Friday, February 29, 2008

HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM


View Larger Map


28 Februari 2008; Krew Unit Audio Video telah membuat rakaman video penjelajahan Hutan Pendidikan Alam, Pusat Kokurikulum UKM. Kumpulan yang membuat penjelajahan berkenaan terdiri daripada kakitangan Pusat Penerbitan dan Percetakan, seorang kakitangan Pusat Kebudayaan UKM dan 2 orang pelajar(UITM & POLITEKNIK) yang sedang menjalani latihan amali di Pusat Penerbitan. UKM. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membuat rakaman fotografi subjek-subjek yang wujud di hutan berkenaan. Kumpulan tersebut diketuai oleh seorang kakitangan Pusat Kokurikulum yang bertindak sebagai jurutunjuk. Kami mula memasuki rimba tersebut jam 9.00 pagi dan tamat lebih kurang jam 1.30 petang. Pelbagai subjek yang dapat dirakam sama ada dengan menggunakan kamera video dan juga kamera foto. Melalui trek yang telah kami lalui, antara subjek yang sempat di rakam ialah pokok2 balak, pokok-pokok yang telah mati, serangga-serangga, bunga-bunga hutan, anak sungai yang jernih airnya, anak-anak ikan yang bebas berenang ke sana sini dan juga seekor lintah yang kelihatan amat lapar, mungkin sudah sekian lama tidak menghisap darah mangsanya.
Kehijauan hutan berkenaan amat menyejukkan mata yang memandang. Akar-akar yang berselirat dan banir-banir pokok yang membentuk pelbagai rupa seolah-olah seperti sebuah galeri yang amat luas yang meminta pengunjung hutan membuat tafsiran sendiri. Perjalanan mendaki dan menuruni bukit walaupun amat meletihkan tetapi berasa puas kerana dapat menikmati pemandangan hutan yang jarang boleh dialami setiap masa. Kali terakhir saya memasuki hutan tersebut ialah lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Wednesday, February 27, 2008

VIDEO PELETAKAN BATU ASAS PPTC, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM

Video "PERASMIAN PELETAKAN BATU ASAS PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UKM" telah disiapkan penyuntingannya. Perasmian berkenaan telah dilaksanakan di tapak pusat penyelidikan di Tasik Chini, Pahang. Video berkenaan mempunyai durasi selama 37 minit. Majlis berkenaan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Januari 2008. Dalam video ini terdapat ucapan Naib Canselor UKM, YAB Menteri Besar Pahang dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tenaga produksi:
jurukamera: RAMLI ADNAN dan AHMAD YUNUS MISDI
penyuntingan video: DAUD MONTAK ZAKARIA & RAMLI ADNAN
penerbit rancangan: DAUD MONTAK ZAKARIA
penolong pengarah penerbitan: HAZRUL ABDUL HALIM
pengarah penerbitan: YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak Salleh

Tuesday, February 26, 2008

PENGAMBILAN SAMPEL TANAH.........


Penyuntingan video berjudul "PENGAMBILAN SAMPEL TANAH DI LUBANG ULAR, TASIK CHINI" telah dapat disiapkan. Durasi video ini ialah selama 20 minit dan telah dibuat salinannya dalam bentuk DVD. Sebenarnya rakaman video ini telah dibuat dalam tahun 2004 iaitu semasa Ekspedisi Saintifik Tasik Chini, di Pahang. Namun rakaman ini belum pernah lagi disunting sehinggalah pada tahun 2008 ini. Walau bagaimanapun kemungkinan video ini sesuai untuk tayangan kepada pelajar tanpa mengira tahun bilapun mereka berada....mungkin....itu cuma tanggapan peribadi...

Tenaga Produksi video:

Rakaman dan penyuntingan: DAUD MONTAK ZAKARIA & RAMLI ADNAN

Thursday, February 7, 2008

UNIT CETAK, PUSAT PENERBITAN, UKM



Penerbitan video UNIT PERCETAKAN, PUSAT PENERBITAN, UKM telah dapat disiapkan. Durasi video berkenaan ialah 7 minit. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Tenaga Produksi;
suara latar:RAMLI ADNAN ; skrip:DAUD MONTAK ZAKARIA ; jurukamera:KAMARUL BAHARIN SUPAAT/RAMLI ADNAN ; montage:AHMAD YUNUS MISDI ; penyunting video:DAUD MONTAK ZAKARIA/RAMLI ADNAN ; pembantu teknik:ABD. AZIZ AHMAD ; pengarah video:DAUD MONTAK ZAKARIA ; penolong pengarah penerbitan: HAZRUL ABDUL HALIM ; pengarah penerbitan:YBHG. PROF. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH.

Wednesday, February 6, 2008

RAKAMAN KEMBARA SERI PERPATIH


View Larger Map

Mulai dari tarikh 2 Februari hingga 6 Februari 2008, ABD AZIZ AHMAD dan AHMAD YUNUS MISDI menyertai rombongan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan(PERMANIS) dalam KEMBARA SERI PERPATIH di seluruh Negeri Sembilan untuk membuat rakaman video segala aktiviti yang dilakukan sepanjang kembara tersebut berlangsung. Hari ini mereka berada di MUZIUM LUKUT di Kota Lukut(http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Lukut).....