Wednesday, October 30, 2013

bY...bY...koNvo 41...


sidang 2

HARI ini, SELASA, 29 OKTOBER 2013,
LEBIH KURANG JAM 11.30 malam tadi baru tiba rumah dari gelanggang badminton 
Sungai Tangkas. Letih gak main tadi, maklumlah memang aku tak power pon tapi
setakat untuk keluarkan peluh boleh ler kut......

yan & najwa
wafiy, naziruddin, hidayah & hasnah...
ramli..
Lebih kurang pukul 5.00 petang tadi pula rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke-41
juga tamat dengan jayanya setelah kami berkampong di dewan canselor
selama 4 hari kerana tugas rakaman dan tayangan live di dewan
majlis berkenaan....hari ini ialah
hari terakhir.

shohaimi, anim, aisayah & jasril...
jasril, aisyah...
nur najwa.... 
Tugas rakaman dan tayangan majlis tersebut secara live di dewan bukan sesuatu perkara
yang mudah, bimbang aku kalau timbul masalah terutama semasa
tuanku canselor berada di pentas. Silap2 menerima titah
perintah warna kuning.....
Fikirlah jika semasa live tiba2 alat
mengalamai kerosakan, tentu semua layar tayangan akan
kosong tanpa visual......tentu akan menggetarkan sanubari semua staf video.........

dewan
kamarul, shahrul, hasnah, syanana & aisyah
studio ukm... 
Apa-apa pon ALHAMDULILLAH, syukur sesangat kepada SANG PENCIPTA,
segalanya berjalan dengan lancar dan cuma terdapat sedikit
masalah sahaja.....lojiklah kan, kita manusia biasa tentu
mempunyai kecacatan...bukan gitu....jika
ada manusia yang tidak boleh
menerima kekurangan tentu dia manusia luar biasa
yang mungkin boleh disamakan dengan FIRAUN....ooooppptttsss..........!!!!!!!!!!!!

najwa & yan
sidang 8 tamat...
tamat sidang 8.... 
Tapi da aku katakan tadi, ALHAMDULILLAH kerana sepanjang tugas yang 
dijalankan selama 4 hari tersebut cuma terdapat sedikit
masalah sahaja yang rasanya boleh diabaikan 
kut................................

tamat sudah konvo 41, jumpa lagi taun depan...itu pon
kalau unit kami kekal lagi akan datang......
Aku da takde idea untuk menulis panjang-panjang oleh itu lihat jer foto2 tu...
dan dalam kesempatan ini aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada
semua krew dan mohon jutaan kemaafan daripada semua krew
termasuk sdr. YUNUS, SHOHAIMI,
NAZIRUDIN, WAFIY, HATA, ISMA, CHEF, JI,
JAMALUDIN SABRAN, ZULHIM, YUSRI, KHAIDIR, AZRUL, SYANANA,
YAN, WATIE, MIMI, ANIM, BADRU, SURAYA, BUKHARI, SHAMSUL, SULIMI, 
HIDAYAH, HASNAH, SITI AISYAH, NUR NAJWA, SHUKRI, ROSLI dan
 juga kepada semua krew UAV  serta krew yang  mungkin nama 
mereka, aku terlupa untuk dicoretkan di sini.....
maaf dan terima kasih semuanya...........................................................

....sekian dan terimakasih kerana sudi membaca.....


DAUD.montak.zakaria

Monday, October 28, 2013

...seLESai siDAng 5 & 6



HARI ini, Isnin, 28 Oktober 2013, kami membuat rakaman MCP Majlis Konvo
UKM Ke-41. Hari ini kami membuat rakaman sidang 5 dan sidang 6.
Kedua-dua sidang tersebut dapat dirakam tanpa sebarang
masalah, ALHAMDULILLAH. Moga sidang-sidang
terakhir esok jugak tiada timbul sebarang
masalah, mohon kepadaNYA,
aminnnn....
Hari ni malas nak tulis panjang-
panjang, harap foto mampu ceritakan segalanya..........

dalam dectar 6.50 pagi....
6.50 pagi...
sebelum mula tugas sidang 5, hubungi siapa
yang perlu...
sedang bertugas....sidang 5 dikendalikan
oleh sdr. KAMARUL...
tekun bertugas dalam ceria....
audio jugak penting...
sidang 6 dikendalikan oleh SDR. SHOHAIMI
 ABD. RAHMAN...
sidang 6
pro canselor...
ceria setelah selesai bertugas namun...jem
menanti di luar dewan...
keluar awal untuk elak jem....
Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew termasuk krew bantuan
iaitu sdr. NAZIRUDDIN, YUSRI, WAFIY, JAMALUDIN SALEH, 
JAMALUDIN SABRAN, JAMALUDIN IBRAHIM,
SHUKRI, ROSLI, BUKHARI, SULIMI,
YUNUS, HATA, ZULHIMI, ARENIM, HIDAYAH,
MIMI, YAN, HASNAH, SYANANA, NAJWA & AISYAH(LI POLITEKNIK
ARAU), FAIRUL @ FIRE (DAH BALIK JOHOR) serta semua krew
UAV, PKK.........................................
jumpa lagi esok untuk sidang 7 dan sidang terakhir iaitu sidang 8......


.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, October 27, 2013

seLEsai siDAng 3 & 4...


sidang 3


sidang 4

HARI ini, Ahad, 27 Oktober 2013, kami sambung lagi tugas kami membuat 
rakaman video MCP majlis Konvokesyen Ke-41 UKM di Dectar. Hari ini 
Sidang dua tiga dan empat.......

sedang bertugas...
aisyah, arenim, shahrul & azrul...

Hari ini tiba di dectar agak lewat iaitu lebih kurang jam 6.50 pagi. Hari dah cerah pon...
Masuk dectar terus log in dan mula buat persiapan teknikal. Sdr.
Kamarul dan Shahrul kelihatan da bawa kamera untuk
dipasang dalam dectar.........

syanana...
hanamichi & meor sony...
haji sulimi  
Terus masuk ke dalam bilik kawalan utama dan setting apa yang perlu. Setelah pastikan 
semua kamera o.k barulah buat kerja lain dan seterusnya tunggu
masa untuk rakaman. Sementara krew lain pula
pergi untuk sarapan.

gembira bila selesai tugas...
lorong ini sunyi kembali bila semuanya pulang....
kurang jem masa balik....esok jumpa lagi...
Hari ini rakaman Sidang 3 dan 4 berjalan dengan lancar. Hari ini juga tidak berlaku
sebarang masalah yang berat. Agak lancar dan licin rakaman video
kami. Cuma ada sedikit masalah intercom tapi apa
boleh buat bila dua sistem digabungkan
tentu akan timbul sedikit masalah.
Begitu juga dengan kami, dalam
kerja rakaman dan tayangan majlis konvo ni
ramai yang terlibat sama. masing-masing dengan tugas masing. Masing-masing
juga dengan sikap masing-masing. Kami bekerja dengan bahagian lain dalam kerja
kerja rakaman di studio sepanjang majlis berlangsung. Ramai staf yang terlibat
dan tentu pelbagai sikap dipamerkan. Ada yang ramah, ada yang senyap 
dan mungkin ada yang sombong atau riyak...ada yang
mudah senyum, ada yang masam mencuka, ada yang kedekut dengan senyuman
....dan macam2 lagi....................................Mana yang baik
tu aku memang hormat abis, maklumlah mereka
hormat kita dan kita tentu akan
hormat mereka...
Yang riyak atau sombong tu, aku tak nampak
pon keperluannya. Apa nak disombongkan...entah2 kita akan mati esok, sape
tau. Apa yang nak dimegahkan, bila kita mati tentu perlukan
doa orang lain....Lagi pon apa nak disombongkan,
bila mati kain kafan kita sama jer, putih jer...
bukan kain kafan kau sutera atau bercorak-corak.....
Jadi lebih baiklah buang jauh2 sikap sombong dan riyak tu...takde kemana pon...
akhirnya kita akan masuk ke dalam tanah dan dimakan ulat2....

Di sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew terutama
yang masih sudi membantu kami iaitu...sdr. SHOHAIMI, YUNUS, BUKHARI,
WAFIY, NAZIRUDDIN, MIMI, SYARINA, YAN,
RUKAWA, AZRUL, ISMA, HASNAH, ANIM, SULIMI, WATIE, HIDAYAH
dan tak lupa jugak SITI AISYAH & NUR NAJWA pelajar
LI Politeknik Arau, serta SDR. FIRE @ FAIRUL, kakitangan kerajaan johor 
dan juga sdr. PECAL, bekas pelajar LI tempat kami....
bantuan anda semua besar maknanya...moga TUHAN dapat
membalasnya......mana2 nama yang lupa aku sebot
JUTAAN MAAF juga aku pinta.....

....sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria

Saturday, October 26, 2013

seLEsai siDAng 1 & 2






sidang 2

HARI ini Sabtu, 26 Oktober 13, bermulalah rakaman video MCP Majlis Konvo Ke-41
UKM Sidang 1 dan 2. Semua peralatan telah dipasang sebelum ini,
cuma kamera video saja yang belum diletakkan
di tripod...................

dalam dewan waktu pagi....
yusri, rosli & khaidir sebelum mula bertugas...
kamarul, pecal, hasnah & aisyah...
Tiba dectar jam 6.45 pagi dan terus buat pemasangan peralatan. Sdr. Kamarul telah
membuka pintu studio. Terus pasang kamera dan sebagainya bersama 
Kamarul dan Shah awal pagi..... Tak lama kemudian beberapa
krew lagi tiba di studio. Krew Jelas Juta juga da ada
sama, dikatakan mereka tiba di dectar
jam 6.30 pagi.....

shohaimi abdul rahman, hidayah & watie..
kamarul, pecal, hasnah, aisyah, shahrul & jasril...
hampir selesai keje, jumpa setaun sekali....
Siap pemasangan, ada yang pi sarapan pagi sebelum bertugas. Hari ini terdapat
jugak krew bantuan yang hadir. Agak ramai. Ada yang setahun sekali
berjumpa terutama masa majlis konvo, tentu macam2
cerita keluar bila lama tak jumpa....

farah (bekas pelajar LI dan akan terima ijazah esok, ikhwan, hidayah,
 watie, mimi, siti suraya, hasnah, naziruddin, wafiy, jamaluddin
sabran & yusri..
 Sidang pertama, Canselor datang dan di masa ini ada tabik hormat dan lawatan
perbarisan Palapes oleh Tuanku. Sidang pertama cuma ada sedikit masalah 
teknikal. Sidang kedua tiada masalah yang besar..................
Tataplah foto-foto tu...tentu ia mampu mengungkap seribu
cerita................................................sebab aku letih nak citer lebih2...
Aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua krew yang
terlibat terutama krew bantuan iaitu sdr. YUNUS, CHEF, JAMALUDIN SABRAN,
ROSLI, YUSRI, WAFIY, KHAIDIR, WATIE, SITI SYARINA, HIDAYAH,
ANIM, HASNAH, SHOHAIMI, SULIMI, ISMA, NAZIRUDDIN, MIMI,
begitu juga dengan PECAL yang merupakan bekas pelajar
LI Penerbit yang sukarela datang membantu,
Fire @ Fairul yang juga sukarela membantu kami yang datang
dari kerajaan Negeri Johor, Siti Suraya staf penerbit yang cuti belajar yang
turut membantu secara sukarela untuk hari ini saja serta SITI AISYAH
dan NUR NAJWA yang merupakan pelajar LI dari Politeknik
Syed Sirajuddin Arau Perlis yang akan tamat LI pada
hujung bulan ni.............................
TERIMA KASIH KEPADA semua....mana2 yang ada kesempatan jangan
lupa bantu kami hingga 29 Oktober 2013, hari akhir 
majlis KONVO 41 UKM......

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, October 25, 2013

Letihnyer kerana konvo 41...

JAM lebih 8.00 malam tadi baru jer tiba rumah. Memang rasa letih sesangat tapi...
bukan aku sorang jer yang letih...kawan2 aku gak letih jugak...
Hari ini tiba DECTAR sebelum jam 7.00 pagi...
kemudian tiba pula sdr. SHAHRUL...


Kami pasang dua buah kamera dan letakkan tv di tempat-tempat yang perlu dalam dectar.
Hari ini ada raptai penuh Konvo Ke-41 UKM di Dectar.
Persediaan peralatan amat perlu disiapkan
lebih awal........

  
Pagi ni jugak krew PTM turut memasang perlatan untuk 'touch card' untuk nama graduan
yang akan di papar di layar tayangan. Begitu juga dengan krew streaming.
Mereka turut serta memasang perlatan yang perlu...


Krew MCP ada sebilangan yang hadir, mana2 yang berkesempatan. Krew jelas juta juga
datang menyiapkan peralatan mereka. Semuanya bertugas, kerana waktu petang
ada majlis pemakaian jubah pHD kepada pelajar PHD oleh
penyelia mereka. Semua tugas teknikal perlu di
siapkan awal pagi.
Waktu petang majlis pemakaian jubah
dijalankan....tension masa ni kerana sesuatu perkara yang
tak perlu akau catat di sini. Disebabkan krew tak cukup, aku bertugas mengendalikan
kamera DUA di pintu masuk utama. Aku duk kat sini dari jam 3.00 - 
5.00 petang. Tamat majlis kami masih terus di studio
kerana untuk menyelesaikan masalah
CCTV. Sementara krew
Jelas Juta selesaikan masalah kamera tanpa wayer atau 
RF Camera yang masih belum selesai. Tugas kami dan tugas mereka siap lebih
kurang selepas waktu maghrib sebelum masing2 balik ke teratak 
masing-masing. Esok kena tiba di dectar sebelum jam
7.00 pagi, harap tiada halangan...harap jugak
tugas kami sepanjang konvo ke 41 ni tiada sebarang masalah walau sebesar zarah,
IN SYAA ALLAH....tolong sama2 doakan kami k....?
Aku nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat
seperti YUNUS MISDI, NAZIRUDDIN, YAN, ANIM, HASNAH, JI,
JAMALUDIN SABRAN, SHAMSUL, SHOHAIMI, WATIE,
NAJWA, SIA AISYAH, ZULHIM, KREW JELAS 
JUTA, SHAHRUL, RAMLI, JASRIL dan KAMARUL....MAAF BEBANYAK kepada
mereka yang terlupa aku nak catat kat sini.........
opst! tidak terlupa kepada FIRE atau FAIRUL SURIAN dari KERAJAAN
NEGERI JOHOR yang sanggup membantu dengan sukarela....tQ.

*hari ni baru tau set untuk rf camera beharga lebih 400 ribu.....hanya untuk sebuah
kamera jer kut....haih....

....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Thursday, October 24, 2013

seLAMat daTAng 41....(KONVO KE-41)

HARI ini, Khamis 24 Oktober 2013, kami membuat pemasangan peralatan audio visual
untuk Majlis Pemakaian Jubah Ijazah Kedoktoran PPS dan juga Majlis
Konvokesyen UKM Ke-41 di DECTAR.

dectar
peralatan yang belum dipasang
 Majlis berkenaan akan berlangsung dari 25 - 29 Oktober 2013. Hari ini juga ada raptai
pentadbiran Majlis Konvo berkenaan. Kami tidak dapat involve
dalam raptai tersebut kerana membuat pemasangan
alatan2 berkenaan, harap takde sape
pon yang akan marah.
Kalau mare kami jual....................

pemasangan...
buku tertib acara...
 Kami akan menggunakan enam buah kamera video untuk majlis tersebut. Pemasangan 
peralatan juga dilakukan oleh Jelas Juta kerana kami menyewa
tiga buat kamera dari mereka kerana
kami tak cukup kamera.

plan lokasi peralatan
shahrul & jasril amry...
 Kerja-kerja memasang peralatan tersebut aku lakukan bersama sdr. Shahrul, Jasril, Ramli dan dua orang pelajar Latihan Industri dari Politeknik Tuanku 
Syed Sirajuddin, Arau, Perlis iaitu Nur Najwa Rashidi & Siti
Aisyah Adanan. Sebenarnya mereka akan tamat
LI pada hujung bulan ni untuk kembali
ke Politeknik Arau....

masih belum siap
Pemasangan peralatan kami tamatkan pada jam 5 lebih kurang dan esok akan sambung
kembali. Namun sdr. Ramli Adnan sambung pemasangan dan ujian audio
hingga ke malam......
Sdr. Kamarul hari ini ada kerja rakaman bengkel hingga waktu petang.....
Esok pagi akan dijalankan raptai penuh Majlis Konvo
dan juga Majlis Pemakaian Jubah pHD.
Petang esok pula akan ada MCP Majlis Pemakaian Jubah
yang akan bermula pada jam 2 lebih lepas
Solat jumaat....
Krew yang akan terlibat semasa majlis ini lebih kurang 40 orang
semuanya....harap mereka dapat kelepasan
jabatan masing-masing sama
'involve' memberi
bantuan...
Kedua-dua majlis ini amat besar dan Majlis Konvo akan dihadiri oleh Canselor UKM, 
Yang DiPedrtuan Besar Negeri Sembilan. Majlis ini amat aku bimbangi
terutama berkaitan peralatan audio visual. Bimbang peralatan
'not working' di tengah2 majlis...itu
yang paling aku bimbang...
Jika peralatan bermasalah, semua layar tayangan akan kosong....tambahan
majlis yang dihadiri oleh Tuanku......seram sejuk wooooo....
Apa2 pon...mana yang kenal aku tu tolong doakan
supaya aku tak hadapi masalah macam tu...
tolong arrrrrrr..............
Ya ALLAH....lindungan kami daripada sebarang masalah sebelum, semasa
dan selepas majlis tersebut berlangsung....aminnnn....

.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria....