Monday, October 31, 2011

FeStiVaL NaSyiD MaKuM 2011



30 OKTOBER 2011;
Kami membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk 'final' majlis FESTIVAL NASYID MAKUM 2011 di DECTAR.




...krew di bilik kawalan sedang bertugas...

....sebelum program bermula...

Walaupun kakitangan lain bercuti kerana hari AHAD kami datang untuk menjalankan
tanggung jawab yang telah diminta kami laksanakan. Agak cukup jugak
krew yang sudi datang membantu.


Biasalah kami sebagai kakitangan Unit Audio Visual Penerbit UKM atau UKM PRESS sejak jam 6.00 petang sudahpun berada di DECTAR untuk membuat persiapan teknikal.


...keadaan di pentas ketika program sedang berlangsung....







....Haji Sulimi di bilik audio, sdr. RAMLI tidak
kelihatan dalam 'frame'...

Program tersebut selesai hampir jam 11.30 malam. Macam biasalah, lepas program mestilah semua peralatan dikemas sebelum masing-masing pulang.

Kumpulan Nasyid telah menjuarai UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA telah menjuarai FESTIVAL NASYID MAKUM 2011. Tahniah kepada keumpulan nasyid UKM.

...TNC HEPA sedang menyampaikan hadiah kepada kumpulan nasyid...

TERIMA KASIH BANYAK2 diungkapkan kepada semua krew yang membantu dalam rakaman MCP berkenaan. Harapnya dimasa akan datang kita akan bekerjasama lagi dalam rakaman MCP yang lain. Terima kasih kepada krew yang membantu sdr. YUNUS MISDI, HJ. SULIMI, ROSLI, KHAIDIR, WAFIY, YUSRI, SYANANA, WATIE, FAIRUL SURIAN aka 'FIRE' dan ARENIM... bantuan kalian AMAT DIHARGAI....
daudmontakzakaria

Friday, October 28, 2011

Kenapa Cannes...?


Cannes Filem Festival;

Cannes Filem Festival, di Peranchis bermula sejak tahun 1930 an. Festival ini di asaskan oleh Jean Zay, Menteri Pendidikan Nasional Peranchis. Festival ini merupakan salah sebuah festival filem yang tertua di dunia. Pada peringkat awal festival ini diwujudkan untuk menyaingi Vernice Film Festival yang diadakan di Itali pada tahun 1932.
Dalam tahun 1939, Louis Lumiere telah dilantik sebagai presiden pertama Cannes Film Festival. Namun begitu festival berkenaan tidak dapat digerakkan kerana telah meletus perang dunia. Festival ini hanya berjaya diadakan pertama kalinya pada tahun 1946. Louis Lumiere yang ketika itu sudah berusia lebih 80 tahun telah dilantik sebagai anggota juri festival berkenaan.
Sejak dari itu Cannes Film Festival terus bergerak hingga menjadi sebuah festival filem yang terkemuka dan terkenal di dunia di hari ini. Setiap tahun lebih daripada 1500 buah filem daripada pelbagai 'gendre' termasuk dokumentari daripada lebih 100 buah negara telah dicalonkan untuk menerima anugerah di Cannes Film Festival yang berprestij dan terkemuka di dunia.

Sedikit Berkaitan Lumiere Bersaudara
Agusta dan Louis Lumiere atau Lumiere Bersaudara merupakan orang pertama yang menayangkan filem atau gambar bergerak kepada khalayak umum di Paris Peranchis pada tahun 1895. Mereka juga mencipta alat penayang filem yang dikenali sebagai CINEMATOGRAPH. Alat ini juga boleh berfungsi sebagai kamera. Mereka menayangkan lebih daripada 10 buah filem pendik yang mengambil masa selama 20 minit. Filem yang ditayangkan termasuklah filem pertama mereka yang berjudul "WORKERS LEAVING THE LUMIER FACTORY". Mereka merupakan tokoh yang sentiasa disebut dalam sejarah filem bergerak.


daudmontakzakaria

Tuesday, October 25, 2011

LeNsA FoTo & TaSiK KeNyiR







Akhirnya siap jugak video bengkel foto di Tasik Kenyir yang telah aku sunting. Agak makan masa yang lama untuk disiapkan maklumlah macam2 pulak yang berlaku semasa proses penyuntingan tersebut. Apa yang boleh aku ucapkan bila timbul masalah cuma ungkapan yang mampu dikatakan ialah 'inna lillahi wainna ilaihi roji'un' jer.... Penerbitan video ni aku bubuh tajuk 'LENSA FOTO & TASIK KENYIR' jer.... Hampir 2 minggu jugak baru siap....apa2 pun moga hasil video ini ada manfaatnya kepada sapa2 saja yang sempat menontonnyer....kalau ada komen, eloklah ditinggalkan supaya mudah aku nak 'refer' yang yang kesilapan yang telah dibuat dalam video ni....jangan lupa tinggalkan komen selepas menonton....terima kasih kerana menonton dan membaca......
daudmontakzakaria

Friday, October 21, 2011

Video Clip BeNgKeL FoTo d' TaSiK KeNyiR




....inilah sebahagian daripada peristiwa sepanjang bengkel foto
di Tasik Kenyir dari 12 - 15 Oktober 2011....

Sunday, October 16, 2011

Catatan Kenyir II

12 - 15 OKTOBER 2011;
Kami, iaitu aku, sdr. Kamarul dan Ramli bergerak dan berada di Tasik Kenyir untuk kali kedua kerana membuat dokumentari berkaitan Santuari Kelah yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Dalam masa yang sama jugak kami diminta untuk membuat rakaman BENGKEL FOTO di lokasi berkenaan. Kali pertama aku berkunjung ke sini ialah semasa kami mengendalikan BENGKEL VIDEO tahun lalu.

....diperkarangan Pusat Islam UKM, sebelum bergerak dengan bas ke Tasik Kenyir.....

....sudah tiba di negeri Terengganu, kami singgah
dan makan di sini......

Kami bergerak dari UKM Bangi jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Dalam Unit Video
aku, ramli dan kamarul turut sama dalam rakaman untuk dokumentari
yang akan di arahkan oleh Karyawan Tamu Penerbit UKM
Mr Morits Bunk. Namun yang akan naik bas
ialah aku dan ramli sahaja.


Kamarul pula pergi ke destinasi yang dituju dengan menaiki kereta bersama bos kami, mr moritz, dan sdr. raai. Oleh itu aku dan ramli sama menaiki bas yang juga membawa para peserta bengkel foto ke sana...Oh! lupa nak beritau disamping kami membuat rakaman dokumentari, kami juga diminta membuat rakaman video perjalanan bengkel foto.









....rumah peranginan persekutuan tasik kenyir menjadi lokasi penginapan kami....




....pemandangan sekitar rumah penginapan....

Perjalanan kami mungkinmengambil masa yang panjang tentu berjam-jam...alamatnya
kebaslah nampaknya yang ada kat badan. Bukan mudah duduk lama dalam
bas. Fikirlah kami bergerak jam 8.30 pagi dari UKM dan tiba
di Pengkalan Gawi Trengganu jam 5.30 petang.....
hah! fikirlah berapa jam tu...


Bas yang kami naiki pulak tu terlalulah....slow....bas tu banyak sangat guna 'effect' 'slow mo....' Letih sangat menunggu untuk tiba di destinasi, jemu sangat asyik tengok cermin tingkap bas tuuuu....


....jeti rumah peranginan persekutuan...





...Sungai Petang iaitu sungai di mana terletaknya Santuari
Kelah di Tasik Kenyir...

Kami beberapa kali singgah sama ada untuk cari 'toilet' atau untuk mengisi perut
yang lapar sangat. Rasanya cukup malas nak minum banyak dan makan
banyak.....bukan apa sebab malas nak pi 'toilet'. Perjalanan
yang panjang macam tu memang mengundang
ingatan nak pi 'toilet' jer....


Aku sebenarnya tak dapat mengagak berapa jauh dari ukm ke pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Tapi fikirlah tentu jauh bila ambil masa yang lam dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang baru sampai di Pengkalan Gawi Terengganu... 9 jam ooooooo............


....santuari kelah sungai petang di mana penggambaran dilakukan.....




....taman herba di pulau sah kecil....

Tiba di Pengkalan Gawi kami menunggu bot dari Rumah Peranginan Persekutuan
Tasik kenyir untuk mengambil kami di Pengkalan Gawi untuk dibawa
ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik kenyir Terengganu.
Di sini pun kami terpaksa tunggu lama gak.


Dalam masa menunggu tu sempat jugak aku merakam video sekitar pengkalan dengan 'handycam' yang aku bawa sebagai kamera kedua... semua yang aku fikir berguna akan ku rakam. nanti bolehlah pembaca semua menonton video tersebut apabila telah aku siapkan nanti. Sekarang ni penyuntingan sedang dilakukan....

....pokok tongkat ali yang terdapat di taman herba....



....jeti rumah peranginan persekutuan tasik kenyir....

Sempat jugak aku membuat rakaman cahaya matahari yang memancar daripada
celah awan yang gelap di langit...Subhannallah, cantik sangat...visual
tersebut akan aku masukkan dalam video yang sedang aku
sunting tu....sabar....tunggu ia aku siapkan...


Tak lama kemudian bot untuk kami pun sampai, ini merupakan trip kedua yang kami tunggu...hampir maghrib waktu tu...dah senja dan cantek nampaknya cahaya senja kelihatan dari atas bot. Itulah keindahan bagi kita yang jarang dapat melihat pandangan sebegitu.....


...kawasan penternakan ikan dalam sangkar di tasik kenyir. Ikan tersebut untuk keperluan eksport....



....ikan talapia yang diternak dalam sangkar. ia akan matang
dalam masa 8 bulan...

Tiba di Rumah Perangina tersebut hari dah agak gelap. Perjalanan bot berkenaan
mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Kami menginap dalan sebuah
rumah yang mempunyai 3 bilik. Teman-teman lain yang menginap
bersama kami ialah DR. HAMZAH(FSSK),
DR. AHMAD MAHIR(MATEMATIK),
HAJI SULIMI(PENG. MEDIA FSSK), IKHWAN(PENERBIT UKM),
AZRUL KHAIDIR(PENERBIT UKM) & RAMLI(PENERBIT UKM).


Semasa di tasik kenyir, kami terlibat dalam rakaman dokumentari yang di arahkan oleh Mr Moritz Bunk dan juga rakaman segala aktiviti bengkel foto yang berlangsung di sana.
Lokasi yang kami kunjungi semasa di sana ialah Santuari Kelah, kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar, taman herba.

....peserta bengkel foto sedang mendengar ceramah dalam dewan....

Letih juga perjalanan ke santuari kelah, perjalanan ke sana dengan bot dan dengan berjalan kaki. Lama jugak masa yang diambil iaitu lebih kurang 2 jam untuk pergi sahaja.
Sebelum tiba, kami mendaki bukit setelah turun dari bot. Lama jugak merentas hutan ni....banyak yang aku rakamkan dengan 'handycam'. Seronok jugak melalui hutan ini, bukan saja sejuk dan nyaman tetapi juga penuh dengan kehijauan. Aku amat suka melihat hutan sekali sekala macam ni tapi aku taknaklah menjadi 'orang hutan' pulak. Anak sungai kecil juga dijumpai, jerni....sejuk airnya. Sukar nak dikatakan, sukar nak diungkapkan.....
Tiba di santuari kelah, peserta bengkel dah pun berada di sana. Mereka melihat rakaman dokumentari yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Babak di sini ialah berenang bersama ikan. Pabila selesai, ramai peserta bengkel yang datang ke sini tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan ikan yang banyak di situ. Macam macam 'style' dia orang main ngan ikan tu...Lepas tengah hari kami bergerak kembali ke rumah peranginan.
Kami juga berkunjung ke Taman Herba yang terletak di pulau bersebelahan pulau rumah peranginan. Jalan menuju ke taman herba tu penuh ditanam dengan pokok tongkat ali. Taman Herba tak berapa jauh dari jambatan yang menghubungkan pulah sah besar dan pulau sah kecil. Taman herba terletak di pulau sah kecil. Banyak jugak pokok herba yang di tanam di situ seperti biasa tongkat ali lah, kacip fatimah dan pelbagai lagi yang jarang aku dengar. Yang aku rasa pelik ialah sebatang pokok tongkat ali yang agak besar diikat pada tiang bangsal yang terdapat di taman herba tu. Aku jugak diberi minum air tongkat ali oleh penjaga taman herba tersebut....ermmm...pahit rasanya air tersebut...terpaksa aku minum air kosong untuk menghilangkan pahit tu...Sebenarnya aku tak perlu rasanya air tongkat ali tu.....sebab aku sentiasa 'o.k' ...ekekeke...
Kami juga berkunjung ke kawasan ternakan ikan sangkar di Tasik Kenyir. Kawasan tersebut agak luas jugak. Ikan yang dipelihara di situ ialah ikan talapia. Barulah aku tau ikan tersebut bukan berasal dari negara kita. Menurut maklumat, benih ikan tersebut di import dari Taiwan. Ikan tersebut mengambil masa selama 8 bulan sebelum boleh dijual. Sebenarnya ikan di sini di eksport ke luar negara.
Bengkel foto tersebut berakhir dengan acara 'presentation' dan juga penyampaian sijil pada hari Sabtu 15 Oktober 2011. Selesai bengkel semua peserta berkemas untuk pulang dan kami bergerak ke UKM pada jam 2.00 petang dari Pengkalan Gawi Tasik Kenyir serta sampai di UKM hampir jam 11.00 malam.....begitulah ceritanya...terima kasih sebab membaca....

daudmontakzakaria

BAGAIMANA MENERBITKAN SEBUAH DOKUMENTARI


Bagaimana menerbitkan sebuah dokumentari;

Sebuah dokumentari ialah apa saja video atau filem yang memaparkan kepada penonton berkenaan sesuatu topik atau isu. Banayk filem-filem dokumentari menyediakan kita dengan informasi pendidikan. Terdapat juga dokumentari menceritakan tentang tokoh-tokoh tertentu. Ramai yang beranggapan atau berfikir bahawa menerbitkan sebuah dokumentari adalah mudah. Namun hakikat sebenar ialah menerbitkan sebuah dokumentari tidaklah semudah yang difikirkan.

Langkah-langkah:

- Lakukan Penyelidikan
Walaupun kita mengetahui topik tersebut dengan baik, namun perlu diingat bahawa penyelidikan juga perlu dilakukan. Kita boleh gunakan internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kita juga perlu berjumpa dengan individu-individu tertentu yang mengetahui tentang subjek yang kita pilih untuk dijadikan penerbitan dokumentari. Sebaik saja kita mempunyai sebuah tajuk yang umum yang kita minati untuk di dokumentarikan, cuba kita fokuskan kepada yang lebih khusus. Contoh jika kita berminat untuk mendokumentarikan topik berkaitan kereta, fokuskan kepada yang lebih khusus. Cari idea dengan cara 'brainstorming' dan catat sebanyak maklumat yang boleh diperoleh. Contoh ialah bila kita berminat untuk mendokumentarikan tajuk berkaitan kereta seterusnya kita khususkan kepada satu kumpulan pekerja yang ada hubungan dengan kereta antik. Kumpulkan maklumat untuk mengetengahkan kisah mereka. Beberapa perkara boleh kita masukkan dalam dokumentari berkenaan:

- Temubual
Rakaman peristiwa-peristiwa yang berlaku, gambar-gambar, lukisan-lukisan atau dokumen-dokumen (dapatkan kebenaran untuk memasukkan perkara berkenaan ke dalam dokumentari)

- Temubual orang ramai:
Dapatkan temubual orang-orang yang mempunyai pengetahuan atau yang berminat dengan tajuk yang kita ketengahkan. Lebih bagus jika kita dapat banyak temubual yang pelbagai dan menarik. Pastikan kita menulis nota-nota dan merakamkan temubual berkenaan. Katakan tajuk kita ialah 'SEJARAH KERETA'. Kita tentu ingin menemubual orang-orang tua yang mengetahui berkaitan kereta seperti bagaimana kereta direka dan sebagainya. Kemudian kita cari mereka yang mempunyai pengetahuan khusus tentang sejarah automobil dan kita temubual mereka. Tanyakan semua jenis soalan kepada mereka.

- Aturkan semua bahagian dalam keadaan yang menarik dan menyeronokkan tetapi ianya perlulah menasabah kepada penonton,
Dalam sejarah kereta contohnya, kita akan bermula dengan siapa yang mula-mula membina kereta yang pertama, bagaimana rupa kereta berkenaan, reaksi orang ramai terhadap kereta di masa itu. Kemudian kita akan bergerak kepda perubahan-perubahan kereta dan sikap orang ramai terhadap kereta dari dulu hingga ke hari ini.
Penutupnya mungkin sesuatu yang mengikat semua informasi berkenaan bersama dalam satu cara yang menarik atau mungkin satu komen daripada sebuah temubual. Harus diingat, cerita berkenaan dokumentari tersebut menceritakan perkara yang menarik, bukan penuh dengan tarikh-tarikh atau hal-hal yang terlalu mendalam.

- Tunjukkan dokumentari kita kepada rakan:
Pastikan kita mempertontonkan dokumentari kita kepada rakan untuk mendapatkan kritikan-kritikan. Berpandukan kepada maklumbalas mereka, sunting semula dokumentari tersebut dan baiki mana yang perlu, walaupun terpaksa membuat rakaman kembali atau menambahkan shot-shot atau babak baru. Selepas disunting semula, tonton semula dan jika maklumbalas diterima adalah positif, maka dokumentari tersebut bolehlah diedarkan kepada pelanggan.

Harus diingat terdapat penonton yang akan mencari dan membuat penyelidikan terhadap maklumat yang kita paparkan selepas mereka menonton dokumentari berkenaan.

-

daudmontakzakaria

Monday, October 10, 2011

Krew Bantuan MCP, dulu dan sekarang...

SEJAK pembukaan secara rasmi STUDIO UKM di DECTAR dalam tahun 1993, ramai krew bantuan rakaman 'Multiple camera Production' yang terlibat datang dan pergi silih berganti. Mereka semua membantu kami dalam tugas rakaman MCP yang sememangnya memerlukan krew yang ramai seperti jurukamera dan sebagainya....

...diantara krew yang otai, dari kiri Muhammad Bukhori, Ismahashimi & Zulhimi...
...sebahagian daripada krew lama yang sudah tidak
bersama krew MCP iaitu Zaidah, Firdaus & Hafiz Yusof...
melainkan sdr YUNUS(kiri sekali)..

Pada awalnya pemilihan krew untuk membantu kami adalah secara sukarela, sesiapa saja yang ingin menyertai kami amat kami alu-alukan. Begitu juga hari ini, sesiapa saja yang ingin
membantu akan kami terima bak kata 'tak cukup tapak tangan, studio ukm kami tadahkan...'
Kami juga akan mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai kami selepas
setiap kali selepas kami mengadakan bengkel video.

Satu ketika dulu, untuk memantapkan pengetahuan semua krew MCP, bengkel-bengkel kami adakan dengan dikendalikan oleh staf UAV serta penceramah yang didatangkan dari luar Penerbit UKM. Namun begitu, sekarang staf UAV sendiri yang mengendalikan bengkel video berkenaan.

...diantara krew yang 'otai' Jamaludin Saleh a.k.a CHEF...opst! maaf kepala ditutup kamera pulak...antara krew yg rajin kendalikan 'mobile camera'...

....krew yang ada sekarang...watie dan arenim...

Sejak dari dulu memang ramai krew yang menyertai kami dalam rakaman mcp segala
program yang dijalankan di DECTAR. Memang banyak program yang diadakan
di sini seperti program kendalian pelajar dan yang paling 'grand' ialah
majlis konvokesyen ukm yang diadakan setiap tahun....


Walau bagaimanapun penglibatan krew mcp bantuan yang menyertai kami adalah silih berganti. Ada yang masih bersama dengan kami, ada yang kehadiran mereka secara 'on and off' dan ada yang telah lama meninggalkan kami.

...salah seorang krew yang aktif sekarang ni...Azrul Khaidir atau Carlos....ekekeke...















....salah seorang krew yang 'on and off' dalam mcp sebab dia ada
tugas yang lebih utama, sdr. Firdaus Sharim..

Diantara krew yang otai-otai yang tidak lagi bersama kami ialah sdr. Dahalan Judin, Shohaimi, Hafiz Yusof, Zaidah, Ermy dan Awi. Sementara krew yang 'paling otai' yang masih setia
dengan kami ialah HAJI SULIMI, AHMAD YUNUS, JAMALUDIN SALEH(CHEF)
& ZULHIMI.

Krew yang paling otai yang sudah jarang bersama dengan kami tetapi masih 'involve' dengan rakaman MCP program yang 'grand' majlis konvokesyen pada setiap tahun ialah Shamsul Bahari, Zulhairi Midon, Jamaludin Sabran, Badrunizam dan Zaidi Endin....

...Muhamad Hata, krew yang bermusim, banyak membantu kami di masa yang lalu...
...4 bunga tu, krew yang aktif....si kumbang tu(JAMALUDIN SABRAN),
merupakan krew bermusim yg satu ketika dulu
rajin membantu kami...

Namun begitu 'patah tumbuh, hilang berganti', kami tidak pernah kehilangan 'sayap'
setiap krew yang pergi akan ada penggantinya. Ada saja krew baru yang
muncul membantu kami dalam tugas rakaman mcp ini.


Mereka datang membantu kami adalah secara sukarela kerana mereka berminat untuk menyertai kami dalam menjalankan tugas rakaman mcp. Bagi kami penyertaan mereka merupakan satu perkara yang dinantikan sebab tugas rakaman mcp memerlukan krew yang ramai...

....antara krew yang aktif dari kiri..HASNAH BASIRUM...yg kat tengah tu staf Penerbit UKM dan sdr FAIRUL SURIAN a.k.a 'FIRE'
....krew mcp yang masih aktif...SDR. NAZIRUDIN & YUNUS...

Krew mcp yang masih aktif sekarang ialah SDR. SULIMI(FSSK), YUNUS(F.KEJURUTERAAN), JAMALUDIN SALEH(CHEF)-FPI, ZULHIMI(FTSM), AZRUL KHAIDIR(PENERBIT), KHAIDIR(UNIT CETAK), HANIM(PENERBIT), WAFIY(UNIT CETAK),
SYANANA(FEP), YAN(PTM), MIMI(FEP), HASNAH(AUDIT DALAM),
KU WAI(FSSK), BUKHARI(ALAM BINA), WATIE(FEP),
YUSRI(UKMKL), SAIFULLAH(FSSK) & NAZIRUDDIN(ALUMNI),


Krew mcp kami yang aktif secara bermusim terutamanya rakaman mcp majlis konvokesyen ialah SHAMSUL BAHARI(FSSK), BADRUNIZAM(FST), JAMALUDIN SABRAN((FTSM), ZAIDI ENDIN(FPI), HATA(FTSM), ISMAHASHIMI(FTSM) & HAFIZ(FSSK).

...ini gak krew mcp kami...MIMI....
.....krew mcp kami yang masih aktif...la ni dia 'semangkin aktif'


Sebenarnya krew mcp kami mempunyaim latar belakang tugas yang berbeza dan datang dari jabatan-jabatan yang berbeza dalam UKM. Jadi penglibatan mereka dalam mcp memberikan mereka peluang mempelajari sesuatu perkara yang berbeza dengan tugas harian mereka....

...dari kiri sdr. SHAHRUL(STAF UAV), HANIM, KHAIDIR & WAFIY...krew mcp yang masih aktif...



....krew bantuan mcp yang 'paling otai', SDR. SULIMI...

semua krew mcp yang dipanggil untuk terlibat sama dalam tugas mcp adalah merupakan mereka yang dah ada pengalaman dalam bidang video. Mereka dipanggil melalui
surat rasmi yang dihantar seminggu sebelum program bermula...


Ada ketikanya kami panggil mereka bertugas dalam waktu pejabat. Memang sukar untuk mendapatkan krew untuk bertugas masa waktu pejabat, namun bagi mereka yang boleh sertai mereka akan datangf membantu kami terutama rakaman mcp majlis konvokesyen.

...krew mcp yang aktif, YAN, SYANANA & AHMAD YUNUS...
....SAIFULLAH...krew mcp yang baru aktif...

Tugas rakaman mcp kami ialah banyak dijalankan pada waktu pejabat terutama
waktu malam. Program tersebut kebanyakannya merupakan program yang
melibatkan pelajar dan PUSAT KEBUDAYAAN UKM. Biasanya program
berkenaan tamat jam 11.00 malam..


Sebenarnya bertugas secara berkumpulan dalam satu kumpulan yang agak besar walaupun taklah besar sangat, amat menarik. wujud kerjasama dalam menjalankan tugas tersebut.

...dua orang krew baru yg aktif sesangat...SAIFULLAH(FSSK) & YUSRI(UKMKL)...

Masing-masing dengan tugasnya yang tersendiri dengan arahan-arahan yang diterima daripada PENGARAH STUDIO. Tugas yang penuh dengan senda gurau, namun bukanlah bermakna perhatian kepada tugas diabaikan. tugas yang sentiasa dalam keadaan ceria akan meringankan fikiran, kerja yang lama akan terasa singkat masanya. Itulah menariknya dan seronoknya bertugas dalam rakaman mcp ini...anda bila pulak nak sertai kami?
Kepada krew bantuan mcp kami, terima kasih bebanyak di atas segala bantuan kalian semua...'tanpa anda semua, siapalah kami..."

daudmontakzakaria

Saturday, October 8, 2011

ASEAN universities arts festival...

MALAM tadi, 7 Oktober 2011; kami membuat rakaman 'Multiple Camera Production'
ASEAN UNIVERSITIES ARTS FESTIVAL.

Program berkenaan berlangsung di DECTAR. Malam ini merupakan malam kedua program tersebut berlangsung.

....bilik kawalan video....
....bilik kawalan video...

Persiapan teknikal bermula daripada jam 6.00 petang. Persiapan awal amat perlu
bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Malam ini krew bantuan ramai yang hadir untuk membantu kami dalam melaksanakan tugas tersebut hingga akhir.

....laaaa....salah seorang krew mengalami demam selsema....tapi masih mampu berada di kamera...
.....bilik kawalan audio...

Program malam ini bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan seperti biasa
krew jurukamera telah bersedia di kamera sebelum program bermula.


Tetamu VIP malam ini ialah DATO' ISMAIL HUTSON. Universiti yang mempersembahkan persembahan mereka malam ini ialah Universiti Sains Islam Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan ASWARA.

...krew dalam bilik kawalan video...
...krew yang menunggu giliran untuk bertugas...

Kami juga mempunyai seorang krew baru yang ingin mengalami cara bekerja dalam
rakaman video MCP iaitu sdr. Fairul Surian a.k.a FIRE.
Termasuk malam ni, dah dua malam dia membantu kami.


Krew bantuan kami yang lain ialah sdr. SULIMI, YUNUS, YUSRI dari UKMKL, KHAIDIR, AZRUL, ARENIM, WATIE, SYANANA, SAIFUL, HASNAH, JAMALUDIN SALEH(CHEF), ermmmm....ada nama yang aku tertinggal ker...? maaf kalau tertinggal....

...sempat 'posing' walaupun sedang bertugas....
....penonton dalam dewan....

Permulaan program, aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO....sebelum diambil alih
oleh sdr. KAMARUL BAHARIN... Semasa aku bertindak sebagai Pengarah Studio
agak sukar aku hendak beraksi sebagai PAPARAZZI. Bila sdr.
KAMARUL ambil alih, aku ligat merakam
apa yang aku fikir patut
dirakam...


Apa yang kami rakamkan akan terus dirakam ke pita dan juga ditayangkan terus ke layar besar dalam dewan.... Oleh itu jangan berlaku kesilapan kerana segalanya akan di tonton di layar tayangan....

...keadaan dalam dewan besar semasa program di jalankan.....
....persembahan di pentas....

Persembahan akhir akan berlangsung pada 9 Oktober nanti. Semua krew sudah diberitahu
terlebih dahulu supaya mereka sentiasa ingat dan kami tidak menhadapi kekurangan
krew untuk mengendalikan kamera video.


Sayang sekali setiap kali blog ini ditulis, jurukamera sentiasa tertinggal foto mereka bukan sebab apa tetapi takde sape2 yang secara sukarela untuk merakam foto tersebut.
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang telah bertugas dengan sempurna dan harapnya bantuan mereka akan berterusan. TERIMA KASIH BAYAK-BANYAK....








daudmontakzakaria

Thursday, October 6, 2011

Recording sound

HAMPIR semua kemera video dilengkapi dengan mikrofon. namun begitu mikrofon tersebut mungkin tidak berkemampuan memberikan rakaman bunyi yang kita kehendaki. Kemampuan mikrofon berkenaan adalah terhad serta sukar untuk mengelakkan bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki berhampiran, terakam sama. Oleh sebab itulah sebuah 'external microphone' diperlukan dan menjadi pilihan jika kita hendak memperoleh rakaman bunyi yang baik dan sempurna.
Untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam, sila layari web ini.
daudmontakzakaria