musang. Ia merupakan 
salah sebuah perkampungan yang paling di pedalaman di semenanjung....
Kami terlibat dari 24  hingga 26 September 2016. Kami bertindak sebagai perakam
 video serta akan menyiapkan penerbitan video berkaitan program 
berkenaan.  Aku dah buat sedikit pencarian berkaitan POS GOB tu. 
Dikatakan jarak antara Gua Musang dan POS GOB sejauh 103 Km dan ada satu
 versi yang lain mengatakan 50 Km... tak tau mana yang betul. Perjalanan dikatakan mengambil masa selama 4jam setengah jika tiada sebarang masalah. Jika ada 
masalah akan mengambil masa yang lama mungkin 7 jam....harap takde
masalah.... Perkampungan tersebut merupakan perkampungan orang asli suku 
temiar. Aku difahamkan kampung tersebut tiada sumber air sempurna,...tiada letrik....
tiada signal talipon,......ALAMAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK........
Kehidupan mereka di sana dikatakan kehidupan
tradisional yang semuanya bersumberkan alam sekitar. Nampaknya 
kami pon terpaksa hidup macam tu...mandi sungai...buang air dalam semak? gamaknya..
guna lilin.....menung tengok screen hp yang tiada signal...wakaka...
Jalan untuk tiba di lokasi hanya menggunakan jalan
balak yang mungkin berdebu dan berlumpor..................................jalan
tar mungkin takkan jumpa langsung kot.....Kenderaan 4WD jer yang boleh masuk ke sana...ermmm...nasib laaa..........Aku harap kami akan dapat menjalankan tugas dengan
sempurna dan berjaya mendapat sebanyak rakaman yang berkualiti walaupun 
mungkin tidak dalam kuantiti yang banyak................................................................
Peralatan rakaman yang mungkin kami bawa...KAMAERA...PITA...
BATERI yang cukup...TRIPOD....MIKROFON..........
Harap dapat membuat beberapa temubual terutama ketua program....tok batin....kanak2 
orang asli....dan sebagainya.....doakan kami selamat pergi dan balik serta
dapat bertugas dengan sempurna............







Terima kasih kerana melawat blog ini.....

DAUD.montak.zakaria

Friday, September 2, 2016

minggu yang sibuk sesangat..

Minggu ini amat sibuk...sangat sibuk bernula daripada 28 Ogos 2018 kerana Minggu
 Mesra Mahasiswa Baharu sesi 2016-17. Banyak rakaman video telah 
dibuat dan sedang dibuat serta akan dibuat
 termasuk proses suntingan....


sebelum gerak untuk rakaman lawatan naib canselor ke fakulti dan kolej masa
pendaftaran pelajar baharu sesi 2016/17 pada 28 Ogos 2016.
antara staf PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT yang terlibat sama...
sidang media datuk naib canselor ukm
dewan canselor tun abdul razak yang menyambut ketibaan pelajar baharu ukm
raptai malam tunas seni ukm


kami di studio kawalan sentiasa bersedia untuk tugas mcp...
setelah tamat malam tunas seni ukm...


ini sebahagian daripada krew mcp yang bertugas...
pertandingan pasukan sorak sukan....



Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dan terima kasih kepada
semua yang melawat blog ini....

DAUD.montak.zakaria