Pos GOB, Gua Musang Lagiiii....

Lokasi penempatan orang asli yang paling pedalaman di Negeri Kelantan....
gob
gob
gob

video tahun 2016, September.

Malam ini, Khamis 18 Mei 2017, kami akan bergerak ke Pos Gob, Gua Musang, Kelantan
lagi. Kami sebelum ni memang sudah pernah pergi ke sana pada bulan
September 2016 yang lalu. Itulah pertama kali aku pi
ke sana bersama sdr. KAMARUL dan kami tiada niat pun untuk
pegi ke sana lagi...tapi....top...top...dicadangkan lagi nama
AKU dan sdr. KAMARUL untuk berkunjung ke sana lagi...tak taulah apa 'TUAH'
kami dipilih lagi untuk pi ke sana...huhuhu....kalau disuruh pilih rasanya kami memang 
da taknak pi lagi ke sana. Apa boleh buat dah terpilih untuk pi....jadi pi je lah.....da arahan
ketua...kena ikut....bila diarahkan...lagi pun kami memang ada daya
lagi untuk pi ke sana. 

Pos Gob merupakan lokasi penempatan orang asli yang lebih
pedalaman di Kelantan. Aku memang bercadang untuk beri krew
lain untuk merasai pengalaman tinggal di kawasan orang asli yang punyai infrastruktur
yang sangat basik....line hp pun takde kat sana...huhuhu...........................

Jalan nak masuk ke sana hanya boleh
dilalui oleh pacuan empat roda, motosikal dan lori balak sahaja. Jalan masuk cuma jalan balak yang sebahagiannya terdapat bekas tayer lori yang dalam yang menyebabkan kenderaan pacuan 4 roda terumbang ambing bila melaluinya...untuk
mereka yang gemar sukan lasak memang seronok la..
Kenderaan lain tak main la..

Dari pengalaman yang lepas dari KL ke Gua Musang mengambil masa selama
lebih kurang empat atau lima jam. Dari Gua Musang ke Pos Gob
mengambil masa lebih kurang 5 jam lagi. Dari Gua Musang ke Pos GOB jaraknya lebih kurang 100 km je tapi mengambil masa lebih kurang 5 jam...fikirkanlah
betapa sukarnya nak masuk ke lokasi tersebut..........melaui jalan balak je.......

Perkampungan berkenaan bukanlah teruk sangat...... cuma jauh jer
masuk ke dalam. Di kampung tu terdapat jugak rumah penduduk seperti rumah
pprt. Ada juga klinik kesihatan yang mana pegawai kesihatan
akan datang melawat ke sana mengikut jadual
yang tertentu. Cuma yang takde ialah sekolah. Kalau nak bersekolah mesti
turun ke Pos Tohoi. Aku rasa kalian tentu ingat lagi tragedi Pos 
Tohoi kan dimana beberapa orang murid orang asli
terbunuh. Sejak itu sebahagian orang asli 
di kawasan sini termasuk pos Gob sudah tidak ada semangat untuk bersekolah.
Oleh yang demikian program kali ini ialah untuk merasmikan sekolah 
yang baru dibangunkan di kawasan mereka.......perkara ini 
dilakukan supaya anak-anak orang asli kembali
bersekolah supaya tidak ketinggalan daripada masyarakat luar dalam bidang
ilmu pengetahuan..................................

Aku rasa taknak masuk lagi ke situ bukan sebab apa ... kerana
banyak benda yang aku rasa agak sukar...nak mandi amat mudah...pi jer ke anak 
sungai jernih sebelah tapak perkhemahan je....nak tidur...kene tidur dalam
khemah....nak buang air boleh pilih yang klasik atau tandas yang
jumlahnya tak sampai jumlah jari sebelah tangan yang dikongsi ramai-ramai
kali ini dengar cite nya lebih kurang 100 orang...huhuhu.........
Jadi semuanya agak mencabar di sana nanti....da lebih 30 tahun  aku
keje situasi ini yang paling sukar. Sebelum ini aku pernah tidur dalam khemah PLKN
selama beberapa hari semasa rakaman XPDC Tasik Chini dalam tahun
2004. Khemah PLKN tu besar dan ada tempat tidur berkatil kain
dalam khemah...mandi pun selesa dengan kolah yang besar.........................
OOppppst! melalut- lalut pulak aku....hermmmm...takpelah
malam ni doa banyak2 dan kuatkan semangat....tiada sesuatu pun yang
mustahil jika kita sentiasa BERFIKIRAN POSITIF...kannn?

Jadi aturcara yang kami perlu buat liputan ada seperti berikut....:


Beginilah lebih kurang jadualnya. Itu pun tak muktamad lagi, rasanya bila2 masa
jer akan berubah...............
Walau bagaimana pun aku akan cuba selesaikan projek video ini sebagaimana
yang aku telah selesaikan video yang lalu. Aku akan tulis skrip, edit,
masukkan muzik dan tadaaa.....siap da...opst!
haha...belum siap lagi ................baru nak masuk
ke Pos Gob esok pagi....tengah malam ni cuma gerak ke GUA MUSANG jer....

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni...
DAUD.montak.zakaria

No comments: