...sila tonton video ni....toksah duk risau tiada adegan lucah...
...antara krew belakang tabir yang terlibat sama....
HARI ini, 17 April 2013, kami membuat rakaman LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN
yang dijalankan di FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.
FPI
|
sdr. shahrul bersedia merakam... |
Kami mendapat maklumat program tersebut akan dijalankan pada jam 9.00 pagi.
Oleh itu sebelum jam 9.00 pagi aku bersama krew telah bergerak ke FPI.
Kami merakamkan sekitar bangunan FPI sebelum program
bermula. Aku bercadang untuk membuat dokumentari
berkaitan program ini......
|
mangsa dimasukkan ke dalam ambulan... |
|
latihan memadam kebakaran... |
Krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan ialah aku, shahrul, jasril amry, haji ruhaizad
dan siti suraya.......Tiba di FPI kami dapat maklumat program berkenaan
akan bermula pada jam 10.00 pagi....Wah! ada masa
lebih kurang satu jam lagi....jadi......jom,
minum dulu................
|
latihan padam kebakaran... |
|
temubual pihak penganjur... |
|
temu bual pegawai insiden...panjang lebor kata2nya... |
SKIRIP CADANGAN UNTUK DOKUMENTARI NI...
....krew yang terlibat sila komen skrip ni....
SKRIP
Cahaya mentari pagi kelihatan indah menyirami bangunan Fakulti Pengajian islam Universiti kebangsaan Malaysia. Bangunan yang bercirikan senibina islam ini kelihatan lebih indah dengan kehijauan di sekitarnya.
Kelihatan para pelajar menjalankan aktiviti harian mereka di bangunan berkenaan. Aktiviti pembelajaran menghidupkan suasana sekitar gedung ilmu berkenaan.
Sementara kakitangan-kakitangan tekun menjalankan tugas mereka di dalam pejabat di bangunan tersebut. Kecekapan bekerja menjadi modal setiap kakitangan untuk melancarkan pentadbiran di fakulti terbabit.
Keceriaan suasana pagi tiba-tiba dikejutkan dengan deringan loceng kecemasan yang membingitkan cuping telingan penghuni bangunan tersebut. Kepulan asap kelihatan keluar dari salah satu sudut bangunan.
Kakitangan yang sedang bertugas dan pelajar yang menjalankan aktiviti pembelajaran mereka bergegas meninggalkan bangunan dalam bunyi deringan loceng yang tidak putus-putus berbunyi.
Kepulan asap terus keluar dari bangunan yang sedang terbakar. Seketika kemudian pihak bomba tiba diikuti oleh ambulan. Anggota-anggota bomba yang terlatih tanpa berlengah terus menyiapkan peralatan untuk memadam kebakaran.
Dalam masa yang sama beberapa anggota bomba bergegas masuk ke dalam bangunan yang sedang terbakar untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap dalam bangunan tersebut. Mereka memeriksa dengan pantas dari bilik ke bilik jika ada mangsa yang tidak sempat keluar dari bangunan.
Dalam masa yang sama anggota bomba di luar bangunan telah bersedia dengan alat untuk memadamkan api yang sedang marak. Mereka menghalakan muncung hos ke arah bangunan yang sedang terbakar.
Sementara itu anggota penyelamat dalam bangunan terus mencari mangsa di setiap sudut dalam bangunan tersebut Setiap aras diperiksa dengan teliti. Akhirnya seorang mangsa yang terperangkap telah berjaya dijumpai. Mangsa yang terselamat telah berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan. Mereka memerhatikan bangunan yang sedang terbakar. Mangsa yang telah dijumpai oleh anggota penyelamat seterusnya telah dibawa di atas pengusung keluar dari bangunan. Mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta ambulan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Sementara itu anggota bomba yang lain terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlku di banguna berkenaan......
Walau bagaimanapun adegan tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang telah dijalankan oleh Fakulti pengajian Islam. Latihan tersebut telah mendapat kerjasama jabatan bomba dan penyelamat, pasukan ambulan serta Jabatan Keselamatan Pekerjaan UKM. Ia merupakan satu acara yang menjadi pengisi program kempen minggu keselamatan Fakulti pengajian islam.....
.....temubual...
Pepatah Melayu mengatakan 'api masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'. Memang benar kejadian kebakaran yang berlaku telah banyak mendatangkan kemusnahan kepada harta benda malah bukan sedikit kehilangan nyawa.
Menyedari tentang bahaya kebakaran ini pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkan bencana tersebut.
Dalam latihan memadam kebakaran ini kakitangan dan pelajar Fakulti Pengajian Islam juga telah ditun ajar cara yang betul untuk memadamkan kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api.
Terdapat beberapa jenis alat pemadam api untuk bahan-bahan tertentu yang menjadi penyebab kepada kebakaran. Jika bahan yang terbakar ialah kertas, serbuk kayu dan kain maka alat pemadam api yang digunakan ialah serbuk kering, air atau buih.
Untuk bahan terbakar yang disebabkan oleh minyak, gasolin dan alkohol, maka bahan pemadam yang sesuai ialah dari jenis serbuk kering, buih, CO2 dan air semburan.
Bahan terbakar berupa acetylene, ammonia dan butane pula pemadam jenis serbuk kering, air semburan dan halon sesuai digunakan. Sementara bahan terbakar yang terdiri daripada aluminium, kalsium dan magnesium, maka bahan pemadam ialah serbuk kering.
Alat pemadam api yang digunakan adalah untuk memadamkan kebakaran yang kecil pada peringkat permulaan dan biasa digunakan ialah serbuk kering. Tabung pemadam ini bewarna biru muda. Jenis semburan air pula bewarna merah, Jenis buih bewarna kuning langsat. Jenis CO2 pula tin warna hitam dan jenis debu kering dalam tabung warna biru muda.
Latihan kebakaran tersebut memang perlu diadakan bagi menyediakan kakitangan dan pelajar dengan pengetahuan berkaitan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku sebarang kebakaran.
....temu bual pegawai insiden....
Rata-rata mereka yang terlibat berpuas hati dengan kempen berkenaan.
....temu bual.......
Oleh itu bertindaklah dengan sewajarnya sebelum kawan yang akrab menjadi lawan yang berbisa.....
*skrip ini telah diolah kembali, tontonlah video yang akan di 'upload' ke youtube nanti...video ini nanti dijamin tiada unsur2 lucah...ekeke...
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria