Oh!...Paya Indah Wetland Dengkil.

AKU sebenarnya tidak pernah pun berkunjung ke Paya Indah Wetland Dengkil. Baru tahun 2017 ni je aku pi ke sana. Masuk hari ini da 2 kali aku pi sana. Aku macam tak sedar
je kewujudan Paya Indah kat Dengkil ni.....Sebenarnya Paya Indah Wetland
sudah dirasmikan oleh Mantan PM Tun Dr. Mahathir pada tahun 2001.
Pada tahun 2005 ia diambil alih oleh PERHILITAN dan
dibuka kembali pada tahun 2008.
Jangan konfius pulak dengan Wetland Putrajaya...kat Putrajaya pun ada sebuah wetland.

Paya Indah Wetland Dengkil ini merupakan tanah bekas lombong bijih timah,
tasik air tawar dan hutan paya gambut. Ia telah dibaik pulih pada tahun 1991. Paya Indah 
mempunyai keluasan lebih kurang 3100 hektar. Ia terletak dalam Daerah Kuala
Langat berhampiran Pekan Dengkil Selangor. Di sini terdapat pelbagai
spesis burung, ikan dan hidupan lain. Taman Eko Pelancongan
ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
Zon Rekreasi, Zon Pendidikan dan Zon Konservasi dan Penyelidikan.
Mengikut jadual yang diberi oleh pengawal masa aku masuk tadi, terdapat beberapa aktiviti
di sini iaitu, MEMBERI MAKAN BADAK AIR SETIAP HARI DI TASIK HIPPO,
MEMBERI MAKAN BUAYA DI TASIK BUAYA, MEMBERI MAKAN
IKAN DI TASIK EKOLOGI, MEMANCING DI 3 BUAH TASIK
DI ANTARANYA TASIK THYPA, BERBASIKAL
DI ZON REKREASI, MENARA TINJAU DI ZON REKREASI, PEMERHATIAN
BURUNG DI ZON REKREASI, PENDIDIKAN & KONSERVASI, FOTOGRAFI DI ZON
REKREASI, PENDIDKAN & KONSERVASI, PROGRAM KEBUDAYAAN
MELAYU, PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI, 
MERENTAS HUTAN DAN SEHARI DI
PIW.

Aku tak tau aku da sampai mana tadi...yang pastinya aku bawak kete masuk
dan pi ke tasik buaya, kelihatan beberapa keluarga sedang ngintai buaya...kami singgah situ kejap, intai buaya gak...selesai je.... kami pi kete...kelihatan beberapa keluarga 
sedang baring2 atas tikar dan ada yang sedang makan...hermmm...bersantai
 rupanya....Isteri dan anak2 nak sewa basikal...hermmm...tukang jaga beskal 
kata da nak tutup...dia nak balik la tuuuu......

Kemudia naik kete...pusing 
pusing keliling dan pi ke MENARA TINJAU.
Baru jer seketika berada di sana tiba2 datang pulak sekumpulan macam mat rempit...huhu..
terus cau bersama satu keluarga lagi yang da berada
di MENARA TINJAU tu sebelum aku.....dengan bunyi moto yang mengaum-ngaum tu, bukan setakat anak burung, atuk2 burung2 pon cabut....huhuhu...
Tak sempat aku nak naik ke tingkat yang paling tinggi....jadi aku da tanam cita2 nak
datang lagi ke menara tu masa akan datang.......tapi tak tau bile laaa....

Dari menara kami pusing pi tasik hippo...hipponya takde da....kemudian pi ke tasik buaya..turun kete dan pi dekat dengan pagar tasik buaya tuuu....
aku sergah seko BUAYA tepi tasik tu...hemmm...dengan pantas dia merangkak ke arah
aku....whaaa...pantasnya...garangnya...kalau dia dapat aku...huhuhu...
hermmmm.....huhu........garang sangat buaya ni........

Selepas tu aku pi rakam foto chalet2 yang ada dengan  handphone aku. Mungkin masa
akan datang aku akan bermalam di sini walau pun banyak nyamuk ( pengalaman
lalu...). Kalau nak bermalam kat sini sila bawa ubat nyamuk...ubat nyamuk...?
...bukan racun nyamuk ke....kalau ubat nyamuk tentu nyamuk tu
makin sihat...huhuhu......
Akhirnya aku gerak sekitar wetland tu...tinjau keadaan sekeliling.....Lepas tu aku terus balik ke rumah.....tu je la catatan yang aku mampu nukilkan di sini............

Aku cadangkan kat sini dibuat sebuah taman burung supaya pengunjung dapat melihat 
burung2 antarabangsa dan tempatan di sini....dan pelbagai lagi
benda menarik wajar diwujudkan untuk menarik
orang ramai.....memang ia memerlukan belanja yang besar...apa nak buat...perlu pecahkan
 ruyung untuk mendapat sagunya.....tapi tu lah...masuk ke sini free aje....

Ermmm....satu lagi yang aku rasa tak nampak ialah tempat permainan kanak-kanak...atau mata aku yang kabur kut sebab tak dapat lihat lokasi tempat permainan tu...?
Dari segi kebersihan...nampaknya staf2 sentiasa melakukan keje
pembersihan...kelihatan mereka sedang bekerja tika aku
berkeliaran dengan kete sekitar tempat tersebut...

Layanan pengawal di pintu masuk amat cemerlang...teruskan kecemerlangan ini...







ni foto masa sampai kali pertama....
foto masa kali pertama tiba di sini
foto tiba kali pertama...
foto baru...
foto baru...tasik buaya...
tak leh sewa basikal daaa....
tasik buaya....
foto baru...
foto baru...


foto tiba kali pertama...
....10 orang aje untuk sesatu masa....

menara tinjau...
suka tengok hutan hijau ni...
menara tinjau
hijau...


dari atas menara tinjau...
atas menara tinjau...



saje je....
tu kolam boye tuuu.....
chalet2 untuk di sewa..120rm tuk satu malam...

chalet...
chalet...
buaya ni ganas....bila aku sergah dia....dia sergah aku balik...melompat dia ke atas darat.....






ni foto masa kali pertama dulu tiba sini....hari ini tak jumpa pun hippo tuuu...
Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku niii....

DAUD.montak.zakaria

No comments: